You are on page 1of 19

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2021/2022

HSM215: PENSEJARAHAN MALAYSIA

TAJUK: Berdasarkan karya-karya pegawai kolonial, simpulkan sudut pandangan mereka


terhadap masyarakat Melayu dan sumbangan British terhadap penduduk di Tanah Melayu.

AHLI KUMPULAN:

BIL NAMA NO.MATRIK

1. MUHAMMAD HAFIZAN BIN JULAI 148227

2. MUHAMMAD IZZAT HAFIFI BIN MORAT 147191

WAKTU TUTORIAL:

ISNIN ( 1.00 PM – 2.00 PM )

NAMA PENSYARAH:

Profesor Dr. Mahani Musa

TARIKH PENGHANTARAN:

26 DISEMBER 2021
1.0 Pengenalan

Kedatangan British di Tanah Melayu sememangnya telah banyak memberi kesan kepada

penduduk Tanah Melayu terutamanya dari segi politik, ekonomi dan sosial. Terdapat ramai

kolonial-kolonial British telah memberikan pandangan mereka terhadap masyarakat di Tanah

Melayu melalui karya-karya mereka. Antaranya ialah Frank Swettenham dan Hugh Clifford. Akan

tetapi, corak pensejarahan kolonial British ini bersifat eurosentrik yang membawa maksud satu

bentuk pemikiran yang sering melihat dan mentakrifkan peradaban bukan Eropah melalui

perspektif, sejarah, geografi, sains dan kemajuan yang berasaskan ukuran dan nilai-nilai Eropah

yang dianggap teragung melebihi penulisan-penulisan selain daripada Eropah. Pensejarahan disini

berasal daripada perkataan sejarah.1 Pensejarahan adalah mengenai peristiwa yang telah berlaku

yang prosesnya melibatkan kejadian, sumber dan gambaran yang dilakukan oleh sejarawan bagi

menghasilkan karya sejarah untuk makluman dan rujukan masyarakat umum.2 Akan tetapi,

penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh kolonial-kolonial british ini kebanyakannya telah

memandang rendah terhadap masyarakat tempatan kerana mereka merasa bahawa mereka adalah

orang yang bertamadun dan mentamadunkan masyarakat di Tanah Melayu selepas kedatangan

mereka ke Tanah Melayu. Oleh itu, melalui penulisan ini kita akan dapat lihat pandangan-

pandangan tokoh kolonial British terhadap orang Melayu dan sumbangan yang telah diberikan

oleh British terhadap masyarakat Tanah Melayu.

2.0 Sudut Pandangan Pegawai Kolonial British Terhadap Masyarakat Melayu

2.1 Frank Swettenham

1
Muhammad Yusoff Hashim (1994), Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 1
2
Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), hlm
68

1
Frank Swettenham merupakan Jeneral Residen pertama untuk Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu pada 1 Julai 1896 hingga 1901. Swettenham merupakan pegawai British yang pertama

menjelajah melalui pedalaman Pahang.3 Disebabkan pengalaman beliau yang luas di Tanah

Melayu, beliau telah menghasilkan beberapa karya bersejarah yang penting iaitu kamus

“Perbendaharaan kata bahasa Inggeris-bahasa Melayu serta telah menerbitkan dua buah buku iaitu

Malay Sketches, Unaddressed Letter dan British Malaya yang menggambarkan masyarakat

Melayu di Tanah Melayu ketika itu.

Dalam karyanya yang terkenal iaitu “Malay Sketches” Frank Swettenham telah memberi

gambaran tentang masyarakat Melayu semasa zamannya mengikut perspektif dan pengalaman

peribadi beliau sejak pertama kali beliau menjejak kaki ke Tanah Melayu. Pandangan Swettenham

tentang orang Melayu ini menjadi tajuk utama dalam bab pertama naskahnya yang dihasilkan pada

tahun 1895 berdasarkan pengalaman selama 24 tahun di Tanah Melayu. Menurut Swettenham,

untuk memahami masyarakat Melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu terlebih dahulu

, bertutur dalam Bahasa Melayu, hormat adat dan budaya orang melayu serta meminati apa yang

diminati oleh orang Melayu.4 Beliau menggambarkan orang Melayu semasa zaman beliau

merupakan orang yang sangat bersopan santun serta peramah. Ia dapat digambarkan dengan orang

melayu bijak dalam berbicara serta susun kata mereka disulami dengan jenaka.5 Akan tetapi dalam

membicarakan perihal orang Melayu, sebaliknya Frank Swettenham kebanyakkan menceritakan

tentang keburukan orang Melayu dan menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu.

Beliau menyatakan bahawa orang Melayu ini suka meminjam wang tetapi liat untuk membayarnya

3
Frank A Swettenham, 1885, “Journal kept during a Journey across the Malay Peninsula”, Journal of Straits Branch,
Royal Asiatic Society (JSBRAS), No 15, hlm. 1-38.
4
Swettenham, F.A. (1913). Malay Sketches. London: John Lane, The Bodley Head Limited, hlm 1
5
Ibid, hlm 2

2
semula.6 Ini dapat menimbulkan pergaduhan di dalam masyarakat apabila tidak membayar hutang.

Orang melayu juga suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dengan kata lain sering

mengumpat sesama sendiri dan menjadikan tabiat mengumpat ini sebagai tabiat harian mereka.

Orang melayu juga dilihat seorang yang suka berdendam dan jika dendam tersebut tidak terbalas

pada orang mereka berdendam, sesiapa sahaja yang berhampiran dengan mereka akan menjadi

mangsa tidak mengira bangsa mahupun umur sebagai contoh mereka akan dimarahi, dimaki dan

sebagainya dan yang paling teruk mereka akan mengamuk7. Begitu juga semua sifat buruk yang

dipunyai oleh orang Melayu dikatakan berpunca dari pengamalan mereka terhadap ajaran Islam,

seperti suka berserah kepada takdir, tidak menghargai masa.8

Swettenham juga beranggapan masyarakat Melayu adalah bangsa yang primitif, malas,

suka melawan dan menentang pemodenan. Swettanham juga menyifatkan bahawa masyarakat

melayu mempunyai sikap yang negatif seperti boros, amuk, suka berserah kepada takdir dan cepat

berputus asa. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan di bawah:

“He is however lazy to the degree is without a method or order of any kind, knows no regularity

even in the hour of meals, and considers time as no importance. His house is untidy, dirty but he

bathes twice a day, and is very fond of personal adornment in the shape of smart clothes”.9

Melalui pandangan yang telah dinyatakan oleh Frank Swettenham tentang masyarakat

Melayu, dapat disimpulkan oleh penulis bahawa Swettenham telah merendahkan orang melayu

dalam banyak perkara sebagai contoh dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Tidak

6
Ibid, hlm. 2-3
7
Ibid, hlm 4
8
Ibid, hlm 4
9
Ibid, hlm 3

3
dinafikan bahawa perkara-perkara yang telah diperkatakan oleh Swettenham itu benar, akan tetapi

tidak semua masyarakat melayu mempunyai sifat yang buruk seperti yang digambarkan. Ini juga

dapat menggambarkan bahawa Swettenham sangat mengagung-agungkan British dengan

menyatakan British yang sebenarnya mengubah masyarakat Melayu di Tanah Melayu.10

2.2 Hugh Clifford

Hugh Clifford merupakan Residen Pahang yang berkhidmat pada tahun 1896 hingga 1900

dan kembali berkhidmat kali kedua pada tahun 1901 hingga 1903. Beliau menghabiskan masa

selama 20 tahun di Tanah Melayu. Terdapat karya Hugh Clifford yang banyak membicarakan

pandangan beliau terhadap masyarakat Melayu terutamanya masyarakat Melayu di Pantai Timur

melalui karya yang bertajuk “In Court & Kampong”

Clifford beranggapan bahawa masyarakat Melayu di Pahang dan Terengganu adalah

berbeza dan mempunyai sikap baik dan buruknya. Menurut Clifford, masyarakat Melayu di

Pahang sering bergaduh dan berkelahi sehingga sanggup mencari jalan untuk berkelahi dan juga

berasmara walaupun mereka sedar bahawa kesemua perbuatan itu dilarang sama sekali oleh agama

Islam tetapi mereka tetap melakukannya demi kepuasan diri sendiri. Disebabkan itu Clifford

mengatakan bahawa orang Melayu di Pahang ketika itu kurang pegangan agama serta kurang daya

keintelektualannya.11 Bagi mereka, Islam yang datang ke Alam Melayu ini pada peringkat awalnya

bukanlah dalam bentuknya yang sejati tetapi telah dicirikan dengan beberapa aspek negatif

melibatkan para mubaligh yang awal.12 Mereka juga digambarkan oleh Clifford sebagai seorang

10
Iza Hussin, “The Pursuit of Perak Regalia: Islam, Law And The Politics of Authority in The Colonial State”, Law
And Social Inquiry, V. 32, Issue 3, 2007, hlm. 759-788.
11
Hugh Clifford, 2017 (First publish 1897). In Court and Kampong, Echo Library: United Kingdom. Hlm 15
12
Aliza Elias, “Kecenderungan Paksi India: Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam Di Alam Melayu”, Mohd
Zaidi Ismal (ed.) Adab Dan Peradaban: Karya Pengi'tirafan Untuk Syed Muhammad Naquib Al-Attas, MPH
Publishing, 2012, hlm. 609-627.

4
yang bertindak mengikut hawa nafsu tanpa berfikir panjang tentang kesan yang mereka akan

terima disebabkan tindakan mereka itu. Walaubagaimanapun, masyarakat Melayu tidak terlepas

untuk digambarkan sebagai masyarakat yang malas kerana mereka tidak mahu bekerja dan tidak

akan melakukan sebarang kerja walaupun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan tetapi

mereka akan melakukan kerja apabila dikerah iaitu atas permintaan dan suruhan orang atasan atau

raja. Mereka akan mengerjakan kerja-kerja kerahan ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah ini

merupakan tugas wajib mereka. Lebih malang lagi, dalam kesemua catatan sejarah ini, masyarakat

Melayu digambarkan sebagai masyarakat yang penuh elemen negatif dan penuh penindasan yang

dilakukan oleh pembesar kepada masyarakat Melayu.13 Akan tetapi, menurut Clifford tidak semua

masyarakat Melayu Pahang mempunyai sikap buruk. Terdapat juga sisi-sisi baik masyarakat

Melayu di Pahang iaitu mereka seorang yang sangat pemberani dan berani untuk mempertahankan

hak-hak milik mereka terutamanya apabila ingin melindungi keluarga sendiri.

Walaubagaimanapun, masyarakat Melayu di Terengganu pula jauh berbeza daripada orang

Pahang. Masyarakat melayu di Terengganu suka akan keamanan dan keharmonian14. Kegiatan dan

minat mereka yang sering dijalankan setiap hari ialah perniagaan dan perdagangan. Mereka Cuma

mahukan kedamaian untuk mereka dapat mencari rezeki dengan lancar tanpa diganggu. Akan

tetapi mereka tidak terlihat begitu taksub dan taat setia secara buta tuli seperti yang ditunjukkan

oleh orang Pahang yang akhirnya terpaksa menanggung bermacam-macam karenah dan helah dari

raja dan kerabat diraja mereka sendiri. Menurut Clifford, Orang Terengganu hanya berminat untuk

belajar dan bertukang serta tidak mengganggu orang lain15. Imej orang Melayu Terengganu adalah

13
Hanapi Dolah, “Struktur Dan Hubungan Masyarakat Melayu Tradisional Berdasarkan Sejarah Melayu: Satu
Perbincangan Teoritis”, hlm. 125-139
14
Hugh Clifford, 2017 (First publish 1897). In Court and Kampong, Echo Library: United Kingdom. Hlm 15

15
Ibid, hlm 15

5
lebih baik dari orang Melayu lain sebagai contoh seorang anak Melayu Terengganu tahu untuk

menulis dan membaca jawi kerana masyarakat Melayu Terengganu sangat mementingkan ilmu.

Dalam pada itu, orang Melayu Terengganu juga terkenal dengan kemahiran dalam bidang

kraftangan kerana berjaya untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan seperti tembaga, senjata

begitu juga dengan tenunan songket. Ini jelas memperlihatkan bahawa orang Melayu di

Terengganu lebih maju berbanding dengan masyarakat Melayu di negeri tanah Melayu yang lain.

Menurut Clifford juga, masyarakat Melayu tidak terlepas dari diperkatakan bangsa kurang

pandai yang mendiami bumi ciptaan Tuhan. Beliau berpandangan sedemikian kerana telah

menyaksikan sendiri 25 orang Melayu mendayung sampan tanpa henti selama 26 jam tetapi hanya

bergerak di kawasan yang sama sahaja untuk mencari jalan keluar dari kawasan air. Ini

membolehkan Clifford membuat penilaian terhadap masyarakat di Pantai Barat sebagai bodoh

tetapi lebih beradab berbanding yang tinggal di Pantai Timur. Ini dapat disimpulkan bahawa

masyarakat Melayu yang menetap di Pahang dinilai sebagai pakar dalam ilmu ketenteraan, suka

bercinta dan suka bersabung ayam manakala masyarakat yang tinggal di Terengganu sukakan

kedamaian, rajin bekerja tetapi kurang memberi kesetiaan kepada pemerintah16. Selain itu, sikap

masyarakat Melayu yang suka melatah dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak sopan kerana

ianya akan disusuli dengan bahasa yang kasar atau lucah. Ini dapat dibuktikan dengan petikan

dibawah:

The Pahang Malay, in his unregenerate state, thinks chiefly of deeds of arms, illicit love intrigues,

and the sports which his religion holds to be sinful. He is a cock-fighter, a gambler, and a brawle;

16
Ibid

6
he has an overweening opinion of himself, his country, and his race; he is at once ignorant,

irreligious, and unintellectual and his arrogance has passed into a proverb”.17

Berdasarkan pandangan kolonial British iaitu Frank Swettenham dan Hugh Clifford,

mereka membuktikan bahawa sikap masyarakat Melayu khususnya pada abad ke-19 masihi

berdasarkan pengalaman mereka semata-mata. Mereka menggambarkan bahawa masyarakat

Melayu sebagai masyarakat yang miskin, pemalas dan kurang berpengetahuan akibat tidak

cintakan ilmu sehingga akhirnya mengekang ke arah kemajuan. Melihat kepada keseluruhan

pandangan kolonial-kolonial British ini jelas memperlihatkan bahawa mereka telah

memperlekehkan masyarakat Melayu dalam pelbagai bidang.

3.0 SUMBANGAN BRITISH TERHADAP PENDUDUK TANAH MELAYU

Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan British telah membawa begitu banyak

perubahan terhadap Tanah Melayu dalam pelbagai aspek terutamanya aspek politik, ekonomi dan

sosial. Namun begitu, sejauh mana kenyataan ini dapat diterima sebulat suara. Oleh itu, penulis

ingin melihat sejauh mana sumbangan British ini telah memberikan kebaikan kepada penduduk

Tanah Melayu melalui pandangan tokoh-tokoh kolonial British sendiri.

3.1 Politik dan Pentadbiran

British telah banyak memberikan sumbangan terhadap penduduk Tanah Melayu di mana

Frank Swettenham berpandangan yang kedatangan British ke Tanah Melayu merupakan satu usaha

untuk mengubah nasib penduduk Tanah Melayu di dalam ucapannya bertajuk British Rules In

17
Clifford, H. (1897). In Court and Kampong: Being Tales and Sketches of Native Life In The Malay Peninsula.
London: Grant Richards. Hlm 13

7
Malaya. Menurut beliau, kedatangan British ini adalah atas dasar kemanusiaan yang perlu

dilaksanakan bagi melatih orang tempatan tentang cara pentadbiran British.

“...I wish you to understand the real nature of the task we undertook in trying to make ourselves,

our methods of government, our ways of life and of looking at things, acceptable to the mysterious,

the dignified, the suspicious,the high-spirited Malay".18

Kenyataan Frank Swettenham ini menunjukkan kesungguhan British untuk memajukan orang

Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan. Menurut Swettenham sekiranya British tidak campur

tangan di Tanah Melayu, orang Melayu akan terus hidup dalam kemunduran serta masih tercari-

cari hala tuju kehidupan mereka. Beliau menyatakan dasar campur tangan British ini telah berjaya

memperbaharui kehidupan sosial masyarakat Melayu yang sebelumnya ditindas oleh golongan

atasan. Sebelum kedatangan British, ramai orang Melayu telah dikerah menjadi hamba dan buruh

paksa. Oleh hal yang demikian kedatangan British telah memperkenalkan sistem residen yang

berjaya melepaskan orang Melayu daripada cengkaman kuasa mutlak raja serta pembesar Melayu.

Penubuhan sistem residen ini telah berjaya menghapuskan sistem penghambaan serta buruh paksa

dan wujudnya Mahkamah Undang-undang sekaligus mengembalikan hak rakyat biasa dan hamba.

Hal ini dibuktikan dengan kenyataan yang diberikan Frank Swettenham sendiri yang berbunyi:.

“…in every State where there British Resident, slavery of all kinds has been absolutely abolished;

forced labour in only a memory; Courts of Law, presided over by truthworthy magitrates,…”19

18
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 172.
19
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 178.

8
Dalam pada itu, Frank Swettenham turut menyatakan kedatangan British telah berjaya

menstabilkan politik Tanah Melayu pada masa itu. Misalnya, pentadbiran di negeri Perak bergolak

ekoran daripada masalah pewarisan takhta. Oleh yang demikian, Raja Abdullah telah mengambil

keputusan untuk mengutus surat kepada pihak British supaya membantu baginda di dalam

pentadbiran bagi mengatasi masalah ini. Oleh hal yang demikian Frank Swettenham menyatakan

kehadiran British ke Tanah Melayu adalah atas jemputan pemimpin Melayu untuk mengajarkan

tentang kaedah pentadbiran Inggeris. Hal ini dinyatakan oleh Frank Swettenham dalam ucapannya

iaitu:

“The Raja asked for the governor’s assistance to secure his birthright and also requested that a

British officer might be sent to him with a suitable residence and to defray the cost of his salary

and all other expenses out of the revenues of the country”20

Jika kita meneliti penulisan beliau dalam buku “British Malaya”, Frank Swettenham telah

mengangkat kemampuan pentadbiran kolonial dibawah beliau pada waktu tersebut yang berjaya

mengubah corak pentadbiran di Tanah Melayu.21 Sistem yang diperkenalkan oleh British di bawah

kepemimpinan Frank Swettenham yang menggabungkan negeri Perak, Selangor,Negeri Sembilan

dan Pahang menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Memang tidak dinafikan corak

pentadbiran ini menjadikan pentadbiran di Tanah Melayu lebih efisien namun telah menyebabkan

Raja-raja Melayu ketika itu hilang fungsinya sebagai ketua di negeri masing-masing kecuali

berkaitan agama Islam dan istiadat Melayu. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa British telah

membawa banyak perubahan dalam pentadbiran di Tanah Melayu, namun kita perlu menerima

20
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 175
21
Hazman Azhar, 2013. Pensejarahan Malaysia, Kedah: IPG Kampus Darul Aman, hlm. 8

9
hakikat kuasa terhadap politik di Tanah Melayu pada masa itu telah dikawal sepenuhnya oleh

British.

3.2 Ekonomi

Frank Swettanham menerangkan bahawa ekonomi di Tanah Melayu tidak berkembang

dengan baik sebelum campur tangan British.

“When British officers first entere" the Malay states as adviser they found that a very small

revenue was raised”22

Kedatangan British telah mengubah corak ekonomi di Tanah Melayu ke arah ekonomi

komersial. Menurut Frank Swettenham, pendapatan Negeri-negeri Melayu Bersekutu setelah

campur tangan British telah meningkat dua kali ganda dengan British berperanan mengawal

kewangan negeri-negeri tersebut. Menurut Frank Swettenham, pada 1903 raja-raja Melayu di

Negeri-negeri Melayu Bersekutu sudah kehilangan segala kuasa politiknya. Mereka telah

dinafikan hak mengutip cukai, kuasa ke atas tanah serta kerahan tenaga rakyat. Mereka hanya

diberikan elaun yang pada dasarnya lebih rendah daripada gaji Residen.23 Oleh sebab itu, British

mempunyai kawalan penuh terhadap duti eksport bijih timah, mengenakan duti yang lebih tinggi

terhadap duti yang dieksport dan monopoli duti import atas spirits dan hak eksklusif untuk

menghasilkannya. Dalam pada itu, British turut membangunkan ekonomi dengan pengenalan dan

perkembangan tanaman getah, pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, jalan kereta api,

pelabuhan, bandar-bandar telegraf, telefon dan kelahiran berbagai institusi ekonomi lain.24 Rakyat

22
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 181
23
Eunxce Thio, British Policy Malay-Peninsula, hlm. 188-189.
24
John H. Drabble,1973. Malaya 1876-1922, Kuala Lumpur: Oxford University Press

10
juga telah diberikan hak pemilikan tanah dengan kadar sewa dan cukai turut dikenakan mengikut

kelas tanah yang diduduki. Perkembangan ekonomi mula meningkat di bawah pemerintahan

British.

“The combined revenues of the five states were estimated to amount last year to about

$8,000,000; which means that in the time British residents have controlled the finances of the

protected states they have succeeding in increasing the revenues at least twentyfold.”25

Hal ini menunjukkan yang British telah membangunkan ekonomi di Tanah Melayu.

3.3 Sosial

Kedatangan British ke Tanah Melayu dilihat telah berjaya menyelesaikan beberapa isu

sosial terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Pendidikan

Menurut George Maxwell dalam ucapannya yang bertajuk Some Problems Of Education

And Public Health In Malaya menyatakan bahawa campur tangan British adalah untuk membaiki

sistem pendidikan dan menaikkan taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu. Dalam bidang

pendidikan beliau ada menyentuh berkenaan isu sistem pendidikan di Tanah Melayu.

“ It is convenient to classify the educational system of Malaya under the headings of education in

English and education in the vernacular languages respectively.”26

25
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 183
26
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 402.

11
Melalui ucapan ini, Maxwell bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pihak British iaitu

menggabungkan sistem pendidikan Tanah Melayu di bawah sistem pendidikan Inggeris. Beliau

menyatakan bahawa penubuhan SITC (Sultan Idris Training College) sebagai sumbangan yang

besar oleh pihak British kerana ia merupakan institusi latihan guru yang terbaik serta mampu

melahirkan 250 pelajar yang akan diserap masuk ke dalam bidang pendidikan. Kemasukan dan

penginapan juga ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Hal ini dapat dilihat dalam ucapannya:

“The collage has nearly 250 students, who take a course for three years, with free board and

lodging at Government expense.27

Selain itu, British turut menubuhkan Malay College di Kuala Kangsar yang berjaya

melahirkan ramai pegawai kerajaan setelah tamat persekolahan. Dalam pada itu, pentadbiran

British juga komited terhadap pendidikan vernakular yang dianggap penting untuk membantu

masyarakat Melayu kekal setaraf dengan orang Cina. Dalam laporan yang dibentangkan di The

Royal Colonial Institute di London pada tahun 1927 sebagai contoh, George Maxwell menekankan

perlunya usaha yang lebih besar di pihak kerajaan untuk menyediakan kemudahan pendidikan

untuk kawasan luar bandar untuk masyarakat Melayu. Hal ini adalah kerana agak membingungkan

apabila komuniti cina dapat membangunkan sistem pendidikan berdasarkan negara asal mereka

dalam kadar yang tinggi seperti mana yang disediakan kerajaan terhadap masyarakat Melayu.28

Di samping itu, Frank Swettenham turut menyatakan bahawa British telah memberikan

sumbangan yang penting dalam pendidikan. Melalui bukunya British Malaya telah dinyatakan

bahawa tindakan awal dalam mengubah Tanah Melayu ke arah negara yang lebih baik adalah

27
Ibid, hlm 404
28
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 403

12
melalui sistem pendidikannya.29 Pihak British telah memperkenalkan bahasa Inggeris kepada

penduduk Tanah Melayu yang dianggap sebagai bahasa universal. Perkara ini dinyatakan di dalam

buku British Malaya yang pegawai British sebenarnya tidak selesa menggunakan bahasa Melayu

dalam setiap urusan termasuk urusan pentadbiran kerajaan. Oleh itu, dengan tertubuhnya sekolah

Inggeris di kawasan bandar telah menyebabkan bahasa Inggeris diimplementasikan secara

berperingkat dalam masyarakat Melayu.30 Jika kita perhatikan pendapat dua tokoh ini, bolehlah

dikatakan ianya bersifat eurosentrik dimana ianya memihak kepada pihak British tanpa melihat

kesan buruk yang telah dibawa British dalam pendidikan di Tanah Melayu terutamanya dengan

wujudnya pengasingan kaum melalui sistem sekolah vernakular. Namun, tidak dapat dinafikan

pembaharuan yang dibawa British ini tetap memberikan banyak perubahan positif terhadap tahap

pendidikan di Tanah Melayu yang kesannya sampai ke hari ini.

Kesihatan

Taraf kesihatan yang rendah di Tanah Melayu telah menjadi sebab kedatangan British ke

Tanah Melayu menurut George Maxwell dalam ucapannya yang bertajuk Some Problems Of

Education And Public Health In Malaya. Beliau memberikan pandangan terhadap tahap kesihatan

Tanah Melayu sebagai sesuatu tiada apa yang patut dibanggakan.

“In matters of Public Health the Federated Malay States has a record of which it has no reason

to be proud.”31

29
Frank Swettenham, 1907. British Malaya, London, New York : J. Lane, hlm 257
30
Ibid, hlm 257
31
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 409.

13
Menurut Maxwell kedatangan British ke Tanah Melayu telah menemui penawar bagi penyakit

kusta serta mengawal penyakit berjangkit seperti kolera dengan mewajibkan vaksinasi di Tanah

Melayu. Kesannya, kadar kematian dapat dikurangkan.32

Selain itu juga, beliau turut komited membangunkan fasiliti kesihatan di Tanah Melayu.

Perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu mula bertambah baik dengan pesat pada tahun 1920

apabila Maxwell menjadi ketua setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) Selangor,

Negeri Sembilan, Perak dan Pahang. Selain daripada mengarahkan cawangan kesihatan Jabatan

Perubatan untuk memulakan pemeriksaan kebersihan sekolah dan mengarahkan penubuhan

dispensari bandar, Maxwell menubuhkan tiga Jawatankuasa Penasihat untuk menangani penyakit

kelamin, kebajikan bayi dan batuk kering. Hal ini menunjukkan usaha beliau dalam

membangunkan fasiliti kesihatan yang lebih baik di Tanah Melayu.33

“There is in every district of the Federated Malay States a Government hospital which serves a

very useful purpose.”34

Melalui petikan ini jelaslah beliau menyatakan bahawa kedatangan British di Tanah Melayu untuk

membantu penduduk Tanah Melayu menjaga kesihatan dengan membina hospital kerajaan di

mana hospital tersebut berfungsi meningkatkan taraf kesihatan penduduk di Tanah Melayu.

32
Alan Teh Leam Seng, How a 1911 cholera outbreak helped improve Msia's health services (2019 [ Diakses pada
14 Disember 2021 pukul 11:00 malam]); Diakses melalui
<https://www.nst.com.my/news/exclusive/2019/12/550701/how-1911-cholera-outbreak-helped-improve-msias-
health-services
33
Ibid
34
Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia delivered at the Royal
Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University Press, 1983, hlm. 411.

14
4.0 Pandangan Tokoh Lain Terhadap Sumbangan British Terhadap Penduduk Tanah

Melayu

Khoo Kay Kim antara tokoh yang menidakkan sumbangan yang diberikan hasil campur

tangan British di Tanah Melayu. Melalui penulisan bukunya Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat

(1850-1873): Kesan Perkembangan Dagang Terhadap Politik Melayu, Khoo Kay Kim

menjelaskan faktor utama campur tangan British di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh faktor

ekonomi memandangkan negeri-negeri Melayu Pantai Barat merupakan sumber pengeluar bijih

timah yang utama. Beliau berpandangan, untuk mengaut kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu,

British sedaya upaya cuba untuk menguasai bidang politik terlebih dahulu.35 Kenyataan ini dapat

disokong melalui pendapat yang dikemukakan oleh Rupert Emerson. Menurut Emerson, campur

tangan British di Tanah Melayu berniat jahat dan bukanlah untuk membangunkan ekonomi, politik

mahupun sosial di Tanah Melayu akan tetapi kedatangan British adalah bertepatan dengan

imperialisme baru iaitu mengaut kekayaan hasil bumi semata-mata.36 Sumber ekonomi penting

seperti bijih timah dan getah dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu.

Dari segi pemerintahan, pemerintah telah kehilangan kuasa di mana mereka terpaksa

mendengar nasihat yang diberikan oleh Residen. Hal ini menunjukkan bahawa Residen telah

memegang semua kuasa termasuk kuasa Sultan mahupun pembesar-pembesar tempatan.

“Kuasa dan martabat kerajaan-kerajaan negeri kelihatan hendak dimusnahkan.”37

35
Khoo Kay Kim, 1984. Negeri-negeri Pantai Barat, 1850-1873: Kesan Perkembangan Dagang Terhadap Politik
Malayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, hlm 58
36
Emerson Rupert, 1987. (Terj), Malaysia: Satu Pengkajian Pengkajian Pemerintahan Langsung dan Tidak
Langsung, Kuala Lumpur: University Malaya Pres, hlm 149.
37
R. Emerson, 1979. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, hlm.
140.

15
Rupert Emerson turut mengkritik tindakan British yang menggunakan faktor kemanusian sebagai

alasan untuk campur tangan di Tanah Melayu. Hal ini kerana, tindakan British mengeksploitasi

ekonomi dan rakyat di tanah Melayu bertentangan dengan sifat kemanusiaam. Beliau juga turut

mengkritik tindakan pihak British yang memanipulasikan hal sebenar yang berlaku iaitu

mempamerkan apa yang tersurat sahaja dan menutup isu yang tersirat mengenai niat sebenar

campur tangan British di Tanah Melayu.38 Oleh itu, jelaslah disebalik kebaikan yang diuar-uarkan

oleh pihak kolonial British terserlah juga banyak keburukan yang menimpa penduduk Tanah

Melayu.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, karya-karya yang dihasilkan kolonial British banyak merendahkan dan

meremehkan masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat dimana mereka banyak mengkritik adat

yang diamalkan masyarakat Melayu terutamanya berkaitan agama dan cara hidup harian mereka.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawasanya kedatangan British ke Tanah Melayu

juga telah memberi banyak sumbangan kepada penduduk di Tanah Melayu terutamanya dalam

bidang politik, ekonomi dan sosial. Oleh itu, dapat dilihat banyak pembaharuan yang berlaku

semasa penjajahan British dan selepas penjajahan mereka ke Tanah Melayu. Akan tetapi disebalik

pembaharuan dan kemajuan yang cuba dibawa oleh pihak British kita juga terpaksa menanggung

impak yang negatif hasil penjajahan kuasa kolonial British.

38
Ibid, hlm 20

16
6.0 BIBLIOGRAFI

Alan Teh Leam Seng, How a 1911 cholera outbreak helped improve Msia's health services (2019

[ Diakses pada 14 Disember 2021 pukul 11:00 malam]); Diakses melalui

<https://www.nst.com.my/news/exclusive/2019/12/550701/how-1911-cholera-outbreak-helped-

improve-msias-health-services

Aliza Elias, “Kecenderungan Paksi India: Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam Di

Alam Melayu”, Mohd Zaidi Ismal (ed.) Adab Dan Peradaban: Karya Pengi'tirafan

Untuk Syed Muhammad Naquib Al-Attas, MPH Publishing, 2012

Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2002

Clifford, H. (1897). In Court and Kampong: Being Tales and Sketches of Native Life In The

Malay Peninsula. London: Grant Richards, 1897

Emerson Rupert, (Terj), Malaysia: Satu Pengkajian Pengkajian Pemerintahan Langsung dan

Tidak Langsung, Kuala Lumpur: University Malaya Pres, 1987

Eunxce Thio, British Policy Malay-Peninsula

Frank A Swettenham, “Journal kept during a Journey across the Malay Peninsula”,

Journal of Straits Branch, Royal Asiatic Society (JSBRAS), No 15, 1885

Hanapi Dolah , “Struktur Dan Hubungan Masyarakat Melayu Tradisional Berdasarkan

Sejarah Melayu: Satu Perbincangan Teoritis” SARI, v.1(2), 1983

Hazman Azhar, Pensejarahan Malaysia, Kedah: IPG Kampus Darul Aman, 2013

Iza Hussin. “The Pursuit of Perak Regalia: Islam, Law And The Politics of Authority in

The Colonial State”, Law And Social Inquiry, V. 32, Issue 3, 2007

John H. Drabble. Malaya 1876-1922, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1973

17
Khoo Kay Kim, Negeri-negeri Pantai Barat, 1850-1873: Kesan Perkembangan Dagang Terhadap

Politik Malayu, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1984

Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1994

Paul Kratoska (ed.), Honourable Intention: Talks on the British Empire in South-East Asia

delivered at the Royal Colonial Institute, 1874-1928, Singapore: Singapore University

Press, 1983.

Swettenham, F.A, Malay Sketches. London: John Lane, The Bodley Head Limited, 1913.

18

You might also like