You are on page 1of 5

STATUS

PEMANTAUAN CERUN KRITIKAL


NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
(SETAKAT 24 DISEMBER 2021)

Jabatan Meterologi Malaysia telah melaporkan bahawa Fasa Monsun Timur Laut
(MTL) yang bermula pada 3 November 2021 dan dijangka akan berterusan sehingga
Mac 2022 dengan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh akan berlaku di
kebanyakan negeri dengan purata hujan di antara 50 mm hingga 850 mm.

Sebagai tindakan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana geologi tanah runtuh


akibat curahan hujan lebat ini, JMG telah melaksanakan pemantauan terhadap 220
cerun kritikal di seluruh negara. Sejumlah 122 lokasi cerun telah diklasifikasikan
sebagai cerun kritikal tahap tinggi (hot spots) yang berpotensi berlakunya bencana
tanah runtuh.

JMG Kelantan telah mengambil langkah pro-aktif membuat pemantauan cerun di


seluruh negeri Kelantan. Sebanyak 20 cerun kritikal telah dipantau yang mana 10
cerun diklasifikasikan sebagai kritikal tahap tinggi. Sehingga kini, tiada sebarang
kejadian tanah runtuh direkodkan di kawasan penempatan di negeri ini.

Maklumat ini telah dikongsikan bersama pihak berkuasa tempatan seperti Gua
Musang, Kuala Krai dan Jeli. JMG Kelantan telah menyediakan Peta Ancaman
Bencana Geologi Tanah Runtuh sebagai rujukan awam dan boleh diperolehi melalui
laman sesawang JMG dalam masa terdekat.

Sebanyak sepuluh (10) cerun kritikal tinggi yang telah dikenalpasti memerlukan
mitigasi segera mengikut keutamaan adalah seperti berikut (Rujuk Lampiran A):

(1) Hospital Gua Musang (Gua Musang);


(2) Bukit Batu Kapur Gua Musang (Gua Musang);
(3) Kuarters Perumahan Guru (Gua Musang);
(4) Gunung Swetenham (Lojing);
(5) Di KM 5, Jalan Gua Musang-Jelawang (Gua Musang);
(6) Taman Wira Perdana (Gua Musang);
(7) Kampung Kala Baru (Gua Musang);
(8) Kampung Berdang (Jeli);
(9) Kampung Sri Berangan (Kuala Krai); dan
(10) Kampung Tanah Puteh (Gua Musang);

Sebagai tindakan segera mitigasi, pihak berkuasa tempatan disarankan mengambil


langkah-langkah berikut:
(a) Mewujudkan zon penampan bagi kawasan lereng bukit batu kapur khususnya
di Hospital Gua Musang (Rujuk: Garis Panduan Penentuan Zon Bahaya Di
Sekitar Bukit Batu Kapur oleh JMG (JMG.GP.15));
(b) melaksanakan kerja-kerja perlindungan dan pengukuhan cerun di kawasan
Kuarters Perumahan Guru (Gua Musang) dan Taman Wira Perdana (Gua
Musang)
(c) manakala bagi kawasan lain pula memerlukan pemantauan yang rapi bagi
mengenalpasti tanda-tanda awal berlakunya tanah runtuh.

Bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan meredakan kegusaran penduduk yang


terdedah kepada bahaya tanah runtuh, langkah-langkah berikut hendaklah diambil:
(a) Penduduk perlu sentiasa peka dan mempunyai kewaspadaan tinggi terhadap
tanda-tanda awal tanah runtuh di lereng bukit dan perubahan cuaca semasa
khususnya bila berlaku hujan berterusan dalam jangka masa panjang (melebihi
3 hari) dikhuatiri berlakunya bencana tanah runtuh;
(b) Maklumat tanda awal akan dibekalkan oleh JMG kepada penduduk setempat
seperti yang telah dikongsikan di portal sosial media rasmi JMG seperti Twitter
dan Facebook.

Penduduk setempat diminta menghubungi segera talian Hotline JMG Kelantan


(Encik Nurzaidi bin Abdullah: 019-4129484) sekiranya ingin mendapatkan maklumat
lanjut atau memaklumkan sebarang tanda atau kejadian tanah runtuh yang berlaku.

Disediakan oleh:
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

25 Disember 2021.
LAMPIRAN A

SENARAI CERUN KRITIKAL TAHAP TINGGI YANG MEMERLUKAN MITIGASI SEGERA


DI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

N LOKASI GUNA TANAH STATUS


SETAKAT OKTOBER 2021
O

-Tanah runtuh berhampiran kawasan perumahan

Taman Wira Perdana, -Gabion wall telah dibina


1 Awam (Perumahan)
Gua Musang
-3 ke 4 kali kejadian tanah runtuh berlaku sejak 2018 terutamanya pada musim
tengkujuh (info dari penduduk)

-Blok longgar pinnacles dapat dilihat di puncak bukit batu kapur berkemungkinan tinggi
Kampung Kala Baru, untuk jatuh
2 Awam (Perumahan)
Gua Musang
-Penduduk melaporkan kejadian jatuhan batuan kecil di atas bumbung kediaman

Kuarters Perumahan -Tanah runtuh di muka cerun. Anggaran jarak cerun ke perumahan ialah 5 meter.
3 Awam (Perumahan)
Guru, Gua Musang -Terdapat juga tanda-tanda hakisan dan juga pergerakan tanah di lapangan

Kampung Tanah - terdapat bukti kesan jatuhan batuan di kaki bukit


4 Awam (Perumahan)
Puteh, Gua Musang

5 Bukit Batu Kapur Gua Awam (Perumahan) -Perumahan setinggan dibina di bawah bukit batu kapur bersebelahan dengan jalan
Musang keretapi
N LOKASI GUNA TANAH STATUS
SETAKAT OKTOBER 2021
O

-Beberapa set kekar dikenalpasti di muka cerun

- Tanah runtuh bersebelahan kawasan perumahan.

Jalan Jelawang – Gua -Terdapat kesan-kesan hakisan di muka cerun seperti rill dan gullies.
6 Awam (Perumahan)
Musang
-Terdapat aktiviti pembalakan di bahagian atas cerun yang mungkin
menyumbang kepada kegagalan cerun.

-Tanah runtuh di belakang kawasan perumahan.

7 Dabong, Kuala Krai Awam (Perumahan) - Anggaran tanah runtuh dan jaraknya dengan kawasan rumah ialah kurang
dari 1 meter.

Awam (Perumahan) - Tanah runtuh di perumahan bersebelahan SM Sains Jeli. Anggaran jarak

Kampung Berdang. cerun dengan rumah ialah 15 meter.


8
Jeli -Terdapat kesan-kesan hakisan seperti rill dan sheet erosion di kawasan
cerun.

Awam (Perumahan) -Bukit batu kapur di kawasan hospital Gua Musang.

-Beberapa set kekar dikenalpasti dan direkod.


9 Hospital Gua Musang
-Terdapat juga fitur overhang dan kekar daylighting di muka cerun berisiko
untuk berlaku jatuhan batuan
N LOKASI GUNA TANAH STATUS
SETAKAT OKTOBER 2021
O

Gunung Swetenham, Persendirian -Lokasi kejadian tanah runtuh pada Januari 2021
10
Lojing (Kawasan pertanian) -Jalan berhadapan cerun runtuh dan sekarang dalam proses pembaikan

You might also like