You are on page 1of 1

TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2

ISBN: 978-983-3879-77-9

TEKS PRA-U Bahasa Melayu Kertas 2 Karangan

Tajuk 27
Pada era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang, perhatian utama dunia tertumpu pada keselamatan komputer, sama daripada aspek sistem, rangkaian, dan Internet hinggalah kepada jenayah siber. Pada pendapat anda, apakah bentuk ancaman terhadap keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi. Kehendak Soalan Calon-calon diminta mengemukakan pendapat tentang pelbagai bentuk ancaman terhadap teknologi maklumat dan komunikasi.

Isi-isi
Ancaman terhadap rahsia maklumat data peribadi akaun bank mungkin disalurkan kepada pihak lain. Pencerobohan dan pencurian maklumat oleh pihak yang berniat jahat. Teknologi ini digunakan untuk merisik atau mengintip pertahanan sesebuah negara. Penyebaran berita palsu dan fitnah terhadap individu. Penyebaran bahan berunsur lucah, tahayul, dan ganas serta penyebaran diayah dan propaganda tertentu. Jaringan jenayah keganasan dan pengedaran dadah melalui Internet. Sistem maklumat mungkin diserang virus atau digodam untuk tujuan sabotaj.

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007

You might also like