You are on page 1of 3

Ucapan : Puan Rusnah Aluai [Tangga Batu]

Tajuk Ucapan : Isu Pencemaran Arang Batu Di Pelabuhan Tanjung Bruas,


Melaka
Tarikh Ucapan :
Kementerian : Kementerian Alam Sekitar Dan Air

LATAR BELAKANG PELABUHAN TANJUNG BRUAS, MELAKA

1. Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka telah diswastakan kepada syarikat KMB


Seaport Sdn. Bhd. dan diberi konsesi selama 30 tahun oleh Kerajaan
Persekutuan. Bandaraya Melaka terletak lebih kurang 10 km ke selatan
pelabuhan. Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka adalah berbentuk "T” iaitu
panjang jambatan adalah sepanjang 400 meter dan panjang dermaga adalah
175 meter. Digunakan sebagai pelabuhan untuk pelbagai barangan seperti
tepung, minyak masak, bawang dan lain-lain.

2. Sejak tahun 2019, Pelabuhan ini digunakan sebagai hub bagi arang batu dari
Indonesia dan seterusnya arang batu ini akan diangkut melalui jalan darat
oleh lori-lori ke Negeri Sembilan Cement Sdn. Bhd. (CIMA) di Bahau, Negeri
Sembilan. Arang batu yang terjatuh daripada lori-lori pengangkut
menyebabkan masalah habuk kepada penduduk kampung yang tinggal
berhampiran dengan pelabuhan.

LAWATAN TAPAK BERSAMA PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA

3. Pada 13 November 2019, satu lawatan tapak yang diketuai oleh Timbalan
Pengarah PTG Melaka, Encik Saiful Hazwa bin Kipli bersama pelbagai agensi
termasuk JMG Negeri Sembilan/Melaka (NSM) untuk memantau aktiviti
pengangkutan arang batu di pelabuhan. Tujuan lawatan adalah untuk
mendapat gambaran sebenar keadaan yang berlaku iaitu bagaimana proses
pengangkutan arang batu keluar dari Pelabuhan.
4. Hasil lawatan mendapati arang batu yang dibawa dari Indonesia disimpan di
kawasan terbuka di pelabuhan sebelum dimasukkan ke dalam lori untuk
diangkut keluar. Pemantauan mendapati lori-lori yang membawa keluar arang
batu ditutup dengan kanvas untuk mengelakkan arang batu terjatuh ke jalan
raya. Walau bagaimanapun pergerakan keluar masuk lori yang sangat
banyak menyebabkan masalah habuk tetap berlaku.

TINDAKAN YANG TELAH DAN AKAN DIAMBIL OLEH KETSA YANG


DIWAKILI OLEH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA,
N.SEMBILAN/MELAKA.

i. Lawatan semula ke Pelabuhan Tanjung Bruas, Melaka telah diadakan pada


Isnin, 12 Oktober 2020.

ii. JMG telah mengarahkan operator arang batu mendapatkan Lesen Mineral
untuk simpanan arang batu yang lebih teratur di kawasan pelabuhan
termasuk tempat simpanan yang tertutup supaya dapat mengurangkan
masalah habuk.

iii. Memasang alat pengukur habuk menggunakan alat High Volume Sampler
(HVS) untuk mengukur kadar habuk di kawasan berkepentingan iaitu di laluan
keluar lori yang berhampiran dengan kawasan penduduk.

iv. Pihak pengurusan Pelabuhan Beruas telah bersetuju membina penghadang


(hoarding) setinggi 5m di sekeliling stokpil arang batu bagi mengatasi
masalah pencemaran habuk daripada kawasan penyimpanan.

v. JMG NSM telah mengeluarkan Lesen Mineral kepada Negeri Sembilan


Cement Industries Sdn. Bhd. Untuk tempoh 16/4/2018 hingga 16/4/2021untuk
membeli, memiliki, menjual dan menyimpan mineral di NS Plant (Lot 3323)
Mukim Kuala Kepis, Bahau.
TINDAKAN SUSULAN YANG AKAN DIAMBIL OLEH JABATAN MINERAL DAN
GEOSAINS MALAYSIA

1. Mengadakan perbincangan secara berkala bersama dengan pihak-pihak yang


berkepentingan bagi menyelesaikan isu pencemaran habuk dari arang batu
yang berpunca dari aktivit penyimpanan dan pengangkutannya.

2. Bagi mengawalselia aktiviti pengangkutan mineral, JMG NSM juga akan


mengeluarkan Lesen Angkut mengikut peraturan 6(1)(c) Peraturan-Peraturan
Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016. JMG boleh mengenakan syarat-
syarat ke atas lesen yang diluluskan bagi tujuan kawalan terhadap aktiviti
pengangkutan mineral, antaranya:
a) Pendaftaran kenderaan pengangkutan mineral
b) Syarat tambahan terhadap kenderaan pengangkutan seperti spesifikasi
kenderaan, laluan yang ditetapkan, waktu operasi pengangkutan dan
sebagainya. Dokumen SOP Pelombongan dan Pengeksportan Bauksit Negeri
Pahang boleh dijadikan rujukan dalam merangka syarat-syarat tambahan
berkenaan.
c) Pembinaan washing bay mengikut spesikasi yang ditetapkan (rujuk SOP
Perlombongan Bauksit Negeri Pahang) di tapak simpanan mineral sebelum
lori pengangkut keluar ke jalan utama.

Disediakan oleh;

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

3 Disember 2020

You might also like