You are on page 1of 26

1.

0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, penjelajahan bermaksud perihal menjajah, mengelilingi atau
berjalan-jalan ke merata-rata tempat atau daerah dengan tujuan untuk menyelidik.
Penerokaan pula bermaksud perihal perbuatan, usaha meneroka, atau meneroka.
Sejak zaman dahulu, penjelajahan telah dilakukan apabila manusia ingin mencari tepat
tinggal dan makanan apabila iklim berubah atau menerima ancaman daripada kumpulan
lain. Penjelajah-penjelajah kemudiannya telah menggunakan peta sebagai panduan
mereka (Mahdi Shuid & Saliza Saad, 2002). Penjelajahan dan penrokaan adalah
kegiatan yang dilakukan oleh orang Eropah atas beberapa faktor. Antaranya ialah untuk
Gold, Glory dan Gospel.

Faktor berlakunya penjelajahan dan penerokaan orang Eropah iaitu Gold adalah
untuk memburu kekayaan dan keuntungan dengan mencari dan mengumpulkan emas,
perak, dan bahan tambang serta bahan-bahan lain yang sangat berharga. Menjelang
abad keenam belas dan ketujuh belas, rempah merupakan salah satu hasil utama yang
mendapat sambutan amat menggalakkan di Eropah. Adunan rempah ratus seperti lada
hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala digunakan untuk mengawet dan
menyedapkan rasa daging pada musim sejuk kerana ketiadaan sistem alat beku. Oleh
itu, harga rempah melambung berlipat kali ganda disebabkan pengangkutan mengambil
masa yang lama untuk tiba di pasaran Eropah melalui lapisan perantara. Orang-orang
Eropah amat iri hati terhadap pedagang-pedagang Islam yang memonopoli
perdagangan rempah yang berpusat di Venice sejak zaman Rom. Kemewahan dan
kekayaan peniaga-peniaga Islam menyebabkan orang Eropah bertekad untuk
merampas perdagangan timur dengan menakhluki negara seperti Melaka yang
merupakan emporium perdagangan utama dan pusat pengumpulan dagangan rempah.

Faktor seterusnya iaitu Glory pula adalah untuk memburu kejayaan, superioritas dan
kekuasaan. Dalam kaitan ini negara-negera Eropah saling bersaing dan ingin berkuasa
di dunia yang baru diterokai. Sebagai contoh, pelayar Sepanyol dan Portuga saling
bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Keadaan ini telah menyebabkan pihak Paus
di Rom mendesak agar satu perjanjian diadakan untuk menetapkan pengaruh masing-
masing. Oleh itu, Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada
tahun 1494 untuk menetapkan kawasan.

Selain itu, Gospel juga merupakan salah satu faktor berlakunya penjelajahan dan
penerokaan iaitu untuk melakukan tugas suci untuk menyebarkan agama. Christopher
Colombus misalnya, ingin menyebarkan agama Kristian di negara bukan Kristian dan

1
menjajah nama baharu dengan nama Tuhan bersesuaian dengan cita-citanya beliau
untuk belayar ke Timur Jauh dengan tujuan yang dapat diringkaskan dalam ungkapan
“Emas, Tuhan, dan Cathay”.

2.0 Penjelajahan dan penerokaan


Pada permulaan abad ke-16, penjelajah Eropah telah melancarkan kapal mereka ke
Lautan Atlantik. Walaubagaimanapun, mereka tidak sedar bahawa penjelajahan yang
dilakukan oleh mereka adalah permulaan kepada era baru bukan sahaja kepada
Eropah, malah kepada Asia, Afrika dan Amerika. Penjelajahan Eropah ini menandakan
permulaan proses yang membawa kepada perubahan radikal dalam politik, ekonomi dan
sosial ‘non-Western world’. (Jackson J. Spielvoge, 2002).

Pelayar-pelayar Eropah banyak memperolehi pengetahuan mengenai pelayaran


daripada Timur. Sebagai contoh, kelasi kapal Eropah telah menggunakan carta yang
dilukis oleh penunjuk arah dan ahli matematik Arab yang dilukis pada abad ke 13 dan
14. Carta yang dikenali sebagai postolani ini merekodkan bentuk pantai danjarak antara
pelabuhan. Pelayar Eropah juga banyak mempelajari teknik-teknik pelayaran yang baru
daripada Timur.

Kedatangan kuasa Barat ke Timur dikaitkan dengan zaman kebangkitan kuasa Barat
pada abad ke-15. Kedatangan kuasa Barat ke Timur bermula apabila kuasa Portugis
berjaya menemui jalan laluan perdagangan yang baru di seluruh dunia bagi negara
Eropah. Antara kuasa Barat tersebut termasuklah Portugal, Belanda, Sepanyol dan
England.

2
Rajah 2.0.1 di atas menunjukkan perjalanan eksplorasi pelayaran kempat-empat negara
Eropah iaitu Belanda, British, Portugal dan Portugis ke Asia Tenggara
Sumber: Geoffrey Parker, Concise World History of the World (2015)

3
2.1 Portugal
Menurut Jackson J. Spielvoge (2002), Portugal terlebih dahulu telah mula
melakukan penjelajahan berbanding negara Eropah yang lain. Prince Henry the
Navigator percaya terhadap semua pelayar negaranya mampu memperluaskan
empayar Portugis di luar Eropah. Menurut Louis B. Wright (1970), Prince Henry
the Navigator telah mendirikan sebuah sekolah pelayaran di Portugal sebagai
galakan untuk semua rakyatnya pergi berlayar dan terbukti galakan Putera Henry
telah berjaya mendapat sahutan oleh rakyatnya. Antara kejayaan-kejayaan
pelayaran yang tercapai termasuklah:
i. Tahun 1488 – Bartholomeu Diaz Sampai Ke Tanjung Harapan
ii. Tahun 1498 – Vasco da Gamma Sampai Ke India
iii. Tahun 1509 – Lopez De Sequiera Tiba Ke Melaka

Pada permulaan tahun 1520, di bawah tajaan Prince Henry the Navigator,
Portugis telah belayar ke selatan melalui jalan laut Afrika Barat. Di sana, mereka
telah menemukan sumber emas yang baharu iaitu di Perairan Selatan Afrika
Barat yang kemudiannya dikenali oleh orang Eropah sebagai Gold Coast.

Kapten laut Portugis telah mendengar laporan laluan ke India di sekitar


hujung selatan Afrika. Pada tahun 1488, Bartholomeu Dias telah mengelilingi
penghujung Afrika Selatan dan secara langsungnya telah membuka laluan laut
dari Eropah ke Asia. Kapal-kapal Bartholomeu Dias telah mengililingi Tanjung
Harapan seterusnya belayar ke titik paling selatan Afrika iaitu Cabo das Agulhas
untuk merentas Lautan Hindi. Kemudian, Vasco de Gama iaitu seorang kapten
tentera aut Portugis telah ditugaskan oleh Raja Portugis untuk menyiasat sama
ada wujud laluan ke India dengan mengelilingi hujung selatan Afrika yang
ditemukan oleh Bartholomeu Dias. Vasco de Gama bertolak dari Lisbon dengan
4 buah kapal dan belayar ke Malindi di pantai timur Afrika. Dengan pertolongan
beberapa orang Arab sebagai pemandu, mereka sampai di Pelabuhan Kalikat di
pantai barat daya India. Malangnya, pedagang Islam tidak tertarik dengan barang
dagangan de Gama dan tidak suka orang Eropah Kristian campur tangan dalam
perdagangan mereka. Vasco de Gama hanya dapat membeli sedikit rempah dan
barangan lain untuk dijadikan bukti bahwa beliau telah menemukan jalan ke
Timur. Beliau pulang ke Portugal dengan muatan barang-barang yang berharga
enam kali ganda dari perbelanjaan angkatannya. Pelayaran de Gama telah
membawa kepada penubuhan penempatan dan loji-loji perdagangan Portugis di

4
India. Portugis menguasai sebahagian besar dari perdagangan yang dikuasai
oleh pedagang Itali sebelum ini. Vasco de Gama dianugerahkan tanah, wang,
gelaran wizurai bagi mengasaskan petempatan Portugis di India (Turnbull (1963)
dalam Sivachandralingam Sundara Raja, Ayaduram Letchuman, 2001)

Rajah 2.1.1 di atas menunjukkan peta pelayaran Vasco de Gama dari Lisbon ke
Kalikat, India (1497-1498)

Penakhlukan Ottoman terhadap Timur Tengah telah mengganggu


perdagangan antara Asia dan Eropah. Sehubungan dengan itu, Portugis ingin
mencari dan membuka jalan laut baru kerana jalan laut yang lama telah
didominasi oleh pedagang Itali. Oleh itu, dengan berdagang secara langsung
dengan Asia, Portugis dapat memusnahkan kekayaan dan kekuasaan Empayar
Ottoman yang mana merupakan sebuah empayar Islam dan dianggap oleh
Portugis sebagai pihak musuh. Portugis juga berharap mereka dapat
menyebarkan agama Kristian di Asia. Hanya beberapa tahun selepas ketibaan
Portugis di India, Portugis telah membina kapal yang lebih baik berbanding
kapal-kapal tempatan di India sekaligus telah mendominasi Lautan Hindi. Mereka
telah menguasai sebilangan besar pelabuhan di India dan menjadikannya
sebagai pusat perdagangan dan tempat pelabuhan kapal. (B.R. Pearn, 1965)

Warga Eropah yang pertama memainkan peranan yang besar dalam


hubungan Asia Tenggara adalah Portugis. Setelah berjaya mengukuhkan tempat
mereka di India, Portugis ingin melakukan perdangan secara langsung dengan

5
Asia Tenggara dan tidak lagi inginkan Melaka sebagai orang tengah dalam
perdagangan. Oleh itu, Portugis telah belayar ke Melaka pada tahun 1509
diketuai oleh Lopez de Auqueira beserta satu angkatan laut. Rombongan de
Sequeira bukan sahaja gagal mendapatkan kebenaran berdagang, malah lebih
buruk lagi, kehadiran mereka meniupkan api permusuhan di antara kedua-dua
kuasa. De Sequeira berjaya menyelamatkan diri dan berkesempatan
menyeludup sepucuk warkah kepada Albuquerque di India sewaktu dalam
tawanan. Dua tahun kemudian, Alfonso De Albuquerque menyerang Melaka
pada tahun 1511 dan Melaka jatuh akibat serangan tersebut. Serangan ini
merupakan ‘first establishment’ kuasa Eropah di Asia Tenggara.

Menurut Louis B, Wright (1970), antara faktor penjelajahan Portugis ke Asia


Tenggara adalah 3G (Gold, Glory & Gospel). Sebagai pusat pelabuhan yang
terkenal, Melaka semestinya mempunyai pelbagai bahan rempah seperti lada
hitam, kayu manis, bunga cegkih dan buah pala. Bahan-bahan ini merupakan
permintaan tertinggi di Eropah kerana kegunaan bahan ini amat istimewa iaitu
mengawet menyedapkan makanan seperti daging serta sebagai pemanas
badan. Seterusnya, Portugis juga ingin menguasai perdagangan rempah dan
memecahkan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam di Eropah
Timur. (Gold). Di samping itu, Portugis juga ingin bersaing dengan negara-
negara penjajah lain untuk memartabatkan negaranya dengan menggunakan
kemahiran mereka dalam aktiviti penjelajahan dan pelayaran. Selain itu, Portugis
juga ingin membina empayar yang kukuh di luar Eropah. (Glory). Di Melaka,
sebuah gereja telah dibina dan dinamakan ‘Our Lady of the Annunciation’.
Aktiviti-aktiviti penyebaran agama Kristian bergiat pesat sejak tahun 1545 dengan
ketibaan Sir Francis Xavier. Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah iaitu St.
Paul dan menterjemahkan beberapa agama Kristian dan perintah Jesus ke
dalam Bahasa Melayu bagi melancarkan lagi penyebaran agama tersebut di
Melaka. Menurut Macgregor (1955), Melaka juga dijadikan tapak atau pusat
transit bagi kegiatan Kristianisasi yang dijalankan di Timur (Gospel)

2.2 Sepanyol
Kejayaan pelayar-pelayar Portugal mencari jalan ke Timur mengelilingi benua
Afrika mendorong Sepanyol mencari jalan baru ke Timur. Usaha orang Sepanyol
belayar ke Timur dimulakan oleh Christopher Columbus, seorang pelaut dari
Genoa yang berusaha mendapatkan sokongan Raja Portugal, John II untuk
membiayai pelayarannya. Setelah permintaanya ditolak, Colombus berjaya

6
mendapat sokongan dari Ratu Isabella dan Ferdinand Angon dari Sepanyol.
Colombus memulakan pelayarannya dengan tiga buah kapal.
(Sivachandralingam Sundara Raja, Ayaduram Letchuman, 2001). Pada tahun
1492, Colombus menyeberangi Lautan Atlantik dengan tiga buah kapal iaitu
Santa Maria, Nina dan Pinta. Selepas beberapa bulan belayar, beliau mendarat
di sebuah pulau yang dikenali sebgai San Salvador di Bahamas. Antara tahun
1493 dan 1504, Colombus telah belayar sebanyak tiga kali. Dalam semua
pelayaran ini, beliau percaya bahwa segala penemuannya adalah di Timur. (Wan
Abdul Rahman Latif, 1996)

Menurut B.R. Pearn (1965), apabila Portugis mara ke Asia Tenggara bermula
dari barat, Sepanyol tiba di Asia Tenggara dari timur. Pada awal abad ke 16,
Sepanyol telah menakhluki Amerika dan telah tiba di pantai Lautan Pasifik.
Mereka mula meneroka Pasifik dan pada tahun tahun 1521, Ferdinand
Magellan telah tiba di kepulauan yang kemudiannya diketahui sebagai Filipina.
Ferdinand Magellan ialah pelaut, ahli geografi dan pengembara yang berasal dari
Portugal. Magellan terkenal sebagai orang yang pertama melakukan pelayaran
mengelilingi dunia. Beliau juga merupakan seorang aristokrat Portugis dan ahli
pelayaran berpengalaman yang pernah mengiringi Alfonso de Albuquerque ke
Asia Tenggara pada tahun 1511. Beliau telah membuat beberapa pelayaran
untuk mencari jalan perdagangan bagi kerajaan Portugis tetapi apabila berselisih
faham dengan Raja Portugis, beliau belayar bagi pihak Sepanyol pula (Mohamad
Munir Ismail, Mohd Fadzil Mohd Salleh & Ismail Said, 2015). Beliau mendapat
kepercayaan dan sokongan daripada Raja Sepanyol iaitu Raja Charles V untuk
belayar ke kepulauan rempah dan membuka kawasan-kawasan baru untuk
Sepanyol.

7
Rajah 2.2.1 menunjukkan peta pelayaran Ferdinand Magellan sepanjang tahun
1519-1522

Era penjelajahan dan penerokaan Sepanyol ke Asia Tenggara bermula pada


tahun 1520. Mereka menempatkan diri di Cebu dan Panay pada tahun 1568.
Penakhlukan di Filipina bermula pada tahun 1571 setelah Kota Manila jatuh ke
tangan Sepanyol dan menjadikan ibu kota tanah jajahan yang telah
didapatkannya bagi Raja Philipip II. Seterusnya, Sepanyol menakhluki Pulau
Luzon, Pulau Visayya dan Zamboaga di Mindanao pada tahun 1638. Mereka
mahu melumpuhkan kekuatan kerajaan Islam di Mindanao dan Pulau-pulau Sulu.
Manakala pada tahun 1876, Sepanyol telah berhasil menduduki Jolo.

Penakhlukan Sepanyol ke atas Filipina telah berjaya dicapai tanpa


pertumpahan darah. Hal ini kerana, Raja Phillip II tidak mahu pertumpahan darah
yang berlaku dalam penakhlukan Mexico dan Peru diulangi di Filipina. Ia juga
disebabkan tidak terdapat kuasa politik yang sebenar-benarnya dalam kalangan
orang Moro di Mindanao. Satu-satunya badan politik yang ada hanyalah yang
dipanggil ‘barangay’ yang merupakan sebuah kumpulan keluarga kecil sahaja.
Oleh itu, tentangan yang terdapat hanya berlaku pada satu tempat sahaja. Raja
Philllip II telah melantik seorang paderi Augustin bernama Andres de Urdanetea
sebagai pemerintah angkatan itu.

Sepanyol menakhluki Filipina kerana mempunyai tiga tujuan yang utama iaitu
untuk turut serta dalam perdagangan rempah (Gold), untuk mengadakan

8
perhubungan dengan China dan Jepun (Glory), dan untuk mengkristiankan
orang Filipina (Gospel). Namun begitu, Sepanyol hanya berjaya mencapai tujuan
ketiga sahaja. Hal ini kerana, Filipina tidak menghasilkan rempah ratus,
tamabahan pula kawasan penghasilan rempah iaitu Kepulauan Maluku telah
dikuasai oleh Portugis.

Sepanyol telah mengadakan perdagangan dengan negara China dan Jepun


agar dapat berdiri sendiri setelah menyedari bahawa Filipina tidak mempunyai
rempah-ratus dan perak. Selepas tahun 1580, mereka berjaya menarik
pedagang-pedagang Asia ke Manila. Ini menjadikan Manila sebagai tempat
tumpuan pedagang-pedagang cari China, Jepun, Sam, Kemboja dan Pulau-
pulau Rempah. Sebelum akhir abad ke-16, perdagangan antara Sepanyol
dengan China adalah pesat. Kapal-kapal Sepanyol dari pelabuhan Acapulco di
Mexico membawa wang dan jonkong perak untuk membeli sutera, baldu,
tembikar, gangsa dan batu permata dari China seterusnya dibawa ke Manila. (A.
B. Lapian, 1975)

2.3 Belanda
Menurut B.R. Pearn (1965), apabila hasil dagangan dari Asia dihantar ke Eropah
oleh Portugis tiba di pelabuhan tempatan iaitu Lisbon, kebanyakan barang
dagangan tersebut dijual kepada pedagang Belanda yang kemudiannya
diedarkan barang daganan tersebut ke bahagian Eropah yang lain. Pedagang
Portugis pada kurun ini hanya menumpukan pedagangan dengan wilayah-
wilayah di Asia dan Timur tetapi tidak begitu bergiat cergas dalam menjual
barang-barang dari Timur ke pelabuhan-pelabuhan di Eropah. Oleh itu, tugas ini
telah dilakukan oleh pedagang-pedagang dari Belanda. Para pedagang Belanda
menjadi orang tengah yang memperoleh keuntungan yang banyak.

Hubungan perdagangan di antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan


pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat namun hubungan ini tidak lama kerana
pada pertengahan abad ke-16, suasana politik di wilayah Selatan Belanda yang
diperintah oleh Raja Phillip II dari Sepanyol telah mula berpecah dan
mengakibatkan perniagaan di Antwerp menjadi merosot dan perniagaan dan
pelabuhan-pelabuhan di wilayah utara New Zealand dan Belanda menjadi
lumayan. Semasa Raja Phillip II menjadu raja kepada kedua-dua negeri, iaitu
Sepanyol dan Portugal, orang Belanda telah memberontak dan menentangnya.
Akibat penentangan orang Belanda ini, baginda telah menutup pelabuhan

9
Lisbon. Kapal-kapal dan pedagang Belanda telah dihalang memasuki pelabuhan
Lisbon. Sehubungan dengan itu, Belanda telah cuba untuk mendapatkan barang-
barang berharga dari Timur secara bersendirian. Oleh itu, penutupan pelabuhan
Lisbon dan perjuangan menentang pemerintahan Sepanyol dan Inggeris adalah
faktor utama yang telah menggerakkan orang Belanda untuk sampai ke
kepulauan rempah di Asia Tenggara.

Kedatangan kuasa Belanda di Asia Tenggara bermula pada tahun 1595


apabila Belanda berjaya memasuki perairan Indonesia. Eksplorasi Belanda
pertama kali yang menjangkau Perairan Nusantara dilakukan oleh penjelajah
Cornelis de Houtman. Ekspedisi ini didorong oleh cerita yang dituiskan oleh Jan
Huygen van Linschoten dalam sebuah buku Itinerario yang mengisahkan
perjalannya ke Hindia Timur bersama orang Portugis yang akhirnya membawa
Belanda ke negeri rempah-ratus. Cornelis de Houtman bersama Pieter de Keyser
menjadi pelopor penjelajah Belanda yang melakukan pelayaran ke Timur Jauh.
Mereka telah melakukan pelayaran dan penjelajahan untuk mencari tanah India
yang dikenali sebagai penghasil rempah-ratus. Cornelis de Houtman bersama
anak kapalnya mengambil jalan laut yang biasa digunakan oleh orang Portugis.
Pada tahun 1596, Cornelis de Houtman bersama anak kapalnya berjaya
menjumpai Kepulauan Nusantara dan mendarat di Banten. Di Banten, de
Houtman berjaya mendapatkan rempah ratus yang banyak dan setelah aktiviti
perdagangan selesai, beliau segera kembali ke Belanda untuk melaporkannya
kepada Kerajaan Belanda. Hasil eksplorasi Cornelis de Houtman dianggap
berjaya dan berpotensi mendatangkan keuntungan yang lumayan.

Rajah 2.3.1 menunjukkan peta pelayaran Cornelis de Houtman (1595-1596)

10
Ekspedisi penjelajahan berikutnya dipersiapkan dan rombongan kali ini
dipimpin oleh Van Heemskerck. Belanda memanfaatkan konflik antara
masyarakat Maluku dengan Portugis dan masuk ke Maluku dengan mudah dan
diterima oleh masyarakat Maluku. (Shinatria Adhityatama, 2016)

Belanda kemudian menjadikan Indonesia sebagai loji perdagangan untuk


hasil dagangan. Belanda juga telah menubuhkan VOC (Syarikat Hindia Timur
Belanda) pada tahun 1602 yang bertujuan untuk mengelakkan persaingan
dengan kuasa Barat yang lain. Belanda telah menjalankan dasar monopoli
perdagangan. Hal ini telah memberi tekanan ekonomi dan politik kepada
penduduk tempatan.

Antara faktor penerokaan dan penjelajahan Belanda ke Asia Tenggara


adalah untuk menguasai tanah jajahan di Timur dan seterusnya menguasai
perdagangan di Timur untuk menghapuskan monopoli Portugis dan Sepanyol
(Glory). Hal ini dapat dilihat apabila Belanda terus meluaskan kekuasaannya di
Jayakarta, Indonesia pada tahun 1619. Setelah itu, 2 tahun kemudian, ia ditukar
kepada Batavia (Betawi) untuk dijadikan pusat kompeni pada waktu itu. sebelum
ini, Belanda telah mempunyai banteng pertahanan di Ambon (1605) dan Tenate
(1607). Namun begitu, mereka tetap meluaskan pengaruh mereka di Belanda
pada tahun 1632 dan menguasai Melaka pada tahun 1641. Ketika itu, Belanda
sudah pun mempunyai loji perdagangan di Aceh, Patani, hoor dan beberapa
pelabuhan di pantai utara Pulau Jawa.

Menurut A. B. Lapian (1975), kedudukan Belanda di Sulawesi Utara menjadi


lebih kuat setelah benteng Amsterdam didirikan di Menado (1657). Di Sumatera
Barat, perjanjian Painan (1663) memberikan Belanda kuasa untuk memonopoli
perdagangan lada dan pembebasan dari kewajiban membayar bercukai, sebagai
imbasan kepada raja-raja bumiputera dijanjikan potensi kompeni. Pada tahun
1641, Belanda telah bersekutu dengan Sultan Johor iaitu pewaris kepada takhta
Sultan Melaka untuk menakhluki kembali Melaka. Belanda telah berjaya
mengambil alih Selat Melaka dan kedudukan mereka di timur Jawa juga telah
memberi mereka kuasa ke atas Selat Sunda. Sehubungan dengan itu, Belanda
telah berjaya memonopoli perdagangan di kepulauan tersebut. Justeru, dengan
keuntungan dan hasil daripada perdagangan ini akan digunakan untuk
membiayai peperangan menentang pemerintahan dan kekuasaan Sepanyol di

11
bumi mereka dan seterusnya menawan pusat pelabuhan dan perdagangan
Portugis di Timur. Tindakan ini sejajar dengan salah satu tujuan Belanda
menroka dan menjelajah ke Asia Tenggara iaitu Gold – untuk mengaut
keuntungan. (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayaduram Letchuman, 2001)

2.4 England
Menurut Jackson J. Spielvoge (2002), selain Belanda, England juga amat
berminat untuk mencuba nasib di Asia Tenggara. Ia bermula pada zaman
Revolusi Perindustrian pada pertengahan kedua abad ke-18 sedang berlaku
dengan hebat di Eropah. Revolusi ini menyaksikan kemajuan sains dan teknologi
dalam bidang pertanian, perindustrian dan pengangkutan. Ia memerlukan
barangan dari Timur seperti kapas, bijih timah dan barangan mentah lain dalam
industrinya. Justeru, England telah memperluaskan kekuasannya ke Timur. Pada
waktu itu, England tidak mempunyai monopoli mutlak dan bersaing dengan
kuasa Portugal, Belanda dan Sepanyol. Kedatangan kuasa Inggeris ke Timur
adalah agak lewat, iaitu selepas kedatangan Portugis, Sepanyol dan Belanda
yang telah lama bertapak di walayah-wilayah Timur dan kepulauan rempah.
Orang Inggeris hanya sampai di India setelah 100 tahun Portugis berjaya sampai
ke India. Pada tahun 1608, England telah cuba untuk mewujudkan hubungan
perniagaan dengan orang Asia tetapi usaha mereka tidak begitu berjaya pada
permulaannya disebabkan oleh persaingan Portugis dan Sepanyol yang
menguasai semua jalan kapal laut ke Timur. Oleh itu, orang Inggeris telah cuba
untuk mencari jalan lain menuju ke Timur melalui jalan barat laun tetapi tidak
begitu berjaya.

Menurut Wan Abdul Rahman Latif. (1996), dasar perdagangan dan tujuan
British untuk berdagang di Timur bukan sahaja bagi mendapatkan bahan mentah
yang berharga tetapi juga untuk meluaskan barang eskportnya serta mencari
pasaran baru untuk kain bulunya di Asia. Oleh itu, tujuan dan dasar pedagang
Inggeris adalah berlainan dengan dasar peniaga Portugis dan Belanda yang
hanya menumpukan kepada pembelian barang-barang Timur untuk pasaran di
Eropah. Namun begitu, harapan peniaga British ini meleset kerana orang Asia
lebih memerlukan kain dari India dan bukan kain yang dibawa dari England. Oleh
itu, kedatangan orang Inggeris ke Timur adalah kerana dasar kerajaannya untuk
meluaskan sumber kekayaan England iaitu untuk mengembangkan eksport kain
bulu.

12
Di samping itu, dasar kerajaan British yang sedang bermusuhan dengan
Sepanyol juga mendorongnya untuk ke Timur. Oleh itu, pelayar-pelayar British
telah cuba untuk memecahkan dominasi Sepanyol dan pada tahun 1579 pelayar
British telah sampai ke Tarnate di kepulauan rempah serta kembali semula ke
England dengan membawa muatan yang berharga dari timur. Kejayaan Sir
Francis Drake yang telah berjaya mengelilingi dunia dan sampai ke kepulauan
rempah serta kembali semula ke England telah menggalakkan rakyatnya untuk
menroka dan memecahkan monopoli Sepanyol. Selain itu, cerita dan catatan
pengembaraan British iaitu Ralph Fitch juga telah membuka rahsia tentang
gambaran sepenuhnya tentang kekuatan dan kekuasaan perdagangan Portugis
dan Belanda di Timur. (B. P. Pearn, 1965)

Rajah 2.4.1 di atas menunjukkan peta pelayaran Sir Francis Drake mengelilingi
dunia

Seperti negara-negara Eropah yang lain, British melakukan penjelajahan dan


penerokaan ke Asia Tenggara atas faktor Glory dan Gold. Menurut A. B. Lapian.
(1975), faktor penjelajahan dan penerokaan British ke Asia Tenggara adalah
bertujuan bertujuan untuk mengimbangi perdagangan dengan negara China
(Gold). Perdagangan Timur khususnya dengan China menjadi penting kerana
membekalkan teh yang menjadi minuman kegemaran penduduk Bristish dan
juga Eropah. Kepesatan perdagangan dengan negara China mendesak Syarikat
Hindia Timur Inggeris mencari sebuah pelabuhan persinggahan di sekitar
Kepulauan Melayu untuk memudahkan kapal-kapalnya berlabuh,
memperlengkap, mengisi dan menunggu tiupan angin monsoon yang sesuai
untuk membawa mereka ke negara China atau balik ke India. Ia juga berperanan

13
sebagai pusat pengumpulan barangan Kepulauan Melayu untuk dihantar ke
negara China dan sebagai pengkalan tentera untuk menentang pengaruh
Belanda dan Perancis. British telah membuka loji mereka di Bangkahulu. Dalam
masa yang sama, Belanda telah mempunyai loji-lojinya di Jakarta, Maluku, Ujung
Padang, Banten dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, pada abad ke-18, Syarikat Hindia Timur Inggeris
lebih memusatkan perhatiannya di Sub-Kontinen India. Pembukaan Pulau
Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786 bagi pangkalan Inggeris amat
menguntungkan mereka. Ia dijadikan sebuah pelabuhan bebas dan berjaya
menarik pedagang-pedagang dari Kepulauan Melayu, India, dan Burma. Mereka
tertarik ke situ kerana tidak dikenakan cukai seperti yang diamalkan oleh raja-raja
tempatan dan kuasa Belanda. Taraf pelabuhan bebasnya telah emmudahkan
barangan dari kawasan ini membanjiri pasaran Timur. Harganya yang rendah
kerana dikecualikan daripada duti telah meningkatkan penggunaan barangan
tersebut di Kepulauan Melayu. (Courtney P.P (1972) dalam A. B. Lapian, 1975)

Faktor penjelajahan dan penerokaan British ke Asia Tenggara yang


seterusnya adalah untuk menyaingi pengaruh dan monopoli perdagangan
Belanda di kawasan Timur sekaligus meluaskan kawasan pengaruh (Glory).
Pada tahun 1786, British melalui tipu daya yang dilakukan oleh Francis telah
berjaya memperolehi Pulau Pinang daripada Sultan Kedah. Light telah berjaya
memajukan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan bebas. Dalam masa yang
sama, Pulau Pinang juga dijadikan oleh British untuk menyaingi kuasa Perancis
di Timur. Kejayaan Stanford Raffles memperolehi Singapura daripada Sultan
Johor juga memperlihatkan keseriusan pihak British untuk menyaingi pengaruh
dan monopoli perdagangan Belanda di kawasan Timur sekaligus meluaskan
kawasan pengaruh British.

14
3.0 Hubungkait semangat inkuiri penjelajah-penjelajah dengan kompetensi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat meningkatkan ciri profesionalisme
keguruan.
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci
kepada peningkatan kualiti. Menurut Mohamad Sahari Nordin (n.d.), profesionalisme
keguruan mencerminkan satu proses di mana pendidik menerima tanggungjawab untuk
meningkatkan dan membangunkan keupayaan profesional diri masing-masing. Ia adalah
amalan terbaik yang berperanan menggerakkan pendidik untuk memahami dan
mencuba perkara-perkara yang secara langsungnya akan meningkatkan kualiti
(pembelajaran) anak didik masing-masing. Dengan adanya program-program
pembangunan profesional maka para guru sudah tentunya dapat mengoptimumkan
keupayaan diri dan meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara serta membantu hasrat
negara dalam membentuk rakyat yang bersatu pasu, penuh taat setia dan dedikasi
kepada negara ini.

Terdapat hubungkait antara nilai-nilai yang ditunjukkan oleh penjelajah-penjelajah


Eropah dengan kompetensi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat meningkatkan
ciri profesionalisme keguruan. Oleh itu, nilai-nilai yang ditunjukkan oleh penjelajah-
penjelajah Eropah ini boleh diaplikasi oleh guru supaya kompetensi pengetahuan,
kemahiran dan nilai dapat ditingkatkan sejajar dengan ciri profesionalisme keguruan
dalam diri guru-guru. Sebagai contoh, seorang penjelajah dan pelayar Eropah
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Semangat patriotisme yang
ditunjukkan oleh Portugis dapat dilihat oleh Henry the Navigator yang berusaha gigih
untuk meletakkan Portugis sebagai kuasa perintis dalam mencari tanah-tanah jajahan
baru dengan membina pusat penyelidikan sains bagi mengkaji mengenai angin, pasang
surut, penyediaan peta-peta dan pembinaan kapal-kapal yang canggih iaitu caravel yang
membolehkan mereka belayar jauh. Kebolehan belayar dengan jauh merentasi lautan
dari barat ke timur dengan menggunakan kapal-kapal tercanggih pada kurut tersebut
memberikan kemegahan kepada Portugis dan mengangkat martabat mereka di mata
dunia sekaligus meningkatkan semangat patriotisme dalam diri mereka yang bangga
menjadi rakyat Portugal. Dengan semangat patriotisme yang tinggi untuk memajukan
negara mereka ini, Portugis telah berjaya muncul sebagai kuasa kelautan yang gagah
dan unggul pada zamannya.

Semangat patriotisme yang tinggi dalam penjelajah Eropah ini dapat dihubungkait
dengan kompetensi kemahiran yang dapat meningkatkan ciri profesionalisme keguruan.
Sebagai contoh, seseorang guru boleh menerapkan semagnat patriotisme dalam diri

15
murid dengan memberi penekanan yang agak kritikal mengenai sikap patriotisme
sewaktu sesi PdP. Kaedah ni dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk terus
mempraktikkan dan memahami sikap semangat cinta akan negara sehingga mereka
dewasa. Selain itu, guru juga boleh mengadakan beberapa ujian dalam kelas bagi
beberapa topik yang mempunyai kaitan dengan negara kita untuk melihat sejauh mana
murid tahu dan faham tentang negara Malaysia yang tercinta. Dengan ini, para pelajar
akan sedar dan cuba mendalami sejarah negara kita, dan secara tidak langsung dapat
menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka supaya adat sayang akan
negara ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Oleh hal yang demikian guru
perlulah mengambil inisiatif dalam PdP dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang
bersesuaian supaya dapat memupuk dan meningkatkan semangat patriotisme demi
melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiahnya dalam membangunkan Malaysia kelak.

Selain itu, seseorang penjelajah dan pelayar juga haruslah mempunyai


pengetahuan dan kecekapan yang mendalam dalam bidang pelayaran. Sebagai
contoh, Prince Henry the Navigator telah mendirikan sebuah sekolah pelayaran di
Portugal sebagai galakan untuk semua rakyatnya pergi berlayar dan terbukti galakan
Putera Henry telah berjaya mendapat sahutan oleh rakyatnya. Sebelum tertubuhnya
sekolah pelayaran ini, pelayar tidak pernah belayar ke laut dalam kerana takut akan
haiwan-haiwan mitos. (Lauren Woo, Juone Park, Nathan Richelle, and AnneLouise de
Boer, n.d.). Antara tokoh-tokoh yang dihasilkan daripada sekolah pelayaran tersebut
termasuklah Bartholomeu Diaz, Vasco de Gama dan Lopez de Sequiera. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa Prince Henry the Navigator sangat menitik beratkan pengetahuan
dalam bidang pelayaran. Usaha Prince Henry the Navigator membina sekolah pelayaran
demi memupuk ilmu pengetahuan dalam diri rakyat Portugal telah membuahkan hasil
kerana lebih ramai rakyat Portugal lebih terdedah dengan ilmu pelayaran sekaligus
dapat menarik minat mereka. Hasil daripada ilmu pelayaran yang diperoleh dari sekolah
pelayaran serta kecekapan yang mendalam dalam bidang pelayaran, Bartolomeu Dias
telah menjadi penjelajah Portugal dan Eropah pertama yang diketahui belayar ke
bahagian paling selatan di benua Afrika pada tahun 1488. Justeru, ilmu pengetahuan
dan kecekapan yang mendalam dalam bidang pelayaran hendaklah dikuasai seseorang
penjelajah supaya eskpedisi pelayaran mereka berjaya mencapai objektif.

Pengetahuan dan kecekapan yang mendalam dalam bidang pelayaran oleh


penjelajah Eropah seperti Bartholomeu Diaz ini dapat dihubungkait dengan kompetensi
pengetahuan yang dapat meningkatkan ciri profesionalisme keguruan. Sehubungan
dengan itu, guru hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas dari segi

16
pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi dan pedagogi asas. Hal ini
bermaksud guru mestilah mempunyai semangat inkuri seperti yang ditunjukkan oleh
penjelajah Eropah untuk mempelajari ilmu baru. Justeru, seorang guru mestilah
mempunyai semangat untuk mencari ilmu sebanyak mungkin mengenai pendidikan di
dalam bidang keguruan ini. Sebagai contoh, pengajaran yang berkesan memerlukan
guru yang mempunyai pengetahuan dari segi perkembangan kanak-kanak dan remaja
dari perspektif kognitif, sosial, fizikal dan emosi. Pemahaman mengenai murid serta
alam belajar iaitu berkaitan kepelbagaian kecerdasan pelajar, perbezaan individu dari
segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu guru memperkembang potensi pelajar
ke peringkat yang optimum.

Seterusnya, seseorang penjelajah dan pelayar haruslah mempunyai kemahiran dan


bijak dalam mengatur strategi sewaktu penerokaan. Sebagai contoh, Belanda
memanfaatkan konflik antara masyarakat Maluku dengan Portugis dan masuk ke Maluku
dengan mudah dan diterima oleh masyarakat Maluku yang pada ketika itu sedang
bermusuh dengan Portugis. Ekspedisi yang diketuai oleh Van Heemskerck ini jelas
menunjukkan bahawa beliau bijak dalam mengatur strategi dan tidak terburu-buru
sebelum beliau bertapak di Maluku dengan mengambil tahu isu dalaman yang dihadapi
oleh penduduk temaptan. Hasilnya, Belanda dapat mengusir Portugis dan menguatkan
kedudukannya dalam perdagangan rempah dan menjadi negara paling kaya dengan
hasil perdagangan rempah pada waktu itu. kekuasaan dan perdagangan rempah oleh
Belanda dikuatkan lagi dengan VOC yang menyatukan seluruh pedagang rempah dari
Belanda. VOC dan hasil rempahnya elah menyumbang kepada pendapatan negara
Belanda paling besar berbanding sektor lain. (A. B. Lapian, 1975)

Kemahiran bijak mengatur strategi oleh penjelajah Eropah ini dapat dihubungkait
dengan kompetensi kemahiran yang dapat meningkatkan ciri profesionalisme keguruan.
Sebagai contoh, guru hendaklah bijak mengatur strategi dan kaedah pembelajaran
yang terbaik dalam PdP. Pembelajaran akan berjalan lancar, menarik dan berkesan
sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran
dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Sebagai contoh, guru perlu sentiasa
mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah.
Hal ini kerana, guru yang berhasrat menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya
membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang sesuai untuk sesuatu isi
pelajaran, topik atau kemahiran.

17
Di samping itu, sifat tidak mudah berputus asa dimiliki oleh hampir semua
penjelajah Eropah. Sebagai contoh, Ferdinand Magellan telah menghadapi banyak
masalah sewaktu pelayarannya. Namun, Magellan tidak berputus asa dan tetap
meneruskan pelayarannya. Antara masalah yang dihadapi oleh Magellan adalah
makanan yang tidak mencukupi, cuaca buruk, dan pemberontakan orang-orangnya.
Walaubagaimanapun, Magellan tetap meneruskan lagi pelayarannya melalui satu selat
yang sempit (yang kemudiannya dinamakan Selat Magellan) di selatan Amerika Selatan.
Dari situ, mereka telah menemukan jalan ke Pasifik. Mereka telah berjaya membuktikan
bahawa ada jalan ke Timur melalui Amerika Selatan. Iktibar yang diperolehi dari
peristiwa ini adalah jika Magellan berputus asa, mereka tidak akan berjaya membuktikan
kewujudan jalan tersebut. (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayaduram Letchuman,
2001)

Sifat tidak berputus asa oleh penjelajah Eropah ini boleh diterapkan dalam diri guru
dalam usaha untuk meningkatkan ciri profesionalisme keguruan. Sebagai seorang guru,
apabila sesuatu objektif pembelajaran yang ditetapkan pada hari tersebut tidak tercapai,
guru tidak boleh berputus asa dan hendaklah berusaha dengan lebih baik dengan
mengulangi semula objektif tersebut tetapi menggunakan kaedah dan strategi
pembelajaran yang berbeza. Sebagai contoh, apabila murid kurang berminat dengan
teknik pengajaran chalk and talk, guru hendaklah berusaha menukar kaedah pengajaran
seperti menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid. Guru perlu mencari
faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat murid dalam pengajaran. Ada kalanya faktor
ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau kelas murid. Apabila guru berjaya
mencetuskan minat murid-murid, mereka akan melibatkan diri secara aktif di dalam
kelas berazam untuk terus berada dalam pembelajaran.

Seterusnya, seseorang penjelajah Eropah juga hendaklah berani dalam


menghadapi cabaran. Christopher Colombus adalah antara penjelajah yang terkenal
tetapi penemuannya yang terbesar iaitu benua Amerika adalah secara tidak sengaja.
Pada Ogos 1492, Colombus telah meninggalkan Sepanyol bersama-sama tiga buah
kapal. Pada 6 September, mereka belayar dari Pulau Canary ke laut lepas. Pada masa
itu, jarang-jarang kapal belayar jauh dari daratan sehingga pantai tidak kelihatan.
Selepas belayar beberapa hari, pantai masih tidak kelihatan dan anak-anak kapal
Colombus ingin berpatah balik, tetapi Colombus memujuk mereka supaya meneruskan
pelayarannya. Pada 12 Oktober, mereka menemukan tanah daratan berhampiran
dengan pantai Amerika. Tindakan berani Christopher Colombus dalam melakukan
pelayaran walaupun sebelum ini jarang-jarang kapal belayar ke laut dalam telah

18
memberi kesan besar terhadap sejarah dunia iaitu penemuan benua Amerika. Jika tiada
semangat inkuiri dan keberanian dalam diri Colombus, pastinya beliau tidak dapat
menemui benua Amerika ini walaupun ianya terjadi secara tidak sengaja. Keberanian
Colombus terserlah lagi apabila beliau melancarkan tiga lagi pelayran pada tahun 1493-
1496, 1498-1500 dan 1502-1504 di mana beliau mengunjungi dan menamakan
sebiilangan besar pulau di Caribbean serta pantai-pantai Amerika Selatan dan Tengah.
(Mohamad Munir Ismail, Mohd Fadzil Mohd Salleh & Ismail Said, 2015

Sifat berani menghadapi cabaran seperti yang ditunjukkan oleh Colombus ini boleh
diterapkan dalam diri guru dalam usaha untuk meningkatkan ciri profesionalisme
keguruan. Dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru, guru telah menghadapi
cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya
dalam penggunaan alatan yang semakin canggih. Sehubungan dengan itu, guru-guru
pada masa kini perlu berani menghadapi cabaran ini dan memantapkan diri dengan ilmu
pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi. Dahulu,
teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu,
kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi
dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam
menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap
penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang
kompleks dan tidak mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru
seharusnya mengikut perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar.
Sebagai contohnya, guru perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat
mendapatkan maklumat terkini untuk mengajar pelajar dan memudahkan proses
pengajaran. Tuntasnya, guru perlu berani menghadapi cabaran dalam usaha
memajukan diri agar dapat mengikut perkembangan pendidikan semasa.

4.0 Kesimpulan
Penjelajahan dan penerokaan Barat telah membawa pelbagai jenis kesan kepada
masyarakat di luar Eropah. Dari segi politik, banyak penguasa tempatan terpaksa
membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah. Wakil kuasa Eropah ini terdiri daripada
syarikat berpiagam yang telah diwujudkan di Belanda, Great Britain, Perancis, dan juga
Denmark. Antara syarikat-syarikat berpiagam yang berjaya termasuklah Syarikat Hindia
Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC), dan Syarikat Hindia Timur
Inggeris (EIC). Syarikat-syarikat berpiagam ini telah berdagang dari Eropah hingga ke
Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.

19
Dari segi ekonomi pula, daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada
keperluan masyarakat Eropah. Pusat emporium dunia (Goa & Melaka) telah dikuasai
oleh Portugal. Seterusnya, barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya
ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah. Selain itu, jalan pelayaran perdagangan
di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dahulunya dikuasai oleh pedagang Islam Arab,
kini, telah dikuasai oleh Portugal. Malah laluan yang dikuasai itu bukan sahaja meliputi
jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan Hindi tetapi juga di Laut China Selatan,
iaitu di China dan Jepun.

Dari segi sosial pula, masyarakat tempatan telah mudah terpengaruh dengan gaya
hidup orang Eropah, malah di banyak daerah, masyarakat peribumi telah juga menerima
agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian. Penjelajahan Sepanyol juga telah
banyak mengubah keadaan serta kehidupan di Dunia baru dan Asia. Manakala, di
Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan
menundukkan tamadun Aztec, dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun
Inca. Tambahan pula penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin
telah mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah tersebut.

20
5.0 Rujukan

Buku
A. B. Lapian. (1975). Kolonialisme di Asia Tenggara. University of California: Lembaga

Research Kebudayaan Nasional.

Beartie Reginald Pearn. (1965). History of South-east Asia. Kuala Lumpur: Longmans of

Malaysia.

Geoffrey Parker. (2015). Concise World History of the World. London: The Times.

Jackson J. Spielvoge. (2002). Glencoe World History, Student Edition. United States:

McGraw-Hill Education

Louis B. Wright. (1970). Gold, Glory and the Gospel. New York: Antheneum.

Mahdu Shuid & Saliza Saad. (2002). STPM Tamadun Dunia. Petaling Jaya: Pearson

Education Malaysia

Mohamad Munir Ismail, Mohd Fadzil Mohd Salleh & Ismail Said. (2015). Sejarah

Eropah. Petaling Jaya: Sasbadi SDN BHD.

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayaduram Letchuman. (2001). Tamadun Dunia.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.

Wan Abdul Rahman Latif. (1996). Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet

Lauren Woo, Juone Park, Nathan Richelle, and AnneLouise de Boer. (n.d.). Prince

Henry the Navigator: School of Navigations. Accessed from https://age-of-

exploration-prince-henry.weebly.com/school-of-navigation.html

21
Adhityatama, Shinatria. (2016). Kapal-kapal VOC Yang Tidak Pernah Tiba di Batavia

(1602-1799). Varuna. Accessed from

https://www.researchgate.net/publication/304586784_Kapal-

kapal_VOC_Yang_Tidak_Pernah_Tiba_di_Batavia_1602-1799

22
LAMPIRAN

23
Ketibaan De Houtman di Pantai Banten

Serangan ke atas bandar Banten

24
Vasco da Gama meninggalkan pelabuhan di Lisbon, Portugal

Deskripsi gambar:
Vasco da Gama
Leaving Portugal,
mural by John Henry
Amshewitz, RBA
(1882-1942);
British/South African.
In the painting,
Abraham ben Samuel
Zacuto is shown
presenting his
astronomical tables to
da Gama before his
departure from Lisbon
in 1497. The mural
resides in the William
Cullen Library at the
University of the
Witwatersrand,
Johannesburg.

25
Vasco de Gama mendarat di Kalikut

Deskripsi gambar:
This history of India
begins well before era
of British colonization,
during the age of the
invasion of Alexander
the Great, which was
the west's first contact
with the east. For
much of the next
millennium various
Moslem lords rules
parts of northern
India. Finally, in the
eighteenth century,
France and Britain
contested for control
of the Asian trade
centered in India, and
for the following two
centuries, India was
Britain's most
important colony.

26

You might also like