You are on page 1of 22

BANK SOALAN

BAHAGIAN
PENULISAN
C
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Kedaulatan sesebuah negara, bukan lagi semata-mata dipengaruhi oleh faktor


ketenteraan tetapi dari faktor yang lain juga. Jelaskan pernyataan ini.

2 Pengurusan sisa pepejal yang sistematik perlu dilaksanakan dengan teratur supaya
kesan negatifnya tidak berlaku. Bincangkan kesan sekiranya masalah ini berterusan dan
langkah pengurusan sisa pepejal yang baik.

3 Kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi untuk meningkatkan produktiviti dan


mutu perkhidmatan awam di negara ini selaras dengan Dasar Pelan Integriti Nasional
(PIN). Jelaskan usaha-usaha untuk mencapai hasrat murni tersebut.

4 Selain bilangan penduduk, kualiti dan taraf kehidupan rakyat merupakan elemen
penting dalam pembangunan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran
yang perlu dihadapi untuk mencapai tujuan tersebut. Pada pandangan anda, apakah
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara kita dalam usaha mencapai sasaran
pertambahan penduduk negara?

5 Pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah wujud di negara kita.
Kewujudannya mempunyai masalah tersendiri. Bincangkan.

6 Belakangan ini masalah pencemaran sungai merupakan suatu cabaran daripada


pembangunan negara. Pada pandangan anda, apakah faktor yang menyebabkan situasi
ini berlaku dan nyatakan kesan pencemaran ini kepada manusia dan alam sekitar.

7 Salah satu cabang untuk melahirkan modal insan berkualiti ialah peningkatan tahap
kesihatan yang baik dalam kalangan rakyat. Bagaimanapun terdapat statistik yang
agak membimbangkan, iaitu bertambahnya bilangan rakyat Malaysia yang menghidap
penyakit diabetes.

Pada pandangan anda apakah punca bertambahnya masalah ini dan cadangkan langkah
menanganinya.

8 “Walaupun kesan buruk merokok telah diketahui ramai, namun bilangan perokok di
seluruh dunia tidak melihatkan banyak penurunan.”

Bincangkan kesan merokok dan langkah mengatasi tabiat yang negatif itu.

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
9 Pengubahan wang haram merupakan suatu ancaman besar terhadap sesebuah negara.
Jelaskan mengapakah keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah mengawal dan
membendung masalah ini.

10 Golongan belia merupakan tonggak kemajuan negara. Pada pendapat anda,


bagaimanakah golongan belia boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

11 Pergaulan yang tidak sihat dalam kalangan segelintir golongan muda atau remaja boleh
mengundang pelbagai masalah kepada negara. Oleh itu, langkah yang sewajarnya perlu
dilakukan bagi menangani gejala ini. Bincangkan.

12 Hasrat untuk memajukan bidang sains dan teknologi di negara ini adalah selaras dengan
keperluan negara kita. Oleh itu, usaha yang gigih perlu dilaksanakan. Bincangkan
usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk mencapai keperluan tersebut.

13 Malaysia berhadapan dengan cabaran globalisasi yang begitu pantas melanda seluruh
dunia. Oleh itu, pihak kerajaan perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran
tersebut.

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
JAWAPAN CADANGAN
SOALAN 1

Pengenalan
Kedaulatan sesebuah negara perlu dipertahankan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan
negara. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjamin kedaulatan negara.

Idea A: Faktor-faktor
Idea 1: Ketenteraan (idea wajib)
• Ketenteraan merupakan alat pertahanan sesebuah negara
• Malaysia menyediakan peruntukan membiayai peralatan ketenteraan dan
tentera yang terlatih
• Kekuatan tentera boleh menakutkan musuh
• Misalnya, sesebuah negara tidak berani menyerang negara lain yang mempunyai
kekuatan yang seimbang atau yang lebih baik
Idea 2: Perpaduan rakyat
• Perpaduan rakyat menyebabkan lahir semangat mempertahankan negara
daripada sebarang ancaman
• Rakyat akan hidup dalam keadaan rukun dan damai, dapat mengelakkan
perpecahan yang menjadi duri dalam daging kepada kemajuan negara
• Perpaduan rakyat dapat membawa kesepaduan
Idea 3: Pengetahuan agama/moral
• Jika mempunyai pengetahuan agama/moral yang tinggi, sebarang ancaman
terutamanya ancaman pemikiran boleh diatasi
• Pengetahuan agama/moral yang baik akan menjadi benteng
• Hal ini disebabkan ancaman terhadap kedaulatan negara kini bukan semata-
mata dalam bentuk kekerasan tentera sahaja tetapi terarah kepada serangan
pemikiran
Idea 4: Hubungan luar
• Hubungan dengan negara jiran penting untuk mewujudkan hubungan baik
• Malaysia menjalankan hubungan dasar luar dalam bentuk berkecuali disebabkan
Malaysia tidak mahu terikat dengan sesebuah negara kerana bimbang boleh
menimbulkan persaingan negara yang lain
• Malaysia melaksanakan dasar Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
dan Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) agar semua negara menghormati
pendirian negara lain
Idea 5: Kekuatan ekonomi
• Ancaman oleh sesebuah kuasa luar terhadap negara lain boleh dilakukan dalam
bentuk ekonomi

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3
• Malaysia pernah mengalami serangan ekonomi melalui tekanan penurunan nilai
mata wang dan penurunan harga saham sekitar tahun 1997−2000.
• Malaysia mampu berdikari apabila melaksanakan penyusunan semula ekonomi
dan berjaya keluar daripada cengkaman ekonomi oleh George Soros, penyangak
mata wang dunia
Idea 6: Faktor politik
• Politik yang aman dalam sesebuah negara dapat mengelakkan pemberontakan
massa
• Politik yang aman lahir daripada sokongan rakyat kepada pemerintah
• Selain itu, pemerintahan yang baik (good governen) juga akan menyebabkan
rakyat menyukai pengurusan sesebuah pentadbiran
Kesimpulan
Kedaulatan sesebuah negara perlu dipelihara agar kehidupan masyarakat dan kemajuan
negara dapat dilaksanakan dengan baik.
Format jawapan: 1+4 (Idea 1 adalah wajib)

SOALAN 2

Pengenalan
Sisa pepejal ialah bahan buangan daripada pelbagai kegiatan seperti aktiviti isi rumah yang
menghasilkan sampah, selain daripada kegiatan pembinaan yang menghasilkan sisa binaan.

Idea A: Kesan negatif


Idea 1: Menjejaskan kualiti alam sekitar
• Sisa pepejal sampah mendatangkan bau yang busuk
• Tanah akan dicemari dengan bahan sisa yang tidak menyenangkan
• Lelehan air sampah akan mencemarkan tanah
Idea 2: Menjejaskan kesihatan
• Bau yang busuk akan mengganggu sistem pernafasan
• Boleh menyebabkan lalat dan tikus bersarang dan menyebarkan pelbagai jenis
penyakit seperti taun
• Haiwan ini akan memasuki rumah penduduk dan menyebabkan makanan
dicemari dengan kotoran dan merebaknya pelbagai penyakit seperti penyakit
taun
Idea 3: Menjejaskan sumber air bawah tanah
• Sumber air bawah tanah akan tercemar apabila air larut resap (leachate) daripada
sisa sampah sarap meresap ke dalam bumi
• Air larut resap akan mengalir ke dalam sumber air seperti ke dalam parit dan
sungai sehingga menjejaskan sumber bekalan air di loji-loji air
Idea 4: Mencemarkan imej negara
• 
Sisa pepejal yang tidak dilupuskan dengan cara teratur akan mengundang
rungutan masyarakat

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


4 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Terdapat banyak kes yang didedahkan dalam pelbagai bahan media massa
tentang kejadian ini
• Tindakan ini amat mencacatkan pemandangan, terutamanya jika dilihat oleh
pelancong asing
• Tindakan penduduk di kawasan rumah setinggan telah dikenal pasti menjadi
penyumbang sisa yang tidak diurus dengan baik
Idea 5: Menjejaskan keselesaan penduduk
• Penduduk setempat terpaksa menghidu bau busuk
• Boleh menyebabkan penduduk berasa runsing, tidak selesa dan marah
• Mungkin menyebabkan penyakit lanjutan seperti stres dan darah tinggi
• Anak-anak tidak dapat belajar dengan baik
Idea B: Bagaimana menguruskan sisa pepejal
Idea 6: Kitar semula
• Bahan buangan seperti botol, tin dan plastik boleh digunakan semula
• Bahan kitar semula boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti tujuan
hiasan dan sebagainya
• Dapat mengurangkan pengeluaran produk yang sama dan mengelakkan
pencemaran daripada pelupusan secara pembakaran
• Mengitar semula bateri, tayar dan merkuri yang telah digunakan
Idea 7: Pelupusan mesra alam
• Pelupusan menggunakan kaedah mesra alam
• Melupuskan di tempat yang ditentukan oleh pihak berkuasa
• Menutup bahan buangan (sampah) yang dilupuskan dengan tanah
Idea 8: Penggunaan teknologi pelupusan sampah
• Menggunakan kaedah pembakaran tertutup seperti pelupusan sampah
Insinerator
• Insinerator merupakan proses oksidasi yang menggunakan suhu yang tinggi
• Menukarkan sisa organik dan sisa yang mudah terbakar kepada bahan organik
• Pembakaran yang boleh menghasilkan baja, kaedah ini boleh menjimatkan
masa dan kos pembuangan
Idea 9: Pengasingan
• Mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori seperti plastik, kaca dan kertas
• Pengasingan boleh bermula dari rumah atau daripada punca pembuangannya
• Pengasingan akan membantu pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya, Majlis
Daerah atau Majlis Perbandaran setibanya sisa tersebut di pusat pelupusan
Idea 10: Pengkomposan
• Terdapat bahan sisa yang boleh dikompos seperti sisa pertanian
• Bahan yang dikompos tidak akan mencemarkan alam
• Bahan yang dikompos boleh menjadi baja organik
• Kajian telah melaporkan bahawa sisa pepejal daripada negara membangun
adalah lebih sesuai digunakan untuk pengkomposan kerana ia tinggi dengan
kandungan bahan organik daripada sisa pepejal negara maju

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 5
Idea 11: Pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang
• Pihak berkuasa boleh menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar
• Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)
membantu menentukan garis panduan pelupusan sisa pepejal mengikut garis
panduan Dasar Sisa Pepejal Negara
• Memantau kaedah pelupusan sisa pepejal oleh pihak berkuasa tempatan
• Mengheret pihak yang melanggar undang-undang ke muka pengadilan dan
mendenda atau memenjarakan pihak yang terbabit
Kesimpulan
Sisa pepejal perlu diuruskan dengan sistematik agar kesan negatifnya dapat dihindari.
Manusia dan alam sekitar akan mengalami kesan negatif sekiranya masalah ini gagal
dibendung.
Format jawapan: 2+3/3+2

SOALAN 3
Pengenalan
Dasar Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah melalui pembudayaan integriti dalam
kakitangan awam. Tujuan murninya adalah untuk meningkatkan ketelusan perkhidmatan
awam dan produktiviti.
Idea: Strategi meningkatkan perkhidmatan awam
Idea 1: Meningkatkan kompetensi
• Keperluan peningkatan kemahiran yang bersesuaian dengan tugas dibuat
melalui analisis keperluan
• Kakitangan diberi kursus peningkatan ilmu dan kepakaran
• Kakitangan diberikan kemahiran berdasarkan analisis keperluan
Idea 2: 
Penambahbaikan tadbir urus melibatkan keterlibatan, keadilan dan ketelusan
dalam membuat keputusan
• Pelbagai saluran penyampaian maklumat sentiasa terbuka dan saluran
pembuatan keputusan yang betul. Hal ini sejajar dengan polisi pintu terbuka
pihak pengurusan
• Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan meningkatkan
produktiviti
Idea 3: Meningkatkan penggunaan teknologi moden
• Penggunaan perkhidmatan berasaskan pengetahuan
• Menggunakan elemen perkhidmatan elektronik
• Menyediakan perkhidmatan dan penyampaian berasaskan kerajaan elektronik
seperti laman web, portal, laman sosial dan seumpamanya
Idea 4: Pemerkasaan dan pemantapan penguatkuasaan undang-undang
• Bermula dengan pemilihan kakitangan oleh suruhanjaya perkhidmatan masing-
masing
• Melakukan tapisan keutuhan kepada kakitangan sebelum disahkan

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


6 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Mengenakan tindakan yang bersesuaian kepada kakitangan yang melakukan
kesalahan disiplin
• Kakitangan tertakluk kepada perintah am, iaitu satu set peraturan kepada
penjawat awam
Idea 5: Membudayakan inovasi
• Penjawat awam perlu diberikan kebebasan untuk menghasilkan kreativiti dan
inovasi
• Membentuk idea-idea baharu yang boleh meningkatkan kecekapan perkhidmatan
kakitangan awam
• Menyediakan ‘ruang’ pertandingan kepada penjawat awam untuk menghasilkan
inovasi
• Agensi Pusat seperti MAMPU menjadi kumpulan pemikir yang bertanggungjawab
menghasilkan produk-produk perkhidmatan baharu
Idea 6: Membentuk budaya penghargaan
• Kerajaan menyediakan anugerah kecemerlangan kepada penjawat awam yang
telah menunjukkan pencapaian prestasi tahunan terbaik melalui skor markah
yang dinilai oleh ketua jabatan
• Melalui pelaksanaan Sistem Saraan Baharu (SSB), Sistem Saraan Malaysia
(SSM) dan Skim Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) mana-mana kakitangan
yang berkualiti akan menerima imbuhan tertentu daripada jabatan masing-
masing
Kesimpulan
Perkhidmatan awam diharap mampu memberikan manfaat kepada rakyat dengan cara yang
paling baik.
Format jawapan: 5+0

SOALAN 4
Pengenalan
Menurut sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah penduduk dunia
sehingga 31 Oktober 2011 mencapai 7 bilion orang dan dijangka mencapai 10 bilion orang
menjelang tahun 2100. Malaysia pula menyumbang hampir 30 juta orang penduduk dunia.
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam memenuhi pertambahan ini.
Idea: Cabaran
Idea 1: Serangan penyakit
• Berlaku ancaman penyakit berjangkit seperti SARS yang menjejaskan kesihatan
manusia
• Wujud ancaman penyakit bawaan virus yang jarang berlaku, misalnya virus
Japanese Encephalitis (JE) akibat bawaan virus babi dan juga demam denggi
• Menular penyakit kepada golongan tertentu seperti kanak-kanak
Idea 2: Bencana alam
• 
Malaysia terdedah kepada kejadian yang berlaku di negara jiran Indonesia
seperti gempa bumi dan tsunami

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 7
• Di Malaysia antara bencana alam yang sering berlaku ialah tanah runtuh dan
banjir
• Apabila berlaku bencana alam, banyak berlaku kematian mengejut
Idea 3: Kemalangan
• Statistik di Malaysia menunjukkan bahawa banyak kematian berlaku akibat
kemalangan sama ada di tempat kerja atau kemalangan di jalan raya
• Dalam OPS Sikap 25 yang dilaksanakan pada tahun lalu, banyak penduduk
telah maut akibat kemalangan jalan raya
• Kematian akibat kemalangan di tempat kerja juga meningkat. Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia mengeluarkan statistik kemalangan sebanyak 57 639 orang
pada tahun 2010 berbanding 55 186 kes pada tahun 2009
Idea 4: Makanan
• Sumber makanan yang tidak cukup boleh menjejaskan pertumbuhan penduduk
• Hal ini kerana sumber makanan mempunyai kaitan yang rapat dengan pelbagai
kesan pertumbuhan penduduk seperti penyakit, kesuburan dan kematian
• Kekurangan sumber makanan boleh berlaku apabila terdapat bencana alam
dan serangan penyakit tanaman
Idea 5: Masalah sosial
• Penggunaan alkohol dan merokok selain penggunaan dadah
• Kegiatan hidup songsang seperti terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti
pelacuran
• Kegiatan membunuh diri
• Masalah sosial boleh menjejaskan keselesaan hidup masyarakat lain
Idea 6: Masalah kemiskinan
• Kemiskinan penduduk menyebabkan mereka tidak berminat menambah
bilangan anak
• Tumpuan yang lebih akan diberi untuk meningkatkan kualiti kehidupan
• Kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu berlaku adil kepada ahli
keluarga yang ramai
• Tidak berkemampuan memenuhi keperluan ahli keluarga
• Kemiskinan mewujudkan jurang perbezaan anggota masyarakat
Idea 7: Penyediaan kemudahan
• Keselesaan hidup penduduk perlu disediakan
• Memenuhi keperluan penduduk menjadi cabaran kerajaan, misalnya penyediaan
hospital dan sekolah yang mencukupi
• Kos menyediakan keperluan juga akan meningkat
Kesimpulan
Cabaran perlu dihadapi dengan kesungguhan semua pihak agar penduduk mendapat
keselesaan hidup dan dapat melakukan kegiatan dengan baik.
Format jawapan: 5+0

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


8 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
SOALAN 5
Pengenalan
Di Malaysia terdapat pelbagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bertaraf
universiti dan kolej universiti. Penubuhan IPTS mempunyai banyak kebaikan. Namun
begitu terdapat juga cabaran negatif yang tertentu.
Idea A: Kebaikan IPTS
Idea 1: Memberi peluang pendidikan
• Setiap tahun jumlah pelajar yang lulus peperiksaan pada peringkat menengah
dan memiliki sijil SPM, STPM dan yang setaraf telah meningkat
• Peluang belajar di institusi pengajian tinggi awam adalah terbatas
• IPTS menawarkan banyak tempat belajar dengan kos pengajian yang berpatutan
• Selain itu, IPTS turut menawarkan tempat pengajian terhadap sesiapa sahaja
termasuk individu yang sudah bekerja untuk memperoleh segulung ijazah atau
diploma
• Semua rakyat Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran
Idea 2: Melahirkan ramai pakar
• IPTS menawarkan pelbagai kursus profesional seperti kejuruteraan, perubatan
dan komputer
• IPTS dapat melahirkan doktor, jurutera dan pakar bioteknologi yang boleh
memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara
• Antara IPTS yang telah melahirkan pakar ialah seperti Universiti Multimedia,
Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Petronas
• Dapat melahirkan pakar yang memenuhi keperluan semasa
Idea 3: Menyediakan peluang pekerjaan
• Selain IPTS milikan rakyat tempatan, terdapat juga IPTS pegangan negara luar
seperti Universiti Northingham, Universiti Monash dan pelbagai lagi
• Semua universiti tersebut menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan
seperti pensyarah, pendaftar dan seumpamanya
• 
Turut menyediakan pekerjaan kepada kakitangan bawahan seperti kerani, dan
pekerja umum
Idea 4: Membantu pembangunan setempat
• Penubuhan IPTS di tempat-tempat tertentu boleh meningkatkan pembangunan
setempat
• Banyak kemudahan disediakan
• Misalnya penubuhan Universiti swasta di pekan kecil telah berjaya menjadikan
kawasan tersebut sebagai nukleus pembangunan di sekitarnya pada masa
hadapan
Idea B: Masalah yang dihadapi
Idea 5: Kursus tidak diiktiraf
• Terdapat sesetengah IPTS menawarkan kursus yang tidak diiktiraf oleh MQA
(dahulu dikenali sebagai Lembaga Akriditasi Negara), bahkan mungkin tidak
diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 9
• Merugikan masa dan wang ringgit ibu bapa/pelajar
• Sukar mendapat pekerjaan pada masa hadapan
Idea 6: Kos pengajian yang mahal
• Kos pengajian di IPTS adalah mahal berbanding dengan pengajian di IPTA
• Pelajar daripada keluarga miskin yang tidak mendapat pembiayaan kewangan
mengalami kesukaran meneruskan pengajian dan mungkin terpaksa berhenti
• Selain itu kos asrama, kos perpustakaan dan pelbagai kos hidup juga terpaksa
dibayar kepada IPTS tersebut
Idea 7: Kemudahan yang terbatas
• Sesetengah kemudahan yang terdapat di IPTS adalah amat daif
• Sesetengah IPTS hanya beroperasi di bangunan rumah kedai
• Bilik asrama pula terpaksa dikongsi dengan kemudahan yang daif
• Perpustakaan pula kekurangan bahan rujukan
• Bilangan makmal yang tidak memenuhi bilangan pelajar
Idea 8: Masalah pelajar
• Sesetengah pelajar IPTS terdiri daripada pelajar asing, misalnya dari rantau
Afrika
• Segelintirnya melakukan pergaulan bebas dengan menimbulkan pelbagai
masalah dalam masyarakat setempat
• Pelajar asing melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh penduduk tempatan,
termasuk terlibat dengan jenayah
• Hal ini berlaku disebabkan tiada pemantauan daripada pengurusan IPTS
Idea 9: Tenaga pengajar kurang berpengalaman/kurang berkualiti/tidak berkelayakan
• Terdapat kes yang didedahkan melalui media bahawa tenaga pengajar kurang
berkualiti
• Pelajar mengalami masalah pembelajaran, apatah lagi jika membabitkan kursus
berkembar dengan universiti awam
• Ramai pelajar gagal dalam peperiksaan yang disediakan oleh universiti awam
Kesimpulan
Pihak IPTS sendiri perlu berusaha meningkatkan kualiti pembelajaran dan kemudahan
yang diperlukan. Pihak kerajaan pula boleh memberikan khidmat nasihat serta bantuan
atau mengenakan denda dan mengarahkan pemberhentian operasi mereka jika mendapati
pihak IPTS melanggar peraturan pendidikan yang ditetapkan.
Format jawapan: 2+3/3+2

SOALAN 6
Pengenalan
Sungai merupakan suatu khazanah alam yang amat berharga kepada kehidupan dan alam
sekitar. Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang pencemaran air sungai kerana kesan
yang timbul daripadanya akan merugikan negara.

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


10 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Idea A: Punca pencemaran sungai
Idea 1: Aktiviti pertanian
• Membuang sisa pertanian seperti rumput rampai
• Membuang sisa racun tanaman dan baja ke dalam air sungai
• Menyebabkan air sungai menjadi busuk
Idea 2: Pembuangan sisa perindustrian–sisa toksik
• Kilang haram menyalurkan sisa minyak dan sisa toksik
• Bot nelayan atau tongkang membuang sisa minyak sewaktu membersihkan bot
Idea 3: Pembuangan sisa ternakan
• Membuang air najis babi ke dalam aliran air sebelum memasuki sungai
• Membuang najis ternakan lain seperti ayam dan kambing boleh menyebabkan
air sungai berbau busuk
• Terdapat sesetengah penternak akuakultur membuang sisa makanan ternakan
ikan dalam sangkar
Idea 4: Pembuangan bahan isi rumah
• Isi rumah membuang reja makanan ke dalam sungai
• Membuang najis dan sampah sarap ke dalam sungai
• Sesetengah orang meracun (menuba) atau meletupkan bom untuk tujuan
menangkap ikan
Idea 5: Pembangunan
• Kawasan hulu sungai dimajukan untuk pelbagai projek seperti mendirikan
chalet, projek ternakan dan seumpamanya
• Tanah mungkin runtuh akibat pembangunan dan menyebabkan sumber air
kotor
• Hujan yang lebat akan menjejaskan kebersihan air
• Mungkin berlaku mendapan tanah dan menyebabkan aliran sungai menjadi
perlahan
Idea 6: Aktiviti penerokaan hutan
• Terdapat sesetengah kawasan pembalakan berada di tepian sungai
• Aktiviti penerokaan mungkin menyebabkan tanah runtuh dan air yang membawa
lumpur akan mengalir ke dalam sungai dan mengotorkan air sungai
Idea B: Kesan pencemaran sungai
Idea 7: Gangguan sumber air minuman
• Sesetengah masyarakat menggunakan air sungai sebagai sumber minuman atau
kegunaan harian
• Kekotoran air sungai dengan pelbagai bahan cemar akan menjejaskan sumber
air minuman
• Pencemaran sumber air menyebabkan perkhidmatan menyediakan air akan
terjejas
Idea 8: Kemusnahan hidupan akuatik dan eksotik
• Hidupan akuatik seperti udang galah dan ikan baung dan hidupan eksotik
seperti labi-labi, kura-kura malah buaya juga mungkin mati

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 11
• Kehilangan sumber hidupan masa depan–terdapat spesies yang mungkin
musnah
• Menjejaskan habitat hidupan akuatik dan eksotik dalam jangka masa panjang
Idea 9: Sumber protein terjejas
• Sungai membekalkan sumber makanan yang tidak ternilai. Misalnya ikan tapah
dan udang galah
• Banyak aktiviti penternakan ikan dalam sangkar akan musnah, beribu-ribu ekor
ikan akan mati
• Manusia kekurangan sumber makanan sehingga mungkin terpaksa mengimport
dari luar negara
Idea 10: Menjejaskan sumber pengairan pertanian
• Air sungai yang tercemar tidak boleh digunakan untuk disalurkan ke kawasan
pertanian
• Misalnya, air yang berminyak tidak sesuai untuk kegunaan menyiram pokok
sayur-sayuran
Idea 11: Menjejaskan sumber ekonomi
• Golongan penternak ikan air tawar mengalami kerugian yang besar
• Terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana tiada pendapatan untuk
membayar hutang
• Pihak berkuasa terpaksa merawat air sungai yang tercemar dengan belanja yang
tinggi
Kesimpulan
Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan bertanggungjawab terhadap
sumber air, terutamanya sungai. Kempen Sayangi Sungai yang dianjurkan oleh Jabatan
Pengairan dan Saliran perlu dijayakan.
Format jawapan: 2+3/3+2

SOALAN 7
Pengenalan
Diabetes atau dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan antara penyakit yang
berbahaya. Kini, ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit ini. Penyakit ini dikategorikan
sebagai pembunuh senyap kerana seseorang pesakit mungkin tidak menyedari bahawa
mereka mungkin menghidapnya sehingga ke peringkat yang kronik.
Idea A: Punca diabetes
Idea 1: Pemakanan
• Kebanyakan rakyat Malaysia suka mengambil makanan yang mengandungi
kadar gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat, teh tarik dan kopi yang
menjadi kegemaran ramai
• Mengambil makanan berlebihan karbohidrat dan kanji seperti nasi, roti canai
dan seumpamanya
• Gula berguna untuk membekalkan tenaga, tetapi apabila diambil pada kadar
yang berlebihan maka gula akan memasuki darah dan menyebabkan kadar gula
dalam darah akan berlebihan

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


12 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Pankreas tidak dapat merembes insulin yang mencukupi untuk menyeimbangkan
gula dalam badan
Idea 2: Kurang bersenam
• Apabila kurang bersenam, gula dalam badan tidak dapat dikeluarkan
• Lemak-lemak yang terdapat dalam badan tidak dapat dibakar bersama
kandungan gula
• Gula yang berkumpul dalam badan akan memudahkan seseorang menghidap
penyakit diabetes
Idea 3: Pemindahan darah
• Berlaku atas kesilapan manusia misalnya ketika mengendalikan kes kecederaan
di klinik atau hospital
• Prosedur pemindahan darah tidak dipatuhi
• Darah pesakit diabetes kronik tidak boleh digunakan oleh penerima
Idea 4: Genetik
• Penyakit diabetes merupakan salah satu penyakit keturunan atau genetik
• Anak akan mewarisi penyakit tersebut daripada ibu bapa
• Tiada jaminan anak-anak akan terhindar daripada penyakit ini melainkan
hanya boleh melewatkan jangkitan dengan cara pencegahan
Idea B: Langkah mengawal
Idea 5: Bersenam
• Bersenam sekurang-kurangnya 15 minit sehari
• Berjalan pantas
• Bersenam boleh merehatkan minda dan menenangkan fikiran
• Bersenam akan membakar lemak dan mengeluarkan gula daripada badan
Idea 6: Mengambil makanan/diet yang berkualiti
• Mengurangkan pengambilan makanan bergula atau mengambil gula tiruan atau
gula rendah kalori sebagai ganti gula asli
• Kurangkan makanan yang berkarbohidrat dan lemak tepu
• Banyakkan memakan makanan yang mengandungi fiber seperti oat
• Banyak makan makanan sayuran tidak berkanji seperti bayam, lobak merah
dan buah-buahan
Idea 7: Perubatan
• Mesti mendapatkan rawatan/ujian darah berkala untuk memantau tahap gula
dalam darah
• Mendapatkan preskripsi untuk mengawal kandungan gula
• Jika perlu dapatkan insulin untuk merawat penyakit diabetes
• Mendapatkan rawatan alternatif berasaskan haiwan seperti rawatan larva lalat
untuk merawat bahagian kaki yang luka
Idea 8: Mendapatkan makanan suplemen nutrien
• Membantu dalam menumbuhkan kembali saraf yang rosak
Contohnya makanan suplemen multivitamin dan mineral yang mengandungi
Asid Alfa Lipoik dan Vanadium Sulfate yang berfungsi sebagai antioksidan

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 13
Kesimpulan
Penyakit diabetes amat dibimbangi oleh sesiapa sahaja kerana kesannya amat serius jika
tidak mendapatkan rawatan awal. Justeru, pesakit ini perlu melakukan langkah-langkah di
atas agar masalah ini dapat diatasi.
Format jawapan: 2+3/3+2

SOALAN 8
Pengenalan
Menurut statistik Kementerian Kesihatan, kes berkaitan dengan merokok yang dirujuk ke
hospital semakin meningkat dari tahun ke tahun. Antaranya ialah penyakit paru-paru dan
jantung.
Idea A: Kesan merokok
Idea 1: Penyakit
• Rokok mengandungi sehingga 4000 bahan kimia beracun seperti hidrogen sanida
(racun), butana (gas yang boleh membunuh), methanol (bahan pembakar untuk
roket), toluene (bahan pelarut), dan termasuk nikotin
• Asap rokok yang disedut akan melalui semua organ pernafasan dalaman
bermula daripada bibir sehinggalah keluar mengikut hidung
• Menyebabkan berlaku pelbagai jenis penyakit yang serius seperti barah (paru-
paru, payudara, mulut, tekak dan usus), penyakit jantung, penyakit paru-paru
(penyakit lelah dan bronkitis) dan penyakit mulut dan gusi, ulser (perut dan
peptic)
Idea 2: Mencemarkan persekitaran
• Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran
seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan
nyamuk aedes dan bau busuk
• Menyebabkan udara bersih di persekitaran terjejas
• Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran
Idea 3: Menjejaskan kesihatan individu lain
• Orang lain yang menyedut asap rokok turut mengalami masalah penyakit
(dalam jangka pendek dan jangka panjang) sama seperti perokok sendiri
• Contohnya penyakit lelah dalam kalangan kanak-kanak
• Mencacatkan kandungan (bagi ibu yang merokok)
Idea 4: Ketagih
• Rokok turut mengandungi dadah nikotin seperti mempathine yang boleh
menyebabkan seseorang menjadi ketagih
• Rokok juga menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
• Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan khayalan
• Seseorang yang ketagih perlu menghisap rokok untuk mengelakkan kelesuan
merupakan simptom pengaruh dadah
Idea 5: Psikologi
• 
Penampilan diri kurang baik seperti nafas berbau dan mendapat jangkitan
mulut, serta gigi menjadi kuning

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


14 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Kulit muka cepat berkedut (kelihatan tua)
• Mudah lemah ketika bersukan
• Mengalami gangguan seks
Idea B: Langkah
Idea 6: Rawatan psikologi
• Mendapatkan kaunseling anti merokok
• Berfikir secara positif
• Memahami kesan negatif merokok kepada diri dan keluarga
• Mengubah sikap
Idea 7: Mengambil rokok gantian
• Fungsi hampir serupa dengan dadah gantian, iaitu metadhon
• E-Cig, rokok elektrik tanpa api, tar, karbon monoksida dan abu
• E-Cig adalah alternatif merokok yang paling sihat dan menawarkan pelbagai
rasa, seperti epal dan anggur
• Menghisap gula-gula bagi mengelakkan ketagihan
Idea 8: Rawatan perubatan
• Mendapatkan rawatan perubatan daripada doktor
• Mendapatkan beberapa jenis ubat gantian
• Memantau dan memastikan tahap kesihatan dari semasa ke semasa bagi
mengelakkan kesan akibat merokok
Idea 9: Mengawal tabiat pemakanan
• Minum air dengan banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam
• Jangan minum air yang mengandungi kafin seperti kopi atau teh, apatah lagi
minuman beralkohol kerana minuman ini biasanya membuatkan seseorang
teringin merokok selepas minum
Kesimpulan
Perokok perlu berhenti mengamalkan tabiat merokok kerana memudaratkan kesihatan.
Rawatan psikologi dan rawatan perubatan perlu dimanfaatkan bagi mengatasi tabiat buruk
ini.
Format jawapan: 2+3/3+2

SOALAN 9
Pengenalan
Pengubahan wang haram ialah pemerolehan wang secara luar biasa dan menyalahi undang-
undang. Perbuatan ini merupakan suatu jenayah.
Idea A: Faktor berlaku pengubahan wang haram
Idea 1: Materialistik
• Suka kepada keuntungan yang cepat dan berganda seperti skim cepat kaya sama
ada secara konvensional ataupun secara maya yang berselindung di sebalik
perniagaan pemasaran bertingkat atau Multilevel Marketing (MLM)
• Tidak mampu berfikir dengan baik dan menilai pelaburan yang dilakukan
• Apabila syarikat ditutup, pelabur akan menanggung kerugian yang besar

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 15
• Contoh syarikat yang telah diharamkan oleh Bank Negara ialah Skim Cepat
Kaya
Idea 2: Sendikit dadah
• Banyak transaksi dadah antarabangsa di negara kita
• Buktinya apabila pihak berkuasa seperti imegresen telah berjaya menahan keldai
dadah dan rampasan dadah yang besar dalam pelbagai bentuk dadah
• Pihak polis juga berjaya membuat rampasan selepas serbuan-serbuan dilakukan
di kediaman warga asing dari negara seperti Iran dan India di beberapa tempat
di Selangor
Idea 3: Ketidakselarasan penguatkuasaan undang-undang
• Undang-undang tidak seragam
• Penguatkuasaan berbeza-beza
• Contoh penguatkuasaan oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegah (SPRM),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Polis, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan sebagainya
Idea 4: Tiada pegangan agama/moral
• Tiada panduan hidup sehingga sanggup melakukan kegiatan jenayah untuk
mendapat kekayaan
• Tiada integriti dan amanah dalam kerjaya
• Tidak mengetahui antara perkara baik dan buruk dan antara yang haram
dengan yang halal
• Mudah terjebak atau terpengaruh dan tertipu dengan kehendak materialistik
Idea B: Langkah mengawal
Idea 5: Memperkasa penguatkuasaan undang-undang
• Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan
Keganasan 2001 yang diguna pakai di seluruh Malaysia digubal untuk mengawal
selia dan menyekat sebarang aktiviti pengubahan wang haram
• Memenjarakan pihak yang melakukan kesalahan dengan lebih tegas
• Merampas semula harta kekayaan yang diperoleh melalui pengubahan wang
haram
Idea 6: Pembentukan sikap murni
• Setiap orang perlu mempunyai nilai murni, iaitu mendapatkan rezeki dengan
cara yang adil, berpatutan dan amanah
• Menginsafi bahawa pendapatan yang diperoleh merupakan satu yang sah di sisi
undang-undang
• Boleh dilaksanakan melalui pendidikan formal, ceramah, kempen dan sebagainya
Idea 7: Penyelarasan maklumat dan tindakan
• Memudahkan penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa seperti bank pusat
dan Pasukan Polis Antarabangsa (INTERPOL)
• Membuat penyelarasan penguatkuasaan dalam kes pengedaran dadah serta
pelaburan keluar dan masuk asing terutamanya oleh individu dari negara
berkemungkinan

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


16 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Idea 8: Pengurusan pentadbiran yang baik
• Langkah kerajaan memperkenalkan dasar Pelan Integriti Nasional (PIN)
• Membentuk NKRA dalam perkhidmatan yang memberikan keutamaan dalam
usaha mewujudkan ketelusan dalam pentadbiran
• Menyediakan garis panduan sistem ekonomi seperti transaksi kewangan
Kesimpulan
Masalah pengubahan wang haram merupakan suatu bentuk jenayah perdagangan yang boleh
meruntuhkan sesebuah keluarga, negara dan peradaban. Justeru, langkah yang serius perlu
dilakukan.
Format jawapan: 2+3/3+2

SOALAN 10
Pengenalan
Golongan belia merupakan tonggak masa hadapan sesebuah negara dan benteng kedaulatan
sesebuah negara. Oleh itu, golongan belia perlu memberikan sumbangan yang positif untuk
memajukan negara.
Idea A: Sumbangan golongan belia
Idea 1: Sumbangan idea
• Golongan ini boleh memberikan sumbangan buah fikiran yang bermakna
melalui saluran yang dibenarkan oleh undang-undang
• Golongan ini boleh menyalurkan maklumat melalui laman sosial bersama
pemimpin atau kesatuan tertentu
• Kerajaan menubuhkan Parlimen Belia supaya golongan ini dapat membahaskan
dan mencadangkan sesuatu usul kepada pemimpin
Idea 2: Sumbangan melalui pendidikan
• Tanggungjawab utama golongan belia adalah untuk menumpukan perhatian
kepada pelajaran dan menguasai sesuatu bidang pengajian
• Melalui penguasaan tersebut golongan belia mampu memberikan sumbangan
yang besar kepada negara
• Misalnya, seorang doktor muda yang telah belajar dengan baik mampu
menyumbang peningkatan tahap kesihatan rakyat
• Golongan belia yang berumur antara 20-an hingga 40 mampu melakukan kerja
dengan cemerlang
Idea 3: Mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan jenayah
• Golongan belia terkenal dengan sikap ingin mencuba dan meneroka
• Golongan belia awal yang berumur antara 18–20 tahun banyak terdedah kepada
perbuatan jenayah
• Belia yang baik merupakan aset kepada negara manakala sebaliknya hanya
menjadi liabiliti kepada negara
Idea 4: Sumbangan dalam bidang sukan
• Kebanyakan golongan belia mempunyai kekuatan fizikal
• Mampu mengharumkan nama negara melalui bidang sukan

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 17
• Rata-rata ahli sukan terdiri daripada golongan belia
• Nama-nama besar dalam bidang sukan seperti Dato’ Lee Chong Wei dan Dato’
Nicol David merupakan ikon belia
Idea 5: Sumbangan melalui program kerajaan
• Golongan belia perlu menyokong usaha-usaha murni kerajaan melalui pelbagai
dasar seperti Dasar Belia Negara
• Misalnya sentiasa menyokong usaha kerajaan melalui penyertaan golongan ini
dalam badan bukan kerajaan (NGO)
Idea 6: Sumbangan melalui kemahiran dan inovasi
• Golongan belia perlu mempunyai kemahiran-kemahiran selaras dengan dasar
kerajaan mahu meningkatkan kemahiran dalam kalangan golongan belia
• Dengan kemahiran ini golongan belia mampu berdikari pada masa hadapan
• Antara kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran berasaskan pengetahuan
(k-knowledge)
• Golongan belia mempunyai kreativiti dan inovasi yang tinggi
Idea 7: Mewujudkan pertalian di peringkat nasional dan antarabangsa yang kukuh
• Golongan belia perlu mempunyai dan menguasai kemudahan ICT dan
menggunakan media alternatif
• Golongan belia aktif menggunakan saluran laman sosial, seperti twitter dan
facebook atau blog untuk berinteraksi dengan rakan-rakan
• Hal ini dapat meningkatkan persefahaman dan memahami budaya luar
Kesimpulan
Golongan belia perlu sentiasa positif dalam berfikir dan bertindak kerana mereka memikul
tanggungjawab untuk menjayakan agenda nasional dan wawasan negara. Hakikatnya,
negara bergantung harap kepada kira-kira 12.9 juta belia yang merupakan kumpulan
demografi terbesar rakyat negara ini.
Format jawapan: 5+0

SOALAN 11
Pengenalan
Remaja merupakan tulang belakang pembangunan masa hadapan negara. Walau
bagaimanapun, kini terdapat dalam kalangan mereka yang terlibat dengan pergaulan
tidak sihat sehingga membawa natijah yang buruk. Maka langkah menanganinya perlu
dilaksanakan.

Bahagian A: Kesan Buruk


Idea 1: Menjejaskan masa hadapan
• Lazimnya golongan muda yang terlibat dengan gejala ini adalah mereka yang
tiada/kurang berwawasan
• Mereka bergaul dengan individu yang kurang panduan hidup seperti dengan
remaja berlainan gender, remaja melepak dan seumpamanya
• Golongan ini tidak berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif
• Masa hadapan mereka terjejas

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


18 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Idea 2: Menjejaskan imej
• Imej diri, keluarga dan masyarakat akan terjejas
• Boleh dijadikan buah mulut pihak lain
• Boleh menyebabkan pandangan umum yang negatif terhadap golongan muda

Bahagian B: Langkah
Idea 3: Mengutamakan Pendidikan
• Golongan muda perlu berusaha memperoleh atau meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti keagamaan, akhlak, kemahiran dan
seumpamanya
• Pengetahuan ini boleh memberikan panduan hidup kepada mereka
• Masa yang digunakan untuk belajar dengan sendirinya boleh dimanfaatkan dan
menghindari melakukan perbuatan yang tidak elok
• Ibu bapa pula perlu memainkan peranan untuk menggunakan kemahiran
mendidik anak remaja sebagai penerusan pendidikan sewaktu anak mereka
masih kecil
Idea 4: Dasar kerajaan
• Kerajaan menyediakan program-program yang boleh menggalakkan golongan
remaja terlibat dengan aktiviti yang berfaedah
• Kerajaan boleh menyediakan kemudahan sukan supaya golongan remaja boleh
menggunakan masa untuk melakukan aktiviti sukan
• Kerajaan menyediakan Program Latihan Khidmat Negara, program belia dan
program Rakan Muda serta menganjurkan pertandingan-pertandingan pada
peringkat desa, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
• Sokongan dan galakan kerajaan ini boleh meningkatkan kualiti remaja
Idea 5: Memperkasa penguatkuasaan undang-undang
• Pihak berkuasa boleh menguatkuasakan undang-undang/akta/peraturan yang
telah disediakan bagi membendung atau menghindari golongan ini melaksanakan
perbuatan yang menyalahi undang-undang
• Remaja yang terlibat melakukan perbuatan jenayah seperti pecah rumah,
merempit dan seumpamanya perlu dihukum di bawah Kanun Keseksaan yang
boleh membawa hukuman penjara atau denda
• Tindakan ini juga boleh menimbulkan keinsafan dan pengajaran kepada
individu lain agar tidak terlibat sama

Kesimpulan
Semua pihak perlulah berganding bahu untuk membentuk golongan muda yang berkualiti
untuk berhadapan dengan tuntutan kemajuan dan pembangunan negara. Tanpa usaha
tersebut, golongan muda boleh terjebak dengan perbuatan yang negatif dan boleh
merosakkan pembangunan negara pada masa hadapan.
Format jawapan: 2+3

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 19
SOALAN 12
Pengenalan
Bagi mencapai hasrat memajukan negara menjelang tahun 2020, keperluan bidang sains
dan teknologi sangat diperlukan. Oleh itu, usaha yang gigih perlulah dilaksanakan.
Langkah-Langkah
Idea 1: Meningkatkan pendidikan sains dan teknologi
• Pelajar digalakkan memasuki aliran sains dan teknologi pada peringkat
pendidikan menengah
• Dasar kerajaan menetapkan nisbah 60:40, iaitu 60% dalam aliran sains manakala
40% dalam aliran kemanusiaan perlu terus dilaksanakan
• Menambah baik bahan pendidikan serta kualiti tenaga pengajar
Idea 2: Melalui pertandingan
• Menggalakkan penyertaan pelajar dalam pertandingan sama ada pada peringkat
kebangsaan atau antarabangsa
• Menganjurkan pertandingan seperti pertandingan robotik, mencipta modul
sains dan teknologi, dan sebagainya
• Menyediakan hadiah-hadiah yang lumayan
Idea 3: Penyelidikan dan pembangunan
• Kerajaan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan kepada individu
atau institusi tertentu
• Kerajaan boleh menggalakkan pihak swasta terlibat dalam bidang penyelidikan
dan pembangunan
• Kerajaan menyediakan dana penyelidikan yang besar dan kemudiannya
memanfaatkan penyelidikan
Idea 4: Melindungi hak cipta
• Pihak kerajaan perlu mempunyai ketegasan untuk melindungi hak intelek yang
berasaskan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh anak tempatan
• Inovasi dan kreativiti dalam bidang sains dan teknologi boleh dikembangkan
pada masa hadapan
• Peranan dan tanggungjawab Perbadanan Harta Intelek Negara serta pereka
cipta sangat penting bagi melindungi harta intelek
Idea 5: Menyerap teknologi asing
• Kemajuan sains dan teknologi dari negara luar ialah hakikat yang nyata
• Malaysia perlu berkongsi hasil kejayaan daripada hasil cipta teknologi luar
negara
• Dalam usaha menghasilkan enjin kereta proton misalnya, Malaysia membawa
teknologi Lotus dan Mitshubishi
• Malaysia boleh mempelajari teknologi asing untuk meningkatkan keupayaan
negara menghasilkan ciptaan

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


20 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Idea 6: Perkongsian kepakaran
• Pakar-pakar sains dan teknologi tempatan memberikan sumbangan masing-
masing melalui pelbagai cara seperti melalui penulisan, seminar dalam negara
ataupun seminar antarabangsa
• Melantik pakar sains dan teknologi antarabangsa sebagai penasihat, pakar
runding atau kakitangan
• Menetapkan peraturan tertentu agar pemindahan pengetahuan dan kepakaran
kepada pekerja tempatan dapat dilaksanakan
Idea 7: Menyubur budaya sains dan teknologi melalui media massa
• Media massa perlu mendedahkan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh saintis
tempatan
• Mewar-warkan kemajuan sains dan teknologi luar negara sebagai suatu bentuk
motivasi
• Menyuburkan budaya sains dan teknologi kepada kanak-kanak melalui program-
program yang dianjurkan oleh pihak tertentu melalui hebahan-hebahan

Kesimpulan
Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, Malaysia boleh menjadi negara
pencipta atau pengeluar seperti yang dilakukan oleh Jerman dan Jepun. Hasrat memacu
kemajuan ekonomi negara menjelang tahun 2020 mampu dicapai dengan baik.
Format jawapan: 5+0

SOALAN 13
Pengenalan
Keadaan dunia pada masa sekarang sudah jauh berubah berbanding puluhan tahun dahulu.
Kini dengan pelbagai perubahan dan kemajuan yang dibawa melalui kemajuan teknologi
seperti pengangkutan dan teknologi telekomunikasi.

Bahagian A: Bentuk Cabaran Globalisasi


Idea 1: Cabaran pertahanan negara
• Antara cabaran yang berlaku ialah ancaman terhadap pertahanan atau
kedaulatan negara
• Cabaran datang daripada rakyat sendiri yang membuat pelbagai tuntutan yang
melampaui semangat perpaduan yang berlindung di sebalik nama kebebasan
• Cabaran turut datang daripada propaganda-propaganda luar negara dengan
pelbagai alasan
Idea 2: Cabaran ekonomi
• Globalisasi turut melibatkan keterbukaan ekonomi sesebuah negara
• Hampir semua negara menerima prinsip liberalisasi ekonomi atau ekonomi
terbuka
• Hampir semua negara termasuk Malaysia menerima ketetapan untuk
membenarkan kemasukan barangan luar dengan mengurangkan cukai tertentu
berasaskan pelaksanaan dasar Kawasan Perdagangan Bebas (FTA)

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 21
• Oleh itu, persaingan ini telah memberikan cabaran besar kepada pengeluar
tempatan untuk mengeluarkan produk yang berdaya saing
Idea 3: Cabaran sosial
• Globalisasi telah membentuk kemajuan dalam interaksi sosial melalui
pengangkutan dan komunikasi melalui media
• Lonjakan penggunaan Internet dengan pelbagai aplikasi laman sosial memberi
kesan yang sangat besar kepada corak pemikiran masyarakat
• Selain itu, dari segi pengangkutan, manusia boleh sampai dengan pantas dari
satu tempat ke suatu tempat yang lain, ibarat mereka tinggal dalam sebuah
kampung (global village)
• Keadaan ini telah menjadikan anggota masyarakat semakin matang dan terbuka
sehingga mudah terpengaruh dengan pelbagai unsur

Bahagian B: Langkah
Idea 4: Menguatkan pertahanan nasional
• Globalisasi terbuka dan bebas boleh mengancam kepentingan nasional dan
kedaulatan negara
• Negara perlu dipertahankan melalui kekuatan fizikal dengan menguatkan
sistem keselamatan atau pertahanan negara dengan tujuan menggerunkan pihak
musuh
• Negara juga perlu dipertahankan dari aspek pengaruh minda yang boleh
membentuk sikap masyarakat
• Rakyat dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap maklumat yang diterima
daripada pihak musuh negara
Idea 5: Transformasi ekonomi
• Kerajaan melaksanakan perubahan struktur atau Inisiatif Pembaharuan
Ekonomi dengan tujuan mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi
menggalakkan pelaburan
• Misalnya, usaha merancakkan semula pelaburan swasta dan mengukuhkan
penyampaian perkhidmatan sektor awam
• Kerajaan juga mewujudkan kerangka Transformasi Ekonomi (NKEA) dalam
pelbagai sektor
• Antara tujuannya adalah bagi memastikan ekonomi negara sentiasa anjal
mengikut keperluan globalisasi

Kesimpulan
Globalisasi memberikan impak yang positif kepada sesebuah negara, namun semua
pihak perlu berwaspada dan membuat pertimbangan yang wajar dalam suatu tindakan.
Pengetahuan ini boleh membantu rakyat melaksanakan perubahan-perubahan yang positif.
Format jawapan: 3+2

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


22 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018

You might also like