You are on page 1of 6

PERJANJIAN WAITANGI (TANAH DAN KEDAULATAN ORG MAORI)

*konsep waitangi & tanah maori/pentadbiran tanah maori/pentadbiran tanah British*

PENGENALAN
New Zealand merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di Barat Daya
Lautan Pasifik. Pada awalnya, manusia terawal yg menetap di New Zealand adalah
bangsa Polinesia dikenali sebagai orang Maori & telah menetap di New Zealand sejak
beberapa tahun dahulu sebelum bangsa Eropah datang ke New Zealand. Nama Maori
diperoleh daripada gelaran yang terkenal dlm kalangan bangsa Maori iaitu Tangata
Maori ditakrifkan sebgai orang biasa dan lazimnya digunakan bagi mmbezakn bangsa
Maori dgn pendatang asing Eropah. Orang Maori sering dikaitkan dengan aktiviti
pelayaran dan pengembaraan kerana kemahiran yang dimiliki dalam bidang
tersebut. Keadaan ini telah menarik minat James Cook sepanjang pelayarannya
terhadap orang Maori yg mana James Cook mengambil keputusan untuk menyelami
kehidupan orang Maori. Disebabkan tindakan James Cook, New Zealand dibanjiri
kedatangan bangsa-bangsa lain antaranya bangsa Portugis, bangsa Sepanyol &
bangsa Perancis. Kedatangan bangsa-bangsa ini untuk menetap & mula
menampakkan minat dalam bidang ekonomi di New Zealand yg mendorong
kepada ketegangan antara bangsa Eropah dengan penduduk asal iaitu orang Maori
sehingga membawa kepada pemeteraian Perjanjian Waitangi 1840 atau dikenali
sebagai Treaty of Waitangi. Perjanjian ini ditulis dalam 2 versi iaitu versi Bahasa
Inggeris & versi Bahasa Maori. Versi bahasa yg berbeza membawa
kesalahfahaman yang mana bagi British, perjanjian ini memberikan hak kpd
mereka dlm memerintah org Maori. Bagi org Maori pula, percaya bhwa bhswa
mereka mnyerahkn hak kpd Mahkota sbg tanda perlindungan tnpa mberi pnyerahan
hak mereka. Pemeteraian perjanjian inilah yg menjadi titik kpd lesen kebenaran
kepada Yang Mulia Ratu Inggeris utk membeli tanah daripada penduduk asli di
New Zealand iaitu orang Maori. Namun begitu, Trdpt juga bbrpa kandungan dlm
Perjanjian Waitangi yg memberi jaminan terhadap hak orang Maori.

Orang Māori merujuk kepada sebuah bangsa Polinesia yang terdapat di New
Zealand yang mengamalkan budaya dan bahasa mereka yang tersendiri. Dalam
bahasa Maori, Maori bermaksud normal, semula jadi atau biasa. Dalam cerita
legenda dan tradisi lisan di kalangan masyarat itu, istilah Maori merujuk
kepada semangat 'wairua'. Bangsa Mouri tinggal di Kepulauan Hawai, & Kepulauan
Cook. Dalam bahasa Inggeris, maori bermaksud asli atau asal. Negara New
Zealand menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Maori pada tahun. Apabila
disebut Maori di New Zealand, ia lebih merujuk kepada hal ehwal tanah yang
diiktiraf sah oleh perlembagaan negara New Zealand yang dimiliki oleh orang Maori.

FAKTOR II PERJANJIAN WAITANGI

Faktor perjanjian Waitangi ditandatangani adalah wujud rasa tidak puas hati.
Pada awalnya penerimaan terhadap kemasukan penduduk Eropah ke New Zealand
merupakan langkah pertama yang diambil untuk cuba menembusi pasaran untuk
membuka perusahaan baru di kawasan baharu. Selain itu, Eropah juga mempunyai
tujuan lain datang ke sesuatu kawasan dan tujuannya adalah untuk kepentingan
ekonomi dan mengumpul kekayaan seperti kedatangan mereka ke negara-negara lain
sepeti Tanah Melayu dan sebagainya. Melihat kepada usaha ini, kedatangan James
Cook ke New Zealand telah membuka New Zealand kepada kuasa Eropah lain.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa golongan Maori merupakan etnik terbesar
yang terdapat di New Zealand dan aktiviti ekonomi seperti menangkap ikan paus dan
hasil laut merupakan aktiviti tradisi oleh kelompok ini. Kedatangan Eropah ke New
Zealand telah menganggu gugat penguasaan ekonomi oleh golongan tempatan.
Terdapat juga kes seperti kenaikan harga barangan, iaitu apabila orang Eropah
membeli daripada golongan Maori dengan harga yang murah, tetapi Eropah
menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada yang lain. Keadaan ini dilihat
telah menutup pendapatan orang Maori yang hanya mengharapkan kedatangan orang
luar ke New Zealand. Keadaan ini termasuklah pemilikan tanah oleh orang Eropah di
New Zealand. Bagi mengawal aktiviti monopoli sistem ekonomi oleh Eropah,
golongan Maori telah bertindak untuk membuat perjanjian Waitangi.

Faktor kedua ialah Sikap orang Eropah yang datang ke New Zealand turut
mendorong kepada termeterainya Perjanjian Waitangi 1840. Perbincangan akan
berfokus kepada sikap orang Eropah yang datang ke New Zealand dengan bebas dan
tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pertama, kedatangan orang Eropah
tanpa kawalan dan sekatan daripada pihak British menyebabkan peningkatan migrasi
dalam kalangan orang Eropah ke New Zealand. Pada akhir tahun 1830-an, ramai
orang Eropah telah tiba ke New Zealand danebanyakannya berasal dari Australia.
Bilangan kemasukan orang Eropah ini semakin meningkat pada tahun 1840 dan
dianggarkan bilangannya mencecah angka 20 000 orang. Kemasukan Imigran Eropah
dan British ke New Zealand adalah disebabkan oleh pembukaan New Zealand
Company pada tahun 1825. Hasil daripada pembukaan kilang ini, pihak British telah
membeli sebidang tanah di Hokionga daripada orang-orang Maori.
Walaubagaimanapun, pihak British tidak menggalakkan pembinaan petempatan di
kawasan lain untuk menampung orang-orang Maori yang tidak mempunyai tanah
untuk membina rumah dan menetap bagi menggantikan tanah meraka yang telah
dibeli oleh pihak British. Tindakan pihak British yang tidak menggalakkan pembinaan
petempatan baru ini dianggap bercanggah dengan peraturan dan persetujuan awal
dalam fasa perbincangan yang telah dilakukan antara pihak British danorang Maori.
Penindasan ke atas golongan ini dapat dilihat dengan jelas, dan keadaan inilah yang
mendorong Maori untuk membuat perjanjian Waitangi 1840.

Faktor ketiga ialah Persaingan Kuasa Eropah. Status New Zealand yg bebas
daripada jajahan mana ii kuasa asing khususnya dari Eropah menyebabkan wujudnya
persaingan dalam kalangan negara-negara Eropah untuk campur tangan dan menjajah
New Zealand. Hal ini didorong oleh sikap British yang diibaratkan seperti permainan
tarik tali sehingga menarik minat kuasa Eropah lain untuk menjajah New Zealand.
Tambahan pula, kepesatan perdagangan dan pembukaan petempatan baru untuk orang
Eropah telah menyebabkan para pedagang yg terdiri daripada orang Eropah berminat
untuk menetap di New Zealand. Menyebabkan pihak British berusaha mengenakan
kawalan dan sekatan terhadap New Zealand daripada pengaruh kuasa Eropah lain.
Meskipun Tindakan British ini dianggap salah dari segi undang-undang kerana New
Zealand belum ditadbir oleh mana-mana wakil kerajaan British namun British tetap
menggiatkan usaha untuk menakluki New Zealand kerana mereka beranggapan
bahawa mereka adalah kuasa Eropah pertama yang menemui dan mengembara ke
New Zealand. Kebimbangan pihak British semakin meruncing apabila Perancis
bercita-cita untuk meluaskan pengaruh mereka ke New Zealand. Oleh itu, mereka
cuba untuk membuat persepakatan dgn org Maori melalui Perjanjian Waitangi 1840.
PENTADBIRAN ORANG MAORI
KEPERCAYAAN KAUM MAORI. Tradisi kepercayaan kaum Maori secara
asasnya bersifat politeisme. Maori percaya bahawa dunia ini dicipta oleh para dewa.
Selain dewata-dewata umum, pantheon mereka melibatkan dewa bapa langit, dewi ibu
bumi, dewa hutan dan dewa peperangan.Tane si dewa hutan memainkan peranan yang
penting dalam penciptaan manusia di mana ia dipercayai sebagai pencipta manusia
pertama. Tohunga pula digalaskan tanggungjawab untuk menjadi medium perantara
di mana atua dan roh-roh si mati dapat berkomunikasi dengan dunia nyata manusia.

KESENIAN MAORI DAN BUDAYA PENCACAHAN TATU.Antara tradisi


kesenian masyarakat Maori adalah menganyam, memahat, mencacah tatu, menari dan
menyanyi. Sejenis hasil seni Maori yang agak penting adalah ta moko – seni
pencacahan tatu. Tatu-tatu kaum Maori terdiri dari corak berlingkar yang dicacah
pada alur atau parut pada kulit. Ta moko berasal-usul dari tradisi ritual ratapan.
Seiring peredaran masa, ianya menjadi kayu ukur kepada status sesebuah individu.
Kaum lelaki mencacahkan tatu di seluruh muka manakala kaum wanita pula di dagu.
Pada asalnya, pahat yang diperbuat daripada tulang burung menjadi alatan untuk
mencacah tatu. Kemudian, pahat ini digantikan dengan pahat logam setelah ketibaan
pendatang-pendatang Eropah. Menjelang zaman Perang Dunia Pertama, ianya
digantikan lagi menjadi jarum. Pada hari ini, artisan ta moko menggunakan pelbagai
alatan (canggih) yang sama seperti pencacah-pencacah tatu yang bukan-Maori.

sistem ekonomi tradisional Maori bersandarkan kepada sebuah falsafah dan


pemahaman yang unik. Ia melibatkan hubungan unik antara Maori dan alam sekitar,
sosial serta spritual. Keunikan tersebut boleh dilihat melalui unit ekonomi dlm sebuah
institusi Māori yang terdiri daripada whanau, hapu, dan iwi. Dalam mengimbangi
pembangunan ekonomi ini, masyarakat Māori menitikberatkan pemuliharaan sumber
semula jadi agar kekal berpanjangan dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang &
dpt menyumbang sesuatu yg lebih berkesan berbndg motif keuntungan semata-mata.

PENTADBIRAN BRITISH KE ATAS MAORI (TANAH)


- Ekonomi orang Maori terjejas khususnya di Kepulauan Utara. (tmpt tinggal maori)
- Tnh org Maori drampas scr paksaan & membeli tanah org Maori dgn cara yg x betul
- Mengenakan pampasan tanah keatas org Maori (walaupun tanah sendiri)
- Persaingan orang Maori dengan orang-orang eropah (hak disamaratakan)

PEMBERONTAKAN BOUNGAINVILLE

PENGENALAN
Perang Saudara Bougainville dikenal dengan nama Konflik Bougainville iaitu
konflik bersenjata antara Papua New Guinea melawan Pasukan Revolusioner
Bougainville yang memperjuangkan kemerdekaan Bougainville. Sejarah bemulanya
Gerakan Penentangan Bougainville dapat dikesan apabila berada dalam ditawan
Jerman dengan tujuan mendapatkan tenaga kerja di lading-ladang seperti di Samoa.
Menjelang Perang Dunia, koloni-koloni ini telah diserahkan kepada Australia dan
New Zeland. Akibatnya Bougainville telah menjadi sebahagian wilayah Australia dan
meneruskan ekonomi perladangannya. Namun keadaan berubah pada 1942 dengan
pendudukan Jepun. Hampir semua warga Australia telah melarikan diri dan
meninggalkan warga Bougainville yang mulanya menerima baik tentera Jepun, telah
ditindas oleh tentera Jepun. Apabila Jepun dapat dikalahkan, pentadbiran Australia
telah digunakan semula. Tindakan Australia ini dilihat sebagai satu sebab menentang
kerana Australia bertindak seolah-olah melarikan diri meninggalkan penduduk
Bougainville di saat-saat mereka memerlukan perlindungan tentera Australia. Dalam
erti kata lain, Boungainville telah ditetapkan dibawah Papua New Guine yng mana
pergolakan mula berlaku mbwa kpda pemberontkan…

Salah satu faktor pemberontakan Boungainville adalah tuntutan rakyat


Boungainville untuk dipisahkan daripada PNG tidak dilayan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, pada tahun 1973, Australia telah menyerahkan Bougainville kepada
PNG untuk ditadbir sebelum PNG diberikan kemerdekaan oleh Australia. Keadaan
yang berlanjutan membawa kepada tuntutan rakyat untuk meminta tidak diletakkan
lagi dibawah pentadbiran PNG yang mana mereka telah melakukan tuntutan selama
15 hari sebelum Australia memberi kemerdekaan kepada Papua New Guinea.
Tuntutan mereka tidak dilayan. Perkara ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dlm
kalangan penduduk Bougainville kerana tindakan Australia seolah-olah membuat
mereka menjadi seperti bola yang ditentang sesuka hati. Bukan itu sahaja, perasaan
ketidakpuashati rakyat juga semakin menebal terhadap PNG yang mana PNG tidak
mengambil peduli terhadap hak-hak penduduk Bougainville terutama sekali berkaitan
hak isu tanah rakyat. Tuntutan rakyat Boungainville dalam pemisahan PNG juga
berlaku disebabkan perbezaan warna kulit. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat
Boungainville memiliki kulit yang lebih gelap berbanding rakyat PNG (berwarna
kemerahan). Perbezaan warna kulit antara kedua rakyat ini membawa kepada
ketidakselesaan & tidak serasi untuk tinggal dalam serumpun. Dpt dilihat, individu yg
berperanan dalam permohonan ini adalah Paul Labun yg mana beliau mewakili
penduduk Boungainville tetapi ditolak. Penolakan tuntutan dari Bougainville inilah
yang menyumbang kpd Gerakan Pemisahan Bersenjata Bougainville.

Seterusnya, Gerakan Pemisahan Bougainville tercetus kerana tindakan tentera


Australia yang melakukan sekatan ke atas Bougainville. Bougainville merupakan
kawasan yang kaya dengan hasil mineral berharga seperti emas, timah dan tembaga.
Kekayaan mineral membawa kepada perlombongan secara besar ii di Boungainville
yg mana penerokaan ini dilakukan tanpa meminta pandangan rakyat tempatan
sehingga sanggup menguna tanah penduduk Boungainville sesuka hati sahaja. Bagi
penduduk Boungainville, keadaan ini dilihat seperti penindasan dimana hak &
kepentingan mereka tlh dirampas oleh kerajaan Australia. Bagi memastikan kegiatan
perlombongan di Boungainville berjalan dengan lancar, kerajaan Australia bertindak
lebih keras iaitu dengan melakukan sekatan ketenteraan laut dan udara. Tujuan
sekatan ini dilakukan adalah untuk mengasingkan penduduk Boungainville dari dunia
luar. Bukan itu sahaja, kerajaan Australia juga menyekat rakyat Bougainville dari
memperoleh sebarang bekalan perubatan, bahan api & bantuan kemanusiaan.
Tindakan inilah yang menyemarakkan lagi kemarahan dalam diri penduduk
Bougainville yang teraniaya yg mana rakyat mula mempelajari cara membuat senjata
seterusnya mencetuskan konflik bersenjata gerakan pemisahan Bougainville.

Pengeksploitasian sumber mineral secara besar-besaran membawa kepada


kemusnahan tanpa mengendahkan nasib penduduk Bougainville juga menyumbang
kpd tercetusnya gerakan pemisahan bersenjata ini. TIndakan syarikat pelombongan
khusunya kerajaan Australia yg terlalu rakus dlm mengeksploitasi hasil bumi telah
menyebabkan kemusnahan yg amat teruk di bumi Bougainville. Hal ini berlaku krn
penggunaan racun yg terlampau banyak mbawa kpd kerosakan tanah. Contohnya,
Pangguna tlh mengalami kerosakan tanah sebesar 200 hektar. Pembuangan sisa
toksik yg berkimia tinggi kdlm sungai juga membawa kpd pencemaran sungai
contohnya Sungai Jaba tercemar dsebabkan perkara ini. Ekoran daripada kemerosotan
ini, penduduk Boungainville dikatakan hidup dalam persekitaran yang tidak selesa.
Keadaan ini kemudiannya menyebabkan rakyat menyuarakan hak mereka. Hal yang
paling ketara adalah pembahagian hasil pendapatan yang diperolehi daripada hasil
perlombongan di Panguna. Melalui perlombongan yg dijalankan di Panguna pihak
BCL (Boungainville Cooper Limited) berjaya mengaut keuntungan berbilion namun
keuntungan tstb hanya dibahagikan diantara kerajaan Australia & PNG (Papua New
Guinea), tidak kepada penduduk Boungainville. Sebenarnya, penduduk Bougainville
tlh meminta utk mendapat hak mereka tetapi tetap dinafikan.

Faktor yang berikutnya ialah Masalah Budaya. Penduduk Bougainville tidak


mahu dikatakan mempunyai hubungan kebudayaan dengan PNG (Papua New Guinea).
Mereka mahu mendapat hak menentukan masa depan pulau mereka sendiri. Namun
PNG enggan berbuat demikian kerana tetap mahukan Bougainville sebagai
sebahagian dari Negara PNG. Akibatnya pada 1 September 1975, beberapa orang
penduduk Bougainville membuat satu proklamasi kemerdekaan dengan memberi
nama baru iaitu “Republik Solomon Utara”. Walau bagaimanapun ia tidak diiktiraf
dan masih dianggap sebahagian dari PNG. Penduduk Bougainvillle berusaha
membawa kes mereka kepada PBB tetapi gagal. Sebagai usaha terakhir, mereka
bersetuju mengakui kemerdekaan PNG dengan syarat PNG harus memberi
kemerdekaan kepada Bougainville dalam masa 5 tahun. Malang sekali janji ini tidak
pernah ditepati yang menyebabkan hubungan Bougainville dan PNG menjadi semakin
singkat dan khirnya menjadi konflik bersenjata

HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN AUSTRALIA, NEW ZEALAND & FIJI

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah anggota yang giat dalam pelbagai pertubuhan
antarabangsa, termasuk Negara-negara Komanwel, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
Semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah membangunkan
dasar dan angkatan tentera dalam melindungi keselamatan dan mempertahankan
kedaulatannya. Pembangunan pertahanan semenjak tahun 1957, dan pemodenan
angkatan tentera semenjak tahun 1990, telah membolehkan Malaysia berjaya
mengekalkan kedaulatannya. Hubungan awal antara Malaysia dengan Australia
telah bermula sejak sebelum merdeka dan berkembang dengan baik pasca merdeka
1957. Pada dasarnya, interaksi kedua-dua negara di awal kemerdekaan sehingga tahun
1970-an adalah lebih berdasarkan kepada isu keselamatan seperti penglibatan tentera
Australia yang membantu Malaya (kini Malaysia) dan Borneo semasa Perang Dunia
Kedua, Peristiwa Darurat (1948–1960) bagi membendung pengaruh Komunis serta
ancaman Konfrontasi Indonesia dan Filipina pada tahun 1965. Pergolakan yang
berlaku di Malaysia juga mmpgaruhi perlibatan Fiji & New Zealand. (hambur)

Hubungan Malaysia dengan Australia dapat dilihat dari aspek ketenteraan.


Misalnya, Konfrontasi Indonesia–Malaysia telah berlaku dari 1962 hingga 1966
antara Komanwel British dan Indonesia. Indonesia, di bawah Presiden Sukarno,
berusaha untuk menghalang pembentukan Persekutuan Malaysia yang baru yang
muncul pada tahun 1963, manakala Komanwel British berusaha untuk menjaga
keselamatan negeri baharu itu. Perang ini telah berlaku terutamanya di pulau Borneo,
dan beberapa pencerobohan melalui laut dan udara Indonesia ke Semenanjung Tanah
Melayu. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan ketenteraan Australia
terhadap keselamatan Malaysia, unit tentera Australia, iaitu tentera laut dan udara
berpangkalan di sana. Bagaimanapun, penglibatan Australia berkembang pada tahun
1965, berikutan permintaan yang berulang daripada Kerajaan British dengan batalion
infantri Australia dan pasukan khas untuk dikerahkan ke Borneo di mana mereka
terlibat dalam beberapa tindakan terhadap unit Tentera Indonesia. Sejumlah kapal
perang RAN juga membuat rondaan di perairan Borneo dan Malaysia untuk
menghalang pihak penyusupan Indonesia, dan terlibat dalam membedil kedudukan
Indonesia di Borneo dan menghalau penyusup di Selat Singapura

Semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia juga, pasukan 1 RNZIR komited


terhadap konflik pada September 1964 dan melaksanakan tugas mereka di
Tanah Besar Malaysia dan Borneo. 1 RNZIR ialah rejimen pentadbiran induk dan
korps batalion infantri tetap dan simpanan dalam Tentera Darat New Zealand. 1
RNZIR beraksi pada September 1964 apabila pasukan payung terjun Indonesia
mendarat di Johor, 1 RNZIR adalah salah satu daripada beberapa unit Komanwel di
rantau ini dan dengan kebenaran kerajaan New Zealand untuk memburu penyusup.
Pada bulan berikutnya, 52 askar Indonesia mendarat di Pontian di sempadan
Johor-Malacca dan turut ditangkap oleh askar New Zealand. 1RNZIR kemudiannya
ditempatkan ke Borneo di mana mereka memerangi penyusupan rentas sempadan
Indonesia. Konfrontasi Indonesia-Malaysia secara rasmi berakhir pada Mei 1966.
Daripada 1,300 warga New Zealand yang berkhidmat dalam Darurat Malaya antara
1948 dan 1964, lima belas telah kehilangan nyawa, termasuk tiga terbunuh akibat
tindakan musuh dan anak kapal Bristol Freighter yang terbang ke gunung pada tahun
1956. Bagi Tentera New Zealand yang mempunyai sedikit pengalaman dalam
peperangan hutan, Darurat menandakan perlepasan baharu dan peringkat penting
dalam pembangunan angkatan tentera New Zealand. Pengalaman yang diperolehi di
Tanah Melayu membantu angkatan bersenjata New Zealand ketika mereka kembali ke
hutan Asia Tenggara semasa konfrontasi Indonesia–Malaysia.

Fiji turut terlibat dalam membantu Malaysia ketika darurat Tanah Melayu.
Dua puluh lima tentera Fiji mati dalam pertempuran semasa Darurat Malaya. Darurat
Malaya ialah perang gerila yang timbul daripada percubaan Parti Komunis Malaya
untuk menggulingkan pentadbiran Tanah Melayu Kolonial British. Kira-kira 1,600
tentera Fiji terlibat dalam perang gerila dari 1952 hingga 1956. Yang pertama tiba
ialah Batalion Pertama, Rejimen Infantri Fiji (1Bn FIR), dan daripada pasukan ini,
kira-kira 25 tentera Fiji yang terkorban dan kehilangan nyawa mereka dalam operasi
pertempuran di hutan dan ladang Tanah Melayu. Malaysia memberi penghargaan
kepada tentera Fiji. Pengalaman itu dirakamkan dalam dokumentari, Back to Batu
Pahat, iaitu meneroka kembali peranan Pasukan Fiji semasa Darurat Malaya.

You might also like