You are on page 1of 5

FOLIO KARANGAN BAHASA MELAYU

KELAS: 5K2
NAMA GURU: PN. HAIRATULNORZILI BINTI IBRAHIM

Tajuk: Kebaikan Dan Keburukan Kad Kredit


Ahli kumpulan 1 (5K2)
1) Fredric Ngok Xin Cher
2) Aron Ajuna
3) Tan Zhen Tin

Isi-

1) mempercepatkan transaksi jual beli


2) tidak perlu membawa banyak wang tunai
3) samasa transaksi jual beli lebih cepat
4) senang muflis
5) menaikkan golongan muflis di Malaysia

Isi 2:
Kad kredit membawa banyak manfaat kepada pemilik kad kredit kerana
mereka tidak perlu membawa banyak wang tunai semasa transaksi jual beli. Hal ini
dikatakan demikian kerana dapat menjamin keselamatan pemilik kad kredit tersebut.
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan adalah jika pemilik
kad kredit telah dirompak, mereka hanya akan mengalami kerugian sedikit sahaja.
Hal ini dikatakan demikian kerana, pemilik kad kredit boleh menelefon bank untuk
membatalkan semua transaksi jual beli yang dilakukan oleh perompak itu. Ekoran
daripada isu itu, pemilik kad kredit tidak perlu bimbang dan boleh mengurangkan
risiko kecurian kerana bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Pendek
kata, penggunaan kad kredit membawa banyak kebaikan daripada penggunaan
wang tunai.
Tajuk:Kepentingan Mengamalkan Perpaduan Kaum Dalam Kalangan Malaysia
Ahli Kumpulan 2 (5K2):
1.Sem Li Xiang
2.Lee Li Chin
3.Tan Chong Yong
4.Chia Yih Chong

Isi:
1.dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka
2.dapat mengelakkan semangat assabiah
3.dapat membangunkan ekonomi negara
4.meningkatkan imeg negara
5.menarik ramai pelancong

Isi 4

Meninjau dari skop yang lebih luas, perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan imej negara di mata dunia.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini sudah berada di
mata masyarakat dunia ekoran daripada usaha kerajaan yang berterusan membina
negara yang disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada pada Perdana
Menteri yang keenam, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi perintis untuk
meletakkan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-
negara maju yang lain. Ketokohan yang ada pada beliau telah menjadikan negara-
negara dunia ketiga sebagai model dan orang yang boleh bersuara untuk membela
nasib mereka di pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia juga dikenali di
pentas antarabangsa adalah kerana kestabilan masyarakat yang wujud di negara
kita. Sebagai buktinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf
Malaysia sebagai negara yang ke-9 paling aman di dunia berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh sebuah badan bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Hal ini
sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan sedemikian adalah kerana
masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan menjadi aman dan
harmoni.
Tajuk: Langkah-Langkah Memupuk Semangat Patriotisme

Ahli-ahli Kumpulan 3 (5K2):

1) Michelle Ng Wen Teng


2) Florence Chuang Jie Ying
3) Tan Ke Yin
4) Yee Ze En
5) Chan Wei Fei

Isi:

1) Menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara


2) Ibu Bapa mendidik anak anak sejak kecil lagi
3) Pihak sekolah mengadakan Hari Kemerdekaan
4) mencapai visi wawasan 2020
5) Meningkatkan mutu negara

Isi 2:
Pada lontaran idea yang seterusnya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak
sejak kecil lagi. Ibu bapa dianggap sebagai radar yang menunjukkan hala tuju
kepada anak-anak. Hal ini disebabkan oleh anak-anak yang diibaratkan sebagai kain
yang putih kerana mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik dengan
perkara yang buruk. Oleh itu, sebagai ibu bapa berperanan untuk mencorakkan
anak-anak kerana akan mereka mencontohi segala perbuatan ibu bapa mereka. Ibu
bapa juga memainkan peranan yang dominan dalam menerapkan semangat
patriotisme dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah
membawa anak-anak menyertai Sambutan Hari Kemerdekaan. Ibu bapa juga boleh
mengajar nilai-nilai murni seperti cinta akan negara, rasional dan bertanggungjawab.
Segala semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut
akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan. Konklusinya,
peranan ibu bapa adalah sangat penting untuk memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Tajuk: Kebaikan Media Sosial

Ahli-ahli Kumpulan 4 (5K2)


1. Lee Chee Eng
2. Jovine Yong Zi Ying
3. Tan Boon Ooi
4. Lee Zhi Xian
5. Chen Seah Chung

Isi:
1. Kemahiran menguasai pelbagai bahasa
2. Mendapat hiburan
3. Menyebarkan maklumat
4. Memudahkan perhubungan
5. Menjimat Masa

Isi 3:
Kebaikan menggunakan media sosial yang berikutnya ialah menyebarkan
maklumat. Dalam konteks ini, para pengguna boleh memanfaatkan media sosial
untuk berkongsi sesuatu maklumat yang terkini bersama-sama rakan yang lain
dalam talian. Tambahan pula, kos untuk menyebarkan maklumat melalui media
sosial lebih murah berbanding dengan kaedah konvensional. Misalnya, para
pengguna boleh menggunakan media sosial untuk menghebahkan maklumat
tentang pelajaran dengan menggunakan WhatsApp, Twitter atau Facebook di rumah
masing-masing. Mereka juga boleh menyebarkan maklumat tentang isu semasa di
dalam atau di luar negara dan berkongsi idea dengan pengguna internet yang lain.
Hal ini dapat mengelakkan pengguna menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Tuntasnya, menyebarkan sesuatu maklumat dengan pantas dan menjimatkan kos
merupakan antara faedah yang diperoleh menerusi penggunaan media sosial dalam
kalangan masyarakat.
Tajuk:Kepentingan Rumah Terbuka

Ahli kumpulan 5 (5K2):


1.Lim Jia Huey
2.Jocelyn Khoo
3.Yong Chyi Hsiuan
4.Sia Yee ling
5.Loh Chia Yee

Isi 1:
1. Mengeratkan perpaduan kaum.
2.Memahami budaya kaum lain.
3.Daya tarikan kepada palancong asing.
4.Merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan .

Isi 2:
Amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami budaya
kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu besama-sama walaupun mereka
mempunyai latar belakang, budaya,dan agama yang berbeza. Pada masa yang
sama, Amalan ini juga akan mendedahkan mereka kepada adat resam dan pantang
larang rakan-rakan mereka sendiri. Hal ini bertepatan dengan kata pepatah melayu
iaitu tak kenal, maka tak cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan
Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang
Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari
budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat
toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Tuntasnya, budaya dan
adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.

You might also like