You are on page 1of 6

ANALISIS WACANA

Apa itu wacana ?

Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat.


Dalam bidang penulisan, wacana dapat memenuhi sesebuah penulisan yang
lengkap kerana wacana mempunyai kesemua ciri yang melengkapi bagi bidang
penulisan. (tatabahasa dewan edisi ketiga)

Terdapat beberapa unsur penting wacana iaitu :-


Wacana
• Satuan Bahasa Ayat
• Terlengkap/ tertinggi kedudukannya Klausa
• Mengatasi ayat/ klausa Frasa
• Korehen (kepautan) Perkataan
• Kohesi (kesepaduan) Morfem
• Dalam bentuk lisan/tulisan Fonem
• Analisis Wacana :
• Merupakan padanan frasa bahasa inggeris ‘discourse analysis’, yang
mula digunakan zellig S.Harris.
• Tannen (1989), analisis wacana memanfaatkan bahasa yang benar-
benar digunakan dan menyelidiki untuk apa bahasa digunakan.
• Oleh itu, analisis wacana memerihalkan bukan sahaja sistem bahasa
(aspek bunyi, kata, frasa, ayat) malah menghuraikan ‘mengapa’
bahasa digunakan sedemikian.
FUNGSI WACANA
• Dapat mendeskripsi struktur bahasa iaitu melihat lenggok sebenar
teks, cerita dan perbualan.
• Mampu menjelaskan bagaimana penutur menunjukkan niat
semantiknya.
• Menghuraikan hubungan pengaruh sosial seperti identiti individu.
• Menerangkan mengapa manusia bercerita, berbual dan bagaimana
manusia menyesuaikan bahasa mengikut keadaan.
CIRI-CIRI WACANA
1. Mempunyai koheren iaitu pertautan antara ayat dengan ayat,
perenggan dengan perenggan yang lain dan isi dengan isi yang lain.
2. Mempunyai kohesi iaitu kesinambungan seperti ketepatan seluruh
isi-isi yang ingin dibincangkan atau topik yang sedang dikatakan.
3. Bermaklumat. Ayat yang seterusnya mempunyai isi yang baharu
yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya.
4. Mempunyai gaya samada rasmi atau tidak rasmi.
• Khutbah, syarahan (rasmi)
• Leteran (tidak rasmi)
JENIS-JENIS WACANA
1. Berdasarkan media penyampaian : tulisan atau lisan
2. Berdasarkan pengungkapan : secara langsung atau tidak langsung
3. Berdasarkan bentuk : puisi, drama, syarahan
Contoh Wacana
Kohesi
• Mereka ke sana untuk meminjam buku.
• Anita, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan
mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara
sana merujuk kepada perpustakaan.
Koheren
Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit
ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains
dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids,


gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat
tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

You might also like