You are on page 1of 7

SMK ROSLI DHOBY, JALAN DESHON, SIBU

KERTAS CADANGAN

SEJARAH 940/4

TEMA 3: SEJARAH TEMPAT

TAJUK: SEJARAH PERKEMBANGAN ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN

MASYARAKAT IBAN DI RH RENGAYAN NANGA RUYAK, JULAU,SARAWAK

DARI TAHUN 2000 HINGGA 2010.

NAMA: WELLFRED SALLEH ANAK PETER

NOMBOR KAD PENGENALAN: 030404130889

NOMBOR PUSAT: SS3113

NOMBOR ANGKA GILIRAN: 0889


Pengenalan

Julau merupakan salah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Sarikei. Daerah Julau

mempunyai keluasan 1,703.39 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 15, 816 orang

yang terdiri daripada kaum Iban, Cina, Melayu dan lain-lain (Sumber Bancian 2010). Pekan

Julau kini mudah dihubungi melalui jalan raya iaitu jaringan Lebuh Raya Pan Borneo dengan

bandar lain antaranya Sarikei(66Km), Bintangor(48km), Kanowit(39km) dan Sibu(60km). 

Sejarah awal Pekan Julau, pada ketika dahulu Julau merupakan sebahagian daripada sebuah

kawasan di Kanowit. Selepas Sarawak menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Julau

masih kekal di Bahagian Kanowit iaitu di Bahagian Ketiga, Sibu pada masa itu. Kira-kira

pada tahun 1970-an, bahagian-bahagian di Negeri Sarawak telah diubah semula dan Julau

diletakkan di Bahagian Keenam iaitu Bahagian Sarikei. Pada 1 April 1973, Julau telah

menjadi sebuah daerah penuh yang dikenali daerah Julau. Rh Rengayan Nanga Ruyak Julau

merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Julau.Kampung ini merupakan kampung

gerakan daya wawasan.Kedudukan kampung ini di tebingan Sungai Kanowit. Terletak kira-

kira 5 KM dari Bandar Julau menggunakan jalan darat atau lebih kurang 20 minit mengguna

sungai kenowit.
Objektif Kajian

Terdapat tiga objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini.Objektif yang pertama adalah

untuk mengenal pasti sejarah adat perkahwinan masyarakat iban RH Rengayan Nanga Ruyak

Julau dari tahun 2000 hingga 2010.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tentang proses adat istiadat perkahwinan

di RH Rengayan Nanga Ruyak dari tahun 2000 hingga 2010.

Di samping itu, kajian ini juga dilakukan bagi menghuraikan kegiatan masyarakat iban di

Julau untuk menjayakan istiadat perkahwinan dari tahun 2000 hingga 2010.

Permasalahan Kajian

Kajian ini dilaksakankan untuk memahami sejarah adat istiadat perkahwinan

masyarakat iban di rumah panjang Rh Rengayan Nanga Ruyak dari tahun 2000 sehingga

tahun 2015.

Selain itu, permasalahan kajian ini ingin mengkaji sejauh manakah perkembangan

proses tentang adat istiadat perkahwinan masyarakat iban di Rh Rengayan Nanga Ruyak dari

tahun 2000 sehingga tahun 2010.

Di samping itu, kajian ini juga ingin menghuraikan apakah kegiatan yang dilakukan

oleh masyarakat iban di Rh Rengayan Nanga Ruyak bagi menjayakan istiadat perkahwinan

dari tahun 2000 hingga 2010 .


Skop Kajian

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia memfokuskan rumah panjang Rh

Rengayan Nanga Ruyak Julau, Sarawak. Kawasan kajian ini dipilih kerana rumah panjang ini

terletak di daerah Julau dan mudah untuk saya mendapatkan maklumat di kawasan tersebut.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2000 sehingga

tahun 2010. Tempoh kajian selama 10 tahun dipilih kerana banyak perkembangan berlaku di

rumah panjang RH Rengayan Nanga Ruyak dalam tempoh tersebut.

Dari segi yang dikaji, kajian ini memilih rumah panjang Rh Rengayan Nanga Ruyak

di daerah Julau kerana berlakunya perkembangan tentang adat istiadat perkahwinan

masyarakat iban sepanjang tempoh 10 tahun.

Sorotan Kajian Lepas

Berdasarkan penulisan DR. Chemaline Anak Osup dalam penulisan beliau di buku

yang berjudul Waris Daya Idup Iban VOL 2 telah memperihalkan tentang adat perkahwinan

masyarakat iban dan bagaimana masyarakat iban menjayakan sesebuah majlis perkahwinan.

Sebelum majlis perkahwinan masyarakat iban dilakukan, terlebih dahulu keluarga lelaki pergi

ke rumah keluarga perempuan untuk mendapatkan persetujuan oleh keluarga wanita untuk

berkahwin dengan anak lelaki mereka. Apabila rundingan tersebut dipersetujui oleh kedua-

dua orang tua maka adat melah pinang akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Seterusnya, apabila tiba majlis adat melah pinang tersebut atau lebih dikenali sebagai

berkahwin, keluarga lelaki akan menyediakan pelbagai barangan yang penting seperti harta

pusaka, emas kahwin, makanan dan sebagainya untuk dibawa ke rumah keluarga wanita.

Setibanya di sana, keluarga lelaki akan disambut meriah oleh ahli keluarga wanita dan air

basu kaki iaitu ai tuak akan diberikan kepada ahli keluarga lelaki di hujung tangga rumah
panjang sebelum memasuki rumah panjang tersebut. Pengantin lelaki dan pengantin

perempuan akan duduk di atas gong atau lebih dikenali sebagai tawak bagi masyarakat iban

dan dikelilingi oleh orang ramai. Penghulu atau tuai rumah akan memberikan sepatah dua

kata sebelum kedua-dua orang tua pengantin menyampaikan ucapan mereka. Ketua adat

melah pinang akan melakukan upacara untuk memberkati kedua-dua pasangan tersebut.

Sehabis sahaja upacara adat melah pinang dilakukan, ahli keluarga lelaki akan balik ke

rumah mereka dengan membawa pengantin perempuan bersama-sama dengan mereka.

Pasangan tersebut sah menjadi pasangan suami isteri setibanya mereka di rumah pengantin

lelaki.

Kaedah Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan 2 kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pengkaji akan menggunakan kaedah kepustakaan dalam mencari bahan-bahan

seperti buku dan kajian ilmiah yang berkaitan.

Selain itu,pengkaji akan menemu ramah orang sumber dengan mengemukakan

soalan-soalan yang berkaitan dengan persoalan kajian. Soalan-soalan telah dirangka bagi

mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Maklumat yang diperoleh akan dicatat dan

dirakamkan.

Pembahagian Struktur Esei


Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan pengkaji akan menjelaskan latar

belakang rumah panjang Rh Rengayan Nanga Ruyak, Julau, Sarawak.

Pada bahagian isi, pengkaji akan menjelaskan tentang sejarah adat istiadat

perkahwinan masyarakat iban di Rh Rengayan Nanga Ruyak dari tahun 2000 sehingga tahun

2010. Seterusnya, pengkaji akan mengkaji sejauh manakah proses adat istiadat perkahwinan

masyarakat iban di Rh Rengayan Nanga Ruyak dari tahun 2000 sehingga tahun 2010. Selain

itu, pengkaji akan menghuraikan kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat iban di Rh

Rengayan Nanga Ruyak ketika istiadat perkahwinan dari tahun 2000 sehingga tahun 2010.

Di bahagian kesimpulan pula, pengkaji akan merumuskan hasil kajian. Pengkaji juga

akan mencadangkan pembaharuan yang dapat dilakukan oleh masyarakat iban untuk

meriahkan lagi adat istiadat perkahwinan.

Penutup

Konklusinya, dengan adanya kajian seperti ini pengkaji dapat mengetahui lebih lanjut

mengenai sejarah mengenai rumah panjang Rh Rengayan Nanga Ruyak di daerah Julau.

Pengkaji juga dapat menjelaskan perkembangan tentang adat istiadat perkahwinan di rumah

panjang Rh Rengayan Nanga Ruyak di daerah Julau dari tahun 2000 hingga tahun 2010.

Pengkaji juga berharap melalui kajian yang dilakukan segala persoalan yang berlegar di

minda pengkaji dapat dijawab.

Bibliografi
Sumber primer

Buku

Waris Daya Idup Iban VOL 2 DR. Chemaline Anak Osup

Internet

https://sarikei.sarawak.gov.my/page-0-392-247-Profail-Daerah-Julau.html

Sumber sekunder

Temubual

Nama: George Belu Anak Laut

Umur:

Jawatan: Penduduk rumah panjang

Nama: Evelyn Ipau Anak Belu

Umur:

Jawatan: Penduduk rumah panjang

Nama: Ebi Anak Enggang

Umur:

Jawatan: Penduduk rumah panjang

You might also like