You are on page 1of 9

Nur Akmar Binti Mohamad Rasid (UTM)

No Kad Pengenalan : 041201-14-0896

Angka Giiliran:SB9004/1127

Nama Sekolah : Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama

Tema 4 : Sejarah Tempat

1.0 Tajuk

Sejarah dan Cabaran Kampong Bharu, Kuala Lumpur pada 1957 hingga 2015

2.0 Pengenalan

Kampung Baru ini telah ditubuhkan pada tahun 1900 oleh kerajaan Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu dan negeri Selangor semasa rancangan pembangunan semula

Kuala Lumpur dari sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar

utama.Keluasan asalnya ialah 300 ekar dan menaungi tujuh kampung, iaitu Kampung

Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya,

Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Kampung ini pada awalnya terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang

tinggal dikawasan Sungai Gombak dan Sungai Klang terpaksa berpindah untuk

memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur. Bandar Kuala Lumpur ketika itu

sedang pesat membangun apabila beberapa projek yang kini menjadi ikon sejarah dan

seni bina seperti Kelab Diraja Selangor, Bangunan Pejabat Pos Utama, Victoria

Institution dan Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam pembinaan.

Oleh itu Sultan Selangor ketika itu, Sultan Sulaiman Shah@Sultan Alauddin

Sulaiman Shah Ibni Raja Muda Musa telah memperuntuk sebuah kawasan ditepi
Sungai Klang untuk orang Melayu berpindah dan ke Malay Agriculture Settlement

(MAS) diwartakan pada 1 Januari 1900. Malay Agriculture Settlement (MAS) telah

dipertanggungjawabkan untuk mentadbir kampung ini dengan kuasa yang luas

antaranya melulus dan menetapkan perjanjian pemberian lot rumah dan pelan

bangunan, menyimpan butiran pertukaran serta mengawal-selia keselamatan dan

kegiatan penduduk.Selain itu Malay Agriculture Settlement (MAS) turut mempunyai

kuasa untuk memberi kebenaran hanya kepada orang Melayu untuk menetap dengan

luas kawasan kediaman tidak melebihi setengah ekar seorang. Malay Agriculture

Settlement (MAS) turut berkuasa mengusir penduduk yang tidak patuh dengan

peraturan serta mereka yang bertindak memberi ancaman dan dianggap berbahaya

kepada penduduk, menurut Haji Shamsuri Suradi selaku Setiausaha M.A.S, anggota

lembaga Malay Agriculture Settlement (MAS) pada peringkat awal terdiri dari

kalangan pegawai tinggi penjajah dan kerabat diraja (Raja Muda Selangor pada

asalnya menjadi Yang Dipertua) sehinggalah selepas Perang Dunia Kedua.

Sewaktu pemerintahan Jepun barulah beberapa orang penduduk Kampung Baru

dilantik menganggotai lembaga itu.Pada masa sekarang, tujuh orang wakil yang

dipanggil ahli jemaah dari tujuh buah kampung disini telah dilantik untuk

menganggotai lembaga M.A.S. (Malay Agriculture Settlement).Ahli Jemaah yang

dilantik ini boleh dianggap sebagai Penghulu disetiap kampung berkenaan.Beberapa

buah kampung kecil seperti Kampung Manggis dan Kampung Sungai Baru turut

digabungkan ke dalam Kampung Baru selain beberapa kampung setinggan, iaitu

Kampung Limau, Kampung Cendana dan Kampung Paya Baru.Oleh itu, penulis bakal

menghuraikan lebih lagi tentang sejarah dan pembangunan Kampung Baru, Kuala

Lumpur.
3.0 Objektif Kajian

a. Mengkaji sejarah Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1957 hingga tahun

2015.

b. Mengenalpasti cabaran yang dihadapi Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk

membangunkan kawasan itu.

4.0 Permasalahaan Kajian

a. Pengkaji akan menghuraikan tentang sejarah awal Kampong Bharu,Kuala

Lumpur.

b. Disamping itu, juga akan mengenal pasti cabaran Kampong Bharu pada 1957

hingga 2015.

c. Akhir sekali, penulis bakal menyiasat keistimewaan yang dihadapi penduduk

Kampung Baru untuk membangun sebagai sebuah kampung yang moden.

5.0 Skop Kajian

Lokasi yang dipilih oleh penulis merupakan Kampong Bharu kerana kawasan yang

bersejarah dan terdapat keistimewaan tersendiri dan tidak ramai yang mengetahui.

Skop masa yang dipilih oleh penulis merupakan pada tahun 1957 hingga 2015

kerana pada tahun 1957 Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka dan pada tahun

2015 pula terdapat Pelan Induk Terperinci telah dilancarkan.


6.0 Sorotan Kajian Lepas

Secara amnya, terdapat banyak kajian lepas yang berkaitan dengan sejarah

perkembangan Kampung Baru. Namun, majoiti kajian yang dilakukan bertumpu

kepada landskap dan geografikal Kampung Baru sahaja. Antara kajian yang dapat

penulis perolehi adalah penulisan Jelita Binte Mohamed Ariffin (2000) dalam karya

penulisanya Landskap Bandar dan Pembinaan Jati Melayu Di Kampung Baru. Kajian

ini mengupas tentang pandangan geografi boleh memperkayakan penyelidikan

tentang pembentukan identiti. Selain itu, pembangunan orang Melayu bergantung

kepada suasana bandar moden dan kesanggupan mereka untuk menerima perubahan

dari semasa ke semasa. kajian itu mendedahkan, antara lain, bagaimana status tanah

Rizab Melayu kampung itu meningkatkan identiti Melayu penduduk. Selain itu,

sifatnya yang kurang maju berbanding persekitarannya dilihat oleh kedua-dua negeri

dan penduduk sebagai melambangkan kemunduran orang Melayu bandar. Kajian ini

menyimpulkan bahawa terdapat tahap keselarasan yang tinggi antara bacaan landskap

bandar kedua-dua negeri dan wacana tentang Melayu bandar dan penduduk.

Keselarasan ini dicontohi oleh tahap sokongan yang tinggi yang ditunjukkan oleh

penduduk terhadap rancangan pembangunan semula negeri untuk kampung.

Keselarasan dalam bacaan dan wacana ini juga membawa kepada medan wacana yang

stabil yang boleh digunakan oleh negeri untuk pembangunan semula Kampung Baru.
7.0 Kaedah Kajian

Pengkaji mengunakan beberapa kaedah kajian antaranya kaedah internet,kaedah

kajian lapangan dan kaedah temubual.

Kaedah internet dapat memberi banyak maklumat dan sorotan kajian kajian yang

lepas dan memudahkan penulis mencari idea untuk melakukan penyelidikan.

Seterusnya, kaedah kajian lapangan, pengkaji bakal melawat kawasan yang dipilih

bagi melakukan kajian yang lebih mendalam tentang Kampung Baru,Kuala Lumpur.

Disamping itu, kaedah pustakaan, pengkaji mencari bahan bacaan di perpustakaan

untuk digunakan penyelidikan. Akhir sekali, kaedah temubual yang memerlukan

pengkaji untuk menemu bual setiausaha MAS untuk menjalankan kajian ini.
8.0 Pembahagian Struktur Esei

a. Pengenalan

-Dalam bahagian pengenalan esei, penulis akan menerangkan tentang sejarah

Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bagaimana munculnya kawasan bersejarah

dengan lebih terperinci lagi mengikut maklumat- maklumat yang telah diperolehi.

b. Isi – isi

Selain itu, pembahagian bahagian isi pula, penulis akan menceritakan tentang

perkembangan dan pembangunan yang dibuat di kawasan Kampung Baru, Kuala

Lumpur. Tambahan pula, penulis juga dapat mengenalpasti cabaran yang dihadapi

penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk membangunkan kawasan tersebut,

c. Kesimpulan

Akhirnya, penulis akan membuat justifikasi dalam bahagian penutup dan membuat

kesimpulan keseluruhan tentang tajuk dan kawasan yang dipilih. Secara langsungnya,

penyiasatan penulis bagi kajian ini sudah mencapai pengakhiran.


9.0 Penutup

Kajian sudah mencapai segala objektif yang dinyatakan oleh penulis. Selepas

membuat kajian, penulis mendapat maklumat yang cukup dan lebih memahami

sejarah dan sumbagan Kampung Baru ,Kuala Lumpur.

Penulis juga berharap agar kajian ini dapat membantu penulis- penulis yang lain

dalam kajian mereka yang berkaitan dengan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Berdasarkan kajian, penulis berharap Kampung Baru, Kuala Lumpur berkembang

menjadi kampung yang lebih moden dan membangun lebih maju. Penulis mendoakan

penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur agar lebih dikenali oleh persada dunia.
10.0 Bibliografi

PENULISAN BIBLIOGRAFI

- Suleiman Mohamed & Lokaman Haji Mohd Zen, Sejarah Kampung Bharu :

Disini Awal Segalanya Bermula. Institut Alam dan Tamadun Melayu,Universiti

Kebangsaan Malaya,2005.

ARTIKEL DARIPADA JOURNAL

- Nor Rasidah Hashim & Naziaty Mohd Yaacob,”Journal of Design and Built

Enviroment Vol 9” December 2011,49-98

ARTIKEL DARI SURAT KHABAR

- Hafizah Iszahanid, “Kampung Baru Sebuah Sejarah Melayu” Berita Harian

(Kuala Lumpur) 6 September 2018

DOKUMEN DARIPADA LAMAN WEB

- Nasrul Hadi ,2021 “Sejarah Perjuangan Getir Orang Melayu di Kuala Lumpur”

https://www.lelarentaka.com/2021/06/kampung-baru-sejarah-perjuangan-

getir.html

- Syed Badli Shah Syed Osman, 2019 “ Menjejak Waris Kampung Baru”

https://www.malaysiakini.com/news/476470

- Editor Wilayahku, 2022 “Kampung Baru dan Melayu di KL”

https://www.wilayahku.com.my/kampung-baru-dan-melayu-di-kl/

You might also like