You are on page 1of 2

GEMPA BUMI DI SABAH

Tanggal 5 Jun 2015 merupakan satu dugaan besar kepada Malaysia,


khususnya negeri di bawah bayu, Sabah. Gegaran sekuat 5.9 skala
Richter menggegarkan kebanyakan tempat di negeri ini khususnya
daerah Ranau yang terjejas teruk.
Malah, kejadian gempa bumi yang tidak disangka ini meragut
sekurang-kurangnya 18 nyawa yang terdiri daripada pendaki dan
malim gunung.
Secara kronologinya, sebelum kejadian gempa ini berlaku, beberapa
pendaki luar negara melakukan sesuatu yang melanggar pantang
larang Gunung Kinabalu dan kepercayaan masyarakat Kadazan
Dusun.
Aktiviti tersebut telah mengundang kepada kemarahan semangat Aki
Nabalu dan bagi masyarakat setempat di sini, ianya dipercayai punca
berlakunya gempa bumi yang berpusat di gunung berkenaan.
Gempa bumi ini telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada
penduduk yang tinggal di Ranau. Antaranya ialah kerosakkan pada
dinding bangunan, jalan terbelah dua, atap bumbung runtuh dan
banyak lagi.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata JBPM akan memberi latihan
menyelamat kepada semua malim gunung yang beroperasi di Gunung
Kinabalu kerana mereka adalah responden awal kepada bencana
gempa bumi.
Pada masa yang sama, JBPM akan meletakkan peralatan menyelamat
yang sesuai di atas gunung iaitu di Laban Rata dan di pejabat Taman
Sabah di kaki gunung.
Dengan cara ini malim-malim gunung yang mempunyai banyak
pengalaman dalam topografi gunung boleh membantu kerja awalan
mencari dan menyelamat bila ada bencana berlaku, katanya.

You might also like