You are on page 1of 19

KAJIAN KES SEJARAH

TINGKATAN 3

BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN


NAMA:
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA

1. 17/10/202 • Menerima taklimat dari guru subjek


3 sejarah tentang tugasan
yang diberikan
2. 18/10/202 • Guru menerangkangkan tentang
3 penyataan masalah kajian

3. 21/10/202 • Membuat rujukan awal tentang tajuk


2 tugasan yang diberikan.

4. 24/10/202 • Membuat rujukan lanjut melalui


2 laman social,buku teks dan nota
5. 2/10/202 • Membuat
pengenalan,penghargaan,objektif
kajian dan penyataan masalah.
6. 20/11/202 • Membuat isis kandungan Isi
3 kandungan:
- Peristiwa penentangan
- Menjadi Buruan British
- Faktor penentangan Beliau
- Kesan penentangan
- IKtibar yang diperoleh
1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu


bapa saya iaitu yang membantu memberikan dorongan
dan semangat untuk saya dalam menghasilkan kajian kes
ini dengan lancar.

Tidak dilupakam juga guru subjek sejarah saya, Encik


Rozali Bin Zakaria yang memberi panduan dan bimbingan
kepada saya untuk menyelesaikan kajian kes ini dengan
betul .
Pendahuluan
Gerakan kebangkitan menentang kuasa Barat di negara
kita merupakan kesan cetusan rasa tidak puas hati
masyarakat tempatan terhadap hak mereka yang
dinafikan oleh British.Matlamat mereka adalah untuk
mengembalikan hak yang dirampas melalui pelbagai
bentuk perjuangan.

Perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh kuasa


Barat yang sangat berbeza daripada system pentadiran
tradisional sedia ada telah memberikan kesan terhadap
kuasa pemerintah dan masyarakat
tempatan.Kesannya,mereka bangkit dengan nekad
mengusir kuasa Barat dari tanah air.

Pada permulaannya, kebangkitan tersebut menampakkan


kejayaan yang membanggakan.Namun Begitu,akhirnya
masyarakat tempatan terpaksa mengalah dengan kelebihan
strategi dan teknologi yang digunakan oleh kuasa barat
untuk menewaskan kebangkitan tersebut.

Pengenalan

Dato’ Bahaman

Dato’ Bahaman,atau nama sebenarnya Abdul Rahman


bin Tuanku Imam Nuh ialah seorang pahlawan Melayu
terkemuka di Pahang,Tanah Melayu semasa zaman
pendudukan British.Beliau juga merupakan salah
seorang Orang Besar bagi Sultan Pahang,dan
berpengaruh di Kawasan Semantan,Pahang .Nama lain
bagi beliau ialah Dato’Setia Perkasa Pahlawan Semantan
Orang Besar Temerloh.
Beliau terlibat dalam penentangan British dan mengetuai
penentangan tersebut disebabkan ketidakpuasan hati
Orang-orang Besar Pahang terhadap campur tangan
British ke atas Kawasan mereka.

3.0.penyataan masalah

Penyataan masalh bagi kajian ini ialah Kedatangan


Barat dan perubahan dalam pentadbiran yang
dilakukan oleh pihak British telah menyebabkan
penentangan oleh masyarakat tempatan. Sistem
pentadbiran Barat memberi kesan terhadap kuasa
pemerintahan dan kehidupan masyarakat tempatan.
Sejauh manakah pentadbiran Barat telah
menyebabkan muncul semangat patriotisme
masyarakat tempatan dalam menentang British?
2.1 Persoalan

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:

• Apakah peristiwa penentangan Dato/Bhaman


terhadap British?
• Apakah Faktor-faktor yang menyebabkan
Dato’Bhaman menentang British?
• Apakah impak atau kesan penentangan tersebut
terhadap British dan Masyarakat tempatan?
• Apakah iktibar yang boleh diambil berdasarkan
peristiwa penentangan tersebut?
3.0 objektif kajian

Terdapat beberapa objektif kajian yang disasarkan dalam


penghasilan kajian kes sejarah tingkatan 3 ini.Antaranya
ialah:

1. Menjelaskan biodata Dato’ Bahaman.


2. Mengetahui faktor-faktor penetangan Dato’Bahaman
terhadap British.
3. Menghuraikan peristiwa penentangan Dato’Bahaman
terhadap British.
4. Mengambil iktibar terhadap penentangan tersebut.
4.0 kaedah kajian
Kaedah Rujukan:

4.1 rujukan buku


Buku teks sejarah tingkatan 3 yang ditulis oleh
Dr.Azharudin bin Mohamed dali,Ridzuan bin
Hassan dan juga Muslimin bin
Fadzil.Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur pada tahun 2018.

4.2 Rujukan Internet


Melayari laman sesawang seperti:
• https://negeripahang.com/faktor-penentangan-dato-
bahaman
• Dato' Bahaman - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia
bebas
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut
mengenai salah seorang Penentang masyarakat
tempatan yang menentang pihak British.

5.0.Peristiwa penentangan

Disebut-sebut Dato’Bahaman mengetuai perang


Semantan kerana rasa ketidakpuasan hati Orang-
orang Besar Pahang terhadap campur tangan
British ke atas Kawasan mereka. Ketegangan itu
bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A
Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di
Lubuk Terua yang terletak di Kawasan
Dato’Bahaman,tanpa sebarang perundingan
denagnnya.

Apabila Hugh Clifford,Pemangku Residen British


Pahang,mengetahui hal tersebut,beliau
menasihatkan Sultan dan baginda kemudian
menitahkan Dato’Bahaman supaya pergi ke Pekan
agar perkara itu dapat disiasat.Oleh sebab
Dato’Bahaman enggan ke Pekan,Sultan
mengeluaran surat perintah yang melucutkan
pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya
Semantan.
Tindakan itu mengguris hati
Dato’Bahaman,keadaan ini menyebabkan beliau
dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap
C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15
Disember 1891 ketika beliau myangka
Deaborough dating untuk menangkapnya.
Dalam serangan secara mengejut
itu,pihakDeaborough telah kalah dan mereka
melarikan diri ke Bandar Temerloh.Setelah
terjadinya peristiwa di Semantan itu,pegawai-
pegawai British Pahang menyediakan tentera
umtuk melawan pembangkang-pembangkang
Melayu.

Ekoran dari tu,Pada 21 Disember 1891,satu


pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku
Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang
merupakan kubu kedua pertahanan
Dato’Bahaman.Di sini,berlaku sekali lagi
pertempuran antara pihak British dengan
Dato’Bahaman tetap pihak British sekali lagi
ditewaskan.

5.1.Menjadi Buruan British

Pada Tahun 1892,Dato’Bahaman Berjaya


menawan semula Lubuk Terua.Perjuangan
Dato’Bahaman menjadi lebih hebat kerana
dibantu oleh Tok Gajah.Mei 1892,Inggeris telah
menyerang Lubuk Terua lagi.Pejuang Pahang
terpaksa berundur ke Kelantan dan
Terengganu.Pada 29 Jun 1894,Kuala Tembeling
dan Jeram Ampai Berjaya ditawan oleh
dato’Bahaman Bersama 100 orang pengikutnya
tetapi diserang oleh Angkatan inggeris yang
menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan.Di
Kelantan,Dato’Bahaman mendapat perlindungan
dari ayah kepada Tok Janggut

Sir Hugh Clifford,Residen British di Pahang


membuat serangan besar-besaran memburu
mereka sehingga ke Terengganu dan
Kelantan.Gerakan itu dihentikan pada November
1895 apabila khabar angin mengatakan
Dato’Bahaman menyerahkan diri kepada Siam
tetapi diberi tempoh perlindungan dan
ditempatkan di Cheingmai pada awal
1896,manakala Tok Gajah dan Mat Kilau
diberitakan meninggal di Terengganu

6.0.Faktor-Faktor penentangan Dato’Bahaman.

1. Hilang Hak mengutip Cukai

Dato’Bahaman telah menentang Tindakan British


Yang melantik E.A Wise sebagai Pegawai Majistret
dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh.Akibat
dari penentangan tersebut beliau dilarang
mengutip cukai di daerah kekuasaannya.

2. Pembinaan Balai Polis

E.A Wise telah bertindak mendirikan balai polis di


Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu
dengan Dato’bahaman.ini mengakibtakan konflik
antara Dato’Bahaman dengan British menjadi
lebih serius.

3, Pelucutan Gelaran

Hugh Clifford menganggap Dato’Bahaman


sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi
arahan pihak British.Pihak British telah memaksa
Sultan Ahmad ang merupakan Sultan Pahang
Ketika itu untuk melucutkan gelaran
Dato’bahaman.Tindakan British itu memalukan
beliau dan bersumpah akan menghalau British
keluar dari Negeri Pahang.

7.0.Kesan penentangan Dato’Bahaman


• Dato’ Bahaman dan pengikutnya
memperlihatkan keberaniannya dalam
menentang British.
• Kedudukan British di Pahang tergugat dengan
semangat Patriotisme pahlawan Pahang.
• Kebangkitan ini berlansung selama 4 tahun
iaitu dari tahun 1891 sehingga 1894
• Pihak British menanggung hutang yang banyak
• Sultan Wan Ahamd dipaksa oleh British untuk
melangsaikan hutang tersebut.

IKTIBAR
Kita seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa
penentangan ini bahawa jika semua rakyat Bersatu padu dalam
menetang kuasa luar yang cuba untuk mencampur tangan
dalam urusan negara.
Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang
tanah air , sudah pasti timbul kesedaran dalam diri
masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan
mereka pada zaman tersebut.

Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di


negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita
contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat
bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan
pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan
kepada kejayaan menentang penjajah.Dalam
penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin
serta gigih berusaha akan membuahkan hasil.

Sewajarnya , kesedaran ini merupakan aspek penting


yang perlu deterapkan dalam diri kita.Nilai ini amat
diperlukan dalam memelihara keharmonian seterusnya
melahirkan rasa kecintaan terhadap bumi bertuah
ini.Sikap bersederhana dan tolak ansur juga adalah
faktor penting dalam pembentukan negara dan bangsa
di Malaysia.
RUMUSAN

Kajian ini telah menunjukkan kebangkitan masyarakat


tempatan dalam menentang British yang cuba untuk
mengambil alih pentadbiran.Dasar pentadbiran British yang
mengancam kedudukan Raja dan rakyat turut merasai kesan
ini apabila dipaksa untuk membayar cukai yang tinggi serta
hak sebagai rakyat dan Kawasan dirampas oleh kuasa luar
dengan mudah.Masyarakat tempatan yang berani dalam
mempertahankan hak asasi tampil untuk menghalau British
dari tanah air dengan pengorbanan yang besar.

Rujukan
Laman Sesawang:

• https://negeripahang.com/faktor-penentangan-dato-
bahaman
• Dato' Bahaman - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia
bebas
Buku Teks:

Buku teks sejarah tingkatan 3 yang ditulis oleh Dr.Azharudin bin


Mohamed dali,Ridzuan bin Hassan dan juga Muslimin bin
Fadzil.Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada
tahun 2018.

Lampiran

You might also like