You are on page 1of 18

TAMBUNAN

Daerah Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi yang terletak di Bahagian
Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Ia terletak 81 km dari Kota
Kinabalu, pada ketinggian 1000m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 19,760
penduduk pada tahun 1991, dan kebanyakan daripada penduduk ini ialah daripada Kaum
Dusun. Keluasan daerah ini 134,540 hektar dan di kelilingi oleh sawah padi dan 70 buah
perkampung.
Terletak ke timur daerah ini ialah Gunung Trus Madi (2462 meter),merupakan gunung
kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.
Di daerah ini juga menempatkan sebuah tugu seorang pahlawan Sabah berketurunan
Bajau, Mat Salleh, seorang yang menjadi penentang semasa penjajahan British di Tanah
Melayu pada akhir kurun ke 19. Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang
pahlawan ini di tugu yang terletak di uatara daerah Tambunan.
Kampung-kampung di daerah Tambunan
1.

Kampung Patau

2.

Kampung Namadan

3.

Kampung Tungaring

4.

Kampung Pegalan Kusob

5.

Kampung Bambangan

6.

Kampung Sunsuron

7.

Kampung Kinabaan

8.

Kampung Tontolob

9.

Kampung Pantai

10.

Kampung Kipaku

11.

Kampung Kepayan Baru

12.

Kampung Kepayan Lama

13.

Kampung Tombotuon

14.

Kampung Tibabar

15.

Kampung Botung

16.

Kampung Tampasak Liwan

17.

Kampung Tonop

18.

Kampung Kirokot

19.

Kampung Sandapak

20.

Kampung Pomotodon

21.

Kampung Lintuhun

22.

Kampung Dabata

23.

Kampung Noudu

24.

Kampung Papar

25.

Kampung Tondulu

26.

Kampung Dalungan

27.

Kampung Mogong

28.

Kampung Monsolurung

29.

Kampung Kuala Monsok@Kinaluan

30.

Kampung Timbou

31.

Kampung Mangi Pangi

32.

Kampung Tangaban

33.

Kampung Kuyungon

34.

Kampung Lotong

35.

Kampung Kitou

36.

Kampung Kaingaran

37.

kampung Karanaan

38.

Kampung Rompon

39.

Kampung Tiga

40.

Kampung Garas

41.

Kampung Kolombuong

42.

Kampung Kiporing

43.

Kampung Sintuong-tuong

44.

Kampung Solibog

45.

Kampung Kiawayan

46.

Kampung Tikolod

47.

Kampung Rugading Pegalan

48.

Kampung Tanaki

49.

Kampung Rugading

50.

Kampung Nambayan

51.

Kampung Monsok Ulu

52.

Kampung Monsok Tengah

53.

Kampung Narayat

54.

Kampung Sinungkalangan

55.

Kampung Tiong Widu

56.

Kampung Nukakatan

Gunung-gunung di daerah Tambunan


1.

Gunung Trusmadi

2.

Gunung Wakid

3.

Gunung Panampakan

4.

Gunung Ginivisan

KENINGAU
Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan
terbesar di Bahagian Pedalaman atas.Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar
selepas Tawau dan Lahad Datu.
Bandar ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau
bersempadan[1] dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan
Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah.
Keningau kini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau(Pentadbiran lama) dimana ia
mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor,
Sook, Nabawan dan Tambunan.
Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui
jalan Tambunan atau melalui jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak
sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, ke Sandakan
melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau-Tawau
dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain
pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau.

Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang
jenis foker sahaja.
Batu Sumpah Keningau yang merupakan ringkasan intipati Perjanjian 20 Perkara Sabah
antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Malaysia berdiri disini.
Majlis Daerah Keningau
Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandar
Keningau dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Keningau ditubuhkan.

2002
Keningau

diisytiharkan

sebagai

Bandar

tetapi

ramai

penduduk

masih

menganggap Keningau sebagai pekan atau daerah. Manakala pentadbiran


mengikut format lama iaitu Majlis Daerah Keningau (MDK) walaupun telah

dikenali sebagai bandar


2006
Lebuhraya Kimanis-Keningau dibuka kepada semua pengguna dan lebuhraya ini
mempunyai jarak yang singkat ke Kota Kinabalu berbanding Laluan Persekutuan

Malaysia 500
2010
Membina jalan raya sepanjang 15 km yang di kenali sebagai Laluan Persekutuan

Malaysia 500 dari Apin-Apin hingga ke Jalan Tenom (melintasi bulatan ke Papar).
Julai 2010
Keningau Mall dibuka secara rasmi dan ia adalah pusat beli belah yang pertama

di Keningau
2011
Menaik taraf Stadium dan Kompleks Sukan Keningau menjelang Sukan Sabah

(SAGA)
2012
Kerja-kerja membina dan menaik taraf Lebuhraya Tawau-Keningau dengan

bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT)


Januari 2013
Panggung wayang kecil telah dibuka di Keningau Mall, panggung wayang kecil

itu adalah panggung wayang pertama di Keningau


2013
Pembinaan taman-taman perumahan di sekitar bandar Keningau
Julai 2014
Keningau direkodkan sebagai bandar pertama yang mengalami kesesakan lalu
lintas yang agak serius berbanding dengan Kota Kinabalu menjelang Hari Raya
Puasa.

Sejarah
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak
ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa
masyarakat tempatan di kawasan tersebut, mereka memanggilnya sebagai kayu
kondingau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau
menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman
menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan
tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun
menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat
pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.
Zaman Kesultanan Brunei
Walaupun Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei sebelum abad ke-6 lagi, namun
pengaruh kesultanan itu tidak dirasai oleh kaum pribumi yang tinggal di daerah Keningau.
Zaman pemerintahan British
Tahun 1888 adalah tahun keramat Sabah menjadi negeri naungan British yang mana telah
menjalani sistem pemerintahan secara hierarki. Kampung Nuntunan yang terletak di ApinApin merupakan dahulunya sebuah pusat pentadbiran British bagi mentadbir kawasan
tersebut termasuklah mengawal ekonomi eksport kayu manis yang banyak tumbuh di
kawasan ini. Berikut adalah nama Residen yang mentadbir Keningau semasa zaman
pemerintahan British:
Nama Residen

Tahun mentadbir

W.S Holley

1960-1961

Roderick Maclean

1961-1963

E.J.K Wickstead

1964

J.P.C Burbrock

1964-1965

Peter L. Regis

1965-1967

Albert Watson

1967-1968

Stephen D. Lee

1968-1971

Alber Watson

1071-1973

Hj. Abdul Halim Abbie

1974-1976

Hendry Mosiun

1976-1977

Thien Thau kiew

1977-1979

Sistem ini dihapuskan pada tahun 1979.


Zaman pemerintahan Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai satu kuasa yang kuat pada masa itu dengan slogan
"Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya" dan "Asia Untuk Asia" telah mara ke Sabah
bermula dari Labuan pada 1 Januari 1942 hingga menawan Sabah tanpa ada tentangan
dari pihak British, ini disebabkan Gabenor British di Sandakan tidak sempat mengirimkan
bantuan disebabkan sekatan terhadap jalan darat dan laut. Jepun berminat untuk membuat
Rancangan membuka pusat migrasi ke Keningau tetapi rancangan itu hanya tinggal
rancangan kerana ianya tidak mendapat kelulusan dari pihak British di keningau.
Kekalahan pihak British di sabah amnya dan di Keningau khususnya menyebabkan tentera
Jepun telah mengambil alih sistem pemerintahan di Kg Nuntunan Apin-apin. Zaman inilah
kerahan tenaga dilakukan oleh tentera jepun kepada penduduk keningau bagi
melaksanakan jalan raya Apin-Apin yang terlurus dan terpanjang di Sabah. Sabah di kuasai
semula oleh British setelah berjaya mengusir tentera Jepun. Kehidupan di bawah kuasa
tentera Jepun tidak membawa apa-apa kemajuan dan pembangunan.
Demografi
Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan
bahawa jumah penduduk di Daerah Keningau adalah seramai 134,234 orang seperti
berikut:
Etnik

Jumlah Penduduk

Melayu Brunei

4,485

Kadazan-Dusun

68,627

Murut

29,070

Bajau

5,403

Cina

10,661

India

374

Bumiputera lain

12,445

Lundayeh

1100

Lain-lain

3,169

Ekonomi
Ekonomi yang diusahakan di keningau bergantung kepada bidang pertanian, perladangan,
perusahaan kecil-kecilan, dan pelancongan yang membawa kepada serba sedikit
kemajuan dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Pertanian
Majoriti penduduk di Keningau melaksanakan aktiviti pertanian khususnya masyarakat
kaum Kadazandusun. Mereka mengusahakan tanah yang diwariskan secara turun temurun
dengan penanaman padi, sayur-sayuran untuk dipasarkan di tamu Keningau yang
beroperasi dua kali seminggu iaitu tamu hari Khamis dan Ahad. Juga dijaja ke pasar malam
Keningau yang beroperasi pada waktu malam setiap hari. Keningau akan dijangka menjadi
antara daerah pengeluar padi terbesar di Sabah dengan adanya program yang dijalankan
di Kampung Ambual yang disasarkan akan mengeluarkan 10 metrik tan sehektar melalui
program penanaman padi berkelompok. Keningau juga adalah pusat penanaman halia
secara individu [tradisi].
Perladangan dan penternakan
Dengan sedikit bantuan kerajaan bagi mengusahakan tanah maka ramai penduduk
tempatan di Keningau mengusahakan penanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah.
Penternakan juga giat dijalankan dengan ternakan kambing, lembu, ayam dan itik.
Kelulusan penternakan feedlot di Daerah Kecil Sook bukti bahawa bidang penternakan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan penduduk tempatan.
Perusahaan
Selain daripada itu, perusahaan IKS di Keningau juga semakin berkembang dengan ramai
melibatkan diri khususnya para wanita. Dengan pembinaan Komples Kraftangan Keningau
membolehkan

perusahaan

kraftangan

dapat

dikembangkan

hingga

ke

peringkat

kebangsaan dan antarabangsa dengan bantuan kerajaan dari segi kewangan dan khidmat
kaunseling.
Pelancongan
Walaupun bidang pelancongan bukanlah penyumbang kepada ekonomi penduduk di
Keningau namun ianya satu bidang yang banyak diusahakan oleh penduduk sekitar. Ini
dapat dibuktikan bahawa pembinaan homestay di Kampung Bayangan.

Kampung Bayangan terletak tujuh kilometer dari pekan Keningau dan mempunyai 1,423
penduduk pelbagai suku kaum dan majoritinya terdiri daripada suku kaum Dusun yang 100
peratus beragama Islam. Kampung ini pada mulanya merupakan dua buah kampung iaitu
Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis tetapi digabungkan di bawah program GDW.
Mengikut sejarah, Kampung Bayangan mendapat nama dari sebatang anak sungai yang
jernih mengalir ke kampung tersebut. Kejernihan itu sehingga menimbulkan 'sangai' dalam
bahasa Dusun yang bermaksud bayang-bayang disingkatkan menjadi 'Bayangan'.
Sebilangan besar masyarakat kampung ini bekerja dangan sektor awam dan swasta dan
hanya sebahagian kecil masyarakatnya menjadi usahawan (berniaga, bertani dan
menternak)
Keseluruhan kampung menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik, air
dan telefon. Disamping itu terdapat sebuah Sekolah Agama Islam Sabah (SUIS), Tadika
KEMAS dan Perpaduan, Medan Info Desa, Dewan Serbaguna, Masjid dan Balai Polis dan
lain-lain. Manakala keperluan masyarakat yang lain ialah Balai Masyarakat (Bilik Muafakat),
Bangunan Kesejahteraan Masyarakat (Masakan), Pusat Komuniti Rukun Tetangga, Anjung
Sri Bayangan (Peranginan) Balai Latihan Kraftangan. Beberapa rumah kediaman di
kampung ini juga telah diiktiraf sebagai Inap Desa (Homestay) selain dari itu beberapa
kemudahan penginapan pengunjung berupa celet dan gerai makanan.
Sebelum ini pada tahun 1986, kampung bayangan mula melakar nama apabila muncul
sebagai johan Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Daerah Keningau dan negeri
Sabah. Pada 1998, sekali lagi kampung bayangan menyandang gelaran johan
Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (P3K) peringkat daerah dan
negeri. Pada 1999, kampung tersebut dipilih pula sebagai johan kategori Pendidikan dan
Latihan Kemahiran dan tahun 2000, sekali lagi johan pertandingan P3K peringkat negeri
dan kebangsaan. Selain mengikuti pertandingan GDW, kampung bayangan juga berjaya
muncul sebagai masjid terbaik peringkat negeri pada tahun 1990 anjuran Majlis Ugama
Islam Sabah (MUIS) dan johan pameran Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca
(K3P) peringkat negeri. Sehingga hari ini Kg. Bayangan adalah sebuah kampung yang
mewakili Negeri Sabah dan Sarawak yang telah menerima anugerah tertinggi Anugerah
Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2004 dimana Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah
Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) sendiri hadir dalam satu majlis

penganugerahan rasmi pada 12 Disember, 2004 satu-satunya tarikh keramat bagi


kampung ini. Pada tahun 2008 sekali lagi kampung ini menempah nama dan
mengharumkan nama Sabah dengan Anugerah Khas Desa Gemilang Kebangsaan. Yang
juga disempurnakan oleh Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri
Malaysia) ketika itu di Kg. Paya Rumput, Sungai Udang Melaka. Disamping itu beberapa
lagi anugerah, kejayaan dan kepercayaan lain diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah
telah dicapai. Kg. Bayangan akan terus melonjak menuju destinasi mengikut arus global.
Menerima anugerah bukan suatu yang pertama kali diterima oleh GDW Kampung
Bayangan tetapi ia merupakan yang paling tinggi setakat ini.
Perkhidmatan Pengangkutan
Perkhidmatan pengangkutan amat mudah di dapati di sini. Jika melancong atau melawat ke
Keningau, boleh mendapatkan bas mini, teksi atau bas express di terminal bas Kota
Kinabalu dan tambang adalah amat berpatutan. Penduduk Keningau ingin melancong ke
Timur Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Semporna, boleh mendapatkan
perkhidmatan bas ekspress dan Teksi yang boleh didapati dengan mudah di sekitar bandar
Keningau.
Bank
Bandar Keningau mempunyai pelbagai bank yang berurus niaga di sini antaranya Bank
Simpanan Nasional [BSN], Malayan Banking, CIMB Bank, Bank Rakyat, Public Bank, AM
Bank, Alliance Bank, RHB Bank dan Agro Bank.
Komunikasi
Liputan menerusi celcom, digi, maxis, TuneTalk dan hotlink juga mempunyai pejabat bagi
memudahkan urusan. Walau bagaimanapun liputan isyarat selular masih terhad dan perlu
penambahbaikan di masa hadapan.
Pusat membeli belah
Walaupun tidak segah tempat-tempat lain namun di bandar Keningau mempunyai pusat
membeli belah untuk keperluan dapur dan barangan lain, dan ianya cukup untuk memenuhi
keperluan harian penduduk. Bagaimanapun dengan pembinaan taman-taman perumahan
baru sekitar bandar Keningau kini pasti menyumbang kepada pertambahan populasi
penduduk dalam masa terdekat dengan itu pembukaan pusat beli belah baru sangat
digalakkan. Antara adalah pusat memebeli belah di Keningau.

1.

Milimewa (Jalan Masak)

2.

Milimewa (Jalan OKK Sodomon)

3.

Hiap Lee Supermarket

4.

Servay Jaya

5.

Rakyat Superstore

6.

G-Mart

7.

Keningau Mall Shopping Centre

8.

Kedai Rakyat 1Malaysia

Perkhidmatan Penjualan Kereta


Penjualan kereta di Keningau semakin banyak, Misalnya Proton, Perodua, Nissan, Toyota,
Ford, Isuzu dan Mitsubishi. Plat lesen kenderaan di Keningau bermula dengan huruf EU
sebelum tahun 1980-an.
Sukan
Kompleks Sukan Keningau atau Stadium Keningau terletak di bandar Keningau. Jarak
diantara bandar Keningau dengan Kompleks Sukan adalah 1 kilometer. Kompleks Sukan
Keningau pernah menjadi tuan rumah buat kali pertama bagi SUKAN SAGA(Sukan Sabah)
pada tahun 2011. Stadium Keningau juga menjadi tuan rumah bola sepak untuk pasukan
Keningau dan Pedalaman FC, seperti :Keningau vs Sabah FA, Keningau vs Labuan dan
Pedalaman vs Sook
Lebuhraya Atau Jalan Persekutuan
Keningau mempunyai jalan yang menghubungkan bandar utama seperti Kota Kinabalu
,Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau. Berikut adalah senarai Lebuhraya dan Jalan
Persekutuan:

Laluan Persekutuan Malaysia 500


Menghubungkan Kota Kinabalu, Tambunan dan Tenom
Lebuhraya Kimanis-Keningau
Menghubungkan Kimanis, Beaufort, Papar dan bandar utama seperti Kota
Kinabalu
Lebuhraya Tawau-Keningau
Menghubungkan Kalabakan dan bandar utama seperti Tawau
Jalan Keningau-Sook
Menghubungkan Sook dan Nabawan

Lebuhraya Keningau-Sandakan
Menghubungkan bandar utama seperti Sandakan

Hotel
Keningau juga telah menyediakan banyak hotel untuk pelancong-pelancong yang datang
melawat bandar Keningau. Antara berikut adalah hotel yang terkenal di Keningau:
1.

Sento Hotel - 2 bintang

2.

Queen Hotel - 3 bintang

3.

Hotel Juta - 4 bintang

4.

Hotel Perkasa - 4 bintang

Sosial
Bahasa
Bahasa Melayu meluas di gunakan di bandar ini yakni mengunakan loghat Melayu Sabah
yang dipengaruhi oleh dialek bahasa tempatan. Persamaan bahasa yang dituturkan di
Keningau ialah Tambunan, Ranau dan Kundasang yang mana mempunyai perbezaan
sedikit dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaysia. Selain itu,
Bahasa Inggeris dan juga dialek-dialek suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau
dan Cina meluas digunakan di daerah tersebut. Sedikit loghat bahasa Melayu yang
digunakan di Keningau seperti berikut:
Bahasa Melayu Baku

Loghat Bahasa Melayu

Limpas

tumpang lalu

ngam

sesuai, sepadan

bangas

basi

bangali

merujuk kepada keturunan Pakistan

batagar

berkerat

bikin

buat

palui

bodoh

pantat

punggung

sandi

teruk

siring

tepi

Bahasa ini juga digunakan di daerah-daerah lain yang majoriti didiami oleh Kadazandusun
seperti di Pantai Barat Sabah. Ini dibuktikan dengan pelancaran siaran Radio Keningau FM
menggunakan Melayu Sabah, namun telah diperhalusi agar pendengar-pendengar dari luar
boleh memahami mesej yang disampaikan yang telah beroperasi dari 7 Februari 2009 lalu.
Budaya
Budaya bagi masyarakat Keningau dipengaruhi oleh penduduk kaum Kadazandusun dan
Murut kerana dua kaum ini adalah majoriti di daerah ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum
di keningau mengekalkan budaya bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan
sebagainya.
Hospital dan Klinik Kesihatan
Terdapat lapan klinik kesihatan awam, sebuah hospital awam, satu klinik kesihatan ibu dan
anak, empat klinik kampung, satu klinik bergerak dan satu klinik 1Malaysia di Keningau.
Hospital baru Keningau adalah hospital utama di Bahagian Pedalaman, dan oleh itu
dikunjungi oleh pesakit dari daerah sekitar Nabawan, Sook, Tambunan, Tenom dan
seterusnya. Ia telah direka dan dibina oleh Joseph Lakai, seorang jurutera struktur dan
gempa bumi tempatan yang berasal dari Keningau pada tahun 2000.
Pendidikan
Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Keningau juga mempunyai pusat pendidikan dari
tadika hinggalah maktab. Ini memudahkan murid mendapat pelajaran dengan mudah. Dari
segi pentadbiran pendidikan, Berikut adalah nama sekolah rendah, menengah dan institusi
pengajian tinggi di daerah ini termasuk sekolah-sekolah di Daerah Kecil Sook.

Senarai Sekolah Rendah


1.

Sekolah Kebangsaan Ambual

2.

Sekolah Kebangsaan St.James

3.

Sekolah Kebangsaan Apin-Apin

4.

Sekolah Kebangsaan Banjar

5.

Sekolah Kebangsaan Batu Lunguyan

6.

Sekolah Kebangsaan Rancangan Biah

7.

Sekolah Kebangsaan Binaong

8.

Sekolah Kebangsaan Bingkor

9.

Sekolah Kebangsaan Bonor

10.

Sekolah Kebangsaan Bulu Silou

11.

Sekolah Kebangsaan Bundu Apin-Apin

12.

Sekolah Kebangsaan Bunsit

13.

Sekolah Kebangsaan Kawakaan

14.

Sekolah Kebangsaan Dalit

15.

Sekolah Kebangsaan Delayan Tulid

16.

Sekolah Kebangsaan Kabatang Baru

17.

Sekolah Kebangsaan Kalampun

18.

Sekolah Kebangsaan Kampong Baru

19.

Sekolah Kebangsaan Kampong Biah

20.

Sekolah Kebangsaan Kampong Keningau

21.

Sekolah Kebangsaan Karamatoi

22.

Sekolah Kebangsaan Jaya Baru

23.

Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau

24.

Sekolah Kebangsaan Inandung

25.

Sekolah Kebangsaan Bariawa Ulu

26.

Sekolah Kebangsaan Kapayan Baru

1.

Sekolah Kebangsaan Lanas

2.

Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin

3.

Sekolah Kebangsaan Luagan

4.

Sekolah Kebangsaan Magatang

5.

Sekolah Kebangsaan Mansiat

6.

Sekolah Kebangsaan Membulu

7.

Sekolah Kebangsaan Menawo

8.

Sekolah Kebangsaan Merampong

9.

Sekolah Kebangsaan Mamagun

10.

Sekolah Kebangsaan Pasir Putih

11.

Sekolah Kebangsaan Pohon Batu

12.

Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba

13.

Sekolah Kebangsaan Senagang

14.

Sekolah Kebangsaan Sinaron Tengah

15.

Sekolah Kebangsaan Sodomon

16.

Sekolah Kebangsaan Sook

17.

Sekolah Kebangsaan Membulu

18.

Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud

19.

Sekolah Kebangsaan Tulid

20.

Sekolah Kebangsaan Ulu Liawan

21.

Sekolah Kebangsaan Ansip

22.

Sekolah Kebangsaan Malima

23.

Sekolah Kebangsaan Penagatan

24.

Sekolah Kebangsaan Sinua

25.

Sekolah Kebangsaan Meninipir

26.

Sekolah Kebangsaan Malaing

27.

Sekolah Kebangsaan Bunga Raya

28.

Sekolah Kebangsaan Sinulihan Baru

29.

Sekolah Kebangsaan Simbuan Tulid

30.

Sekolah Kebangsaan Ulu Senagang

31.

Sekolah Kebangsaan Gaulan

32.

Sekolah Kebangsaan Petikang Laut Keningau

33.

Sekolah Kebangsaan Binuwou Tengah

34.

Sekolah Kebangsaan Rancangan Belia Tuilon

35.

Sekolah Kebangsaan Binakaan

36.

Sekolah Kebangsaan Bunang Sook

37.

Sekolah Kebangsaan Lintuhun Baru

38.

Sekolah Kebangsaan Nangkawangan

39.

Sekolah Kebangsaan Nandagan

40.

Sekolah Kebangsaan Binanon

41.

Sekolah Kebangsaan Pangas

42.

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II

43.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Yin

44.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Kong

45.

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Ming

Terdapat beberapa sekolah di atas terletak atau berlokasi dalam daerah Nabawan tetapi
pusat pentadbiran pendidikan berpusat di Keningau disebabkan faktor jarak yang lebih
dekat berurusan dalam daerah Keningau.
Senarai sekolah menengah
1.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad

2.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad II

3.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor

4.

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau

5.

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II

6.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sook

7.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ken Hwa

8.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis Xavier

9.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid

10.

Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin

11.

Sekolah Menengah Teknik Keningau

Senarai pengajian tinggi


1.

Institut Perguruan Keningau [IPG]

2.

Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah [IPDAS]

Agama
Penduduk di daerah Keningau majoriti beragama Kristian yang dianuti oleh kaum
Kadazandusun dan Murut serta sebilangan kaum Cina dan imigran Indonesia. Antara
gereja yang terdapat di Keningau ialah Gereja Saint Francis Xavier, Gereja Anglican, gereja
Seven Day Advent, Gereja Yesus Benar, dan gereja Pantacosta. Agama Islam juga
bertapak di daerah ini yang dianuti oleh Kadazandusun dan Murut serta keturunan Melayu
dari Indonesia dan Filipina. Juga terdapat penganut Buddha oleh kaum Cina.
Senarai gunung di Keningau
1.

Gunung Pisagan

2.

Gunung Paling-paling

3.

Gunung Sigapon

4.

Gunung Lingan

5.

Gunung Rinangisan

6.

Gunung Kauran

7.

Gunung Tinutudan

Senarai kampung di Keningau


1.

Kampung Kepayan Baru

2.

Kampung Pantai Baru

3.

Kampung Ambual

4.

Kampung Dongiluang

5.

Kampung Bunga Raya

6.

Kampung Tonobon Baru

7.

Kampung Bayangan

8.

Kampung Baginda

9.

Kampung Toboh Laut

10.

Kampung Merapok

11.

Kampung Panui

12.

Kampung Merasak

13.

Kampung Sodomon

14.

Kampung Luanti

15.

Kampung Magatang

16.

Kampung Kosugui

17.

Kampung Penagatan

18.

Kampung Menawo

19.

Kampung Bomboy

20.

Kampung Limbawan

21.

Kampung Sigapon

22.

Kampung Kuala Punteh

23.

Kampung Kota Ayangan

24.

Kampung Linsudan

25.

Kampung Tohan Baru

26.

Kampung Nuntunan

27.

kampung Mararagang

28.

Kampung Labak Baru

29.

Kampung Awas-awas

30.

Kampung Lingawon

31.

Kampung Baru

32.

Kampung Bingkor Baru

33.

Kampung Bingkor Lama

34.

Kampung Binaong

35.

Kampung Liau Laut

36.

Kampung Liau Darat

37.

Kampung Tagai

38.

Kampung Kumawanan

39.

Kampung Bunsit

40.

Kampung Pasir Putih

41.

Kampung Tuntumulud

42.

Kampung Toboh Baru

43.

Kampung Merampong

44.

Kampung Pagansangan

45.

Kampung Mengitom

46.

Kampung Berungis

47.

Kampung Bariawa Ulu

48.

Kampung Togudon

49.

Kampung Kikiran Ulu

50.

Kampung Patikang Ulu

51.

Kampung Patikang Laut

52.

Kampung Massak

53.

Kampung Bulu Silou

54.

Kampung Bariawa Tengah

55.

Kampung Bariawa Laut

56.

kampung Jaya Baru

57.

Kampung Tanah Merah

58.

Kampung Padang Tembak

59.

Kampung Bandukan Baru

60.

Kampung Tetiku

61.

kampung Keningau

62.

kampung Tudan Baru

63.

kampung Taman Rakyat

64.

Kampung Pamalan

65.

Kampung Toboh Baru

66.

Kampung Dangulad

67.

Kampung Tuarid Tuad

68.

Kampung Lingkudau

69.

Kampung Limbawan

70.

Kampung Kedalakan

71.

Kampung Masjid

72.

Kampung Gaulan

You might also like