You are on page 1of 3

TEORI HURAIAN BAHASA

Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi. Dianggap sebagai tingkah laku


manusia melalui ucapan. Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula
jadi. Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifat-sifat
bahasa dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi
perbincangan ahli-ahli bahasa. Ketika itu muncul bidang linguistik dan
psikolinguistik lingusitik yang bermaksud ilmu yang mengkaji bahasa secara
saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan teratur dan syarat-syarat tertentu.
Segala dapatan dapat dibuktikan dari segi sains atau empirikal melalui
pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa. Psikolinguistik pula
merupakan kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmu-ilmu lain iaitu
psikologi. Ia mengkaji hubungan bahasa dengan jiwa manusia, jenis-jenis
bahasa,bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta
hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur.

Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada empat iaitu aliran
tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif serta fungsional.
Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung
kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut.

Teori Tradisional (Panini)

Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M). Pada masa itu tatabahasa
merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli falsafah Yunani mengkaji
tabii alam. Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logika Plato (429-327 S.M)
membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan
perbuatan. Kata nama yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan kata
kerja menggambarkan tindakan (predikat ). Pembahagian ayat pula berdasarkan
fungsi bahagian-bahagian ayat tersebut. Ayat definisikan sebagai ucapan
yang mengandungi fikiran yang lengkap. Ayat dibahagikan kepada empat jenis
iaitu ayat penyata, tanya, seru dan perintah. Bahagian-bahagian ayat disebut
sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan. Istilah seperti aktif, pasif, transitif
dan intransitif wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan
dan hubungan logika dalam ayat. Tatabahasa merupakan satu cara atau
proses pengkajian bahasa tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan
sesuatu bahasa yang dibuat berdasarkan makna.

Ciri-ciri tatabahasa tradisional.

Tatabahasa tradisional bersifat nosional dan tidak mengikut konsep formal atau
struktur. Ketiadaan pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan
sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur. Ketiadaan pemeringkatan
atau pemilihan bahan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan
yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir
itu boleh diajar atau tidak. Ayat-ayat yang dibina dengan menggunakan konsep
binaan. Bahasa adalah satu organisma. Ia hidup dan berubah.

Kelemahan Teori Tradisional

Teori ini terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan dalam


tatabahasa dan penjenisan kata guru mungkin terpengaruh dan terlalu
menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran akan melahirkan pelajar yang
cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang
sempurna dan gramatis analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan
bahawa kategori-kategori bahasa bersifat universal.

Teori Struktural (Bloomfield)

Dikenali juga dengan aliran taxonomic atau bloomfeildian. Muncul akibat


bertentangan dengan aliran tradisional. Tentangan utama ialah dasar nosional
yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori
tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori
universal. Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang
pertuturan. Data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh
penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji. Analisis struktural bersifat
sturcture centered. Setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri
dan tidak mempunyai kepentingan linguistic. Setiap unsur tersebut menjadi
penting apabila unsur-unsur itu bergabung dengan unsur-unsur lain dalam
sesuatu pola sistem linguistik. Analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan
diikuti oleh morfem, frasa,klausa dan ayat serta unsur-unsur supra segmental.
Ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya yang paling kecil
ialah perkataan diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat.

Teori Transformasi-Generatif (Chomsky).

Teori ini bermula pada tahun 1957. Teori ini menghuraikan ayat-ayat dengan
menggunakan sistem rumus-rumus. Terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu
struktur dalaman dan struktur permukaan. Rumus struktur frasa menerbitkan
ayat pada struktur dalaman dan rumus transformasi berfungsi menukarkan pola
atau struktur ayat-ayat tersebut sehingga membawa kepada peringkat struktur
permukaan. Komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu
ucapan dan komponen semantik merujuk representasi semantik. Oleh itu bunyi
dan makna berhubung melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan
struktur dalaman dan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi si
penutur dalam komunikasi dan interaksi sosial. Rumus struktur frasa berfungsi
melahirkan rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis antara kata
yang terdapat dalam sesuatu dasar. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh
rumus struktur frasa akan menjadi input kepada komponen rumus-rumus
transformasi. Rumus-rumus transformasi itu bekuasa untuk
menggugur,menambah dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur
kata itu. Penukaran struktur itu disebut sebagai transformasi dan ayat baru yang
diterbitkan itu disebut sebagai ayat terbitan.

Teori Fungsionalis (Halliday dan Wilkins)

Teori ini mengkaji bahasa sebagai alat komunikasi dan perubahan bentuk
bahasa yang berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi. Bahasa berkeupayaan
menyampaikan maklumat tentang penuturnya. Eleman dalam struktur bahasa
ialah semantik bukan hubungan sintaksis dari segi struktur bahasa. Halliday
menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagai
alat berkomunikasi. Sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua perkara
yang diutamakan dalam pengajaran pembelajaran. Guru perlu menggunakan
bentuk-bentuk ujaran yang tepat untuk menjadi contoh kepada pelajar.
Penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat mempertingkatkan tahap
kemahiran berbahasa pelajar. Variasi wujud hasil daripada perubahan sesuatu
situasi sosial pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi
tertentu

You might also like