You are on page 1of 6

BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN

13. SEKTOR PERLOMBONGAN

i. Sumber mineral a) logam : bijih besi, bijih timah, emas kuprum, bauksit b) Bahan Api : petroleum, gas asli, arang batu

b) bukan logam : marmar, tanah liat, fosfat

Kawasan Perlombongan Petroleum Dan Gas Asli Di Negara Malaysia


Kawasan Luar pantai Terengganu (Pulai, Bekok, Tapis), pantai barat Sabah (Tembungo, Semarang, Labuan), Luar pantai Sarawak (Lutong, Bayan, Baram) di Malaysia

Mineral Dan Lokasinya Yang Utama Di Malaysia


Petroleum - Luar pantai Terengganu seperti Tiong, Guntong, Tapis, Dulang, Bekok dsb, luar pantai Sarawak seperti Baram, Baronia, Betty, Bokor, Temana dll dan luar pantai Sabah seperti Erb West, Samarang, St Joseph, Gas asli - Luar pantai Terengganu seperti Tujuh, Bujang, Resak & Jerneh, luar pantai Sarawak seperti Beryl dan Laila & luar pantai Sabah sperti Kinarut dan Glayzer Bijih timah - Lembah kinta. Kelang, Seremban & kuala Langat Bijih besi Semeling, Kedah dan Ipoh Terletak di atas pentas sunda yang kaya sumber petroleum dan gas asli Laut yag cetek dengan purata kedalaman kira-kira 180m memudahkan kerja penggerudian Permintaan yang tinggi petroleum (berkualiti tinggi dan mempunyai harga pasaran yang tinggi kerana mempunyai kandungan sulfur yang rendah), gas asli Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan negaranegara Eropah Perkembangan sektor perindustrian dan pengangkutan Perkembangan industri petrokimia, industri aromatik dan Etilina di Kertih, Terengganu dan Pasir Gudang (Johor), industri prapalina di Gebeng (Pahang), industri ammonia dan urea di Gurun (Kedah) dan Bintulu (Sarawak) Peningkatan penggunaan gas domestik. Pada tahun 2000, paip gas telah disambung kepada 20000 buah rumah/ Penggunaan arang batu dalam proses penjanaan tenaga elektrik di Kapar (Selangor) dan Sejingkat (Sarawak) meningkatkan permintaan terhadap arang batu. Arang batu - Silantik, Mukah, Kapit Sarawak dan Silimpopon Sabah Batu kapur - Kaki Bukit, Beseri Perlis, Langkawi Kedah, Batu Caves Selangor Kaolin - Tapah, Bidor Perak, Air Hitam, Johor, Kuching, Sarawak. Emas - Kuala Lipis, Raub (Pahang), Gua Musang (Kelantan), Bau (Sarawak), Lubuk Mandi (Terengganu). Bauksit Teluk Ramunia, Johor, Labuk Sabah & Seri Medan Johor Kuprum - Mamut Sabah, Sematan Sarawak

Faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Perlombongan


Peningkatan taraf hidup pertambahan kenderaan bermotor menyebabkan peningkatan permintaan terhadap petrol. Sistem telekomunikasi yang canggih mempercepatkan segala urusan perniagaan dan pentadbiran/ membolehkan aktiviti penerokaan dan mencari gali mineral di kawasan pedalaman dilakukan dengan cepat dan murah. Menjalankan R & D untuk meningkatkan hasil petroleum IPT yang menawarkan kursus kejuruteraan petroleum meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi menggalakkan R & D/ R & D dari segi inovasi produk, jaminan produk, dan mencari kaedah perlombongan secara cekap dan menjimatkan kos gat dilakukan oleh pengusaha sektor perlombongan Usaha cari gali di laut dalam dilakukan oleh Petronas Pemindahan teknologi oleh syarikat minyak asing seperti Exxon dari Amerika Syarikat serta BP dan Shell dari United Kingdom. Kajian seismik mengumpul data

Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013

BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN Rangkaian sistem pengangkutan yang cekap (keretapi, kapal kargo, kontena dll) memudahkan penghantaran bijih timah ke pusat peleburan atau pelabuhan untuk dieksport/ penubuhan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) mempunyai kapal khas untuk mengangkut petroleum, gas asli cecair dan barang-barang pukal seperti bijih timah membolehkan hasil perlombongan dieksport dengan mudah dan murah.Pelabuhan Usahasama Petronas dengan syarikat luar negara seperti Exxon Mobil (Amerika Syarikat), Shell dan British Petroleum (United Kingdom) dalam aktiviti mengesan sumber, cari gali telaga minyak dan gas asli serta pengeluaran sumber mineral petroleum Pejabat Tanah Dan Galian serta Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan eksplorasi mineral, ekonomi mineral, penguatkuasaan lombong, pemetaan geologi, penyelidikan dan pembangunan serta kajian pengesanan sumber mineral di seluruh Malaysia seismik tiga dimensi di luar pantai Sarawak yang meningkatkan penemuaan telaga-telaga petroleum dan gas asli yang baru. Tenaga kerja tempatan yang mahir wujud akibat peningkatan taraf pendidikan dan latihan kemahiran yang disediakan. Misalnya, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menawarkan kursus kejuruteraan petroleum/ Negara Malaysia juga mengimport tenaga pakar dari Jepun, Amerika Syarikat, dan Eropah sebagai jurutera dan perunding dalam penerokaan kawasan perlombongan.

Kepentingan Sektor Perlombongan Kepada Pembangunan Negara


Menyediakan peluang pekerjaan dalam pencarigalian, pemprosesan, penyelidikan dan pengurusan. Pada tahun 2000, sektor perlombongan mewujudkan 41200 peluang pekerjaan. Sumber pendapatan negara melalui eksport petroleum adalah penyumbang terbesar. Pada tahun 2001, sektor perlombongan menyumbangkan RM 15 bilion kepada KDNK/ Pada tahun 2000, sektor perlombongan menyumbangkan 6.6 % kepada KDNK. Membantu perkembangan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Kilang penapisan minyak mentah didirikan di Kertih (Terengganu). Tangga Batu (Melaka), dan Lutong (Sarawak)/ Kilang Petrokimia berkembang maju di Kertih, Gebeng, dan Kidurong. Kilang pemprosesan gas asli didirikan di Kertih (Terengganu) dan Kidurong (Sarawak). Perlombongan bijih timah memajukan industri pateri, piuter dan penyaduran tin. Penjanaan kuasa elektrik. Antara stesen kuasa elektrik yang menggunakan Peningkatan taraf hidup melalui peningkatan pendapatan Pemindahan masuk teknologi moden penerokaan dan pemetaan untuk eksplorasi galian dari negara maju seperti Amerika Syarikat/ Kemajuan teknologi dari segi R & D. Penghasilan minyak pelincir Syntium oleh PETRONAS yang bermutu tinggi Formula 1 Peningkatan kemudahan sosial dan infrastruktur pembinaan jalan pengangkutan bagi membawa hasil perlombongan ke kilangkilang memproses dan pelabuhan/ naik taraf jalan raya serta memodenkan dan naik taraf pelabuhan dengan penyediaan kemudahan kargo seperti Pelabuhan Kuantan (Pahang). Menggalakkan perkembangan bandar seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban akibat perlombongan bijih timah. Perlombongan petroleum dan gas asli cecair mempengaruhi perkembangan bandar Kertih, Bintulu dan Miri. Pembinaan pelabuhan yang mempunyai gudang penyimpanan sebagai pusat pengumpulan hasil perlombongan sebelum dieskport ke luar negara. Contohnya:

Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013

BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN petroleum sebagai bahan api dibina di Port Dickson, Lumut dan Pasir Gudang/ Di Paka, Terengganu, gas asli sebagai cecair digunakan sebagai bahan api untuk menjana kuasa elektrik/ Arang batu pula digunakan sebagai bahan api untuk menjana kuasa elektrik di Kemaman, Stesen janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah milikan TNB di Kapar (Selangor) dan Connaught Klang/ Stesen janakuasa milik perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak di Sejingkat Pelabuhan Kuantan (Pahang), Pelabuhan Tanjung Pelepas (Johor), Pelabuhan Kertih (Terengganu) Membantu perkembangan pelbagai sektor ekonomi. Petroleum dan gas asli cecair sebagai bahan api untuk menggerakkan mesin dan jentera, melombong bijih timah dan menjana kuasa elektrik

Kepentingan Petroleum Di Malaysia/ Kepentingan Penerokaan Sumber Petroleum Terhadap Sesebuah Negara
Bahan mentah bagi industri plastik, getah tiruan, racun serangga, ubat-ubatan, bahan kimia organik dan pelarut, Industri petrokimia, penapisan minyak dan pencairan gas asli Bahan api kenderaan, penjanaan elektrik termal dan kilang Bahan eksport mineral terpenting Hasil sampingan spt gris (pelincir), bitumin dan tar (menurap jalan raya) Mengurangkan import Meningkatkan pembangunan luar bandar. Contohnya Kertih, Lutong, Miri dan Bintulu Taraf hidup meningkat banyak peluang pekerjaan dalam sektor perlombongan petroleum dengan pembayaran upah yang tinggi dan lumayan meningkatkan kuasa beli Perkembangan infrastruktur - Pembinaan jalan raya, jalan kereta api, kemudahan pendidikan, kemudahan rekreasi yang boleh meningkatkan taraf sosial penduduk setempat serta pelabuhan -

Mewujudkan peluang pekerjaan. Bekerja sebagai ahli geologi petroleum, jurutera, ahli hidrologi marin, juruteknik, pengawai tadbir dan buruh yang mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan taraf hidup dan kuasa beli. Pada tahun 2000, sebanyak 39900 tenaga kerja terlibat dalam sektor petroleum Menyumbang kepada pendapatan negara dari segi tukaran wang asing. Pada tahun 2000, nilai eskport petroleum ialah RM 14.2 Bilion. Menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan di rumah dan kilang. Antara stesen kuasa elektrik yang menggunakan petroleum sebagai bahan api dibina di Port Dickson, Lumut dan Pasir Gudang Berlaku pemindahan teknologi dari syarikat luar negara - penerokaan dan aktiviti pemetaan untuk eksplorasi galian dari negara maju seperti Amerika Syarikat Menggalakkan penyelidikan oleh Petronas/ Shell/ BP/ Mobil/ Caltex.

Sumbangan Sumber Di Luar Pantai Miri, Sarawak Kepada Kawasan Sekitarnya (Luar Pantai Kertih, Terengganu)
Pengeluaran petroleum menggalakkan pembinaan logi penapis petroleum Perlombongan petroleum sediakan banyak peluang pekerjaan. Cth: jurutera perlombongan, pengusaha stesen minyak dan pemandu lori tangki Merangsang pertumbuhan industri petrokimia seperti kilang cat, barangan plastik dll Perkembangan bandar Miri dari segi perdagangan dan perniagaan Mendorong peningkatan kemudahan pelabuhan Miri sebagai pelabuhan mengeksport petroleum Kemudahan asas dipertingkatkan seperti elektrik dan air untuk menarik pelabur asing Merangsang pertumbuhan bandar dengan lebih pesat Mengubah cara hidup dari nelayan kepada pekerja kilang -

Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013

BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN Perkembangan jaringan jalanraya semakin baik Merangsang perkembangan lapangan terbang Miri Pencemaran laut/air - carigali petroleum di laut/ pembersihan kapal pengangkut petroleum mentah. Tumpahan minyak di pelantar carigali minyak oleh syarikat BP di Teluk Mexico atau perlanggaran kapal tangki minyak. Perlombongan bijih timah juga menyebabkan sungai berkelodak dan berlumpur. Kemusnahan ekosistem maritam - Tumpahan minyak menjejaskan terumbu karang dan kehidupan plankton, zooplanton yang menjadi makanan hidupan lain akan mati yang akan menjejaskan rantaian makanan dalam laut kerana kekurangan oksigen dan kemasukan cahaya matahari ke dalam laut berkurangan akibat permukaan laut dilitupi minyak pinggir laut serta mengakibatkan kesan buruk terhadap burung dan hidupan akuatik Meningkatkan sekitarnya taraf hidup penduduk

Kesan kegiatan Perlombongan Terhadap alam sekitar


Kawasan terbiar : kolam bekas lombong bijih timah di sekitar Ipoh/ Di Malaysia, banyak kolam lombong di Selangor dan Perak hasil tinggalan perlombongan bijih timah Dasar sungai menjadi cetek kerana pemendapan sisa lombong dan puin tanah, mudah berlaku banjir Hakisan tanah di kawasan lombong bijih timah yang terdedah Larut, bekas lombong di Lembah Kinta dan Ulu Langat Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sisa lombong/ penggunaan air untuk mengasingkan mineral dari tanih menyebabkan air lumpur mengalir masuk sungai/ pencemaran Sungai Mamut di Sabah oleh perlombongan tembaga Peningkatan suhu setempat melalui pembakaran sisa gas di pelantar minyak dan depot memproses gas asli dan petroleum seperti Kertih dan Bintulu/ tiada tumbuhan hijau yang akan membalikkan bahangan matahari ke atmosfera akibat pembersihan hutan/ tumbuhan di kawasan sekitar

Pencemaran udara : perlombongan kuari, batu

kapur yang membebaskan habuk, debu dan

asap oleh semasa pemprosesan/ Pelepasan asap kilang ke udara dari kawasan industri Paka dan Kertih yang berpunca daripada pemprosesan gas asli. Gas gas yang dibakar 24 jam boleh menambahkan kandungan pencemar dalam udara. Memusnahkan hutan - perlombongan kuprum di Mamut Ditebusguna :Pertanian : kawasan berpasir dibaja dan ditanam buah buahan seperti buah jambu dan sayur-sayuran Sebagai padang rumput untuk ternakan lembu dan kambing Pencemaran sungai/air pembuangan sisa perlombongan oleh kapal korek di sekitar sungai yang berdekatan menyebabkan air sungai keruh, berkelodak dan berlumpur Sungai menjadi cetek pemendapan sisa lombong dan puin tanah. Hakisan tanah/tanah runtuh akibat permukaan tanah terdedah Permukaan tanah gondol/tanah tandus. menterbalikkan profil tanah - Lapisan tanah yang subur akan berada di bawah dan -

Pemuliharaan Kawasan Bekas Lombong Bijih Timah Di Lembah Kinta


Penternakan ikan air tawar/ akuakultur Sebagai kawasan perumahan dan perindustrian Sebagai tempat rekreasi : taman tema, taman air, dll

Kesan Kegiatan Perlombongan Bijih Timah Terhadap Alam Sekitar


Terbentuk timbunan pasir atau tahi bijih Tumbuhan semula jadi musnah Habitat fauna musnah Wujud hutan sekunder dan ditumbuhi belukar dan seman samun Kepupusan flora dan fauna Meninggalkan lubang besar seperti gua dan lekukan yang dalam Tanah mendap/jerlus Terbentuk tasik -

Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013

BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN meninggalkan lapisan atas yang tidak subur Ekosistem terganggu

Usaha Untuk Memajukan Kawasan Bekas Lombong Bijih Timah Di Malaysia.


Menjadikan kawasan rekreasi dan pelancongan seperti Mines Wonderland (Selangor), Sunway Langoon, Tasik Titiwangsa serta Tasik Taiping Menjadikan taman air/ taman tema Penternakan penternakan ikan air tawar dan udang harimau/ akuakultur Menjalankan kegiatan penternakan itik, ayam, lembu dan kambing Menggunakn pasir untuk industri pembinaan dan pembuatan kaca Ditebusguna sebagai kawasan padang ragut untuk ternakan lembu dan biri-biri Padang golf Kawasan pertanian jambu, betik, limau bali Tebusguna untuk Kawasan petempatan dan tapak perkilangan Membekalkan pasir untuk bahan binaan Kawasan pelupusan sampah Penggunaan baja organik untuk memulihkan kesuburan tanih Membuat takungan khas untuk menyekat air keruh dam lumpur

Kesan Penerokaan Sumber Petroleum Terhadap Alam Sekitar


Pencemaran udara pelepasan asap sperti karbon monoksida oleh pembakaran gas di kawasan industri penapisan/pemprosesan gas. Misalnya, di Kertih Pencemaran air tumpahan minyak/ pencemaran air laut di kawasan pelantar carigali/pembersihan kapal pengangkut petroleum mentah ketulan minyak menutupi permukaan laut Peningkatan suhu pelepasan gas/pembakaran terbuka terhadap gas asli meningkat suhu sekitar. Ekosistem Marin terjejas Terumbu karang dan hidupan lain akan kehilangan oksigen dan kemasukan cahaya matahari ke dalam laut yang berkurangan akibat pencemaran air laut Perubahan landskap pembinaan tangki/ saluran paip Pencemaran tanah tumpahan minyak Habitat fauna musnah fauna pupus

Langkah Mengurangkan Kesan Perlombongan Terhadap Alam Sekitar


Pejabat Tanah dan Galian berfungsi mengawal dan mengehadkan pemberian lesen aktiviti cari gali dan aktiviti perlombongan. Laporan EIA wajib disediakan oleh syarikat yang berkenaan dan jika didapati melanggar syarat - syarat EIA, maka JAS perlu mengambil tindakan undang-undang yang tegas. Beralih kepada sumber tenaga gantian yang lebih murah, berterusan dan bersih seperti penggunaan tenaga hidroelektrik, tenaga solar, tenaga biomas, tenaga ombak dan sebagainya. Mengadakan kempen dan pendidikan alam sekitar. Selain itu, aktiviti bergotongroyong membersihkan pantai dari tumpahan minyak, mengedar risalah, mengadakan forum dan seminar, kempen melalui media cetak dan elektronik. Pembangunan lestari Pendidikan alam sekitar Pasukan pembersihan tumpahan minyak oleh JAS

Langkah Mengurangkan Kesan Sumber Petroleum Terhadap Alam Sekitar.


Penyelidikan / R&D tentang pembangunan teknik pembersihan tumpahan minyak Kuatkuasa undang-undang maritim Kempen alam sekitar dalam kalangan

Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013

BAB 13 SEKTOR PERLOMBONGAN pengendali kapal, operator stesen minyak Teknologi tinggi Sumber alternatif Jabatan alam sekitar melakukan pemantauan , pengawasan, penyeliaan dan pemeriksaan terhadap aktiviti perlombongan yang mencemarkan alam sekitar Kerjasama dengan negara jiran Pekerja menjalankan kerja spesifikasi kerja yang rapi. mengikut

Tenaga Alternatif
Tenaga suria/solar/cahaya matahari boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dengan menggunakan suatu alat yang dinamai set fotovolta. Diperoleh daripada sinaran matahari - digunakan untuk memanaskan rumah dan memasak air. Tenaga biojisim/biomas pereputan sisa-sisa bahan buangan haiwan seperti najis lembu dan juga sisa tanaman seperti hampas kelapa sawit, sekam padi dan juga hampas tebu menghasilkan gas metana - metana tenaga elektrik. Tenaga angin - menggerakkan kipas di kilangkilang angin - bertujuan mengepam angin Belanda. Penggunaan tenaga pasang surut - di kawasan mengalami perbezaan pasang surut yang besar - 5 - 10 meter - menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga Ombak jumlah tenaga ombak bergantung kepada halajunya yang dipengaruhi oleh panjang, tinggi, dan masa ombak itu. Tenaga nuklear - Dihasilkan apabila jissim ditukarkan menjadi tenaga .Bahan mentah utama adalah uranium, tenaga nuklear dihasilkan dalam kilang yang dinamakan reaktor. Tenaga geoterma diperoleh dari kawasan gunung berapi Kuasa hidroelektrik - diperoleh daripada sungai yang diempang - menghasilkan tenaga elektrik - kurang pencemaran

Disediakan oleh En. Liong Sing Chan, Panitia Geografi SMKJO, 2013

You might also like