You are on page 1of 3

BEKAS AHLI USNO DIPELAWA SERTAI PAS

Written by Admin Sunday, 14 October 2012 23:20 - Last Updated Sunday, 14 October 2012 23:21

Oleh: HJ. HAMZAH BIN HJ. ABDULLAH BAGI pihak PAS Negeri Sabah, saya selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, mempelawa semua bekas ahli USNO untuk menyertai PAS demi merealisasikan sebuah perjuangan berasaskan keadilan dan kesejahteraan rakyat negeri ini. PAS Sabah telah pun menerima banyak permohonan dari bekas ahli-ahli USNO khususnya dari Daerah Tawau dan telah menghantar permohonan untuk menjadi ahli PAS ke Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur. Terdapat sejumlah ahli-ahli USNO dari Sandakan dan Kota Kinabalu yang juga telah mengisi borang keahlian PAS dan telah diterima menjadi ahli. Perjuangan PAS banyak mempunyai persamaan dengan USNO dimana asas perjuangan kedua-dua parti ini adalah berdasarkan kepada keadilan sejagat. Allahyarham Tun Mustapha, pengasas USNO dan Bapa Kemerdekaan Sabah mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Allahyarham Dato Hj. Yusof Rawa, Presiden PAS yang kelima selepas Dato Asri Hj. Muda. Allahyarham Tun Mustapha juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Hj. Subky

1/2

BEKAS AHLI USNO DIPELAWA SERTAI PAS


Written by Admin Sunday, 14 October 2012 23:20 - Last Updated Sunday, 14 October 2012 23:21

Latiff, seorang wartawan dan penulis terkenal, yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. UMNO pernah melukakan hati Allahyarham Tun Mustapha sewaktu UMNO hendak memulakan langkah mengembangkan sayapnya ke Negeri Sabah. Banyak janji-janji yang dibuat ke atas Tun Mustapha telah dikhianati yang akhirnya membawa Allahyarham Tun Mustapha bekerjasama dengan PBS untuk kali kedua dalam pakatan yang dinamakan sebagai PBS plus USNO. Lawatan Najib ke Istana Tun Mustapha di Kudat kelmarin tidak lebih hanya sebagai sebuah lakonan dan helah yang agendanya cuba melunakkan hati para penyokong dan ahli-ahli USNO yang masih tidak dapat melupakan sejarah hitam yang pernah menimpa parti USNO dan Allahyarham Tun Mustapha sendiri angkara politik kotor mainan UMNO dan para pemimpinnya. PAS Sabah menasihatkan para penyokong serta ahli-ahli USNO agar 'tidak jatuh disatu lubang yang sama sebanyak dua kali'. Insiden yang pernah menimpa USNO telah juga dialami oleh PAS di mana PAS yang telah berkorban dengan menyertai BN atas pelawaan UMNO pada tahun 1974, akhirnya ditendang keluar oleh UMNO apabila merasakan UMNO tercabar dengan kekuatan PAS yang semakin meningkat. USNO juga pernah ditendang keluar oleh UMNO kerana USNO membangkitkan isu penyerahan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. PAS bersedia mempertimbangkan cadangan bagi meletakkan beberapa nekas pemimpin US NO untuk menjadi calon pada PRU 13 yang bakal diadakan bila-bila masa sekarang. PAS Negeri Sabah telahpun bermesyuarat sebelum ini dan bakal mengumumkan keputusannya pada masa yang sesuai kelak.

2/2

JAWAPAN PERLAWAAN PAS.

kita melihat Perlawaan Pas dari sudut keIkhlasan untuk bekas Ahli USNO, Pejuang Pejuang USNO mungkin tidak keberatan untuk mengundi Pas jika trend ini berterusan hingga pilihanraya, syabas keikhlasan itu akan dibalas dengan keikhlasan... jesteru itu teruskan usaha anda kerana anda berada dilandasan yang betul ( You are in a rigth Way ) menuju sasaran pengundi Sabah. Pas memang sukar mendapat tempat di kalangan pengundi KDMR dan China di Sabah bahkan disemanjung pun begitu juga. Bagi pengundi Islam dan bekas USNO mereka boleh berbuat demikian, Pengundi Islam di Sabah juga terbahagi 2, mereka yang berada dalam UMNO dan yang diluar UMNO, sudah tentu pada hari ini Pengundi Islam diluar umnolah yang berpontensi untuk ditarik oleh Pas... dan mereka itu adalah Mantan USNO. Tidak dapat dinafikan bahawa Generasi muda mahu perubahan di Sabah, tetapi Generasi muda juga mahu keterbukaan dalam perjuangan Politik Pas serta menempatkan barisan kepimpinannya tidak Negeri ini ditempat yang betul . Strategi Pas sabah perlu mengikut acuan rakyat Sabah.UMNO diterima di Sabah kerana janji UMNO masa itu bahawa UMNO SABAH adalah untuk RAKYAT SABAH, MUNGKIN PAS boleh membuat pedekatan yang sama PAS sabah ADALAH untuk rakyat Sabah, Tapi jangan mungkir janji... Rakyat Sabah Faham bahawa Islam itu adalah agama yang Satu, tetapi Rakyat Sabah juga faham bahawa islam itu tidak menyekat Budaya mesyarakat masing-masing untuk diamalkan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam itu sendiri. Usia ketamaddun Islam Di Sabah juga hampir sama dengan kedatangan Islam di Semanjung bahkan rakod2 awal menunjukan bahawa Rakyat Sabah lebih awal menerima Islam sebagai " The Way Life " dari Kesultanan Melaka dengan kedatangan Shiekh Karimul Makdum pada 1380 ke Pullau Simunul Phlippines Selatan yang hanya 60 kilometer dari Pantai Sabah. Jesteru itu Pedekatan serta susunan rafi perlu dipertingkatkan oleh Pas untuk mendapat tempat dikalangan pengundi Islam Sabah.

You might also like