You are on page 1of 3

PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1895

1 PENGENALAN
Perjanjian persekutuan 1895 telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1
Julai 1896 tentang Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. NNMB atau Persekutuan 1896
terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang telah disatukan
pada 1 Julai 1896. Pusat pentadbiran Persekutuan terletak diKuala Lumpur.
Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham
(1896-1900).
Antara syarat-syarat perjanjian ialah:
1. Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah
persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB)
2. Raja-raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen
Jeneral
3. Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara
kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu
4. Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan
mengikut nasihat kerajaan British
5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang
juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

You might also like