You are on page 1of 13

JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08
830609-03-5776

1

Based on any 2 or 3 texts in this course, elaborate on the theme of
CONFLI CT which is synonymous with New Literatures in English.

Pengenalan
Kesusasteraan Baru Inggeris dalam konteks sejarah sering dikaitkan dengan era
penjajahan bekas-bekas negara yang pernah di jajah oleh pihak British. Antaranya ialah
sebahagian daripada negara Afrika, Bangladesh, Kanada, Australia, Caribien, Singapura,
Ceylon dan termasuklah negara kita Malaysia. Pada kebiasaanya Kesusasteraan Baru Inggeris
ini akan mengutarakan isu-isu sosial seperti penindasan golongan tertentu, diskriminasi kaum
dan pengeksploitasian golongan tertentu dalam hasil karya pengarang. Ini mungkin
disebabkan oleh pengalaman pengarang sendiri ditambah pula dengan khayalan pengarang
tentang kehidupan masyarakat di era penjajahan. Antara tema-tema Kesusasteraan Baru
Inggeris ialah pertembungan budaya negara asal dan budaya asing yang baru yang telah
menimbulkan konflik jiwa. Seterusnya tema tentang pencarian diri dalam komuniti
masyarakat, tema kemiskinan, tema perpaduan antara kaum, tema tentang sistem hiraki, tema
penindasan terhadap wanita dan tema diskriminasi golongan atasan dengan golongan
bawahan.
Menurut Muhammad Quayum dalam bukunya One Sky, Many Harizon,
kesusasteraan Inggeris di Malaysia adalah hasil luahan segelintir masyarakat Malaysia yang
berpendidikan Inggeris. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa,
agama dan budaya tetapi hanya sebilangan kecil sahaja penduduk Malaysia yang
menggunakan bahasa Inggeris iaitu golongan kelas pertengahan. Menurutnya lagi,
penggunaan Bahasa Inggeris dikaitkan dengan bahasa penjajah yang pernah menindas
masyarakat Malaysia suatu ketika dahulu. Bagi sebahagian besar masyarakat Malaysia
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

2

menganggap kehadiran bahasa ini tidak penting. Setelah wujudnya Akta Bahasa Kebangsaan
pada tahun 1967 penulis kesusasteraan Inggeris ini berasa bahawa diri mereka telah terasing
dan dipinggirkan oleh pihak kerajaan. Polisi bahasa ini telah bertujuan untuk
menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Selepas Akta Bahasa Kebangsaan dikuatkuasakan hanya Kesusasteraan Melayu sahaja
diiktiraf oleh kerajaan kerana ianya merupakan bahasa Kebangsaan. Kesusasteraan selain
daripada bahasa Kebangsaan ini dikenali sebagai kesusasteraan sukuan kerana ianya hanya
melibatkan sebilangan kecil masyarakat Malaysia terutamanya membabitkan golongan
pertengahan yang mendapat pendidikan Inggeris. Oleh itu penulis kesusasteraan Inggeris ini
terpaksa berhadapan dengan masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya
yang berbeza. Penulis sastera Inggeris ini terpaksa juga menulis karya yang dapat merentasi
budaya dan nilai pelbagai kaum ini dengan simbol-simbol mitologi berunsur tempatan yang
boleh diterima dan dikongsi oleh semua lapisan masyarakat majmuk di Malaysia. Namun
begitu, penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia pada waktu itu tidak terbatas kepada
golongan tertentu sahaja. Semua kaum boleh menggunakan bahasa ini untuk bekarya. Justeru
golongan bukan Melayu ini telah menjadikan kesusasteraan Inggeris ini sebagai satu medium
untuk meluahkan perasaan terasing dan pencarian kendiri yang dialami oleh seseorang itu.
Sebagai contohnya novel The Return yang ditulis oleh K.S Maniam menunjukkan kepada
kita tentang kisah pengalaman beliau sebagai generasi imigran dalam mencari identiti.

Analisis berdasarkan novel The Return karya K.S. Maniam dan Green Is The
Colour oleh Lloyd Fernando terdapat beberapa tema konflik yang memaparkan tema
berdasarkan pengalaman realiti pengarang. Novel The Return merupakan sebuah karya
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

3

autobiografi iaitu berdasarkan pengalaman pengarang sendiri sebagai generasi Imigran India.
Novel yang dihasilkan ini adalah hasil daripada imbas kembali pengarang dalam membina
semula cerita tentang pengalaman keluarganya, pencarian identiti diri serta masyarakatnya
pada zaman penjajahan yang sekaligus menimbulkan konflik dalam dirinya.
Novel Green Is The Colour pula merupakan karya kedua Llyod Fernando selepas
novel Scorpion Orchid. Novel menggabungkan kombinasi unsur sejarah dan sosiologi.
Novel ini dihasilkan melalui peristiwa benar yang telah berlaku di Tanah Melayu serta
ditokok tambah dengan imaginasi penulis. Memaparkan konflik sosiologi dan moral yang
terpaksa dihadapi oleh Malaysia, Negara yang baru mencapai kemerdekaan melalui
penduduk yang pelbagai agama, budaya dan etnik berusaha untuk hidup bersatu padu dalam
sebuah Negara yang baru dibentuk.

Konflik Pertembungan Budaya
Dalam novel The Return tema konflik pertembungan budaya ini dapat dilihat
menerusi imigran India yang datang ke Tanah Melayu dengan budaya tempatan. Hal ini dapat
dilihat tentang konflik yang dialami oleh satu golongan komuniti kecil bagi kaum India
yang tidak dapat menerima perubahan cara hidup yang lain selain daripada amalan hidup
tradisi. Perasaan terpisah dari masyarakat dan budaya asal akibat daripada masyarakat
majmuk dan bumi yang baru diduduki. Malah hhubungan kerohanian dengan Negara asal
juga menjadi lemah kerana menjadikan diri sebati dengan Negara baru.

Konflik Sosial Dalam Masyarakat
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

4

Dalam novel Green Is The Colour kita dipertemukan dengan tema konflik sosial
dalam sesebuah masyarakat yang melibatkan agama, budaya dan bangsa. Salah satu usaha
yang dilakukan oleh kelompok masyarakat itu dalam memastikan pengekalan budaya, agama,
dan bangsa tanpa ada gangguan dari anasir luar. Melalui `The Return, kaum minoriti India
berusaha memastikan agar Ravi tidak terjerumus ke dalam budaya Inggeris. Mereka
menggunakan pelbagai cara termasuklah hasutan, cacian, pemulauan, malah memberi gelaran
yang memalukan kepada Ravi seperti perempuan , monyet putih dan mongrel. Lebih
memburukkan lagi keadaan adalah apabila Mr Menon memukul Ravi tanpa memikirkan
perasaan keluarga Ravi dengan hasrat agar Ravi berputus asa.

Konflik Pencarian Identiti
Tema konflik dalam pencarian identiti sama ada identiti diri ataupun identiti sesebuah
negara. Di dalam novel The Return tentang pencarian kendiri/identiti seorang budak India
di Tanah Melayu. Ravi dilihat masih tercari-cari identiti kerana dasar-dasar yang telah
diterapkan oleh penjajah. Ravi merupakan anak seorang imigran India dari kasta yang rendah
yang telah di bawa datang ke Tanah Melayu oleh nenek (Periathai) dan ayahnya (Naina)
untuk mengubah kehidupan mereka. Sistem pendidikan Inggeris yang ada di Tanah Melayu
itu telah menyebabkan Ravi terpaksa mengikutinya. Namun begitu kita dapat melihat
kemasukan Ravi ke sekolah Inggeris ini telah memberi kesan kepada kehidupannya. Miss
Nancy telah dapat merubah corak pemikiran Ravi melalui pengajarannya di dalam kelas.
Ravi digambarkan seorang budak yang hidup serba kekurangan tetapi melalui
pembelajarannya bersama Cikgu Nancy kita dapat lihat bagaimana Ravi telah mengalami
perubahan-perubahan. Ravi pada mulanya malu dengan latar belakang diri dan juga
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

5

keluarganya yang miskin. Justeru dia telah mengikut segala apa yang telah disuruh oleh
gurunya itu dan gembira akan perubahan itu. Keberkesanan pengajaran Miss Nancy mengajar
ini telah menyebabkan Ravi berada di alam khayalan melalui pembacaan buku-buku seperti
Snow White dan Red Ridding Hood. Ravi dilihat keliru di antara budaya sedia ada yang
telah diwarisinya zaman berzaman iaitu budaya Hindu kepada budaya baru dan asing iaitu
Inggeris. Pencarian identiti tidak dapat dielakkan terutama apabila seseorang itu tidak lagi
menetap di tempat asalnya sendiri. Seseorang individu itu pasti terpengaruh dengan
persekitaran, budaya, dan agama di persekitaran barunya. Hanya individu yang benar-benar
kuat prinsipnya tidak akan mudah terpesong. Konflik ini jelas ditujukan kepada Ravi yang
mulai berhasrat keluar dari kebudayaan Hindu, dan menerima kebudayaan baru yang telah
dipelajarinya.
Dalam novel Green Is The Colour pula kita dapat lihat bagaimana pengarang telah
menunjukkan kepada kita bagaimana negara Malaysia berusaha mencari identitinya sendiri
tanpa mahu mengikut acuan penjajah. Malaysia sebuah negara yang baru bebas dari
cengkaman penjajah dilihat berusaha untuk mewujudkan pemerintahan sendiri. Watak
watak seperti Siti Sara, Dahlan, Omar, Gita, Panglima, Lebai Hanafiah dan Yung Ming
merupakan simbolik kepada rakyat yang ingin berusaha untuk mencapai perpaduan ekoran
Peristiwa 13 Mei 1969. Masyarakat tempatan dilihat mempunyai pendirian masing-masing
dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Terdapat individu
yang terlalu ingin berkuasa sehingga sanggup menjatuhkan orang lain seperti Panglima ,
terdapat pula individu yang terlalu ekstrim dengan agama sehingga meninggalkan duniawi
seperti Omar, dan beberapa watak lain. Masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza
mengenai strategi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang hidup
dalam aman dan harmoni. Rakyat dilukiskan melalui beberapa watak seperti Panglima,
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

6

Dahlan, Siti Sara, Lebai Hanafiah, Yun Ming, Gita. Watak-watak ini terdiri daripada
golongan yang berbeza dari segi budaya dan agama. Perbezaan ini menyebabkan timbulnya
beberapa masalah moral yang mengundang kecelakaan seperti rusuhan kaum, penculikan
perarakan haram, serangan membuta-tuli sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Konflik Antara Individu Dengan Masyarakat
Tema konflik antara individu dan masyarakat dapat dilihat melalui novel `Green Is
The Colour . Hal ini dapat kita lihata apabila turut memaparkan kelompok masyarakat yang
sanggup berbuat apa sahaja di dalam usaha menyekat berlakunya penyerapan budaya, agama,
dan bangsa sesebuah kaum. Apabila sebuah kaum lain menyerang atau mencederakan ahli
komuniti mereka, setiap golongan akan bertidak balas sehingga menyebabkan berlakunya
rusuhan kaum, serangan, malahan pembunuhan ia bertujuan untuk menyekat penularan anasir
asing dengan elemen mempertahankan kaum atau masyarakat itu sendiri.
Tema konflik yang seterusnya adalah konflik dalam diri dan konflik antara diri
dengan masyarakatnya. Zaman penjajahan bukan sahaja menjejaskan bidang ekonomi, politik
dan budaya malahan juga dari segi psikologi. Novel The Return telah memaparkan konflik
dalam diri yang telah dialami oleh Ravi. Ravi yang menerima pendidikan Inggeris akhirnya
mula terpengaruh dan mula meninggalkan nilai-nilai keluarga dan komunitinya. Ravi telah
tertarik dunia yang baru dipelajarinya melalui pembacaan buku cerita yang telah diberi oleh
gurunya. Dunia dalam buku ceritanya itu sangat menarik dan sangat jauh berbeza dengan
dunia asalnya. Kebudayaan masyarakat India yang telah lama wujud dalam dirinya telah
mula terhakis dan digantikan dengan nilai-nilai yang baru. Lebih menyedihkankan apabila
Ravi yang telah dapat meyambung pelajaran ke luar negara dilihat terpengaruh dengan
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

7

kebudayaan baru. Hal ini telah menyebabkan konflik dalam dirinya sendiri kerana telah
wujud satu jurang yang besar antara Ravi dengan masyarakat asalnya.
Konflik Antara Individu Dengan Individu
Tema konflik antara individu dengan individu lain adalah tentang sikap
mementingkan diri sendiri dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh individu tersebut.
Watak Mr Menon dalam novel The Return dan watak Panglima dalam Green Is The
Colour. Watak Mr Menon ini telah menunjukkan kepada kita sikap beliau yang
mementingkan dirinya sendiri sehingga sanggup menindas bangsanya sendiri. Mr Menon
dilihat sebagai seorang manusia yang mementingkan status. Dia dilihat begitu bangga dengan
dirinya dan tidak bertolak ansur dengan orang bawahannya. Sebenarnya Mr Menon ini
seorang yang berpura-pura kerana hanya bertindak zalim ke atas bangsanya sendiri
sedangkan begitu hormat kepada orang berkulit putih. Mr Menon dilihat begitu cemburu
dengan Ravi dan takut jikalau Ravi lebih pintar daripada anaknya sendiri. Dia telah berusaha
memujuk Kannan supaya memberhentikan Ravi daripada persekolahan tetapi tidak berjaya.
Tindakan Mr Menon yang telah memukul Ravi hanya kerana Ravi telah berbual dengan Mike
dianggap sebagai satu tindakan yang melampau kerana sikap angkuh dan iri hatinya itu telah
menyebabkan dia mementingkan dirinya sendiri.
Manakala dalam novel Green Is The Colour kita dipaparkan dengan watak
Panglima yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan peribadi
tanpa memikirkan penderitaan yang ditanggung oleh orang lain. Panglima yang bekerja
sebagai Setiausaha Politik di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri merupakan orang yang
berpengaruh. Tetapi malangnya, dia mengamalkan rasuah. Panglima juga telah menggunakan
kuasa yang ada padanya untuk menangkap dan mengurung Yung Ming dan Dahlan akibat
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

8

perasaan dendam kepada mereka berdua ini. Sikap seperti ini masih releven pada masa
sekarang terutamanya apabila seseorang itu mempunyai kedudukan yang besar serta
berpangkat. Pangkat dan harta tidak menjamin seseorang itu mempunyai akhlak yang baik.
Konflik Akibat Penjajahan ( Konflik Budaya Asal dengan Asing)
Tema konflik yang seterusnya dalam novel The Return ini ialah konflik budaya asal
dengan negara asing. Proses penyesuaian diri komuniti India yang berhijrah ke Tanah
Melayu. Hakikat ini kita boleh lihat menerusi keluarga Periathai. Tema ini memaparkan
cabaran yang dihadapi oleh setiap individu di dalam keluarga ini di dalam usaha untuk
mengekalkan budaya dan penyesuaian diri dengan budaya baru tanpa terpengaruh dengan
suasana baru. Pengarang memaparkan budaya Hindu yang dibawa oleh Periathai tetap
diangkat tinggi. Hal ini dapat dilihat dalam diri Peraithai selaku generasi pertama yang begitu
taat kepada budaya asalnya dan kepercayaannya. Periathai dilihat terus mengamalkan
kepercayaannya walaupun telah berada di Tanah Melayu. Generasi kedua juga iaitu Kannan,
yang masih lagi dilihat berpegang kepada kebudayaan Hindu dengan menuruti ajaran ibunya.
Namun begitu kita boleh lihat generasi kedua ini telah mula menunjukkan sifat keterbukaan
untuk menerima budaya lain. Bagi generasi ketiga yang diwakili oleh Ravi pula,kita dapat
lihat, pemikirannya mula dipengaruhi oleh kebudayaan yang baru. Ravi mula meninggalkan
budaya Hindu sedikit demi sedikit, kerana berasakan terperangkap dalam persekitaran yang
di bawa oleh neneknya dan ayahnya yang sangat berpegang kepada kebudayaan asal mereka.
Ravi berusaha untuk membawa dirinya keluar dari kepompong dan kelompok budaya asal
keluarganya yang diwarisi turun temurun.
Konflik diri dan masyarakat dapat dilihat apabila Ravi telah mula ingin keluar dari
sistem nilai masyarakatnya. Sewaktu zaman persekolahan lagi Ravi telah membuat
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

9

pembahagian bilik di dalam rumahnya. Pembahagian bilik ini bertujuan supaya dia lebih
dapat privasi dan menumpukan perhatian terhadap pelajarannya sehingga diceritakan
emaknya sendiri tidak dapat memasuki bilik tersebut untuk menyapu lantai. Konflik yang
timbul anatra diri dengan masyarakat ini telah merubah kehidupan seseorang itu. Ravi
berusaha dengan gigih untuk merentasi garis pemisah dengan belajar bersungguh-sungguh.
Kegigihannya itu membuahkan hasil apabila dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke
England untuk menjalani latihan perguruan. Jelas disini kegigihan untuk merubah kehidupan
telah berjaya mengubah kehidupannya. Di sini kita dapat lihat pendidikan yang tinggi boleh
merubah hidup seseorang itu.
Konflik Perbezaan Kelas dan Diskriminasi
Konflik perbezaan kelas dan diskriminasi wujud dalam novel The Return.
Masyarakat dalam novel The Return tidak dilayan sama adil. CD memberi penghormatan
kepada orang kulit putih tetapi melayan orang bawahannya dengan teruk sekali. Dia seorang
yang hipokrit dalam pelbagai cara. Dia tidak mahu orang lain mengatasinya dan ciba sebaik
mungkin untuk tidak melihat Ravi mendapat pendidikan Inggeris dan tidak menggalakkan
Kannan daripada membenarkan Ravi meneruskan pendidikn menengah. Cik Nancy juga turut
membezakan antara satu sama lain apabila tidak melayan muridnya dengan adil. Dia bersikap
prejudis terhadap budak-budak lelaki yang dia fikirkan kotor. Di samping itu, terdapat
tekanan daripada golongan atasan untuk mengekalkan golongan bawahan seperti sedia ada.
JP bersikap sedemikian, apabila beranggapan anak seorang tukang cuci mesti menjadi tukang
cuci. Dia tidak dibenarkan masuk ke rumah melalui pintu hadapan sebaliknya pintu belakang.
Perkara ini amat memilukan bagi seorang budak yang bijak seperti Ravi yang merasa terhina
dan tidak berdaya
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

10

Konflik Moral dan Sosial
Melalui novel Green Is The Colour tema konflik masalah moral dan sosial yang
dihadapi oleh rakyat majmuk Malaysia terutama sewaktu era perubahan Malaysia dari negara
yang dijajah kepada negara merdeka. Penciptaan semula peristiwa zaman silam yang
berusaha untuk mencipta hala tuju Malaysia ke arah yang lebih maju. Berusaha untuk
memeupuk semangat harmoni dalam sebuah negara yang pelbagai kaum. Ianya hanya dapat
dicapai dengan wujudnya sikap toleransi, harga menghargai, sensiviti sesama sendiri serta
nilai-nilai setiap kaum.
Konflik Percintaan Berlainan Agama dan Bangsa
Tema konflik percintaan di antara berlainan bangsa dan agama yang terjadi antara
Dahlan (Melayu) dan Gita (India), dan Siti Sara (Melayu) dan Yun Ming (Cina). Secara
umumnya pada zaman ketika novel ini ditulis, percintaan di antara dua bangsa atau kaum
dan agama yang sama menjadi kebiasaan dalam masyarakat, namun percintaan di antara
berlainan bangsa, turut mendapat perhatian pengarang. Ini mungkin diwujudkan oleh
pengarang hasil daripada imaginasi pengarang semata-mata. Llyod Fernando menceritakan
perkahwinan campur yang melibatkan dua watak iaitu, Dahlan dan Gita. Walau
bagaimanapun, terdapat konflik yang berlaku kerana, Dahlan tidak pernah meminta Gita agar
memeluk agama Islam terlebih dahulu sebelum menikahi Gita. Konflik ini amat ketara
kerana, menurut ajaran agama Islam, sesiapa yang bukan beragama Islam perlu memeluk
agama Islam sebelum berkahwin dengan mana-mana orang Islam. Kesannya, Dahlan
dianggap sebagai Atheis atau tidak beragama. . Namun begitu perkahwinan campur sebegini
merupakan di antara tema yang agak baru dan berat yang cuba disampaikan oleh pengarang
untuk para pembaca pada ketika itu.
JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

11

Konflik Semangat Nasionalisme
Tema konflik yang seterusnya yang dikemukakan oleh pengarang novel `Green Is
The Colour, ialah semangat nasionalisme yang menular di kalangan setiap kaum sama ada
kaum Melayu, Cina, ataupun India. Setiap kaum berusaha bersungguh-sungguh dalam
menunjukkan kesetiaan kepada negara mereka, iaitu Malaysia. Walaupun terdapat golongan
yang ekstrim dan fanatik dengan kehendak aliran dan fahaman masing-masing, namun begitu
terdapat juga rakyat yang tetap sayang terhadap negara dan tidak mahu perpecahan berlaku
antara semua kaum yang ada di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui watak Dahlan yang
percaya bahawa toleransi antara kaum akan mewujudkan perpaduan di kalangan bangsa
Malaysia.
Konflik Diri Wanita
Konflik dalam diri wanita yang telah menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia yang
berhati binatang. Hal ini dapat dirujuk melalui watak Panglima yang telah mengambil
kesempatan merogol Siti Sara dengan memasukkan serbuk dadah ke dalam minuman ketika
Siti Sara berkunjung ke rumahnya untuk meminta bantuan membebaskan Dahlan dan Yung
Ming. Jelas diperlihatkan oleh pengarang kepada kita kaum wanita yang lemah ini sering
menjadi mangsa kepada manusia yang tidak berperikemanusiaan. Hal ini sememangnya
masih lagi berlaku dalam dunia pada hari ini dimana golongan wanita telah dipergunakan
oleh orang-orang tertentu untuk mencapai hasrat mereka. Sebagai contohnya wanita wanita
tempatan pada hari ini yang telah terpedaya dengan kata-kata manis warga asing sehingga
telah menyebabkan mereka menjadi keldai dadah.

JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

12

Rumusan
Setelah melihat tema konflik dalam dua buah novel ini, dapat dirumuskan bahawa
pengarang memaparkan karya hasil daripada pengalaman sendiri serta dicampur dengan
sedikit khayalan untuk santapan pembaca. Setiap penulis mempunyai cara penyampaian
yang berbeza bagi menarik hati pembaca. Tema-tema konflik yang dibincangkan telah
mencerminkan kepada kita bahawa ada perkaitan yang begitu rapat dengan kesan-kesan
penjajahan terhadap perkembangan budaya masyarakat tempatan. Kedua-dua novel
memaparkan tema konflik yang mempunyai persamaan dan perbezaan melalui jalan cerita
masing-masing.
Namun begitu pada hari ini pengkarya sering memaparkan pelbagai karya dari
perspektif mereka sendiri. Ada pengarang memaparkan karya dari hasil pengalaman sendiri,
khayalan dari pengaruh persekitaran, ataupun daripada sumber atau isu terkini. Sesuai
dengan peredaran zaman di mana karya sastera pada hari ini telah menerima perubahan
sesuai dengan suasana kotemporari. Kedua dua novel yang telah dirujuk ini dilihat telah
mempunyai beberapa persamaan tema konfliknya dalam Kesusasteraan Baru Inggeris. Mesej
yang ingin disampaikan sangat jelas dan boleh dijadikan pengajaran kepada kita dalam
menjalani kehidupan seharian melalui setiap isu dan konflik.






JMK417E Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah
JM/10351/08
830609-03-5776

13

BIBLIOGRAFI

1. Fernando Lloyd , 1993. Green Is The Colour . Singapore : Landmark Books Pte Ltd.

2. K.S. Maniam , 1981. The Return . London : Scoob Books Publishing.


3. Kamus Dewan Edisi Empat , 2010. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Tunku Abdul Rahman , 1975. Tragedi 13 Mei 1969. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

You might also like