You are on page 1of 1

TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2

ISBN: 978-983-3879-77-9

TEKS PRA-U Bahasa Melayu Kertas 2 Karangan

Tajuk 18
Selepas melalui proses perbincangan dan kajian yang panjang, subjek Pendidikan Seks dicadangkan untuk diajarkan di sekolahsekolah menengah di negara ini. Berikan pandangan anda tentang kesan-kesan pengajaran Pendidikan Seks ini kepada pelajar. Kehendak Soalan Soalan meminta calon mengemukakan pendapat tentang kesan baik dan kesan buruk pengajaran subjek Pendidikan Seks kepada pelajar di sekolah menengah.

Isi-isi
Kesan baik Pelajar akan memperoleh pengetahuan asas tentang seks dapat menghindarkan diri daripada pelakuan-pelakuan seks yang tidak sihat. Melahirkan individu pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi. Dapat mengubah tanggapan pelajar terhadap seks kepada persepsi yang lebih insani dan suci. Pelajar akan lebih yakin untuk membincangkan isu-isu seks dan mengadukan masalah-masalah seks yang dihadapi mereka atau berusaha mencari penyelesaiannya. Kesan buruk Pendidikan seks mungkin merangsang keinginan untuk mencuba melakukan hubungan jantina dalam kalangan remaja. Seks mungkin dianggap sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan remaja didedahkan kepada potensi seks yang ada dan kaedah yang selamat untuk menyalurkan potensi ini. Hubungan seks rambang mungkin berleluasa.

Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007

You might also like