You are on page 1of 2

Aktiviti M4:

i)Pilih satu watak dalam teks berkenaan.


ii)Jelaskan kehebatan tokoh yang anda pilih.

Jawapan :

(i) watak yang saya pilih dalam sastera Hikayat Abdullah ialah Abdullah bin Abdul Kadir
Munsyi atau Abdullah Munsyi.

(ii) Berdasarkan teks berkenaan, Abdullah Munsyi merupakan seorang yang berani
mengkritik nasib bangsa Melayu, kedudukan bahasa Melayu serta keadaan raja-raja
Melayu yang dianggap zalim kepada rakyat. Terdapat pelbagai bentuk penulisan kritikan
terlihat dalam karyanya terutama kritikan terhadap raja-raja Melayu. Selain itu, Abdullah
turut membuat kritikan yang pedas terhadap orang Melayu pada penghujung abad ke-19.
Beliau menegur kelemahan orang Melayu, sikap malas mereka, kurangnya ilmu
pengetahuan di kalangan mereka, cara hidup mereka, sehinggalah episod perpecahan di
kalangan mereka. Abdullah tidak sahaja mengkritik tetapi memberikan cadangan bagaimana
kehidupan orang Melayu dapat diperbaiki. Munsyi Abdullah memberikan pandangan
bagaimana mahu mengeluarkan orang Melayu daripada kelemahan mereka. Abdullah turun
ke lapangan, belayar ke negeri-negeri Melayu, melawan ombak, mengharungi ancaman
lanun dan perang saudara bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku dalam
masyarakat Melayu ketika itu.

Di samping itu, Abdullah secara terang-terangan dan konstruktif telah menolak


sebarang bentuk khurafat, tahyul dan kepercayaan karut lain yang sebti dalam pemikiran
orang-orang Melayu pada ketika itu, Abdullah menasihati masyarakat Melayu untuk
meninggalkan segala amalan yang berkaitan dengan hantu atau syaitan dan kembali
kepada Allah yang Esa. Selain keberaniannya mengkritik raja- raja Melayu, golongan
pembesar Melayu dan susunan masyarakat Melayu dalam zaman serta adat istiadat serta
kebiasaan orang Melayu, ketokohan beliau terserlah sebagai pelopor pembaharuan dalam
bidang kesusasteraan Melayu terutamanya dari segi minat dan kesungguhannya mendalami
bahasa Melayu. Tujuan beliau melakukan semua perkara berikut adalah untuk menyedarkan
bangsa , berilmu, sentiasa mengejar kemajuan moden serta bersifat dinamik. 

Selanjutnya, Abdullah merupakan seorang yang cinta akan bangsa Melayu dan
memperkasakan pengetahuan bahasa Melayu dalam kalangan bangsa bukan Melayu.
Hal ini jelas dipaparkan dalam bab 20 apabila Abdullah telah berkhidmat di Singapura.
Pada masa yang sama, ramai orang muda Inggeris datang ke Singapura dan mereka
berguru dengan Abdullah untuk mempelajari bahasa Melayu. Contohnya, Tuan Douglas
bijak dan cepat dalam mempelajari bahasa Melayu setelah mengikuti pelajarannya.
Selain itu, dalam bab ini juga Abdullah telah memberi pandangan betapa bahasa Melayu
merupakan sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Bahsa
Melayu baginya bahasa yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dana mat sebati dengan
bangsa Melayu yang selalu dipandang remeh dan dianggap bahasa yang mudah.
Abdullah telah mengkritik orang-orang yang menyangka bahasa Melayu tidak berwibawa
secara halus.

Seterusnya, Abdullah merupakan seorang yang bersungguh dalam menelaah ilmu


pengetahuan baharu. Contohnya, Abdullah telah mempelajari ilmu berkaitan peta dengan
seorang pelukis peta dunia yang bernama Smith. Daripada persahabatan itu, pelbagai
ilmu pengetahuan yang saling dikongsi antara mereka. Abdullah amat mengagumi Smith
yang mempunyai banyak pengetahuan tentang peta. Smith juga kagum akan kepetahan
Abdullah yang tentunya dapat berbahasa Inggeris dalam persahabatan mereka itu.

Malah beliau sendiri telah mempelajari pelbagai bahasa dan cabang ilmu seperti bahasa
Tamil, Arab, Inggeris, Hindi dan ilmu Matematik. beliau dianggap sasterawan moden
berdasarkan karya- karya yang telah dihasilkannya. Akhirnya, Abdullah Munsyi digelar
“Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” berdasarkan hasil karya pentingnya. Beliau
merupakan seorang yang gemar mengembara dan beliau telah berjaya menghasilkan karya
yang hebat seperti Kisah Pelayaran Abdullah dan Hikayat Abdullah hasil daripada
pengamatan dan pemerhatiannya semasa pengembaraan. Beliau juga dibesarkan dalam
zaman peralihan dan pertembungan kebudayaan Barat dan kebudayaan Melayu.

You might also like