You are on page 1of 4

Model ADDIE adalah adalah satu rekabentuk sistem pengajaran yang diperkenalkan oleh

Rosette (1987) yang terdiri daripada 5 fasa iaitu Analysis (Analisis), Design (Rekabentuk),
Development (Pembangunan atau Pembinaan), Implementation (Pelaksanaan) dan Evaluation
(Penilaian) (Larson & Lockee, 2014; McKenney & Reeves, 2012; Morrison, Ross, & Kemp,
2007 dalam Bacotang, J. et al 2016). Dengan berdasarkan kepada Model Addie dapat
membantu guru merancang sesi pengajaran yang terbaik untuk membantu murid-murid ini
mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Dalam fasa Analyze (Analisis) , guru akan membuat analisis tentang mata pelajaran
yang akan dipelajari, kelas murid, bilangan murid yang terlibat, kumpulan murid yang sama
aras kebolehannya, pengetahuan sedia ada murid kemahiran pemulihan yang akan dipelajari
dan konstruk yang perlu dikuasai. Seramai 20 orang murid Tahun 5 untuk mata pelajaran
Sains. Lapan daripada dua puluh orang murid merupakan murid yang mempunyai tahap
pemahaman Bahasa Melayu yang rendah. Manakala dua belas orang daripada dua puluh
murid ini adalah murid boleh menguasai kemahiran Bahasa Melayu. Pengetahuan sedia ada
bagi murid telah berupaya mengenali dan menulis nama jenis sepsis rama-rama Manakala,
murid sangat lemah boleh menyebut nama jenis sepesis rama-rama.
Fasa kedua adalah Fasa Design (Reka Bentuk). Pada fasa ini, guru akan menentukan
atau mereka bentuk kemahiran dalam pemulihan, konstruk yang berkaitan, standard
pembelajaran dan objektif pembelajaran yang akan dilakukan. Pada fasa ini juga, kaedah
pengajaran, integrasi teknologi dan kaedah pentaksiran juga direkabentuk. Objektif:
pembelajaran adalah pada akhir PdP, murid berupaya menyenaraikan sekurang-kurangnya
10 jenis sepsis daripada 100 spesis rama-rama. Murid juga boleh menyebut sekurang-
kurangnya 10 spesimen rama-rama daripada 1500 spesimen rama-rama. Murid juga boleh
menyatakan 10 jenis kumbang. Pelbagai kaedah pengajaran akan digunakan antaranya
kaedah belajar sambil bermain, lawatan ke Taman Rama-Rama Kipandi Moyong, kaedah
berbantukan teknologi dan komunikasi (ICT), kaedah soal jawab, kaedah belajar secara
kumpulan dan individu. Pengajaran dan pembelajaran adalah melibatkan penggunaan ICT
seperti komputer riba, LCD dan Speaker atau slide powerpoint. Kaedah pentaksiran akan
dibangunkan dengan mengambil kira aras kebolehan murid iaitu murid lemah Bahasa Melayu
dan mahir dalam Bahasa Melayu.
Dalam fasa Development (Pembangunan), guru akan membina atau membangunkan
bahan bantu belajar (BBB) samada menggunakan teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT), membina latihan interaktif dan lembaran kerja yang akan diberikan kepada murid dan
menentukan kaedah pengajaran yang dilakukan dengan menulis RPH di dalam Buku Rekod
Mengajar. Guru akan membina sendiri BBB berbantukan ICT sendiri dengan menggunakan
Slide Powerpoint. Selain itu, guru juga akan membina latihan interaktif yang dilengkapi
dengan padanan gambar dan jenis nama rama-rama yang mereka dpat lihat di taman rama-
rama. Sebelum kelas bermula, guru perlu menulis Rancangan Pelajaran Harian RPH dan
mencetaknya untuk ditampalkan di dalam Buku Rekod Mengajar (BRM) dengan merujuk
kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 5. Guru juga
perlu membina bahan bantu mengajar yang digunakan dalam bentuk ICT ataupun kad-kad
pelbagai jenis sepsis rama-rama, spesismen rama-rama dan jenis kumbang. Guru juga akan
membina soalan-soalan latihan yang bersesuaian mengikut aras kebolehan murid sepertimana
dirancang di dalam fasa Design (Rekabentuk) di atas.
Fasa Implement (Perlaksanaan) adalah sebelum murid masuk ke dalam tamnrama-
rama, cikgu akan memulakan sesi pembelajaran dengan membuat penyambungan dan
menghidupkan LCD, laptop dan pembesar suara. Fail slide powerpoint jenis sepsis rama-
rama, spesismen rama-rama dan jenis kumbang akan dibuka dan dipancarkan ke skrin putih.
Semua bahan bantu belajar yang akan digunakan iaitu kad gambar, kad perkataan dan
lembaran kerja juga telah diletakkan berhampiran guru. Murid akan masuk dan duduk
ditempat yang telah ditetapkan mengikut kumpulan masing-masing.
Aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) akan dimulakan dengan seti
induksi di mana guru akan menayangkan video Lagu rama-rama
(https://www.youtube.com/watch?v=3XUnQcLNx-8) dan murid menyanyi mengikut iringan
muzik dan video yang dipaparkan selama 2 minit. Seterusnya, murid akan dibimbing
membaca jenis sepsis rama-rama, spesismen rama-rama dan jenis kumbang berdasarkan Slide
Power point secara kelas . Kaedah latihtubi akan digunakan untuk memastikan murid dapat
mengingati jenis sepsis rama-rama, spesismen rama-rama dan jenis kumbang dan gambar
yang sesuai .
Aktiviti diteruskan dengan permainan “Cari jenis sepsis rama-rama, spesismen rama-
rama dan jenis kumbang” di mana 5 orang murid akan mendapat satu senarai nama jenis
sepsis rama-rama, spesismen rama-rama dan jenis kumbang Murid yang memegang senarai
nama bergerak di taman rama-rama untuk mengambil gambar. Aktiviti ini akan dilakukan
secara bergilir-gillir di tempat tertentu dalam taman rama-rama bagi mengawal gerakan
murid di taman rama-rama.. Murid yang sudah menemui jenis sepsis rama-rama, spesismen
rama-rama dan jenis kumbang, wakil kumpulan akan masukkan gambar ke dalam komputer
riba guru mengikut folder kumpulan. Selepas semua kumpulan berjaya melengkapkan
tugasan, wakil kumpulan akan diminta untuk memberitahu apakah gambar yang mereka
perolehi dan membaca nama jenis sepsis rama-rama, spesismen rama-rama dan jenis
kumbang bersama-sama. Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru untuk mengeja dan
menyebut nama jenis sepsis rama-rama, spesismen rama-rama dan jenis kumbang. Semua
murid akan diberikan token (bintang) sebagai ganjaran.
Dalam Fasa Evaluation (Penilaian) ini, murid-murid akan dinilai prestasi dan
menentukan apakah mereka telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan
menggunakan lembaran kerja dan aktiviti Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21). Selain itu, guru
juga akan menggunakan teknik penyoalan tentang pembelajaran yang telah dilakukan untuk
mengetahui adakah ativiti PdPc yang dilakukan pada hari ini membantu murid untuk
menguasai kenalan jenis sepsis rama-rama, spesismen rama-rama dan jenis kumbang Selain
itu, guru juga akan menilai samada kemahiran ini perlu diulang sekali lagi dan diberi aktiviti
pengukuhan (terutamanya untuk murid lemah bahasa)
Penggunaan model ADDIE dalam perancangan dan penulisan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) sangat membantu saya untuk menghasilkan sesi PdPc yang berkesan dan
menarik hati murid-murid saya. Selain itu, analisis yang dibuat pada Fasa analisis sangat
membantu saya untuk menghasilkan bahan bantu belajar (BBB) yang bersesuaian. Melalui
fasa rekabentuk dan pembangunan pula, ia memberi panduan kepada saya tentang
persediaan-persediaan yang saya perlu buat sebelum dilaksanakan pada fasa perlaksanaan.
Misalnya dalam menghasilkan bahan pembelajaran berbantukan ICT, latihan interaktif dan
lembaran kerja yang akan diberikan kepada murid. Manakala pada fasa penilaian pula, saya
dapat membuat penilaian dari dua sudut pandang iaitu dari sudut murid : adakah mereka
berjaya mencapai objektif yang ditetapkan ? dan dari sudut saya sebagai guru : adakah
aktiviti PdPc ini berkesan membantu murid menguasai kenalan jenis sepsis rama-rama,
spesismen rama-rama dan jenis kumbang.

Rujukan :
1. Bacotang, J., Mohamed Isa, Z., Che Mustafa, M., Arshad, M., & Omar, A. 2016. Aplikasi
Model Addie Dalam Pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) Untuk Awal
Kanak-Kanak. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 9(2), 1-10.

2. Ummu Nasihah, Muhammad Izuan Abd Ghani & Nazipah (2015). Model
ADDIEdalam
proses reka bentuk modul pengajaran : Bahasa Arab tujuan khas di Universiti
SainsIslam Malaysia sebagai contoh. Nilai: Fakulti Pengajian Bahasa Utama,
USIM.Bahagian Pembangunan Kurikulum (2018). Dokumen Standard Kurikulum
Dan Pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Youngmin Lee. (2006). Applying the ADDIE instructional design model
tomultimedia
rich project-based learning experiences in the korean classroom. Sumber
dari http://www.emporia.edu/idt/graduateprojects/spring06/ 

You might also like