You are on page 1of 7

TUGASAN

KOD KURSUS : MPU13012


NAMA KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM
TOPIK 4 : ISLAM DAN CABARAN SEMASA DI MALAYSIA

Nama Pelajar : Muhammad Fahmi Mustaqim B Muhammad Fauzi


No. Kad Matrik : M12SPL21F015
No Kad Pengenalan: 030110141013
Sesi : SPL 2

DISEDIAKAN UNTUK : Encik Mohd Rozaimi Bin Ahmad


SENARAI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKASURAT
1 Pengenalan 3
2 Isu salah faham terhadap islam 4
3 Huraian berkaitan 5
4 Contoh berkaitan 6
5 Rumusan 7
PENGENALAN
Islam merupakan agama yang paling banyak disalahfahami oleh manusia.
Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan
Islam, malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai
tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan
kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam. Semua ini berlaku kerana kejahilan
terhadap hakikat agama Islam itu sendiri. Topik ini akan membincangkan beberapa
contoh salah faham terhadap Islam dan jawapannya berdasarkan ajaran Islam yang
sebenar.
Isu salah faham terhadap islam.
Isu-isu yang berkaitan agama merupakan antara isu yang
signifikan kepada hubungan etnik di Malaysia kerana agama
merupakan salah satu identiti utama etnik-etnik di Malaysia. Ia
merupakan isu yang mempunyai potensi untuk mencetuskan salah
faham, prejudis, perasaan tidak puas hati serta konflik dalam
hubungan inter-etnik (antara orang Islam dan bukan Islam) di
Malaysia.
Isu yang sering dibangkitkan adalah isu penindasan umat Islam
terhadap kaum Wanita. Umat islam sering mendapat tomahan dan
kritikan seolah-olah kaum Muslim menghambakan kaum Muslimah.
Mereka bertanggapan bahawa Islam adalah musuh wanita dan
menjatuhkan taraf serta menghancurkan kebebasan wanita.
HURAIAN BERKAITAN
Gerakan feminisme barat menuntut hak kesamarataan antara
lelaki dan wanita. Hal ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat
Islam sehingga menuntut hak persamaan dalam hukum syara’ antara
lelaki dan wanita. Perbezaan syara’ dianggap tidak adil dan
mewujudkan diskriminasi antara hak lelaki dan wanita.
Al-Quran telah memberi garis panduan yang jelas dari segi asal
usul wanita. Walaupun dari pandangan umum masyarakat, wanita
berupaya berperanan dalam rumah tangga dari segi ekonomi dan
menjamin kestabilan sosial tetapi hukum syarak perlu ditegakkan bagi
melestarikan kelansungan insan.
CONTOH BERKAITAN
Pada hakikatnya, pandangan dan penilaian ini adalah tidak
benar dan palsu. Hal ini kerana, apa yang diajar Rasulullah SAW ialah
menaikkan martabat wanita. Kupasan ini dapat kita lihat seperti mana
sebelum zaman pemerintahan nabi Allah SWT seperti Zaman Jahilliah,
anak perempuan akan dibunuh. Selain itu, pada Zaman Empayar Rom
dan Greek, kaum wanita bandar sahaja yang dilayan baik. Seterusnya,
pada zaman Revolusi Industri, kaum wanita dan kanak-kanak dipaksa
bekerja didalam sektor perkilangan seperti buruh paksa. Akhir sekali,
pada Perang Dunia Pertama, wanita yang kematian suami di medan
perang harus melakukan hubungan seks sebagai sumber pendapatan
bagi menyara keluarga.
RUMUSAN
Kesimpulannya, Al-quran perlu dijadikan panduan dalam ilialai
sesuatu hukum yang berkaitan dengan gender supaya tuntutan
persamaan hak antara lelaki dan wanita sewajarnya mengikut tuntutan
syara’ dan mengelakkan umat Islam terpengaruh dengan pemikiran
femenisme barat.

You might also like