You are on page 1of 3

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1.Menyatakan kesan ekonomi akibat pentadbiran barat di negara kita.

2.Menyatakan kepentingan sikap gigih dalam memajukan diri.

KRITERIA KEJAYAAN

Pada akhir pembelajaran,murid akan dapat:

1.Menyatakan DUA kesan ekonomi akibat pentadbiran barat di negara kita.

2.Menyatakan DUA kepentingan sikap gigih dalam memajukan diri.

Pengenalan

 Kemajuan ekonomi - British bina sistem pengangkutan bagi angkut hasil bijih timah dan
getah dari kawasan pengeluaran ke pelabuhan untuk dieksport
 British bina landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang awam dan pelabuhan - penuhi
keperluan tersebut
 British juga majukan sistem telekomunikasi - telegraf, telefon dan pos

6.3.1 Pengangkutan : kereta api, jalan raya dan pengangkutan utara dan laut

6.3.1 Pengangkutan kerta api

a. Negeri-negeri Melayu

i. 1885-1896 : menghubungkan Kawasan lombong dengan pelabuhan ( bijih timah dieksport),


hubungkan luar bandar dan bandar

ii. 1897-1909: menghubungkan antara utara Tanah Melayu dan Selatan ( NNMB bentuk )

iii. 1910-1931:

 British luaskan pengaruh ke NNMTB


 Hubungkan seluruh Tanah Melayu
 Angkut bahan mentah dan penumpang

Sabah

 Bina pada 1896 di Bukau sepangjang 13km dari Weston


 1900: hubung Beaufort dengan Jesselton dan Tenom
 Pembukaan ladang getah di pantai barat Sabah

Sarawak

1917 hubung Bau dan Kuching

6.3.1 ii) PENGANGKUTAN JALAN RAYA

 Kemajuan industri perlombongan bijih timah dan getah sebabkan British membina jalan raya
 Hubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan kawasan pertanian dengan stesen
kereta api
Negeri-Negeri Melayu

 Selangor - British bina jalan raya hubungkan Kuala Lumpur dengan Pelabuhan Klang (Port
Swettenham)
 1902 - jalan lebih lebar dibina - kenderaan bermotor bertambah seperti lori, bas, kereta dan
basikal
 1911 - jalan raya dibina hubungkan bandar-bandar besar, kawasan punyai potensi sumber
ekonomi dan pelabuhan
 1939 - jaringan jalan raya dibina hubungkan seluruh negeri
 Kesan - petempatan, perladangan getah dan lombong baharu dibina

Sarawak

 Banyak kawasan berbukit, paya dan sungai

 Masalah bentuk muka bumi dan kos bina jalan raya tinggi halang pembinaan jalan raya di
negeri ini

 Ada jalan raya pendek tidak berturap dibina di Kuching dan Miri

Sabah

• SBUB bina jalan raya untuk kepentingan ekonomi

• Hubungkan bandar sedia ada di sebelah pantai barat

• 1941 - 165 km jalan raya berturap (bandar Jesselton, Sandakan, Kudat, Lahad Datu dan
Tawau)

6.3.1 iii) PENGANGKUTAN UDARA DAN LAUT

NNM
1937 - Perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service

Syarikat ini jalankan perkhidmatan penerbangan domestik (Singapura-Kuala Lumpur-Pulau Pinang)

1890 - Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura sediakan perkhidmatan kapal wap - susur
pantai - bawa bekalan makanan, buruh dan jentera untuk perlombongan bijih timah

Sarawak
Bandar Kuching - perkhidmatan perkapalan disediakan oleh Singapore and Sarawak Steamship
Company

1924 - perkhidmatan kapal terbang air hubungkan bandar Kuching dengan Singapura

Sabah

• SBUB majukan sistem pengangkutan air

• 1890 - syarikat perkapalan Straits Steamship mulakan perkhidmatan angkut barang dan
penumpang
Kemudahan Pelabuhan

Kedatangan British sebabkan pelabuhan lama kerajaan Melayu hilang dan muncul pelabuhan baharu
(moden)

• NNM : Peningkatan eksport bijih timah dan getah jadikan pelabuhan Pulau Pinang, Kuala
Sepetang (Port Weld), Port Dickson, Melaka, Singapura dan Klang (Port Swettenham) sebagai
bandar pelabuhan penting di TM

• Sarawak : Muncul pelabuhan Kuching, Rajang, Bintulu dan Miri

• Sabah : Muncul pelabuhan penting seperti Labuan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan
Sandakan

6.3.3 TELEKOMUNIKASI

British majukan sistem telekomunikasi - sistem pos dan telegraf, telefon dan radio

Perhubungan antara negeri di Semenanjung dengan negara lain pantas

Sistem perhubungan diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan


dan berkembang ke kawasan petempatan

NNM : 1886 - talian telegraf dipasang hubungkan Kuala Lumpur dan Melaka. 1880-an, perkhidmatan
pos bermula di Kuala Lumpur

Sarawak :

 Tujuan - licinkan pentadbiran dan urusan kegiatan ekonomi

• 1897 - telegraf antara bandar Kuching dan Singapura diperkenalkan

Sabah

 SBUB kenalkan telegraf dan radio di bandar-bandar besar - bolehkan Sabah berhubung
dengan negara lain

You might also like