You are on page 1of 2

CODE/ NAME OF COURSE: DCC 5152

TYPE OF ASSESSNENT: ASSIGNMENT 1

1. Explain on how bauxite mining in Kuantan has caused degradation of water quality
both in surface water and treated water.

Perlombongan bauksit di Malaysia dan pencemaran logam berat terhadap tanah,


udara dan air yang berlaku kerana aktiviti tersebut telah semakin mendapat perhatian
kerana aktiviti perindustrian tersebut membawa semakin banyak masalah kepada
kesihatan awam dan juga alam sekitar. Kekhuatiran terkini, selain yang telah di kenal
pasti setakat ini iaitu risiko kanser, kelembapan ekonomi, kerosakkan air bawah tanah
dan pengotoran sungai, ialah kontaminasi sumber air minum untuk penduduk-
penduduk di kawasan berdekatan operasi perlombongan bauksit.

Kawasan di Bukit Sagu dan Bukit Goh yang menunjukkan kegiatan mencuci
bauksit berlaku di hulu sungai- sungai yang membekalkan air ke loji rawatan air di
Bukit Sagu dan Bukit Goh. Ini menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan
kontaminasi air minuman untuk penduduk di Bukit Sagu dan Bukit Goh. Kehadiran
logam berat seperti aluminium boleh member kesan buruk kepada kesihatan.
Kampung- kampong di Bukit Sagu dan Bukit Goh terletak di atas tanah yang
mengandungi simpanan bauksit. Para kontraktor sedang berusaha sedaya upaya untuk
melombong bahan mineral tersebut secepat mungkin, dan kegopohan ini
menyebabkan habuk-habuk yang mengandungi arsenik, plumbum, aluminium dan
toksin- toksin lain tersebar ke pekan- pekan, jalanraya dan kawasan kampong. Bijih
bauksit mentah kini rupa- rupanya di basuh berdekatan dengan sungai- sungai, yang
menyebabkan air basuhan mengalir terus ke dalam bekalan air.

Apa yang mungkin lebih teruk dari aluminium yang terbebas ialah kehadiran
raksa di dalam bijih bauksit. Kadar merkuri yang tinggi dan malah lebih tinggi dari
kadar yang dibenarkan di dalam air pengairan telah dikesan di sungai- sungai sekitar
Kuantan dan kampong berdekatan sejak Ogos lalu. Pengambilan merkuri di dalam
jumlah yang sedikit boleh menyebabkan kecacatan bayi dan pengambilan jumlah
yang lebih besar di dalam tempoh yang lebih panjang boleh menyebabkanbarah,
masalah kulit, kemerosotan deria ( penglihatan, pendengaran, pertuturan), gangguan
deria dan kelembapan daya koordinasi.

You might also like