You are on page 1of 11

ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN KAMPUNG

BELIMBING BESI SEBUYAU SARAWAK

NAMA PENUH: SHARON JELAI ANAK KARAN


NO KAD PENGENALAN: 001005130782
KODSEJARAH: 940/4
ALAMAT: RUMAH UNGA KAMPUNG KETIMBONG
94850 SEBUYAU
SARAWAK
Tajuk kajian

Asal usul dan perkembangan Kampung Belimbing Besi,Sebuyau pada tahun

1974 hingga tahun 1999

Pengenalan

Sebuyau merupakan satu daerah terpencil. Daerah Sebuyau berpecah kepada

beberapa kampung. Kampung merupakan satu kediaman yang terdiri daripada

sekumpulan yang terletak di luar bandar, desa, atau dusun. Kampung Belimbing Besi

merupakan kampung yang terletak di daerah Sebuyau.

Kampung Belimbing Besi merupakan sebahagian kawasan daripada daerah

Sebuyau. Jarak Kampung Belimbing Besi dari Sebuyau ialah 14 kilometer. Manakala

jarak antara Kampung Belimbing Besi dari Kuching ialah 117 kilometer. Kampung

Belimbing Besi didiami oleh penduduk yang berbangsa iban dan majoritinya

beragama Baha’I. Petempatan di Kampung Belimbing Besi terbahagi kepada dua

iaitu rumah panjang dan rumah tompok. Kajian ini hanya berfokuskan penduduk di

rumah panjang. Fokus kajian ini ialah sejarah Kampung Belimbing Besi, iaitu

mengkaji asal usul Kampung Belimbing Besi dan mengkaji perkembangan Kampung

Belimbing Besi dari aspek ekonomi, sosial, dan kemajuan prasrana dari tahun 1974

hingga tahun 1999.

Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin diselidiki oleh pengkaji dalam

penyelidikan ini.Objektif pertama kajian ini ialah untuk mengkaji tentang asal usul

Kampung Belimbing Besi.Pengkaji juga boleh mengenal pasti asal nama`Kampung

Belimbing Besi’.

Objektif yang kedua ialah untuk mengenal pasti tokoh-tokoh yang terlibat dalam

menjayakan `Kampung Belimbing Besi’.Pengkaji juga boleh mengenal pasti

sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh yang terlibat.

Objektif yang ketiga ialah untuk mengkaji perkembangan `Kampung Belimbing

Besi’ dari segi ekonomi,sosial dan prasarana dari tahun 1974 hingga tahun

1999.Dalam hal ini,pengkaji dapat mengenal pasti pembangan dari segi

ekonomi,sosial dan prasarana di `Kampung Belimbing Besi.

Persoalan kajian

Pekara yang perlu dalam kajian ini ialah persoalan kajian.Persoalan kajian yang

pertama ialah dari mana asal usul `Kampung Belimbing Besi’.Pengkaji juga boleh

mengetahui tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembinaan `Kampung Belimbing Besi.

Persoalan yang kedua ialah untuk mengkaji bila `Kampung Belimbing Besi

Sebuyau’ditubuhkan.Pengkaji juga dapat mengetahui sebab-sebab kenapa kampung

tersebut dibina.Pengkaji dapat mengenal pasti adat resam di kampung tersebut

Persoalan yang ketiga ialah untuk mengkaji perkembangan ekonomi di kampung

tersebut.Pengkaji boleh mengenal pasti punca utama kegitan ekonomi di kampung

tersebut.Pengkaji juga dapat mengenal pasti kegitan ekonomi yan menyumbang lebih

banyak pendapatan kepada mereka.


Skop kajian

Skop kajian merupakan salah satu pekara terpenting yang perlu ada dalam

cadangan kajian. Antara skop kajian yang diberi penekanan oleh pengkaji ialah

tempoh masa kajian. Pengkaji mengambil masa kajian dari tahun 1974 hingga

tahun1999 iaitu selama 25 tahun. Hal ini demikian kerana pada tempoh tersebut

Kampung Belimbing Besi dibina dan pada tempoh tersebut juga lah Kampung

Belimbing Besi telah mengalami perkembangan.

Skop kajian yang kedua ialah kajian ini hanya berfokuskan Rumag Panjang di

Kampung Belimbing Besi yang terletak di daerah sebuyau. Dalam hal ini, pengkaji

akan mengkaji sejarah asal usul dan perkembangan Kampung Belimbing Besi dari

aspek ekonomi, sosial dan prasrana dari tahun 1974 hingga tahun 1999. Pengkaji

mengkaji tidak merangkumi kampung lain.

Skop kajian yang kedua ialah untuk mengkaji perkembangan Kampung

Belimbing Besi dari aspek ekonomi pada tahun 1974 hingga tahun 1999. Pengkaji

boleh mengenal pasti kegiatan ekonomi utama di Kampung Belimbing Besi. Pengkaji

juga boleh mengkaji mengenai sumber utama yang meningkatkan pendapatan di

Kampung Belimbing Besi.

Dari skop kajian isu kajian, kajian ini membincangkan tentang asal usul dan

perkembangan Kampung Belimbing Besi dari segi ekonomi, sosial dan prasrana.

Dari segi ekonomi pengkaji boleh mengenal pasti kegiatan ekonomi utama di

Kampung Belimbing Besi, dari segi sosial pula seperti pembinaan Dewan Serbaguna,

Taska Kanak-Kanak, dan Bahai’I centre, dari aspek prasrana pengkaji boleh
mengkaji tentang kemajuan seperti kemajuan jalan raya, bekalan air, dan kemudahan

ekektrik.

Sorotan kajian lepas

Terdapat beberapa sumber kajian yangtelah menjadi rujukan berkenaan dengan

Sejarah Penempatan. “ Sejarah asal usul nama Kampung Bulan Sebuyau Sarawak “

yang ditulis oleh Mac Hans Agan yang ditulis pada tahun 2013merupakan sumber

yang pertama pengkaji telah rujuk. Nama Kampun BUlan berasal daripada perahu

yang bernama “singa bulan” yang dimiliki oleh seseorang yang bernama Amat atau

dikenali sebagai Aki Amat. Perahu tersebut mempunyai gelaran tersendiri iaitu

“simbah darah” kerana perahu tersebut sentiasa dipenuhi oleh darah kepala yang

dipotong.

Selain itu, sumber kedua yang telah dirujuk oleh pengkaji ialah di

Simunjan.pilm.my/index.php/warga-pilm/maklumat-pilm/sejarah. Didalam link

tersebut telah menyatakan asal usul nama Simunjan. Menurut cerita, daerah simunjan

mendapat nama daripada nama daripada seseorang pedagang cina yang datang ke

Simunjan. Pedagang cina tersebut datang dengan menggunakan wangkang. Beliau

turut membawa tembakau dan garam. Beliau berhenti dan terus naik ke darat dan

menjemur jan. Perbuatan pedagang cina tersebut telah menyebabkan orang melayu

yeng berada di situ tersenyum lalu berkata “semunlah jan”. Mulai dari itu penduduk

kawasan itu menggelar kawasan tersebut sebagai “Simunjan”.

Di samping itu, Simunjan juga berasal daripada perkataan Melayu Sarawak,

dimana pada zaman dahulu penduduk terdiri daripada penduduk seberang iaitu dari

kawasan Ensengai yang berhijrah ke situ. Ketika penduduk hendak menyalakan


mancis untuk membakar arang batu manis yang digunakan menjadi lembab atau

dalam bahasa Melayu Sarawaknya “semun”. Keadaan ini berlaku disebabkan hujan

yang seringkali turun. Maka penduduk di kampung asalnya menggabungkan

perkataan “semun” dan “hujan” hingga dinamakan “Simunjan”.

Seterusnya, melalui link smksebuyau 8304.blogspot.com/2017/01/sejarah smk-

Sebuyau.html. Link ini menunjukkan sejarah Smk Sebuyau. Sekolah Menengah

Kebangsaan Sebuyau telah ditubuh pada tahun 1975. Pada awal penubuhannya, Smk

Sebuyau mumpang di SK Tunku Bagus, Sebuyau. Murid-murid Sk Tunku Bagus

belajar pada waktu pagi , manakala pelajar-pelajar SMK Sebuyau belajar pada

sebelah petang. Pada tahun 1975 terdapat lima orang guru, kakitangan bukan

akademik pula berjumlah 2 orang.

Terdapat seramai 82 orang pelajar yang menjadi kumpulan pertama yang belajar

di sekolah tersebut. Pengetua yang pertama ialah Encik Mustapha Salleh. Pelbagai

kesukaran yang dihadapi oleh guru, kakitangan sokongan dan pelajar SMK Sebuyau

pada awal perubahan sehingga sekolah tersebut berpindah ke tapak baru pada tahun

1982. Walaupun berpindah ke sekolah baru , namu keperluan asas seperti air dan

elektrik masih lagi tidak ada.


Kaedah kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji dalam

kajian ini. Terdapat dua cara untuk mendapatkan maklumat seperti sumber primer

dan sumber sekunder. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah temu

bual dan sumber daripada internet.

Pengkaji akan mendapatkan sumber primer melalui temu bual Tuai Rumah

Kampung Belimbing Besi iaitu Encik Lingga anak Tasi. Pengkaji juga menemu bual

beberapa penduduk di situ untuk mencari maklumat mengenai Kampung Belimbing

Besi.

Selain itu pengkaji juga mendapatkan sumber daripada skunder daripada sumber

internet. Pengkaji mencari sumber dari internet yang berkaitan dengan asal usul dan

perkembangan Kampung Belimbing Besi. Pengkaji boleh mencari banyak maklumat

di internet.

Pembahagian struktur esei

Terdapat tiga bahagian dalam kajian ini, iaitu pengenalan, isi-isi penting dan

kesimpulan. Pada bahagian pengenalan, pengkaji akan menerangkan tentang maksud

kampung. Pengkaji juga akan menerangkan lokasi kampung Belimbing Besi secara

umum sahaja.

Pada bahagian isi-isi penting pula, pengkaji menerangkan asal usul Kampung

Belimbing Besi. Dalam bahagian ini pengkaji menerangkan sebab-sebab penubuhan

Kampung Belimbing Besi. Pengkaji juga akan berusaha untuk menjawab persoalan

kajian tantang perkembangan Kampung Belimbing Besi pada tahun 1974 hingga
tahun 1999 dari aspek ekonomi seperti kegitan ekonomi utama yang dijalan oleh

penduduk di Kampung Belimbing Besi, dari aspek sosial pula seperti pembinaan

taska kanak-kanak, dewan serbaguna, dan Baha,I Centre di kampung tersebut, dari

aspek prasrana pula, seperti kemudahan jalan raya, kemudahan elektrik, dan

kemudahan bekalan air di kampung tersebut pada tahun 1974 hingga tahun 1999.

Dalam bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan membuat satu rumusan secara

keseluruhan tentang kajian ini. Di samping itu, pengkaji juga akan memberitahu

tentang kemajuan yang telah dicapai oleh kampung tersebut.

Penutup

Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang ilmu

sejarah. Selain itu, Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat ingin tahu

orang ramai mengenai sejarah Kampung Belimbing Besi. Diharapkan juga kajian ini

dapat menjelaskan tentang asal usul dan perkembangan Kampung Belimbing Besi

dari segi ekonomi, sosial, dan prasrana mengikut skop masa yang telah ditetapkan.
Bibliografi

Simunjan.pilm.my/index.php/warga-pilm/maklumat-pilm/sejarah

Tuai Rumah Kampung Belimbing Besi Tasi Anak Lingga

You might also like