You are on page 1of 20

1.

KANDUNGAN

BIL 1 2 3 3 4 5 6 Kandungan Penghargaan Pengenalan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 7 8 9

BUTIRAN

MUKA SURAT i ii 1 2

Asal Usul Nama Kg Paya Tok Kiong Maklumat Penduduk Kg Paya Tok Kiong Kemudahan Asas dan Awam di Kg Paya Tok Kiong Jenis dan Pola Petempatan di Kg Paya Tok Kiong Ciri Fizikal Kg Paya Tok Kiong Kegiatan Ekonomi di Kg Paya Tok Kiong

Rumusan Rujukan Lampiran

2.

PENGHARGAAN

3.

OBJEKTIF KAJIAN Saya melakukan kajian ini untuk memenuhi beberapa objektif iaitu: 3.1 3.2 3.3 Mengkaji asal-usul nama Kampung Paya Tok Kiong Mendapatkan maklumat mengenai jumlah penduduk Kampung Paya Tok Kiong Mengenalpasti kemudahan asas dan awam yang terdapat di Kampung Paya Tok Kiong. 3.4 3.5 3.6 Mengenalpasti jenis dan pola petempatan di Kampung Paya Tok Kiong Mengenalpasti ciri bentuk muka bumi Kampung Paya Tok Kiong Mengkaji dan menghuraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan di Kampung Paya Tok Kiong. 3.7 Memenuhi Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4.

4.

KAWASAN KAJIAN : KAMPUNG PAYA TOK KIONG ( KG LAHAR HUJUNG ) Kawasan kajian saya ialah Kampung Paya Tok Kiong yang juga dikenali sebagai Kampung

Lahar Hujung. Kawasan ini terletak di Mukim Malau dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Kampung saya ditadbir oleh Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP). Bentuk muka bumi kawasan ini terdiri dari tanah beralun dan berbukit di bahagian timur dan tanah pamah di bahagian Barat. Purata ketinggian kampung Paya Tok Kiong sekitar 15 hingga 78 meter dari aras laut. Terdapat sebatang sungai yang merentasi kampung ini iaitu Sungai Bata . Sungai ini mengalir hingga ke sungai Chengeh yang merentasi ban Jitra. Kampung ini direntasi oleh sebatang jalan tar mini yang menjadi jalan pengangkutan utama dan jalan perhubungan antara penduduk setepat dengan masyarakat kampung lain seperti Kampung Lahar, Kg Pahana, Kg Paya Tok Teh dan Kg Peropok. Kampung Paya Tok Kiong terletak lebih kurang 7km dari Bandar Jitra dan 27km dari Bandar Ibu Negeri iaitu Alor Setar. Kampung ini terletak di bahagian Timur Laut Daerah Kubang Pasu.

PETA 1 : NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Sumber : http://malaysia.images.search.yahoo.com/images

PETA 2 : DERAH KUBANG PASU, KEDAH DARULAMAN

Sumber : : http://malaysia.images.search.yahoo.com/images

GAMBAR 1 : IMEJ SATELIT KAMPUNG PAYA TOK KIONG@LAHAR HUJUNG

U M A H S A Y A

Sumber : Googlearth

GAMBAR 2 : KEDUDUKAN RUMAH SAYA

U M A H RUMAH SAYA S A Y A

Sumber : Googlearth

5.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan tempat tinggal saya iaitu Kampung Paya Tok Kiong . Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu ramah dan rujukan. 5.1 Pemerhatian Saya telah memerhatikan sekitar kawasan Kampung Paya Tok Kiong untuk mendapatkan maklumat mengenai bentuk muka bumi, jenis dan pola petempatan, dan kemudahan asas dan awam yang terdapat di tempat ini. 5.2 Temu ramah Saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui latar sejarah nama kampung, jumlah penduduk, dan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk. 5.3 Rujukan Saya telah merujuk beberapa buah buku serta melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat seperti latar sejarah, kedudukan dan peta kawasan Kampung Paya Tok Kiong.

6. 6.1

DAPATAN KAJIAN ASAL USUL NAMA KAMPUNG

Menurut orang sumber iaitu Pn. Hjh. Jariah binti Bakar (73 tahun) kampung ini dinamakan Paya Tok Kiong bersempena dengan nama sejenis ikan. Menurut lagenda, sebelum adanya kampung di sini penduduk sekitar selalu datang ke kawasan ini untuk mengail ikan. Ini kerana kawasan ini terletak di kaki sebuah bukit dan dipenuhi kawasan berpaya. Oleh itu, terdapat banyak ikan air tawar yang hidup di dalam paya dan sungai yang berhampiran. Kononya, pada suatu hari seorang nenek dan cucunya telah datang ke kawasan ini untuk memancing ikan di sebuah paya. Setelah penat berjalan kaki meredah hutan belantara, mereka pun sampai ke sebuah paya. Tanpa melengahkan masa cucu dan neneknya melekatkan umpan ke mata pancing dan mula melemparkan jorang yang dibuat daripada buluh ke tengah paya. Tidak berapa lama, cucunya bersorak girang kerana umpannya telah dimakan oleh ikan. Dia menyentak joran ke udara dan mendaratkan seekor ikan yang menyerupai ikan haruan tetapi warnanya agak koko keperangan. Si cucu bertanya kepada neneknya ikan apakah ini? dan si nenek menjawab bahawa itu ialah ikan kiong.

Di negeri Kedah gelaran untuk nenek ialah Tok. Si cucu memancing lagi dan mendapat ikan yang sama lalu ia berkata Tok..Kiong. Pada setiap kali jorangnya dilontar ke dalam paya, maka ia akan mendaratkan ikan kiong. Oleh itu, ia berkata tok kiong...tok kiong..tok kiong berkali-kali untuk memberitahu neneknya. Semenjak hari itu, apabila penduduk kampung bertanya kepada nenek tua dan cucunya ke manakah mereka pergi memancing maka jawapan yang diberi ialah ke Paya Tok Kiong. Oleh itu, semua penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu menggelarkan tempat tersebut sebagai Paya Tok Kiong.

GAMBAR 3 : KEDUDUKAN KAMPUNG DI KAWASAN KAKI BUKIT DAN TANAH RENDAH Paya Kawasan Bukit

Sungai

6.2

MAKLUMAT PENDUDUK KAMPUNG PAYA TOK KIONG

Berdasarkan temu ramah saya dengan JKK Kg Paya Tok Kiong iaitu En. Ahmad bin Ishak, sejumlah 18 buah keluarga sahaja yang menetap di sini. Jumlah keseluruhan penduduk hanyalah 87 orang yang terdiri dari 13 orang tua yang berumur lebih 60 tahun. 45 orang dewasa yang berumur antara 30 hingga 59 tahun, 29 orang muda dan kanak-kanak yang berumur 19 tahun dan ke bawah. Jumlah penduduk dari segi jantina pula ialah 34 orang lelaki dan 53 orang wanita. Jumlah penduduk lelaki tua ialah 5 orang, lelaki dewasa 17 orang dan lelaki muda 12 orang. Penduduk wanita tua berjumlah 8 orang, wanita dewasa 28 orang, wanita muda dan kanak-kanak 17 orang. JADUAL 1 : JUMLAH PENDUDUK DARI SEGI UMUR DAN JANTINA UMUR (Tahun) Lebih 70 60 -70 50 - 59 40 -49 30 - 39 20 -29 10 - 19 Kurang 10 JUMLAH LELAKI 3 2 4 4 4 5 4 8 34 JANTINA WANITA 3 5 8 9 4 7 6 11 53

6.3

KEMUDAHAN ASAS DAN AWAM DI KAMPUNG PAYA TOK KIONG

Kampung Paya Tok Kiong dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap seperti bekalan elektrik, bekalan air paip dan sebatang jalan berturap untuk kegunaan penduduk kampung bergerak ke kawasan berhampiran kampung dan juga ke bandar Jitra.

Gambar : Jalan Raya berturap

Gambar :

Talian Elektrik

Gambar : Bekalan Air Paip

6.4

JENIS DAN POLA PETEMPATAN DI KAMPUNG PAYA TOK KIONG

Petempatan di Kampung Paya Tok Kiong adalah jenis petempatan luar bandar. Petempatan ini dimasukkan dalam kumpulan luar bandar kerana jumlah penduduknya tidak mencapai 10,000 orang. Selain itu, kegiatan ekonomi penduduk adalah dalam sektor pertanian iaitu menanam padi, menoreh getah, menternak ikan dan itik. Kemudahan asas juga adalah tidak moden kerana hanya mempunyai satu jalan berturap sahaja. Selebihnya adalah jalan tanah merah dan lorong yang menghubungi kampung dengan kebun getah ataupun sawah padi. Pola petempatan di Kampung ini adalah berjajar . Penduduk membina rumah di sepanjang jalan mini tar untuk memudahkan mereka berulang alik ke kebun getah dan sawah padi pada setiap hari. Rumah juga dibina di sepanjang tali air kerana kawasan ini merupakan kawasan sawah padi.

6.5

CIRI FIZIKAL KAMPUNG PAYA TOK KIONG Ciri fizikal merujuk kepada bentuk muka bumi, saliran, dan jenis tanah.

Terdapat dua bentuk muka bumi di sini iaitu kawasan tanah tinggi dan tanah beralun di bahagian timur kampung. Ini kerana kampung ini terletak di sebuah kaki Bukit Kiong yang tingginya mencapai 78 meter dari aras laut. Kawasan kaki bukit ini beralun dan dibahagian bawahnya terdapat sebatang sungai yang bernama sungai Bata. Bentuk muka bumi tanah pamah terdapat di bahagian barat kampung ini. Kawasan ini rata dan luas yang ditanami dengan padi sawah. Kawasan tanah rendah iaitu kawasan yang berair terdapat berhampiran sungai Bata dan tali air. Kawasan ini dahulunya adalah paya dan pada masa ini dijadikan kolam menternak ikan dan itik yang terletak di bahagian barat kampung. Kampung ini direntasi oleh sebatang sungai iaitu sungai Bata. Sungai ini terletak di antara bukit dan petempatan. Sungai ini digunakan untuk mengairi kawasan sawah padi dan juga untuk tujuan menyiram pokok buah-buahan. Terdapat dua jenis tanah di sini iaitu tanah laterit atau tanah batu lada di kaki bukit yang sesuai di tanam dengan getah iaitu terletak di bahagian timur kampung. Sementara itu, tanah aluvium atau lumpur terdapat di bahagian barat yang sesuai di tanam dengan padi sawah.

6.6

KEGIATAN EKONOMI DI KAMPUNG PAYA TOK KIONG Penduduk di kampung ini menjalankan kegiatan ekonomi pertanian, perniagaan dan

perkhidmatan. Kebanyakan penduduk di kalangan golongan tua iaitu berumur 65 tahun ke bawah menjalankan aktiviti pertanian padi sawah. Ini kerana kawasan tanah pamah di bahagian barat kampung ini sangat sesuai di tanam dengan padi . Tanah jenis aluvium pula amat subur untuk tanaman padi. Selain itu, kawasan ini direntasi oleh sungai Bata memudahkan penduduk mendapat bekalan air yang cukup untuk padi sawah mereka. Penduduk di sini juga mengusahakan tanaman getah di bahagian timur kampung ini kerana terdapat tanah beralun di kaki bukit Kiong. Tanah jenis laterit amat sesuai ditanami dengan getah. Oleh itu, penduduk di sini menoreh getah pada setiap hari kecuali pada hari hujan. Oleh kerana tanah di sini subur, kebanyakan penduduk menanam pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, kuinin dan lain-lain. Terdapat juga pokok kelapa ditanam dengan meluas bertujuan untuk dijual terutamanya pada musim buah-buahan ( Mei hingga Julai ). Terdapat banyak dusun berhampiran kawasan petempatan penduduk. Penduduk di kampung ini juga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti mengusahakan gerai makanan, kedai jahitan dan kedai runcit. Penduduk dewasa yang berumur di 30an hingga 40an bekerja di sector perkhidmatan kerajaan seperti guru, jururawat, dan pekerja bank di sekitar bandar Jitra. Golongan penduduk wanita banyak bekerja sebagai operator kilang kulat Gano yang terletak di kampung Padang Panjang.

Aktiviti Ekonomi : Menoreh Getah

Aktiviti Ekonomi : Penanaman Padi Sawah

Aktiviti Ekonomi : Dusun Buah-Buahan

RUMUSAN Saya menjalankan kajian tempatan bertajuk Kampung Halaman Ku Yang Permai. Kawasan kajian saya ialah Kampung Paya Tok Kiong, Mukim Malau, Jitra Kedah Darulaman. Objektif kajian saya ialah mengkaji asal usul nama kampung dan jumlah penduduk. Mengenalpasti kemudahan asas , mengenalpasti jenis dan pola petempatan, mengenalpasti ciri fizikal serta kegiatan ekonomi penduduk di kampung ini. Asal usul nama kampung ini adalah dari lagenda seorang nenek dan cucu yang pergi mengail dan mendapat ikan Kiong di sebuah paya. Kemudahan asas yang terdapat di sini ialah bekalan elektrik, bekalan air paip dan jalan raya untuk kemudahan penduduk kampung. Jenis petempatan di sini ialah petempatan luar bandar dan polanya ialah pola berjajar di sepanjang jalan dan tali air. Kampung ini mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi, beralun , tanah pamah dan kawasan rendah. Kampung ini direntasi oleh sungai Bata. Jenis tanag yang terdapat ialah tanah laterit dan aluvium. Penduduk di sini menjalankan kegiatan penanaman padi sawah, menoreh getah, menanam pokok buah-buahan. Penduduk juga bekerja dalam sector kerajaan seperti guru, jururawat dan kerani bank. Saya merasa bangga kerana kampung halaman saya aman dan damai, indah dan permai serta mempunyai pelbagai keistimewaan untuk didiami oleh penduduk di sini.

RUJUKAN Internet 1. http://www.kedah.my 2. http:// googlearth Orang Sumber 1. Jariah binti Bakar, 73tahun, Kampung paya Tok Kiong,Mukim Malau, Jitra Kedah 2. Ahmad bin Ishak, 50tahun, Kampung lahar, Mukim Malau, Jitra Kedah. Buku

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMPIRAN Rumah Saya

Menoreh getah

Penanaman padi

Dusun buah-buahan

Kawasan paya

You might also like