You are on page 1of 1

Nama: ________________________ Kelas: 5B Tarikh: 18/5/2020

Contoh karangan: Hari Usahawan

SJKC Wah Man telah mengadakan Hari Usahawan pada hari Sabtu yang lepas. Program itu diadakan di
tempat letak kereta. Ibu bapa turut dijemput hadir memeriahkan suasana.

Guru dan murid membuka gerai menjual beraneka makanan antaranya ayam goreng, nasi lemak dan
mihun. Selain itu, aiskrim dan air minuman pelbagai perisa turut dijual.

Jualan barang terpakai dan perkhidmatan membasuh kereta juga dijalankan. Terdapat juga aktiviti
rumah berhantu dan pertandingan teka berat buah. Suasana di situ sangat riuh-rendah dan ternyata semua
pengunjung terhibur.

Hari Usahawan itu telah berjaya mengutip sejumlah keuntungan yang besar. Duit itu akan digunakan
untuk membuat beberapa pondok menunggu bas sekolah.

You might also like