You are on page 1of 1

Karya sastera melayu moden yang berilhamkan karya sastera melayu lama

Pada abad ke 20, terdapat beberapa perbincangan karya sastera dan sinemotografi ilham
daripada Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Pengarang melayu moden tidak mengambil ilham
daripada karya Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah tetapi hanya ambil beberapa bahagian dan
watak tertentu. Para penulis mengambil ilham karya sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah pada mula
1940-an dan pada tahun 1957 merupakan zaman kemuncak genre ini.

Terdapat karya karya sumber yang telah menjadi perbicangan. Sumber-sumber yang terkenal
pada zaman tersebut ialah Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Sifat kedua dua sumber tersebut
berbeza. Sejarah Melayu menceritakan tentang sejarah kesultanan melatu Melaka dan bersifat kronik.
Seterusnya Hikayat Hang Tuah, merupakan karya epik dan mengandungi unsur dongeng. Hikayat Hang
Tuah mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama menceritakan asal usul Melaka dan bahagian
kedua menceritakan tugas Hang Tuah untuk rajanya. Seterusnya beralih kepada zaman kemerdekaan
terdapat banyak karya karya diterbitkan dan kebanyakannya dikaitkan dengan gerakan nasionalisme.
Politik dikaitkan pada zaman tersebut tentang kesedaran orang melayu. Orang melayu risau terhadap
kaedaan ekonomi mereka dan agenda Malayan Union. Kemudian orang melayu bangkit dan bersatu
padu untuk mencapai kemerdekaan.

Terdapat banyak karya sastera melayu moden yang mendapat ilham daripada Hikayat Hang
Tuah dan Sejarah Melayu. Antaranya, fiksyen dan teater Sharom Husain yang kebanyakannya
mendapat ilham daripada Sejarah Melayu. Sebagai contoh, plot dalam 10 Julai 1511 dan Koban Sungai
Muar mendapat ilham daripada bab 33 dan 34 dalam Sejarah Melayu. Teater yang bertajuk Tun
Fatimah dan Rahasia Kejatuhan Melaka juga mengambil ilham daripada Sejarah Melayu. Seterusnya,
novel karya Abdul Samad Ahmad. Novel yang dikaji ialah Singapura dilanggar Todak berdasarkan
Sejarah Melayu. Sebagai contoh, Abdul Samad ingin menunjukkan tindakan yang tidak difikirkan dan
kejam daripada pemimpin tidak sahaja berkesudahan buruk kepada diri mereka tetapi juga kepada
rakyat yang tidak bersalah.

Kesimpulanya, karya karya moden banyak mengambil ilham daripada karya karya lama seperti
Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Karya karya moden perlu terus mengambil ilham daripada
karya karya lama kerana karya lama banyak unsur unsur yang diselitkan seperti pengajaran dan
maksud tersirat.

You might also like