You are on page 1of 13

AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

MARKAH
30

CADANGAN PENYELIDIKAN
AJ20403 TATACARA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN SEJARAH
SEMESTER 2, SESI 2021/2022

NAMA PELAJAR MUHAMMAD FIRDAUS BIN JOHARI

NO. MATRIK BA20110159

PENYELIA PROPOSAL PROF. MADYA. DR. RAHMAN TANG ABDULLAH

Ketokohan Tok Ku Paloh Terhadap Perkembangan Islam di


TAJUK KAJIAN Terengganu dari Tahun 1817 hingga 1918.
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

1. PENGENALAN
Berdasarkan sejarah Tanah Melayu, kedatangan dan perkembangan islam di Alam Melayu
secara umumnya telah mengalami dua peringkat iaitu pada abad ke-17 dan ke-18. Terdapat
pelbagai pandangan dan teori yang diberikan oleh sejarawan mengenai tarikh dan masa
kedatangan islam di Tanah Melayu. Justeru itu, perbezaan pandangan ini telah dibahas
sehingga kini. Namun, terdapat persetujuan oleh ahli sejarah mengenai cara kedatangan
islam ke Tanah Melayu iaitu melalui jalan laut, dimana banyak pedagang arab yang
melakukan pelayaran ke Tanah Melayu untuk melakukan perdagangan. Tambahan, terdapat
juga yang melalui jalan darat iaitu bermulanya dari Syria atau Iraq ke Khurasan, kemudian
ke negeri China dan seterusnya je Tanah Melayu. 1 Namun, terdapat pandangan sarjana
mengenai agama islam mula tersebar pada abad ke-14 di Terengganu. 2 Padangan ini
dibuktikan dengan penemuan bukti sejarah berupa batu bersurat yang dijumpai
berhampiran dengan Kampung Buluh di Sungai Tersat, Kuala Berang di Ulu Terengganu
pada tahun 1889.3 Perkembangan islam di Terengganu turut mempengaruhi dalam bidang
pendidikan, bahasa dan kesusterasaan, tulisan, sosial dan juga politik. 4
Selain itu, kemuncak perkembangan agama islam berlaku pada abad ke-19,
menyebabkan munculnya tokoh-tokoh islam di Terengganu. Kemunculan tokoh islam seperti
Tok Ku Paloh telah menyebabkan ilmu pengetahuan islam telah tersebar bukan sahaja
dalam konteks hal ehwal agama, malahan dalam bidang pentadbiran. Sehubungan dengan
itu, Tok Ku Paloh merupakan ulama penting atau tokoh yang aktif dalam
memperjuangankan serta mengembangkan agama islam di negeri Terengganu. Antara
faktor-faktor yang menjadikan Tok Ku Paloh sebagai tokoh ulama islam di Terengganu
adalah disebabkan beliau mempunyai susun alur keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
Tambahan pula, pengetahuan beliau dalam bidang ilmu agama dan kealimannya
sebagai hamba Allah menjadikan Tok Ku Paloh sangat dihormati dan disanjungi oleh setiap
lapisan masyarakat di Terengganu. Ini disebabkan pengalaman beliau ketika menuntut
pelajaran di Mekkah, malahan pernah berpeluang untuk mengajar di Masjidil haram Mekah
al-Mukarramah kerana beliau menguasai pelbagai bidang ilmu islam. Oleh itu, pengaruh
penyebaran Islam oleh ulam Tok Ku Paloh yang mencakupi bidang tersebut menyebabkan

1
Mahayudin Haji Yahya. Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1998. Hlm 3.
2
Shafie b. Abu Bakar. Sejarah Penerimaan, Perkembangan dan Perlaksanaan Syariat Islam , Terengganu, 2003,
hlm 2-3.
3
Syed Muhammad Naqub al-Attas, The Correct Date of The Terengganu Inscription , Kuala Lumpur: Museum
Negara, Kuala Lumpur, 1970, hlm 1.
4
S. Othman Kelantan, Sastera Islam Citra Nurani Ummah, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004, hlm
85-95.

1
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

Islam dan pengaruhnya telah menyasarkan suatu perubahan terhadap kehidupan


bermasyarakat berteraskan Islam di negeri Terengganu.
Selain itu, perkembangan ilmu agama melalui penghasilan karya-karya beliau telah
memberi kesan terhadap keislaman masyarakat di Terengganu sehinggakan semasa campur
tangan kuasa barat di Terengganu. Menurut Muhammad Zakwan (2019), penentangan
terhadap kuasa Barat di negeri-negeri Pantai Timur telah diketuai oleh tokoh ulama iaitu Tok
Ku Paloh.5 Bahkan terdapat golongan pejuang yang saling berguru serta meminta nasihat
daripada Tok Ku Paloh bagi meningkatkan semangat jihad mereka untuk melawan kuasa
barat.6 Oleh demikian kerana beliau merupakan seorang penasihat sultan dan
bertanggungjawab dalam pentadbir kerajaan negeri. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk
mengetengahkan latar belakang dan peranan Tok Ku Paloh dalam perkembangan islam,
pembinaan masyarakat serta pembinaan politik islam di negeri Terengganu pada tahun
1817 hingga tahun 1918. Selain itu, pengkaji juga memberikan focus mengenai karya-karya
penulisannya yang memberikan sumbangan terhadap ilmu-ilmu islam.

2. PERMASALAHAN KAJIAN
Agama islam merupakan agama yang paling berpengaruh di Tanah Melayu pada abad ke-17
dan ke-18. Penyebaran agama islam juga berlaku adalah disebabkan oleh perjuangan tokoh-
tokoh agamawan di Malaysia khususnya di Negeri Terengganu. Justeru itu, golongan ulama
seperti Tok Ku Paloh merupakan faktor utama perkembangan agama islam berlaku di
Terengganu. Menurut Muhammad Zakwan Aziz, Muhammad Hazim Mohd Azhar & Mohd
Hafizie Samat (2021), dalam artikelnya menyatakan bahawa Tok Ku Paloh merupakan tokoh
dakwah terulung yang mempelopori penyebaran agama islam dan tidak hanya menumpukan
dalam aspek kerohanian (hubungan dengan Allah), tetapi juga aktif dalam aspek kehidupan
(hubungan dengan manusia) seperti bidang pentadbiran politik dan juga sosial. 7 Justeru itu,
kajian ini menjawab persoalan yang timbul iaitu apakah latar belakang dan riwayat
kehidupan Tok Ku Paloh. Selain itu, kajian ini juga menjawab persoalan lain seperti apakah
peranan Tok Ku Pagoh dalam perkembangan islam, masyarakat dan politik di Terengganu
serta sumbangnya dalam karya penulisan mengenai ilmu-ilmu islam.

5
Muhammad Zakwan Aziz, Muhammad Hazim Mohd Azhar & Mohd Hafizie Samat. “Ketokohan Tok Ku Paloh dan
Pengaruhnya Terhadap Gerakan Penentangan Penjajah British di Pantai Timur”. Online Journal of
Research in Islamic Studies, vol 6(3), 2019: hlm 13-26.
6
Hasanudin Daud, “Islam dan Politik: Dinamika Kerjasama Tokoh Serumpun dalam Menghadapi Penjajah,”
dalam Dialog Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan Indonesia-Malaysia . Tanjung Pinang, 2009, hlm
108.
7
Muhammad Zakwan Aziz, Muhammad Hazim Mohd Azhar & Mohd Hafizie Samat. “Ketokohan Tok Ku Paloh dan
Pengaruhnya Terhadap Gerakan Penentangan Penjajah British di Pantai Timur”. Online Journal of
Research in Islamic Studies, vol 6(3), 2019: hlm 13-26.

2
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

3. OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan penulisan ini, terdapat beberapa objektif penting yang diketengahkan oleh
pengkaji dalam kajian ini, iaitu:
1. Mengkaji secara mendalam mengenai latar belakang salasilah dan riwayayt
kehidupan Tok Ku Paloh dalam membina tamadun islam di Terengganu dari tahun
1817 hingga 1918.
2. Membincangkan peranan Tok Ku Pagoh dalam perkembangan islam, masyarakat dan
politik di Terengganu dari tahun 1817 hingga 1918.
3. Menganalisis sumbangan Tok Ku Paloh dalam karya penulisan mengenai ilmu-ilmu
islam.

4. KEPENTINGAN KAJIAN
Penulisan ini merupakan kajian yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan Tok Ku
Paloh yang menjadi tokoh kepada perkembangan islam di negeri Terengganu. Oleh itu,
terdapat beberapa kepentingan melalui kajian ini. Kepentingan kajian ini bertujuan untuk
mendedahkan latar belakang salasilah dan kehidupan Tok Ku Paloh dalam membina
tamadun islam di Terengganu.
Selain itu, kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan pengetahuan
baru tentang peranan Tok Ku Pagoh dalam mengembangkan dakwah islam kepada
masyarakat serta membina politik atau pentadbiran berasaskan islam di Terengganu. Oleh
demikian, ini dapat menjadi faktor utama dalam meningkatkan semangat dakwah
sepertimana yang dilakukan oleh Tok Ku Paloh terhadap masyarakat dan juga generasi
muda pada hari ini.
Seterusnya, pengkaji juga berharap kajian ini dapat menambah khazanah sejarah
tempatan tentang ulama Tok Ku Paloh yang berjasa dalam pembinaan dan perkembangan
tamadun islam di Terengganu. Justteru itu, kajian ini dapat dijadikan sebagai sumber
rujukan dan panduan kepada pengkaji lain pada masa hadapan yang ingin mengkaji
mengenai tokoh ulama Tok Ku Paloh.

5. SOROTAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian terdahulu yang membincangkan peranan dan sumbangan Tok Ku
Paloh berdasarkan sejarah perkembangan islam di Tanah Melayu khususnya di negeri
Terengganu.

3
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

Terdapat buku karya Khoo Kay Kim (1980) iaitu buku Islam di Malaysia
membincangkan tentang berkenaan dengan Syed Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus
atau dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Penulis membahas mengenai kedatangan orang Arab ke
Acheh, Siak, Palembang dan Pontianak pada abad ke-17. Di Terengganu, penglibatan
golongan Syed al-Idrus dalam pentadbiran serta dakwah islam telah berkembang dalam
masyarakat di negeri ini khususnya di Chabang Tiga. Penulis juga memaparkan berkenaan
penghijrahan yang berlaku oleh Sayid Alawiyyin pada abad ke-18 ke Terengganu. Tambahan
pula, buku ini mengupas tentang riwayat kehidupan Tok Ku Paloh yang mempunyai
keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Tambahan pula, perbincangan di dalam buku ini
menunjukkan salasilah keluarga Tok Ku Tuan Besar dan keluarga anaknya Tok Ku Paloh.
Kelebihan buku ini ialah penulis memberikan penerangan yang terperinci mengenai cara
kedatangan islam di Tanah Melayu serta perkembangannya melalui tokoh-tokoh ulama.
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kesilapan yang dibuat oleh penulis mengenai
penyusunan nama salasilah keturuan al-Idrus apabila membuat perbandingan dengan karya
lain iaitu Ulama dan Umara: Tok Ku Paloh dan Pemerintahan Islam .8
Berdasarkan sebuah karya Abdullah Zakaria bin Ghazali (1982), iaitu “Perubahan
Pentadbiran Terengganu 1839-1941” membahas mengenai pentadbiran kerajaan
Terengganu daripada zaman kesultanan Omar hingga zaman penjajahan British dan Jepun
di Terengganu.9 Walaupun penulis membincangkan maklmat mengenai perubahan sistem
pentadbiran dan politik di Terengganu dengan tersusun dan jelas, namun penulis tidak
memberikan penjelasan mengenai sistem pentadbiran yang dijalankan sewaktu pengaruh
islam berkembang di Terengganu. Oleh demikian, struktur pentadbirang berlandaskan
agama islam tidak dibincangkan oleh penulis dalam artikel ini.
Ronald Lewcock Extract (1986) dalam karyanya iaitu Hadramout and The Walled City
of Shibam, mambahaskan mengenai masyarakat Hadhrami secara meluas tanpa melibatkan
terhadap sesebuah wilayah. Penulis juga menyatakan bahawa ulama Hadhrami telah
mengembangkan agama islam mereka ke Tanah Melayu seperti di negeri Kedah, Selangor,
johor dan juga Negeri Sembilan. Agama islam telah mempengaruhi aspek kehidupan di
Tanah Melayu dari segi adat resam, budaya, dan juga agama masyarakat. 10
Walaubagaimanapun ulama Hadhrami hanya pendakwah biasa pada ketika itu kerana
mereka tidak menetap di Tanah Melayu. Namun apabila golongan ulama ini menetap,
justeru perkembangan islam berlaku secara meluas sehinggakan tidak boleh terpisah lagi.
8
Khoo Kay Kim, et al. Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, hlm, 34-51
9
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. “Perubahan Pentadbiran Terengganu 1839-1941 Jurnal Warisan Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu, Vol 3(1), 1982, hlm 37-54.
10
Ronald Lewcock Extract, Potpourri Al-Huda Trust Fund, “Wadi Hadramout and The Walled City of Shibam ”,T.t:
Unesco Publication, 1986, hlm 138-145.

4
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

Selain itum terdapat juga perbincangan mengenai tokoh ulama penting di Terengganu iaitu
Sayyid Muhammad b. Zayn al-Abidin alAydarus (Tok Ku Tuan Besar) dan juga Abdul al-
Rahman b. Muhammad al-Aydarus (Tok Ku Paloh) pada zaman Sultan Zainal Abidin III.
Tokoh ulama ini telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran berasaskan agama
islam di Terengganu.
Karya Muhammad Abu Bakar iaitu ‘Ulama Terengganu. Suatu Sorotan’ yang
diterbitkan pada tahun 1991 telah membahaskan mengenai sejarah dan kebangkitan
golongan ulama di Terengganu. Justeru itu, kita dapat lihat interaksi yang dilakukan oleh
tokoh-tokoh agama islam dengan pemerintah dan masyarakat melalui program yang
dijalankan di pondok, masjid mahupun surau. 11 Penulis juga memaparkan mengenai faktor-
faktor utama berkaitan dengan perkembangan serta kebangkitan ulama agama dalam
sesebuah masyarakat. Antaranya ialah soal realiti sosial iaitu kehidupan berasaskan agama
merupakan satu keperluan bagi masyarakat tempatan. Justeru golongan ulama mempunyai
peluang untuk membangunkan serta menerapkan unsur-unsur agama islam dalam
kehidupan mereka. Selain itu, berkaitan dengan ulama yang didampingi oleh pemerintah.
Justeru kita melihat terdapat beberapa ulama yanag nenbuat Kerjasama dengan pemerintah
bagi menyelesaikan masalah sosial berlaku. Tambahan hubungan ulama juga diperatkan
dengan perkahwinan antara ulama dengan kerabat diraja. Ketiga, dalam persekitaran
tradisi, ulama jarang menghadapi saingan daripada golongan lain, dan ini memudahkan
mereka menerajui masyarakat dalam penghayatan Islam. 12 Selain itu, buku ini juga
menerangkan mengenai keturunan ulama yang berperanan besar dalam penyebaran dan
perkembangan islam di Terengganu, seperti Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Paloh dan Syed
Yusof Ali Al-Zawawi. Dari segi kekuatan, buku ini dapat menjadi sebagai sumber maklumat
kepada pembaca dan juga kajian ini kerana perbincangan yang dibuat oleh penulis tepat
serta dapat menyelesaikan persoalan-persoalan dalam kajian yang dilakukan.
Walaubagaimanapun terdapat kelemahan dalam buku ini iaitu penulis hanya menulis
berkaitan dengan keeturunan Tok Ku Paloh sebagai keturunan Ahluk-bait tetapi tidak
memperincikan salasilah keluarga beliau.
Berdasarkan buku Penyebaran Islam di Asia Tenggara karya Muhammad Hassan AL-
Aydrus (1996) telah menjelaskan mengenai peranan ulama Syarif, Syed atau Syaikh dalam
penyebaran islam di Asia Tenggara. 13 Penulis menjelaskan bahawa golongan ulama
memainkan peranan penting dalam perkembangan islam melalui dakwah islamiyyah ke

11
Muhammad Abu Bakar, Ulama Terengganu Suatu Sorotan,. Terengganu: Utusan & Publications Sdn. Bhd,
1991, hlm 4.
12
Ibid, hlm 4-5.
13
Muhammad Hasan Al-Aydrus

5
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

seluruh kepulauan Asia Tenggara. Secara keseluruhannya buku ini hanyalah bersifat umum,
dimana pembahasan yang dibuat oleh penulis sangat luas dan tidak menyentuh secara
khusus mengenai peranan tokoh islam iaitu Tok Ku Paloh khususnya di Terengganu.
Kelemahan yang ada pada buku ini ialah penulis tidak menjelaskan secara terperinci
mengenai peranan para syarif atau syed di Asia Tenggara. Oleh itu, sukar untuk pembaca
mengetahui dengan lebih jelas mengenai peranan yang dimainkan oleh tokoh ulama
terhadap dakwahnya di Asia Tenggara. Dari segi kekuatan, penulis memberikan penjelasan
yang cukup terperinci mengenai peranan asyraf hadramaut dan penyebaran islam secara
khususnya di Indonesia.
Dalam sebuah kupasan yang lain, penonjolan terhadap kedua-dua tokoh ulama Syed
ini dipaparkan melibatkan peranan Tok Ku Tuan Besar sebagai Mufti dan bapa
kesusasteraan, dan Tok Ku Paloh dalam peranannya dalam Pemerintahan. Tajuk kecil
perbincangan ini disentuh di dalam sebuah tersis PhD bertajuk “Pemerintahan Dan Ulama
Dalam Menghadapi Ancaman Kuasa Asing Di Terengganu Dari Tahun 1888 hingga 1948”
oleh Burhanuddin Abdullah (2011). Kajian ini tidak hanya dikhususkan kepada ulama
berketurunan Syed bahkan ia bersifat umum yang melibatkan semua ulama di Terengganu
yang telah dipilih dalam bidang kajiannya. Manakala perbincangannya pula lebih
menjuruskan kepada peranan ulama dalam pemerintahan. Walaupun dua orang ulama Syed
telah disentuh dalam perbincangan ini, namun sasarannya terhad, dan lebih menjurus
kepada pemerintahan.
Artikel jurnal “Sumbangan Tok Ku Paloh dalam Kegiatan Dakwah dan Pendidikan di
Terengganu, Malaysia” karya Razi Yaakob (2014) menjelaskan mengenai sumbangan Tok Ku
Paloh tentang dakwahnya di Terengganu. Kehadiran Tok Ku Paloh semasa pemerintahan
Sultan Zainal Abidin III telah menyebabkan dakwah islam semakin berkembang pada masa
tersebut. Kegiatan Tok Ku Paloh dalam dakwah dan pendidikan berkait rapat dengan tarikat
Naqsyabandiyah sebagai metodologi dalam pengajaran keagamaan. 14 Peranan Tok Ku Paloh
yang bekerjasama dengan sultan Terengganu telah mengukuhkan lagi institusi kesultanan
(pentadbiran islam) dan juga perkembangan islam. Hubungan kerjasama ini telah
memantapkan lagi islam bukan sahaja dalam bidang politik, malahan dalam bidang
pendidikan. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah dan pendekatan yang telah digunakan oleh
Tok Ku Paloh dalam pengajaran dan pengajian islam yang diterapkan dalam sistem
pendidikan di Terengganu pada masa tersebut. Pendekatan ini telah membawa beliau
sebagai tokoh yang istimewa terutamanya dalam bidang tasawuf. Beliau juga telah berjaya

14
Razi Yaakob. Sumbangan Tok Ku Paloh dalam Kegiatan Dakwah dan Pendidikan di Terengganu, Malaysia .
Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, 2(2). 2014. Hlm 217- 224

6
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

membentuk semangat nasionalisme dalam diri masyarakat agar menentangan kolonialisme


British. Justeru itu, artikel ini dapat membantu pengkaji mengupas sumbangan Tok Ku Paloh
dalam bidang pendidikan berasaskan islam. Namun terdapat kelemahan dalam artikel ini,
iaitu walaupun penulis menyatakan kaedah dan pendekatan yang dibuat oleh Tok Ku Paloh
dalam bidang pendidikan, tetapi penulis tidak menyatakan buku-buku yang telah dibuat
oleh Tok Ku Paloh dalam artikel ini.
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Muhammad Zakwan Azizi, Muhammad Hazim
Mohd Azhar & Mohd Hafizie Samat (2019), yang bertajuk “Ketokohan Tok Ku Paloh dan
Pengaruhnya Terhadap Gerakan Penentangan Penjajah British di Pantai Timur” mengulas
mengenai peranan dan sumbangan Tok Ku Paloh dalam penyebaran islam kepada
masyarakat dan juga politik di Terengganu. Selain itu, penulis juga mengetengahkan karya
yang ditulis oleh Tok Ku Paloh yang memberi kesan terhadap sikap anti penjajah. Antara
kitab-kitab yang dibahas iaitu Kitab “ Ma‘arij al-Lahfan li al-Taraqqi ila Haqaiq al-‘Irfan ” yang
bermaksud “Tangga Orang Yang Dahaga Bagi Naik Kepada Martabat Segala Hakikat”. Kitab
ini menekankan beberapa isi utama seperti Makrifat, tauhid, Terekat dan Hakikat. Justeru,
karya penulisan Tok Ku Paloh telah menjadi komponen penting untuk menaikkan semangat
nasionalisme dalam diri masyarakat. Ini dibuktikan apabila terdapat unsur-unsur agama
dalam perjuangan menentang kuasa penjajah. Berdasarkan kelebihan artikel ini, penulis
memberikan gambaran yang jelas kepada pengkaji mengenai kedatangan kuasa barat
menyebabkan penentangan berlaku. Peranan golongan ulama seperti Tok Ku Paloh telah
menjadi pemakin kepada semangat nasionalisme dalam diri masyarakat. Penulis juga
memfokuskan mengenai karya Tok Ku Paloh telah berjaya menanam sifat anti penjajah
dalam kalangan masyarakat setempat. Walaubagaimanapun, pembahasan yang
diketengahkan oleh penulis mengenai perjuangan yang dilakukan oleh Tok Ku Paloh tidak
dibahas dengan terperinci. Oleh demikian ini menjadi sedikit kelemahan dalam artikel ini,
kerana penulis tidak membahaskan peristiwa-peristiwa penentangan yang berlaku. 15

6. KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu metod pengumpulan data. Metod ini
digunakan untuk mengumpulkan data kajian dan pentafsiran terhadap data yang
dikumpulkan. Antaranya ialah Metod Historis, dimana metod pensejarahan mengfokuskan
mengenai kronologi dan juga latar belakang sejarah untuk mengetahui tentang

15
Muhammad Zakwan Azizi, Muhammad Hazim Mohd Azhar & Mohd Hafizie Samat. “Ketokohan Tok Ku Paloh
dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Penentangan Penjajah British di Pantai Timur”. Online Journal
Research in Islamic Studies. Vol 6(3). 2019. Hlm 13-26.

7
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

perkembangan sesebuah peristiwa itu. 16 Justeru itu, perkembangan pengaruh islam di


Terengganu dapat diliihat apabila bermulanya kedatangan islam ke Tanah Melayu yang
diterangkan secara umum oleh pengkaji. seterusnya, perkembangan islam berlaku selepas
kedatang islam di Tanah Melayu khususnya di Terengganu dan terdapat proses
perkembangan sejarah apabila munculnya tokoh ulama yang berperanan dalam penyebaran
islam. Berdasarkan pengumpulan data ini terdapat kutipan data-data primer yang terlibat
seperti data salasilah tokoh dan juga Batu Bersurat Terengganu. Selain itu, terdapat juga
kutipan dari sumber sekunder iaitu buku-buku, jurnal dan juga penulisan sarjana mengenai
peranan Tok Ku Paloh dalam perkembangan islam di Terengganu dan juga karya-karya
penulisan beliau mengenai ilmu pengetahuan islam.
Selain itu, pengkaji juga membuat analisis data. Analisis data dibuat selepas segala
data dikehendaki telah dikumpulkan. 17 Justeru itu, data yang diperoleh akan ditapis
menggunakan metod-metod yang diperlukan tidak kira sumber primer ataupun sumber
sekunder. Metod Induktif telah digunakan pengkaji dalam mengumpulkan data bagi
menjelaskan permasalahan kajian. Pengkaji menggunakan metod ini untuk menilai aspek
sejarah perkembangan islam dengan peranan atau sumbangan oleh tokoh yang dikaji. Oleh
itu, barulah pengkaji akan membuat kesimpulan bagi menjelaskan yang jelas mengenai
tokoh tersebut.
Berdasarkan analisis data juga, pengkaji menggunakan metod komperatif dalam
membuat kesimpulan melalui perbandingan fakta-fakta yang diperolehi. 18 Ini bertujuan
untuk mendapatkan maklumat atau fakta yang tepat terutamanya mengenai peranan dan
sumbangan yang dilakukan oleh tokoh ini dalam perkembangan islam di negeri Terengganu.

7. SKOP KAJIAN
Berdasarkan kajian ini, pengkaji memberikan tumpuan terhadap sejarah perkembangan
agama islam yang dilakukan oleh tokoh ulama Tok Ku Paloh di Terengganu. Oleh demikian,
salasilah, peranan dan sumbangan Tok Ku Paloh dalam perkembangan islam di Negeri
Terengganu telah menjadi sasaran kajian ini. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah
mengfokuskan kajian ini dalam beberapa aspek. Antaranya ialah kajian ini berfokuskan
mengenai salasilah dan susun alur kehidupan Tok Ku Paloh. Selain itu, pengkaji juga
mengetengahkan mengenai peranan Tok Ku Paloh dalam penyebaran islam serta
pembinaan tamadun islam berdasarkan masyarakat dan juga politik. Lokasi kajian yang

16
Earl Babbie, The Practice of Social Research. United States if Amarica: Thomson Wadsworth, 2007, hlm 341
342.
17
Idris Awang, Kaedah Penyelidikan: Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2001, hlm 37.
18
Imam Barnadib, Arti dan Metod Sejarah Pendidikan. Yogjakarta: Penerbitan FIP-IKIP, 1982, hlm 52.

8
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

difokuskan oleh pengkaji mengenai perkembangan islam hanyalah di negeri Terengganu.


Seterusnya, pengkaji juga membataskan tempoh masa kajian iaitu bermula pada tahun
1817 sehinggalah pada tahun 1918. Ini disebabkan Tok Ku Paloh dilahirkan pada tahun
1817, dan telah meninggalkan dunia pada tahun 1918.
8. PEMBAHAGIAN STRUKTUR KAJIAN
Kajian ini secara keseluruhannya mengandungi lima bab yang didahuli dengan bab I yang
menjadi sebagai bab pendahuluan, seterusnya diikuti dengan bab II (latar belakang kajian
atau penerangan salasilah), bab III, bab IV dan di akhiri dengan bab yang ke V sebagai
kesimpulan kepada kajian ini.
Berdasarkan bab satu, pengkaji akan menjelaskan tema kajian ini yang berfokuskan
sejarah perkembangan islam di Terengganu. Bab satu ini juga mengandungi permasalahan
kajian, objektif kajian, skop kajian, sorotan literatur, kepentingan kajian dan metodologi
kajian.
Pada bahagian bab dua ini, pengkaji menjelaskan mengenai latar belakang tokoh
ulama Tok Ku Paloh. Pembahasan akan dibahagikan kepada pecahan tajuk yang telah
ditetapkan oleh pengkaji. Pengaji akan menerangkan mengenai salasilah dan keluarga tokoh
Tok Ku Paloh. Seterusnya pengkaji akan membincangkan mengenai pendidikan yang
diterima oleh tokoh tersebut.
Seterusnya, pada bab yang ketiga, pengkaji akan mengupas secara terperinci
kehebatan peranan Tok Ku Paloh dalam perkembangan islam, sosial dan juga politik.
Justeru itu, pengkaji akan membahagikan kepada tiga bahagian iaitu, yang pertama
mengenai perana Tok Ku Paloh dalam perkembangan islam di Terengganu. Kedua, pengkaji
akan membahas mengenai peranan Tok Ku Paloh dalam pembinaan masyarakat
berlandaskan ajaran islam. Seterusnya yang ketiga ialah pengkaji menjelaskan secara
terpperinci mengenai peranan Tok Ku Paloh dalam membina politik dan pentadbiran
berasaskan agama islam.
Pada bahagian bab yang keempat, pengkaji memberikan penjelasan dengan
terperinci mengenai sumbangan Tok Ku Paloh dalam karya penulisannya tentang ilmu-ilmu
islam. Oleh demikian. Terdapat karya atau beberapa kitabnya yang telah ditemui oleh ahli
sejarah. Antaranya ialah kitab Tasawuf (1304 hijrah iaitu ‘ Kitab Ma‘arij al-Lahfan Ila Haqai‘iq
al-‘Irfan’ yang bermaksud ‘Tangga Orang yang Dahaga Bagi naik kepada Martabat Segala
Hakikat’ merupakan kitab yang paling masyhur. Selain itu terdapat juga kitab “ Kitab Diya’
’Uqud al-Daratay”. Seterusnya kitab yang terakhir iaitu kitab “al-’Afiyah al-Islamiyyah”
merupakan kitab mengenai perubatan.

9
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

Pada bahagian bab yang terakhir iaitu bab lima, pengkaji merumuskan secara
keseluruhan, bahawa ulama di Terengganu mempunyai jasa yang besar dalam
perkembangan pembinaan tamadun islam di Terengganu. Justeru itu, peranan dan
sumbungan beliau dalam ilmu pengetahuan islam sangat luas terutamanya dalam bidang
ilmu Tasawuf, Tafsir dan Fiqh. Malahan keperibadian Tok Ku Paloh yang karismatik dan
memiliki karamah mampu mempertahankan kerajaan Terengganu daripada penjajah British.

9. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, selepas kedatangan islam di Terengganu, pengaruh islam terus
tumbuh dan berkembang di Terengganu. Keberkesanan pengaruh ulama Tok Ku Paloh jelas
dapat dilihat melalui peranan beliau dalam bidang politik, agama dan juga kesasteraan pada
pertenggahan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Walaupun, terdapat tokoh ulama lain yang
muncul selepas pemergian Tok Ku Paloh, namun campurtangan kuasa barat ke dalam
pentadbiran kerajaan Terengganu menyebabkan perkembangan islam sedikit ketara. Justeru
itu, perjuangan yang ditunjukkan oleh Tok Ku Paloh hingga menjadikan beliau sebagai tokoh
agama islam sehingga kini. Tambahan pula, karya-karya yang ditulis oleh beliau serta
hukum hakam islam yang diterapkan masih digunapakai pada masa kini.
Oleh demikian, kajian ini dilihat penting kepada pembaca kerana kajian mengenai
tokoh ulama Tok Ku Paloh ini masih tidak ramai sejarawan terokai. Walaupun terdapat
beberapa kajian yang sudah ditulis oleh ahli sejarah tentang ulama yang sama, namun
kajian ini boleh dijadikan sebagai tambahan bagi khazanah sejarah tempatan. Selain itu,
kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan bagi pengkaji-pengkaji lain di masa
hadapan.

10
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

10. BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. 1982. “Perubahan Pentadbiran Terengganu 1839-1941 Jurnal
Warisan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu, Vol 3 (1). hlm 37-54.
Abu Bakar & Shafie. 1991. “Peranan Ulama dan Kesannya Terhadap Sikap Anti-Penjajah
Dengan Rujukan pada Pengajaran Tasawwuf Sayid Abdul Rahman Bin Muhammad
Berasaskan Karangannya Ma‘arij al-Lahfan,”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Buyong Adil. 1982. Sejarah Terengganu. Kuala Lumpur: Utusan Printcorp.
Earl Babbie. 2007. The Practice of Social Research. United States of America: Thomson
Wadswort.
Hasanudin Daud. 2009 “Islam dan Politik: Dinamika Kerjasama Tokoh Serumpun dalam
Menghadapi Penjajah,” dalam Dialog Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan
Indonesia-Malaysia. Tanjung Pinang, Indonesia. hlm 108-112.
Idris Awang. 2001. Kaedah Penyelidikan: Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Imam Barnadib. 1982. Arti dan Metod Sejarah Pendidikan. Yogjakarta: Penerbitan FIP-IKIP.
Khoo Kay Kim, et al. 1980. Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Mahayudin Haji Yahya. 1998. Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Muhammad Abu Bakar. 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan,. Terengganu: Utusan &
Publications Sdn. Bhd.
Muhammad Hasan Al-Aydrus. 1996. Peyebaran Islam Di Asia Tenggara, Asyraf Hadramaut
Dan Peranannya. Jakarta: P.T. Lentera Basritama
Muhammad Zakwan Aziz, Muhammad Hazim Mohd Azhar & Mohd Hafizie Samat. 2019.
“Ketokohan Tok Ku Paloh dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Penentangan
Penjajah British di Pantai Timur”. Online Journal of Research in Islamic Studies, vol
6(3). Hlm 13-26.

11
AJ20403 Semester 2 Sesi 2021-2022

Mohd. Taufik Arridzo Mohd. Balwi. 2006. Kitab Ma‘arij al-Lahfan Ila Haqaiq al-‘Irfan oleh
Sayid Abdul Rahman bin Muhammad bin Zayn al-‘Idrus (Tuk Ku Paloh). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Razi Yaakob. 2014. Sumbangan Tok Ku Paloh dalam Kegiatan Dakwah dan Pendidikan di
Terengganu, Malaysia. Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah , 2(2). Hlm 217-
224.
Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhammad Ikhlas Rosele, Nor Adina Abdul Kadir. 2017.
“Dimensi Jihad dalam Perjuangan Pahlawan Melayu Menentang Penjajah di Pahang.”
Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 10. Vol 1(1). Hlm 2-19.
Shafie b. Abu Bakar. 2003. Sejarah Penerimaan, Perkembangan dan Perlaksanaan Syariat
Islam, Terengganu: Panji Pustaka.
Syed Muhammad Naqub al-Attas. 1970. The Correct Date of The Terengganu Inscription ,
Kuala Lumpur: Museum Negara.
S. Othman Kelantan. 2004. Sastera Islam Citra Nurani Ummah , Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ronald Lewcock Extract. 1986. “Wadi Hadramout and The Walled City of Shibam ”,T.t:
UnescoPublication.

12

You might also like