You are on page 1of 1

Sejauhmanakah konsep senrik Eropah 

telah mencorakkan gaya penulisan dalam pensejarahan


Malaysia. Secara Individu sediakan esei (200 patah perkataan sahaja)

Konsep penulisan sejarah euro-centric dalam pensejarahan Malaysia banyak


memaparkan mengenai sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah
Melayu. Penulisan yang menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja
merendahkan ketepatan sejarah tradisional. Salah seorang penulis sejarah yang
menggunakan pendekatan euro-centric ialah Sir Frank Swethenham melalui karyanya
yang bertajuk British Malaya (1906). Frank Swettenham menggambarkan cara dan
tindakan beliau yang cuba untuk menunjukkan kemampuan pentadbiran kolonial di bawah
beliau sebagai gabenor di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada waktu itu. Dalam
buku tersebut juga hanya mengutamakan kebaikan dan kehebatan sistem pentadbiran pihak
British berbanding dengan apa yang dimiliki oleh orang tempatan ini membuktikan bahawa
penulisan sejarah seringkali berunsur sentrik eropah.

Selain itu, konsep penulisan sejarah sentrik Eropah dalam pensejarahan Malaysia
dilihat mengetengahkan kejayaan pentadbiran British di Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat
dalam penulisan Brtisish Malaya mengaitkan proses pemodenan dari segi infrastruktur,
ekonomi dan pendidikan yang timbul di Tanah Melayu adalah faktor penjajahan kuasa Barat.
buku British Malaya hasil karya Frank Swettenham (1907) ini menceritakan sebahagian
pengalamannya sebagai pegawai dan Gabenor di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
serta kejayaan campurtangan British di negeri-negeri Melayu. Namun, menurut Rahimin
Affandi dan Siti Maimunah (2017, 4), pemodenan ini diperkenalkan adalah untuk
kepentingan politik dan ekonomi Barat semata-mata dan bukan untuk kebaikan masyarakat
Melayu. Akhirnya, penulisan bersifat euro-centric dalam kalangan pegawai British jelas
dibuktikan dalam ulasan R.O. Winstedt terhadap Hikayat Hang Tuah. Beliau tidak
mengiktiraf Hang Tuah sebagai laksamana di Melaka dan berpendapat bahawa Hikayat
Hang Tuah dipengaruhi oleh unsurunsur Jawa-Hindu yang bersifat sastera Panji yang mirip
Hikayat Seri Rama.

You might also like