You are on page 1of 4

TUGASAN 3: “BRITISH MALAYA” OLEH FRANK SWEETHENHAM

1.0 Pengenalan

Pensejarahan Barat dalam konteks pensejarahan Malaysia merujuk kepada penulisan


sejarah negara Malaysia yang dilakukan oleh para penulis Barat. Penulis Barat merujuk
kepada para pegawai berbangsa Eropah yang pernah menjajah Tanah Melayu seperti
British. Para pegawai British di Tanah Melayu bukan sahaja hadir sebagai seorang pentadbir
tetapi turut bertindak sebagai seorang orientalis. Salah seorang pegawai tadbir British di
Tanah Melayu yang menghasilkan sebuah buku ialah Frank Swethenham. Beliau
merupakan Residen Jeneral pertama Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun
1896 hingga 1900 dan Pesuruhjaya Tinggi NNMB (Gabenor) pada tahun 1903 hingga
1909.1 Buku yang telah dihasilkan oleh beliau berjudul “British Malaya” yang mengisarkan
tentang sistem pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu.

2.0 “British Malaya”

Buku ini disifatkan sebagai eurosentrik yang merujuk kepada perspektif dan pemikiran yang
melihat semua perkara di dalam dunia ini menerusi perspektif Eropah. Terhasilnya buku ini
adalah kerana munculnya kuasa kolonial British di Tanah Melayu yang menyumbang
kepada kerancakan penulisan pensejarahan Barat di Tanah Melayu.

2.1 Sistem Pendidikan

Pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu
termasuklah sistem pendidikan di Tanah Melayu. Di dalam buku British Malaya
dinyatakan bahawa tindakan awal dalam mengubah Tanah Melayu ke arah negara
yang lebih baik adalah melalui sistem pendidikannya.2 Pihak British memperkenalkan
bahasa Inggeris kepada penduduk Tanah Melayu yang dianggap sebagai bahasa
yang bersifat universal. Pengenalan bahasa Inggeris ini sebenarnya sedikit sebanyak
menggugat kedudukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa lingua franca dalam
kegunaannya dalam semua urusan di Tanah Melayu. Perkara ini dinyatakan sendiri
di dalam buku British Malaya bahawa pegawai British sebenarnya tidak selesa dalam
menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan termasuklah urusan pentadbiran

1
Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab & Ridzuan Hasan, Sejarah Tingkatan 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2006, hlm. 46

2
Swettenham, Frank Athelstane, Sir, British Malaya, London, New York : J. Lane, 1907, hlm 257
kerajaan.3 Maka, dengan adanya sekolah Inggeris yang didirikan di Bandar,
penggunaan bahasa Inggeris dapat diimplementasikan secara berperingkat dalam
masyarakat Melayu. Tidak dinafikan juga bahawa British membawa perubahan
positif dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu kerana umum mengetahui bahawa
pihak British mempunyai tahap pendidikan yang jauh lebih baik berbanding Tanah
Melayu tetapi dalam kebaikan yang dibawa oleh British, terdapat kesan sampingan
yang memberi impak kepada masyarakat Tanah Melayu yang hidup bersama
bangsa-bangsa lain seperti Cina dan juga India. Pihak British telah memperkenalkan
sistem pendidikan di mana terdapat lima bentuk persekolahan iaitu sekolah
vernakular Inggeris, vernakular Melayu, vernakular Cina, vernakular India dan
sekolah agama. Sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh British ini lebih bersifat
kepada unsur-unsur perkauman. Oleh sebab setiap jenis sekolah khusus untuk kaum
tertentu, maka sekolah-sekolah terpisah antara satu sam lain mengikut kedudukan
geografi dan taburan penduduk. Misalnya sekolah-sekolah Melayu didirikan di desa,
sekolah Cina di bandar dan kawasan perlombongan manakala sekolah Tamil di
ladang-ladang getah dan sekolah Inggeris di bandar. Sistem persekolahan
vernakular mengikut kaum yang diperkenalkan oleh British telah menyebabkan
terbatasnya pergaulan tiga kelompok kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu,
Cina dan India.

2.2 Sistem Pemerintahan British

Tajuk buku “British Malaya” ini sendiri telah menunjukkan bahawa segala pandangan
dan sejarah mengenai Tanah Melayu adalah dalam sudut perspektif Eropah. Frank
Swethenham dalam bukunya ini mengangkat kemampuan pentadbiran kolonial di
bawah beliau pada waktu tersebut.4 Memang tidak dinafikan sistem pemerintahan
yang dibawa oleh British menjadikan pemerintahan Tanah Melayu lebih teratur.
Namun, tidak semua elemen yang dibawa memberikan manfaat kepada penduduk
Tanah Melayu pada ketika itu. Sistem yang diperkenalkan oleh British di bawah
kepimpinan Frank Swethenham telah menggabungkan negeri Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang menjadi NNMB. Dalam sistem ini, raja-raja Melayu
pada ketika itu hilang fungsinya sebagai ketua di negeri masing-masing apabila
mereka terpaksa bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara
kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam erti
kata lain, raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa dalam menentukan sesuatu

3
Ibid, hlm. 257
4
Hazman Azhar, Pensejarahan Malaysia, Kedah: IPG Kampus Darul Aman, 2013, hlm. 8
keputusan selain daripada yang berkaitan dengan hal agama Islam dan adat istiadat
Melayu seperti urusan politik juga ekonomi.

2.3 Pejuang Yang Dianggap Penderhaka

Di dalam buku British Malaya ini menyatakan bahawa terdapat beberapa rakyat
tempatan menimbulkan kekacauan sehingga terjadinya peperangan.5 Mereka ini
digelar sebagai pemberontak yang memaksa pihak British untuk memburu mereka
dan apabila pemberontak-pemberontak ini dapat diburu dan dikawal, pujian diberikan
kepada pegawai british yang bertanggungjawab iaitu Hugh Clifford. Perkara ini jelas
sekali bersifat berat sebelah apabila penulis hanya menyatakan kumpulan pejuang
Tanah Melayu sebagai pemberontak, tanpa ada nama yang tertentu. Pemberontak
yang dimaksudkan dalam buku ini ialah pejuang tanah negeri Pahang iaitu Dato’
Bahaman bersama pengikutnya. Dato’ Bahaman bukanlah pemberontak seperti yang
dikatakan oleh Frank Swethenham di dalam bukunya kerana Dato’ Bahaman
merupakan pejuang kepada tanah negeri Pahang. Dato’ Bahaman bertindak
menentang British apabila British mengambil alih kuasanya sebagai pengutip cukai di
daerah Temerloh dan British juga telah menceroboh kawasannya di Lubuk Terua
dengan membina sebuah balai polis tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.6
Penentangan yang dilakukan oleh Dato’ Bahaman merupakan penentangan
bersebab kerana kebanyakan haknya sebagai pembesar Temerloh telah dirampas
oleh British termasuk perlucutan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
yang dipegang oleh Dato’ Bahaman.

3.0 Kesimpulan

Kedatangan British ke Tanah Melayu mempunyai kesannya yang tersendiri kepada


penduduk Tanah Melayu. Di dalam buku British Malaya karya Sir Frank Swethenham hanya
melihatkan sisi kebaikan yang dibawa oleh British dalam sistem pemerintahannya dan
terdapat juga bahagian buku yang menceritakan keburukan pejuang Tanah Melayu serta
kebaikan sistem pendidikan yang dibawa oleh pihak British kepada penduduk Tanah
Melayu. Sesungguhnya penulisan ini mempunyai unsur bias atau berat sebelah kerana jelas
dalam penulisan Frank Swethenham ini hanya menyerlahkan sisi kebaikan pihak British dan
keburukan masyarakat Tanah Melayu. Perkara ini tidak boleh diterima bulat-bulat sebagai
fakta sejarah.

5
Swettenham, Frank Athelstane, Sir, British Malaya, London, New York : J. Lane, 1907, hlm 271

6
Mary Tan Swee Ee, Sejarah, Bangi: Percetakan Jiwabaru Sd.Bhd, 2014, hlm 163
RUJUKAN

Hazman Azhar. (2013). Pensejarahan Malaysia, Kedah: IPG Kampus Darul Aman

Mary Tan Swee Ee. (2014). Sejarah, Bangi: Percetakan Jiwabaru Sd.Bhd

Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab & Ridzuan Hasan. (2006). Sejarah Tingkatan 2,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Plaw Despicable Desperado. (2013). Sistem Pendidikan Ketika Zaman Pemerintahan


British Sehingga Tanah Melayu Merdeka. Diambil pada Mac 18, 2016 daripada
https://www.scribd.com/doc/135861116/Sistem-Pendidikan-Ketika-Zaman-
Pemerintahan-British-Sehingga-Tanah-Melayu-Merdeka-1

Siti Nurhidayati. (2015). Sistem dan Struktur Pendidikan Semasa Penjajahan British. Diambil
pada Mac 18, 2016 daripada http://documents.tips/documents/sistem-dan-struktur-
pendidikan-semasa-penjajahan-british.html

Swettenham, Frank Athelstane, Sir. (1907). British Malaya, London, New York : J. Lane

You might also like