You are on page 1of 3

Sejarah Kampung Selabak

Kampung Selabak....Kampung Ku, terletak 4 kilometer dari Bandar Teluk Intan


iaitu di Jalan Changkat Jong. Di huni oleh seramai 6 ribu orang penduduk dan terdiri
dari beberapa suku kaum seperti Jawa, Banjar, Siam, Cina dan India. Suka Jawa
menguasai 70% jumlah penduduk di sini.
Menurut cerita penduduk tua di kampung ini, Kampung ini telah dibuka sekitar tahun
1912 dan kampung ini dikenali sebagai Tebuk Jagus. Ia dibuka oleh sekumpulan
pekerja-pekerja Ladang Selaba iaitu ladang getah yang bersempadan dengan
kampung ini. Pada tahun 1917 nama kampung ini telah ditukar kepada Kampung
Selabak bersempena dengan nama Ladang Selaba tersebut yang juga merupakan
tempat kebanyakkan penduduk kampung ini bekerja.
Pertanian merupakan hasil utama Kampung Selabak. Nenas dan Kampung Selabak
merupakan gandingan yang tidak dapat dipisahkan. Nenas dari kampung ini terkenal
dengan rasanya yang manis dan keharuman baunya. Hasil pertanian lain pula adalah
seperti, rambutan, cempedak, nangka dan durian yang juga merupakan antara
tanaman yang diusahakan di sini.

Dari awal penubuhannya sehingga kini Kampung Selabak mempunyai seramai 9


orang Ketua Kampung. Perlantikan pertama Ketua Kampung telah diadalah pada
tahun 1920.
Berikut merupakan senarai Ketua Kampung Selabak dari tahun 1920 sehingga kini.
1. 1920 Allahyarham Tn Hj Hassan
2. 1925 Allahyarham Ariffin Hassan. Merupakan anak kepada Tn Hj Hassan.
3. 1933 Allahyarham Asbollah Ibrahim
4. 1938 Allahyarham Hj Mohd Rafie Sumo. Hj Mohd Rafie merupakan datuk kepada penulis.

5. 1958 Allahyarham Hj Ahmad Sidek Bin Hj. Asiff.


6. 1962 Allahyarham Hj Husin Hj Rafie. Beliau merupakan anak kepada Hj Mohd Rafie.

7. 1998 Hj Mohd Zin Yunus.


8. 2009 Hj Khiruddin Hj Abd Hamid.
9. 2010 Hj Mohd Zin Yunus.

Seperti juga kampung-


kampung lain, Kampung Selabak terus maju dan makmur. Pertambahan penduduk
membuatkan pelbagai keperluan asas dan kemudahan diwujudkan di sini. Oleh
kerana 90% penduduk Kampung Selabak adalah beragama Islam, maka masjid perlu
didirikan di sini.

Masjid pertama di kampung ini telah didirikan pada tahun 1926. Seterusnya masjid
ini telah melalui beberapa siri baik pulih sebelum sebuah lagi masjid yang lebih besar
didirikan sekitar tahun 1960an dan telah dirasmikan oleh DYMM Seri Sultan Perak.

Manakala sekolah pertama di kampung Selabak pula dibina pada tahun 1948 dan
dikenali sebagai Sekolah Umum Selabak. Allahyarham Cikgu Ngah b Mohd Sarif
merupakan Guru Besar pertama sekolah ini.

Lirik lagu Sekolah Umum Kampung Selabak.


Hidup Agama
Hidup Bangsaku
Hidup Pemuda
Di majlis Ilmu
Jaamatundiniah kekal dan maju
Mudah-mudahan Allah membantu.
Madrasah Atarbiatudiniah telah dibuka pada tahun 1955, merupakan Sekolah Agama
pertama di Kampung Selabak.
Selaras dengan peredaran masa, Kampung Selabak turut merasai demam A-Go-Go
dan Pop-Yeh-Yeh, pada tahun 1963 Kumpulan Kugiran, Pemuda Ria Kampung
Selabak telah ditubuhkan. Dengan tertubuhnya Pemuda Ria Kampung Selabak,
kugiran yang dianggotai oleh anak-anak muda kampung ini, menjadi tarikan dan
sering menyerikan majlis-majlis keraian kampung-kampung berhampiran.
Pada awal tahun 1960an, Sekolah Kebangsaan Selabak telah didirikan untuk
menggantikan sekolah lama yang telah uzur. Sekitar tahun 1960an ini jugalah
didirikan Kelinik Desa dan Dewan Orang Ramai di Kampung Selabak. Penganjuran
majlis juga mula mengambil tempat di Kampung ini apabila Majlis Musabaqah
Membaca Al-Quran pertama telah diadakan sekitar tahun 1960an juga.
Membawa kepada awal tahun 1970an, aktiviti sukan dan rekreasi mula mengambil
tempat di kalangan muda-mudi kampung. Barisan pemudi kampung telah
menubuhkan pasukan bola jaring dan pernah menjadi juara peringkat daerah.
Antara perlawanan yang pernah diadakan di sini adalah perlawanan dengan pasukan
bolajaring dari Ayer Hitam.
Pada tahun 1975, bermulalah era penanaman Kelapa Sawit bagi menggantikan
tanaman Nenas di Kampung Selabak. Kebanyakkan penduduk kampung mulai
menggantikan tanaman Nenas kepada tanaman Kelapa Sawit.

Menuju era 1980an sehingga kini, Kampung Selabak kian cemerlang. Kian ramai
anak Kampung Selabak meraih kejayaan yang menjadi kebanggaan orang kampung.
Ramai anak kampung yang namanya meniti bibir setiap warga Kampung Selabak bila
berkumpul semasa 'medang'.
Bahan-bahan dan gambar untuk artikel Kg Selabak - Kampung Ku ini merupakan
dari koleksi peribadi anak Kampung Selabak - Mohamed Ashari Sidik (Pemilik
Riverstone Eco Resort). Beliau telah mula mengumpul maklumat dan gambar-
gambar mengenai Kampung Selabak sejak dari tahun 1989. Beliau juga pernah
membuat pameran solo, Pameran Fotografi Sejarah Kampung Selabak di Sekolah
Kebangsaan Selabak pada tahun 1989.
Pada tahun 1995, sekali lagi beliau telah membuat pameran solo, Pameran Fotografi
Sejarah Kampung Selabak di Sekolah Kebangsaan Selabak.
Peristiwa silam muda mudi,
Jadi kenangan hingga kini,
Potret dipamer mengimbau memori,
Kisah indah dalam diari.

You might also like