You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK PUTRAJAYA PRESINT 18 (2) Kod Sekolah: WBA 2012

NURUL NABILA FARHANA BINTI MUSAIDI


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: SEJARAH


HIKAYAT ABDULLAH
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 10/07/2021
-
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Hikayat Abdullah Munsyi merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan


penduduk negeri Melaka. Keadaan ini berlaku dalam tahun 1800 hingga tahun 1840-an. Peristiwa
yang berlaku dialami, dilihat dan didengar sendiri oleh Abdullah Munsyi (Abdullah Bin Abdul
Kadir Munsyi).Hikayat Abdullah bukan berupa penulisan sejarah atau politik yang tulin. Buku
tersebut tidak membentangkan suatu analisis sejarah yang mengesahkan pergolakan politik dan
pemerintahan. Tiada sebarang tarikh yang spesifik atau releven dimuatkan dalam kisah-kisah
yang dihuraikan oleh beliau. Hikayat Abdullah mengandungi riwayat hidup Abdullah, keturunan,
perihal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan, serta minat dan latar belakang keluarga beliau.
Namun semua itu hanya terkandung pada permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil
sahaja daripada penceritaan Hikayat Abdullah.

Bagaimanapun, sesetengah tokoh sastera atau sejarah berpendapat bahawa Hikayat


Abdullah boleh diklasifikasikan sebagai sebuah penulisan autobiografi. Sebahagian besar yang
dikisahkan di dalam Hikayat Abdullah adalah berkaitan peristiwa harian terutamanya yang
berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris,
iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan atau di luar kerajaan, selain itu,
penceritaan ini juga berhubungan tentang penduduk tempatan dengan pemerintah. Oleh sebab
itu, terdapat tokoh sastera yang berpendapat kurang tepat jika menyifatkan buku tersebut sebagai
autobiografi. Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah sering menurunkan pemikiran dan
falsafah beliau terhadap beberapa isi. Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan
sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan berkenaan sistem
pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan bersistem serta
teratur. Hikayat ini juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa
beliau tinggal di Melaka.

Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah bukan dari sudut pergolakan politik,
tetapi lebih menumpukan sudut perhubungan dalam masyarakat. Antara aspek yang menjadi
fokus ialah corak pergaulan dan adat resam, budaya serta perhubungan antara masyarakat,
sistem ekonomi, pendidikan, sebutan dalam bahasa, corak pemikiran serta keupayaan
masyarakat dan sebagainya. Rangkuman sosial ini juga meliputi perhubungan para penduduk
dengan pihak pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang demikian, sudut sejarah sosial lebih
bersifat neutral, tidak berat sebelah dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak dipengaruhi unsur
‘siapa yang benar, siapa yang salah’ kerana segala peristiwa yang telah berlaku itu, memang
benar-benar berlaku, berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak pemerintahan serta
politik sezaman. Semua ini menjadi sebagian daripada apa yang dikatakan dan diakui sebagai
fakta-fakta sejarah.Segala peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-
kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga
1840, cuba dipaparkan di dalam hikayat ini.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Hikayat Abdullah merupakan sebuah karya agung yang unggul kerana karya ini mempunyai nilai
estetik yang tinggi dari aspek kepengarangannya. Ciri-ciri karya agung yang terdapat dalam
naskhah Hikayat Abdullah ini memperlihatkan keunggulan pengarang dalam menyampaikan
mesej kepada pembaca. Ciri-ciri karya agung seperti mesej, nilai budaya, padangan hidup, nilai
ilmu, teknik kepengarangan dan seni bahasa yang terdapat dalam sesuatu karya ini mencetuskan
idealisme pengarang dalam sesebuah karya.Dalam hal ini, Hikayat Abdullah memperlihatkan
kepengarangan Abdullah yang mampu mencetuskan pemikiran, nilai dan pegangan atau
pandangan hidup bangsa Melayu pada suatu ketika dahulu. Sebagai contoh, Hikayat Abdullah
adalah sebuah karya agung merupakan satu karya agung yang memperihalkan pengalaman dan
kisah hidup sebenar Abdulah bin Abdul Kadir Munsyi sejak beliau dilahirkan sehingga meninggal
dunia.
Selain itu, Abdullah Munsyi juga melakukan kritikan terhadap masyarakat Melayu pada
ketika itu yakni menjurus kepada sikap pemerintah yang mementingkan diri dan mudah
terpengaruh dengan penjajah dan sikap orang Melayu yang tidak mahu mengubah diri agar
menjadi lebih baik. Dalam pada itu, Abdullah Munsyi juga mengkritik golongan penjajah, iaitu
mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang Melayu. Walaupun begitu, kritikan yang
dilakukan oleh Abdullah Munysi memperlihatkan beliau mempunyai idealisme dan pendiriannya
terhadap mesej yang hendak disampaikan. Setiap cerita yang disampaikan dalam setiap bab
Hikayat Abdullah ini mempunyai nilai keunggulan yang menjadikan Hikayat Abdullah sebagai
karya agung yang perlu dihargai oleh generasi pada masa ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

You might also like