You are on page 1of 23

PANDUAN TUGASAN KSSM SEJARAH TINGKATAN 3

Borang Pentaksiran Individu/ Muka Hadapan Tugasan Lampiran 7


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

TUGASAN SEJARAH
TINGKATAN 3
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

NURIN FARHANA BINTI JAMALUDIN


Nama Murid :

No. Kad Pengenalan :

0 6 1 0 0 7 - 1 0 - 0 2 6 6

Angka Giliran :

Tingkatan : 3 DINAMIK

Penyataan Masalah : Gerakan kebangkitan menentang pihak Barat di negara kita


merupakan kesan cetusan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terhadap hak
mereka yang dinafikan oleh pihak kolonial. Matlamat mereka adalah untuk
mengembalikan hak yang dirampas melalui pelbagai bentuk perjuangan.Bincangkan.

Dimensi Pentaksiran Tahap Skor


Penguasaan
Mengumpul Maklumat

Merancang

Mengaplikasi

Membuat Refleksi

Berkomunikasi

Etika dan Kerohanian

KESELURUHAN
PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan,
grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:…………………........................

PERAKUAN GURU PENGESAHAN GKMP

Tandatangan:…………………........................ Tandatangan:……………….....................

Nama: PUAN SITI NORFAEZAH BINTI MOHD ZUBIR Nama:………………………....………........

Tarikh: 22/10/2021 Tarikh:………………………………………


Jadual Kerja

Bil Tarikh Tajuk Tanda


Tangan Guru
1 21/9/2021 Mendengar taklimat peringkat
sekolah daripada Puan Siti
Norfaezah
2 23/9/2021 Membina pernyataan masalah

3 23/9/2021 Membina tiga persoalan kecil

4 23/9/2021 Membina tiga objektif kajian


5 21/9/2021 Menghuraikan
sekurang-kurangnya tiga kaedah
kajian
6 5/10/2021 Menyediakan laporan tugas
7 12/10/2021
Menyenaraikan sumber rujukan

8 14/10/2021 Menyenaraikan lampiran

9 22/10/2021 Menyerahkan tugasan


Objektif Kajian
1) Daripada tugasan sejarah tingkatan 3 ini, saya telah mengetahui
dan mempelajari tentang kesungguhan dan kegigihan Yamtuan
Antah untuk menentang British yang telah menggugat kedaulatan
bangsa di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
2) Daripada hasil tugasan sejarah ini juga saya dapat mencari dan
mengumpul maklumat tentang peristiwa penentangan Yamtuan
Antah yang berlaku di Paroi dan Bukit Putus untuk menentang
British.
3) Saya memperolehi nilai tentang kesungguhan dan kegigihan
dalam menegakkan kedaulatan bangsa oleh masyarakat tempatan
melalui tugasan yang saya kaji ini.
Kaedah Kajian
Sumber Internet Antara sumber internet yang digunakan bagi
mengkaji tugasan ini ialah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Yamtuan_
Antah_ibni_Almarhum_Yamtuan_Radin
https://www.jstor.org/stable/41486170
https://twitter.com/AshrafMhd

Temu bual Individu yang saya temu bual bagi


menjayakan tugasan ini ialah Cik Nur Fariha
binti Jamaludin
Analisis dokumen Antara sumber analisis dokumen yang saya
gunakan untuk kajian tugasan Sejarah ini
ialah Perjuangan Pemimpin Tempatan
Menentang British oleh Dr.
Noraini binti Mohamed Hassan.
Pernyataan Masalah
Gerakan kebangkitan menentang pihak Barat di negara kita
merupakan kesan cetusan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan
terhadap hak mereka yang dinafikan oleh pihak kolonial. Matlamat
mereka adalah untuk mengembalikan hak yang dirampas melalui
pelbagai bentuk perjuangan.Bincangkan.

Persoalan Kecil
a. Huraikan matlamat dan bentuk penentangan masyarakat
tempatan yang anda kaji?
b. Bagaimanakah masyarakat tempatan melakukan penentangan
terhadap Kuasa Barat?
c. Bagaimanakah cara kita menghargai perjuangan pemimpin
tempatan?
Laporan Tugasan
YAMTUAN ANTAH:PENENTANG BRITISH PENEGAK
KEDAULATAN BANGSA

a. Huraikan matlamat dan bentuk penentangan masyarakat


tempatan yang anda kaji

Matlamat penentangan Yamtuan Antah


adalah untuk mempertahankan hak dan
kedudukan pemerintah tempatan kesan
daripada perubahan pentadbiran Barat
yang merugikan mereka. Penentangan ini
bermula pada Mac 1872 apabila Dato’
Kelana Sungai Ujong, Dato’ Laksamana
Syed Abdul Rahman membuat perjanjian
dengan seorang British untuk membuka
lombong bijih timah di Sungai Ujong. Bak
kata resam orang
Melayu, baik mati
berdiri dari hidup melutut.Pekara ini telah
menerima tentangan yang hebat dari pakatan
Dato Syahbandar-Yamtuan Antah dari Seri
Menanti. Kemarahan orang Melayu semakin
meluap-luap apabila pada April 1874 Dato’
Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato’ Muda
Linggi pergi ke Singapura untuk membuat
satu perjanjian dengan wakil British iaitu
Andrew Clarke, yang menawarkan Sungai
Ujong berada di bawah lindungan penjajah
itu. Dato’ Kelana menghantar surat itu kepada Clarke untuk
mengalu-alukan kehadiran seorang residen untuk menasihatinya
memerintah Sungai Ujong. Akhirnya, bendera Union Jack
dinaikkan di puncak tiang berhampiran rumah Dato' Kelana di
Ampangan pada September 1874 dan disusuli istiadat tembakan
meriam sebanyak 21 das seolah-olah British ingin memberitahu
penduduk bahawa mereka berkuasa di Sungai Ujong. Lalu dengan
itu, Dato’ Syahbandar membuat keputusan untuk bertempur
dengan Dato’ Kelana tetapi akhirnya beliau dikalahkan oleh
pasukan tentera British yang kecil. Yamtuan Antah yang ketika itu
berada di seberang bukit di Seri Menanti, tidak mengambil
bahagian dalam pertempuran di Sungai Ujong tetapi beliau
bersimpati dengan kekalahan Dato’ Syahbandar. Tindakan yang
dilakukan oleh Dato' Kelana dengan mengadakan perjanjian
dengan British sebagai pemerintah bebas telah menjatuhkan
maruah. Perkara ini ada ditulis di dalam buku ‘The War With
Yamtuan Antah’ muka surat 3.

Dengan kejayaan itu, pada awal tahun 1875, PJ Murray telah dilantik
sebagai Residen British yang pertama di Sungai Ujong untuk
membantu Dato' Kelana memerintah. Murray mempunyai 68 polis,
hanya 50 daripadanya bersenjatakan senapang dan 45 orang dari
British 10th Regiment of Foot yang dibawah arahan Leftenan
Hinxman untuk mengukuhkan posisinya di Sungai Ujong. Pasukan ini
ditempatkan di Rasah,dua batu dari Residensi.

Tindakan Dato' Kelana membenarkan British bertapak di Sungai


Ujong telah mengeruhkan hubungan di antara dirinya dan pembesar
yang lain termasuk Yamtuan Antah. Pembesar lain di Negeri
Sembilan jelas tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana
membawa British masuk ke Sungai Ujong. Bagi mereka,tindakan
Dato' Kelana itu umpama mengundang penjajah untuk menjajah
negeri mereka sendiri. Lalu, pakatan pembesar menabalkan Yamtuan
Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti yang mana jajaannya meliputi
Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol.Yamtuan Antah akhirnya
tidak lagi mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.
Pada pertengahan 1875, di bawah lindungan British, Datuk Kelana
mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh Bukit Putus, sebagai
sebahagian wilayah miliknya iaitu Sungai Ujong. Perkara ini telah
mencetuskan api pertelingkahan antara Dato' Kelana dengan
Yamtuan Antah. Terachi terletak di dalam kawasan pemerintahan
Yamtuan. Ketua Terachi bersama-sama dengan ketua daerah yang
berdekatan iaitu, Ulu Muar, Gunung Muar dan Jempol tunduk
kepada kuasa langsung Yamtuan.
Keempat-empat kawasan ini adalah kawasan peribadi milik Yamtuan.
Bagaimanapun, Terachi juga telah dikaitkan dengan Sungai Ujong.
Sekiranya Dato Kelana tidak hadir di Seri Menanti, Ketua Terchi akan
bertindak sebagai wakilnya dalam menyampaikan mesej. Dalam
tempoh dari tahun 1875 di mana tiada Yamtuan yang diakui, Dato'
Kelana telah meningkatkan pengaruhnya di Terachi. Oleh sebab itu,
Dato Kelana mendakwa Terachi sebagai wilayahnya sendiri. Dengan
anggapan bahawa Terachi sudah menjadi milik mereka, pada
November tahun yang sama Dato' Kelana dan British telah bertindak
melantik orangnya menjadi pemerintah Terachi. Yamtuan Antah yang
semakin berang kemudian memecat Dato' Pemerintah Terachi yang
dilantik oleh Dato' Kelana. Residen British, Murray yang berpihak
kepada Dato' Kelana menganggap tindakan Yamtuan Antah itu
sebagai mengganggu daerah pemerintahan Dato' Kelana dan telah
melanggar undang-undang.

Pada 27 November 1875, Murray ke Terachi bersama 20 orang


askar diketuai Leftenan Hixman, 30 polis, seorang doktor dan
seorang jurukur Australia yang bernama Dominic Daly pergi ke
Terachi, dan mendapati tiada kekacauan berlaku di kawasan itu.
Tanpa diketahui Murray, Datuk Pemerintah Terachi telah beralih arah
kesetiaannya kepada Yamtuan Antah dan dia juga tidak dapat
dijumpai. Sehari kemudian, Murray kembali ke Sungai Ujong tetapi
Daly ditinggalkan di Terachi untuk melakukan beberapa tinjauan
Kampung Terachi dengan Kuala Pilah.Ketika Daly sedang berjalan di
sawah padi,dia tiba-tiba di serbu oleh kira-kira 200 penduduk
tempatan. Mereka mengarahkan senjata mereka ke Daly.
Kebanyakkan daripada mereka berlindung di belakang pokok.Seleas
disoal siasat oleh penduduk tempatan, mereka menyuruh Daly dan
orangnya balik ke Sungai Ujong.Daly yang ketakutan segera
menghantar utusan dan meminta bantuan kepada Murray di Sungai
Ujong . Kehadiran mereka itu segera dimaklumkan kepada Yamtuan
Antah. Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri
Menanti lalu Yamtuan Antah mengarahkan pasukannya seramai
kira-kira 4000 orang supaya bersiap sedia untuk menghadapi
peperangan.

b. Bagaimanakah masyarakat tempatan melakukan penentangan


terhadap Kuasa Barat?

Masyarakat tempatan melakukan penentangan bersenjata terhadap


kuasa Barat. Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir British
turut mendapat sokongan beberapa pembesar antaranya Datuk
Siamang Gagap,Tunku Besar Tampin, penduduk Rembau,Jelebu dan
Johol. Pasukan tentera Yamtuan Antah segera mendaki dan
menyeberangi Bukit Putus untuk memasuki Paroi. Di situ Yamtuan
Antah mengutus surat amaran kepada Murray supaya tidak lagi
mengganggu kedaulatan Seri Menanti dan mencerobohi Terachi.
Murray yang ketakutan melihat kebangkitan penduduk yang
dipimpin Yamtuan Antah selepas menerima surat amaran itu
meminta bantuan dari Negeri-negeri Selat. Keadaan British di Sungai
Ujong semakin genting kerana mereka khuatir penduduk akan
menyerang. Hinxman dan askar lain yang berada di Rasah, segera
menggali parit dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak
perkhemahan tentera mereka.
Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah yang seramai 200
orang berjaya menawan Paroi dan mereka membina kubu di situ di
tepi Sungai Ujong. Tidak lama selepas itu, bantuan British dari
Melaka yang terdiri daripada 20 askar dan diketuai oleh Leftenan
Peyton tiba untuk menentang kebangkitan penduduk. Dengan
bantuan tambahan,Hinxman membawa satu pasukan perang
seramai 30 askar, 30 polis dan 6 askar Arab dari Rasah untuk
menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi. Bagaimanapun sebaik
sampai sahaja sampai di Paroi, pasukan British terlebih dahulu di
serang penduduk menggunakan senapang. Bilangan penduduk
tempatan yang lebih ramai daripada pasukan Hinxman menyebabkan
British hampir dapat dikepung dan dikalahkan. Menyedari mereka
akan kekalahan mereka, askar British yang ketakutan segera
berundur dan melarikan diri ke Rasah. Tentera Yamtuan Antah
berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di tepi Sungai
Linggi. British pula semakin tertekan apabila pasukan Hinxman gagal
merampas kembali Paroi. Akhirnya British merancang untuk
melancarkan serangan yang lebih hebat menggunakan meriam milik
Dato Kelana untuk membedil pasukan tentera Yamtuan Antah.
Pertempuran yang hebat itu telah menggegarkan bumi Paroi. Selepas
satu jam berbalas tembakan, akhirnya askar British berjaya
menyeberangi paya yang terbentang di hadapan kubu Yamtuan
Antah. Mereka membawa satu pasukan tentera
British dan Arab seramai 20 orang menuju ke kubu pertahanan
Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat jalan. Dalam kebingungan,
mereka telah diburu askar tempatan.

Kekalahan dalam pertempuran sebelum itu menyebabkan


British memperkuatkan lagi serangan terhadap tentera Yamtuan
Antah. Bantuan tambahan yang dimina Murray tiba pada 8 Disember
1875 yang diketuai oleh Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Anson,
lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang yang terdiri daripada
350 askar British yang dibawa dari Melaka. Dengan menggunakan
beberapa pucuk meriam,mereka membedil kubu Yamtuan Antah.
Selepas 10 das tembakan meriam dilepaskan, pasukan Yamtuan
Antah terpaksa berundur. Pertempuran itu telah mengorbankan 37
askar British dan Arab dan telah mencederakan ramai pihak.
Paroi juga telah berjaya dirampas semula oleh pihak British. Pada 10
Disember 1875, seramai 250 orang pasukan askar Gurkha beserta
pegawainya yang seramai 32 orang datang sebagai bantuan kepada
pihak British. Pasukan meriam daripada kapal perang HMS Thistle
turut tiba di Sungai Ujong. Dengan kekuatan tentera yang ada,
Leftenan Kolonel Clay, Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong
merancang untuk menyerang Bukit Putus yang masih berada dibawah
kekuasan pengikut Yamtuan Antah. Pada Disember 1875,satu pasukan
perang yang telah diketuai oleh Murray bertolak dari Sungai Ujong
menuju ke Bukit Putus melalui Langkap. Pasukan perang seramai 280
orang pula telah diketuai oleh Clay.
Akhirnya,berlakulah pertempuran di antara British dan pejuang tempatan
di Bukit Putus. Nasib tidak menyebelahi pejuang tempatan apabila
kawasan tersebut akhirnya berjaya
ditawan oleh British. Selepas menawan Bukit Putus,Clay dan pasukan
tenteranya bergerak
menuju ke Seri Menanti.
Menyedari kehadiran
musuh,Yamtuan Antah
dan keluarganya segera
berundur dan mencari
perlindungan di Johor.

(Gambar di sebelah
merupakan lakaran strategi
pertempuran di Paroi)
Setibanya di Johor, Yamtuan Antah segera bertemu Sultan Johor, Sultan
Abu Bakar. Sultan Abu Bakar kemudian menasihati baginda supaya
berdamai dengan British. Dengan pertolongan Sultan Johor ketika itu,
pada Mei 1876, Yamtuan Antah membuat pertemuan dengan Gabenor
Singapura iaitu William Jervois. Pada November 1876, Yamtuan Antah
bersama empat pembesar dari daerah Seri Menanti,Johol dan Inas sekali
lagi menemui Gabenor British di Singapura. Dalam pertemuan itu, pihak
British bersetuju untuk berdamai dengan masyarakat setempat bagi
menunjukkan imej baik mereka. Lalu kerajaan British bersetuju melantik
Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam
Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah kekuasaan Ketua Daerah
masing-masing manakala daerah Sungai Ujong di bawah kekuasaan
British.

c. Bagaimanakah cara kita menghargai perjuangan pemimpin


tempatan?

Kita boleh menghargai perjuangan pemimpin tempatan dengan


menjadikan kisah mereka salah satu daripada silibus mata pelajaran di
sekolah. Hal ini supaya para pelajar dapat mempelajari perjuangan
pemimpin tempatan kita. Contohnya, perjuangan pemimpin tempatan
diajarkan di dalam buku teks Sejarah tingkatan 3. Kesimpulannya, kita
hendaklah menghargai jasa dan perjuangan tempatan terdahulu yang
sudah bersusah payah untuk membebaskan negara daripada penjajah
asing.
Sumber Rujukan
Buku

➔ Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan, 2018. Buku
Teks Sejarah Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Orang Sumber

➔ Nur Fariha binti Jamaludin, 17 tahun. 5, Jalan 3/23, Seksyen 3


Tambahan, Bandar Baru Bangi.

Sumber Lain

➔ Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British oleh Dr. Noraini


binti Mohamed Hassan

Internet

➔ https://ms.wikipedia.org/wiki/Yamtuan_Antah_ibni_Alm
arhum_Yamtuan_Radin
➔ https://www.jstor.org/stable/41486170
➔ https://twitter.com/AshrafMhd
Lampiran

Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 3


Sumber:Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
Sumber:https://www.jstor.org/stable/41486170

Sumber:https://www.jstor.org/stable/41486170
Sumber: https://www.jstor.org/stable/41486170

Sumber: https://www.jstor.org/stable/41486170

Sumber: https://www.jstor.org/stable/41486170
Sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Yamtuan_Antah_i
bni_Almarhum_Yamtuan_Radin
Sumber: https://twitter.com/AshrafMhd
Skrip Temubual

Nurin Farhana : Assalamualaikum Cik Nur Fariha

Cik Nur Fariha : Waalaikumussalam Farhana.

Nurin Farhana: Hari ini saya ingin bertanyakan beberapa soalan


berkaitan peristiwa perjuangan

Cik Nur Fariha : Baiklah.

Nurin Farhana : Soalan yang pertama, apakah sebab penentangan


Yamtuan Antah di Negeri Sembilan?

Cik Nur Fariha: Berdasarkan pengetahuan saya tentang penetangan


Yamtuan Antah di Negeri Sembilan, Yamtuan Antah menentang
campur tangan British di Sungai Ujong. Bagi beliau tindakan itu akan
mengugat kedaulatan bangsa.

Nurin Farhana : Soalan yang seterusnya, pada pendapat cik,


bagaimanakah kita menghargai perjuangan pemimpin tempatan?

Cik Nur Fariha : Pada pendapat saya, kita perlulah sentiasa


mengingati perjuangan pemimpin tempatan dan tidak melupakan jasa
mereka. Hal ini dapat dilakukan dengan cara selalu menceritakan
kisah-kisah perjuangan sejarah Yamtuan Antah pada setiap generasi
barunya. Catatan sejarah, peristiwa penting, semangat perjuangan,
dan sebagainya harus selalu disampaikan pada para generasi muda
kerana pastinya didalam cerita tersebut terdapat makna-makna yang
perlu ditanam dalam diri generasi pada masa kini.
Nurin Farhana : Baiklah. Terima kasih Cik Nur Fariha kerana sudi
menjawab soalan-soalan yang saya berikan

Cik Nur Fariha : Sama-sama

You might also like