You are on page 1of 7

1.

Objektif Kajian

Kajian folio sejaah ini adalah bertujuan untuk :


1.

mengenali dan mengetahui sejarah salah satu pahlawan perjuang kemerdekaan

2.

mengetahui perjalanan sebenar perjuangan tokoh Mat Salleh

3.

mempelajari semangat mempertahankaan tanah air

2.0

Kaedah Kajian

Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah seperti:


1.

pembacaan buku teks sejarah tingkatan dua.

2.

melayari internet

3.0

Hasil kajian

3.1

BIODATA

Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, adalah pejuang Sabah
yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau
pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku ajau dan
uluk. Ibunya daripada suku Bajau dan ayah, Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan
berbangsa Suluk. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan
Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga
Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.

3.2

FAKTOR MAT SALLEH MENENTANG SBUB

i.

PERJUANGAN JIHAD

Kebangkitan Mat Salleh berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang
Sepanyol di selatan Filipin .
ii.

PERATURAN YANG MEMBEBANKAN

Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru
seperti amalan buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat.

iii.

PERCUBAAN BERUNDING GAGAL

Pada bulan Ogos 1895 , Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke
Sandakan untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh . Beliau ingin berunding
tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan .
Mat Salleh tidak dilayan dan setelah menunggu selama sepuluh hari , beliau meninggalkan
Sandakan .
iv.

PERKAMPUNGAN DIBAKAR

Gabenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB . Oleh itu , SBUB
bertindak dengan membakar dan memusnahkan kampungnya. SBUB menawarkan hadiah
sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya .

3.3

KRONOLOGI PERISTIWA

i.

Julai 1897 - Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.

ii.

Nov 1897 - Mat Salleh menyerang Ambong

iii.

William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh .
Oleh itu , beliau menawarkan perdamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh

iv.

April 1898 - rundingan antara Mat Salleh dengan William Cowie di Manggatal dan
Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan

v.

1899 - SBUB tidak menepati janji dan telah mengambil alih pentadbiran Tambunan .

vi.

Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan semula penentangan dengan membina kubu
di Teboh, Tambunan .

vii.

Pihak SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran .

viii.

Jan 1900 - SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh. Dalam petempuran itu, Mat Salleh
telah terkorban.

ix.

Julai 1902 - British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh .


Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Stor dan Kamunta .
3

3.4

PERJANJIAN APRIL 1898

Antara syarat perjanjian ialah :


1.

Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan .

2.

Penduduk Inanam yang telah melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali
semula .

3.

Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan .

4.

Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.

4.0

RUMUSAN

Banyak yang saya dapat pelajari tentang tokoh Mat Salleh. Saya dapat mengetahui sejarah
perjuangan Mat Salleh dengan lebih jelas. Saya juga dapat melihat dan mempelajari semnagat
perjuangan seorang tokoh kemerdekaan melalui kajian ini, di samping itu saya juga
memahami bahawa mempertahankan kemerdekaan itu amat berharga.

5.0

RUJUKAN

(a)

Buku teks sejarah tingkatan 2

(b)

tingkatanduasejarah.blogsport.my

(c)

www.slideshare.net

(d)

http//ms.wikipedia.org/wiki/Mat Salleh

(e)

http:/www.sabah.gov.my/bm/kenalimuziumsabah/matsalleh

6.0

LAMPIRAN

You might also like