You are on page 1of 18

BACHELOR OF MANAGMENT WITH HONOURS

JANUARY / 2020

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

NO. MATRIKULASI : XXXXXXXXX

NO. KAD PENGENALAN : XXXXXXXXX

NO. TELEFON : XXXXXXXXX

E-MEL : XXXXXXXXX

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU LEARNING CENTRE


MPU3323

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

ISI KANDUNGAN i

PENGENALAN 1

NILAI – NILAI JATI DIRI 1–3

Semangat Kemasyarakatan

Kesyukuran dan Kejujuran

SUMBANGAN TAMADUN 3–6

Perkembangan Bahasa, Tulisan dan Kesusasteraan

Perkembangan Aspek Sosial

Perkemabangan Aspek Politik

PENGAJARAN 6 – 10

Amalan Kesopanan dan Kesusilaan

Sikap Jujur dan Tidak Tamak

Pemalas, Tidak Tamak dan Menghargai Orang Tua


Bersabar dan Patuh kepada Ajaran Agama

SMART ART 11 – 12

KESIMPULAN 12 – 13

JURNAL REFLEKSI 14 – 15

RUJUKAN 16

i
MPU3323

PENGENALAN
Filem Nujum Pak Belalang merupakan filem yang di adaptasi daripada cerita lisan masyarakat
Melayu lama iaitu cerita Pak Belalang. Secara ringkasnya filem ini menceritakan kisah pak
Belalang dan anaknya yang berkonspirasi untuk membantu penduduk kampung dengan
menyamar sebagai ahli nujum. Keadaan menjadi semakin rumit apabila penghulu kampung
percaya dengan tipu hela pak Belalang dan membawanya ke istana untuk membantu raja dalam
perompakan di istana. Akhirnya berkat daripada kebijaksanaan dan tuah yang menyebelahinya,
pak Belalang berjaya menyelesaikan masalah perompakan sehingga dapat berkahwin dengan
tuan puteri. Filem ini penuh dengan unsur kritikan terhadap masyarakat tetapi mempunyai
banyak pengajaran yang boleh dijadikan nasihat kepada masyarakat. Filem ini juga
menggunakan sastera sebagai bahan hiburan iaitu dengan mengetengahkan nilai pengajaran
dalam bentuk hiburan sehingga menjadikan filem ini mudah diterima penonton daripada pelbagai
lapisan umur dan kewarganegaraan.

NILAI-NILAI JATI DIRI


Semangat Kemasyarakatan
Berdasarkan filem nujum Pak Belalang dapat di lihat dengan jelas tentang wujudnya semangat
kemasyarakatan dikalangan penduduk kampung pening lalat. Golongan petani daripada
penduduk kampung yang saling tolong-menolong dengan memberi pekerjaan kepada penduduk
kampung sekitarnya. Ini dapat di lihat daripada anak pak Belalang yang bekerja disalah satu
ladang penduduk kampung. Sifat keprihatinan dalam masyarakat setempat ini juga di tunjukkan
oleh jiran pak belalang yang membawa pak belalang untuk bekerja diladang penghulu kampung
Beringin Rindang. Selain itu sikap keprihatinan jiran pak Belalang yang menawarkan pekerjaan
yang mudah hanya untuk membantu Belalang untuk mendapatkan gaji bagi menampung
kehidupannya bersama ayahnya yang pemalas itu.
Baru-baru ini negara kita telah mengalami satu cabaran dalam menghadapi wabak pandemik
COVID-19, di mana sehingga 21hb mac 2020 sebanyak 8 kes kematian dan 1183 kes sumber
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://covid-19.livephotos.my/. Semangat
kemasyarakatan dapat di tunjukkan oleh rakyat Malaysia khususnya dalam menangani COVID-
19, salah satunya ialah seorang usahawan terkenal Vivy Yusof yang telah tampil untuk menderma
penghawa dingin bagi membantu mengurangkan ketidakselesaan pekerja-pekerja barisan

1
MPU3323

hadapan iaitu di hospital-hospital yang sedang mengalami kekurangan. Gerakan ini diterima baik
oleh masyarakat Malaysia sehingga banyak agensi-agensi juga masyarakat sekitar yang turut
membantu menghulurkan sumbangan dalam membendung penyakit pandemic COVID-19 ini.
Walaupun begitu, terdapat juga segelintir masyarakat Malaysia yang masih tidak prihatin
dan tidak tentang seriusnya wabak pandemic COVID-19 dan kesannya terhadap masyarakat
setempat. Pada 17hb Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan perintah
kawalan pergerakan bermula pada 18hb Mac 2020 sehingga 31hb Mac 2020, namun masih
terdapat rakyat Malaysia yang masih mementingkan diri iaitu tidak mematuhi arahan kerajaan
sehingga kerajaan serta Yg di Pertuan Agong terpaksa menggunakan khidmat tentera untuk
mengawal pergerakan rakyat Malaysia.

Kesyukuran dan Kejujuran


Pak Belalang dan anaknya Belalang hidup dalam kehidupan yang serba kekurangan, namun
mereka sekeluarga bersyukur dengan kehidupan yang mereka lalui. Walaupun di rumah mereka
tidak mempunyai kopi pak Belalang menggantikannya dengan arang yang seakan-akan kopi bagi
memenuhi keinginannya untuk minum kopi. Walaupun mereka sekeluarga miskin tetapi mereka
tidak mencuri dan menipu orang bagi menampung kehidupan seharian mereka malah Belalang
sanggup bekerja bagi mendapatkan makanan bagi dia dan ayahnya. Belalang menyaksikan
pencuri ‘Badan’ dan ‘Nyawa’ yang mencuri lembu penduduk kampungnya semasa perjalanan
balik ke rumahnya. Walaupun Pak Belalang dan Belalang menipu sebagai ahli nujum tetapi
mereka jujur supaya lembu curian itu dapat dikembalikan kepada tuannya. Berkat hasil kejujuran
mereka akhirnya mendapat pertolongan tuhan.
Perkembangan arus globalisasi di masa kini memberi impak dan cabaran baru dalam abad
ke-21 terutamanya dalam masyarakat kita. Masyarakat kita kini yang lebih mengutamakan nilai
materialistik sehingga hilangnya sifat kejujuran dan sifat bersyukur dengan apa yang telah
diperolehi. Dalam menghadapai wabak pandemic COVID-19 ini, terdapat peniaga yang berniaga
dengan jujur dan mengambil kesempatan dalam situasi yang berlaku pada masa sekarang.
Contohnya peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab iaitu menjual hand sanitizer dan
masker dengan harga yang tinggi kerana permintaan yang tinggi pada masa sekarang. Ini adalah
contoh peniaga yang tidak bertanggungjawab sebagai masyarakat malaysia dan memberi impak
negatif terhadap ekonomi dan kesihatan warga Malaysia. Senario yang diwujudkan oleh peniaga

2
MPU3323

ini secara tidak langsung memberi kuasa beli kepada warga Malaysia yang mempunyai wang
untuk membeli perlindungan kesihatan malah masyarakat yang kekurangan tidak memperolehi
perlindungan kesihatan. Masyarakat kini yang terdedah kepada internet membentuk keperibadian
maya dengan nilai, norma dan moral yang bersifat maya. Nilai dan norma masyarakat kini yang
lebih bersifat maya iaitu masyarakat sanggup menyebarkan berita-berita palsu di media-media
sosial seperti di instagram, whatsapp dan facebook bagi mendapatkan kepuasan dengan komen-
komen serta like yang banyak dan memenuhi page mereka. Nilai kejujuran ditolak tepi bagi
memenuhi keperluan dunia maya.

SUMBANGAN –SUMBANGAN TAMADUN


Perkembangan Bahasa, Tulisan dan Kesusasteraan
Perkembangan bahasa Melayu adalah berhubung kait dengan perkembangan tulisan dalam
sesebuah tamadun. Aspek utama yang perlu diberi tumpuan ialah aspek tulisannya. Sejarah telah
membuktikan bahawa kedatangan Islam dirantau ini telah memperkenalkan tulisan Jawi dalam
Bahasa Melayu, tulisan ini berkait rapat dengan tulisan atau huruf Arab sebagai Bahasa Al-quran
dan huruf Parsi. Seiring dengan kemunculan Bahasa Melayu yang bertulisan jawi tersebut maka
perkembangan sastera tulisan pun mulalah berkembang, di mana sebelum itu cuma terdapat
sastera lisan sahaja. Senario ini memberi impak terhadap fungsi penulisan dan kesusasteraan
yang telah bertukar daripada konsep hiburan semata-mata kepada pendidikan keilmuan.
Dalam filem Nujum Pak Belalang ini, Bahasa Melayu adalah Bahasa yang digunakan dan
tulisan yang digunakan ialah tulisan jawi. Pada zaman tersebut tulisan rumi masih belum diguna
pakai secara menyeluruh seperti yang kita gunakan sekarang. Ini dapat di lihat apabila pak
Belalang menjawab soalan teka-teki yang diajukan kepadanya oleh ahli nujum Masai. Pak
Belalang menjawab soalan teka-teki ahli nujum masai dengan menggunakan ejaan jawi “Oleh
sebabkan huruf ‘TA’ lah yang menguatkan ejaan Tuah, ‘TA’, ‘WAU’, ‘ALIF’, ‘HA’, Tuah ‘TA’
digantikan dengan huruf ‘BA’!”
Tulisan dan kesusasteraan amat berkait rapat dalam perkembangan sesebuah tamadun.
Sastera yang telah wujud dalam bentuk lisan telah berkembang maju seiring dengan
perkembangan tulisan. Dalam filem Nujum Pak Belalang, sastera lisan amat memainkan peranan
sebagai hiburan dalam zaman ini sehingga teka-teki yang dianggap sebagai hiburan ini menjadi
pertaruhan sebuah negara. Menurut sumber daripada Wikipedia, teka-teki ialah penyataan atau

3
MPU3323

soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal
seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau
kelakar.
Rentetan daripada filem nujum Pak Belalang, Sultan Masai yang telah kalah dalam
pertaruhannya dengan Sultan Sharul Nizam sehingga baginda Sultan Masai telah kehilangan
negaranya. Salah satu petikan daripada soalan dan jawapan teka-teki diantara ahli nujum Masai
dan ahli nujum pak Belalang,"Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung
dan yang manakah pangkalnya?" Pak Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik dan
meletakkannya ke dalam air dan dilihat kayu terdapat hujung yang timbul dan yang satu lagi
tenggelam. Pak Belalang mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan yang pangkal itu
tenggelam disebabkan "tiap-tiap yang hujung lebih ringan daripada yang pangkal".
Secara kesimpulannya, Bahasa Melayu telah digunakan sebagai Bahasa pencucapan
intelektual dengan menggunakan abjad atau tulisan jawi sebagai media tulisannya seterusnya
membawa perubahan kepada pandangan hidup serta dasar kebudayaannya.

Perkembangan dalam Aspek Sosial


Perkembangan Islam dalam Tamadun Melayu memberi kesan terhadap ciri-ciri sosial yang
menguasai masyarakat ketika itu. Islam telah memperkenalkan sistem atau konsep persamaan
taraf dan persaudaraan islam, konsep ini berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan
semangat tolong menolong antara satu sama lain.
Agama islam yang menekankan tentang sifat atau akhlak yang mulia telah membentuk
masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai hubungan yang erat walaupun terdiri daripada
pelbagai bangsa dan daftar keturunan yang berbeza. Apabila hubungan masyarakat sudah kukuh
tali persaudarannya maka sesebuah negara akan menjadi stabil dan dapat mempertahankan diri
daripada ancaman pihak luar. Seperti sebuah perumpamaan melayu “bersatu teguh, bercerai
roboh”.
Selain daripada itu, sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan adalah amat penting dalam
pembentukan akhlak dalam masyarakat melayu. ini dapat dilihat melalui perhubungan antara
anak-anak dengan ibu bapa, orangtua dengan orang muda dan pemimpin dengan rakyat.
Komunikasi antara kelompok manusia berjalan dengan sempurna dengan jalinan menerusi sifat
hormat menghormati, bergotong royong dan bantu membantu antara satu sama lain.

4
MPU3323

Perhubungan sosial dalam masyarakat melayu menjadi lebih berkembang apabila wujudnya
institusi-institusi baru kemasyarakatan seperti masjid, surau, madrasah dan sebagainya yang
digunakan sebagai medium utama dalam pertemuan dan hubungan sosial harian masyarakat.
Masjid umpamanya menjadi tempat menimba ilmu manakala dewan tempat bermesyuarat
digunakan sebagai tempat untuk menyelesaikan hal-ehwal kemasyarakatan yang dihadapi.
Institusi sosial yang wujud dalam masyarakat dalam filem Nujum Pak Belalang ialah
golongan pemerintah dan golongan rakyat biasa. Golongan pemerintah iaitu Sultan Sharul Nizam
dan Perdana Menteri bagi negara Beringin Rindang manakala golongan rakyat biasa adalah
terdiri daripada golongan petani. Masyarakat yang wujud di era ini hidup secara berharmoni,
saling hormat-menghormati, bergotong-royong sesuai dengan sifat akhlak yang ada dalam
masyarakat islam di zaman itu. Semangat kemasyarakatan di tunjukkan oleh masyarakat negara
Beringin Rindang apabila golongan petani saling tolong-menolong dalam mengusahakan ladang
sesama mereka. Perhubungan kekeluargaan yang kukuh antara Belalang dan ayahnya Pak
Belalang di mana Belalang amat menghormati dan taat akan orang tuanya. Walaupun Belalang
baru balik dari kerjanya diladang, apabila pak Belalang memintanya untuk membuat kopi, tanpa
banyak alasan, Belalang menuruti kehendak ayahnya. Institusi sosial yang wujud dalam filem ini
juga ada apabila ‘Jambul’ dan ‘Buntal’ telah kehilangan lembu mereka, mereka terus merujuk
kepada penghulu kampung mereka. Di sini, perhubungan diantara pemerintah dan rakyat adalah
sangat baik iaitu rakyat patuh dengan pemerintah mereka.

Perkembangan dalam Aspek Politik


Kewujudan pemerintahan adalah cara terbaik untuk menyempurnakan kebajikan rakyat dimana
ia meliputi bahagian pengurusan dan pemerintahan yang cekap serta pemerintah yang bertindak
sebagai penyelaras kuasa. Sifat-sifat seperti tolong menolong, bekerjasama dan bersatu padu
memainkan peranan penting kepada kebajikan rakyat serta mewujudkan pemerintah yang adil.
Sultan adalah institusi tertinggi dalam sistem politik bagi tamadun melayu. Sultan juga
memainkan peranan penting sebagai ketua negara yang bertanggungjawab untuk menjalankan
undang-undang keadilan, melindungi hak serta kepentingan rakyat dan menjaga keutuhan agama
dan keharmonian adat. Kedaulatan yang dimiliki oleh raja adalah tidak tergugat kerana
kedaulatan raja berhubungkait dengan tuah yang dimiliki oleh sultan tersebut. Apabila sesebuah
negara dirahmati dengan keadaan negara yang aman dan makmur, perdagangan berkembang

5
MPU3323

pesat, tanaman dan ternakan yang subur dan berkembang biak, maka sultan tersebut dianggap
bertuah dan berdaulat. Oleh itu rakyat akan menjalankan setiap titah perintah sultan dan sesiapa
yang menentang akan dianggap menderhaka.
Sistem pemerintahan yang digambarkan dalam filem Nujum Pak Belalang ialah
pemerintahan yang berasaskan sistem feudal iaitu terdapat golongan yang memerintah dan
golongan yang diperintah. Golongan yang diperintah adalah rakyat jelata dan sultan bertindak
sebagai ketua negara yang memerintah negara tersebut. Kedaulatan Sultan Sharul Nizam dalam
memerintah negara Beringin Rindang sangat terbukti apabila rakyat jelata hidup dalam keadaan
yang aman dan makmur dengan mengamalkan sistem pemerintahan yang cekap. Pada setiap satu
purnama Sultan akan membuat mesyuarat dibalai penghadapan istana, bersama penghulu-
penghulu kampung di negara Beringin Rindang bagi mengetahui dan mencari penyelesaian
masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Kedaulatan Sultan Sharul Nizam lebih terbukti apabila
baginda menang pertaruhannya dengan Sultan Masai. Tuah yang menyebelahi ahli nujum Pak
Belalang menjawab teka teki yang di utarakan kepada Ahli Nujum Masai menjadikan kuasa
jajahan negara Beringin Rindang lebih luas secara tidak langsung ekonomi negara tersebut
berkembang lebih pesat.

PENGAJARAN
Masyarakat yang mengamalkan amalan kesopanan dan kesusilaan
Kesopanan dan kesusilaan adalah satu daripada lima prinsip utama dalam rukun negara dan sifat
ini merupakan sebahagian daripada amalan hidup yang dituntut oleh masyarakat dalam
kehidupan seharian. Masyarakat Malaysia sangat diterapkan dengan adat ketimuran untuk
sentiasa hormat-menghormati dan mengamalkan sikap sopan santun apabila bertemu dengan
orang yang lebih tua daripada kita. Contoh utama amalan yang menjadi ikutan dari masa dulu
termasuklah membongkokkan badan apabila berjalan melepasi orang yang lebih tua, sentiasa
memberi salam apabila berjumpa dengan orang lain dan tidak meninggikan suara ketika
bercakap. Belalang sendiri mengamalkan sifat ini apabila setiap kali dia berjumpa dengan
penduduk kampung, dia akan memberi salam atau pun membongkokan badannya apabila
melepasi tetamu yang datang ke rumahnya. Selain daripada itu juga sikap Belalang yang sangat
menghormati bapanya walaupun bapanya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
ayah yang baik untuk menampung kehidupan mereka.

6
MPU3323

Di abad ke-21 ini, amalan ini semakin hari semakin dilupakan, khususnya masyarakat yang
tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, amalan kesopanan dan kesusilaan
sepertinya tidak wujud lagi. Sikap rakyat Malaysia lebih terpamer di atas jalan raya, apabila
kenderaan dibawa dengan laju tanpa menghiraukan lampu isyarat sehingga terdapat masyarakat
yang membunyikan hon dan memaki hamun apabila kenderaan dihadapan mereka bergerak
secara perlahan. Dimasa kini, ibubapa juga semakin hari semakin hilang rasa hormat terhadap
golongan pendidik yang dahulunya golongan pendidik disanjung tinggi oleh masyarakat kerana
memberi pendidikan kepada kita. Pada 25hb Feb 2020, Mstar telah melaporkan tentang viralnya
video berdurasi 1 minit 35 saat di laman facebook di mana ibu murid disebuah sekolah agama di
Perak memaksa ustazah merangkak hanya kerana ustazah tersebut, mendenda anaknya kerana
tidak menyiapkan kerja rumah. Sememangnya kita hidup di negara berdemokrasi, yang
mempunyai undang-undang namun masyarakat kita semakin tidak berpendidikan dengan
melakukan perbuatan yang diluar nilai norma murni sebagai seorang individu.
Bagi generasi muda, mereka lebih selesa mempraktikan budaya hedonisme semata mata bagi
memenuhi nilai dan norma di alam maya. Generasi muda yang lebih terdedah dengan kemajuan
teknologi, khususnya internet yang memperkenalkan konsep “dunia di hujung jari” memberi
kesan negatif terhadap aspek sosial remaja. Sikap melawan dan tiada rasa hormat kepada ibu
bapa hanya untuk memperolehi kesenangan dan kepuasan sementara. Laporan statistik
menunjukkan sebanyak 697 kes pembuangan bayi berlaku di seluruh negara bermula dari tahun
2010 hingga 2018 menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Hannah Yeoh pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Harapan Negeri
Melaka. Ini adalah satu jumlah yang besar dan daripada 697 kes, 64% atau 446 bayi ditemui
dalam keadaan tidak bernyawa dan ini amat merugikan negara.

Sikap jujur dan jangan tamak membawa berkat


Sikap jujur adalah sifat lahiria manusia yang telah diciptakan oleh tuhan yang wujud
daripada hati nurani dari setiap manusia dan bukannya keluar dari hasil pemikiran yang
melibatkan otak dan hawa nafsu. Sifat jujur juga termasuk daripada salah satu sifat baik yang
dimiliki oleh manusia. Namun terdapat segelintir orang yang suka mencampur adukkan sifat
jujur dengan sifat kebohongan sehingga wujudnya perasaan tamak yang akhirnya mendatangkan
musibah kepada diri sendiri juga pada orang lain.

7
MPU3323

Pengajaran yang disampaikan melalui filem nujum pak belalang ialah “Manusia jujur
dikasihani tuhan” telah menyedarkan kita bahawa sikap jujur dalam ini adalah perlu. Biarpun
hidup kita tidak mewah seperti orang lain tetapi jujurlah dalam apa pun pekerjaan yang kita buat.
Berkat kejujuran dan keikhlasan Belalang dalam melakukan setiap pekerjaan yang dikerjakannya
sehingga tuhan memberi berkat dan tuah kepadanya sehingga kehidupan mereka menjadi lebih
baik. Selain itu juga, hidup yang dikuasai oleh perasaan dan sikap tamak akan merugikan diri
sendiri. Baginda Masai yang sanggup mempertaruhkan negaranya semata-mata kerana mahu
mendapatkan kuasa lantaran rancangannya gagal baginda Masai malah bersekongkol dengan
penjahat “Badan’ dan ‘Nyawa” untuk menculik tuan puteri Si Bujur Sireh untuk mendapatkan
kembali negara yang dipertaruhkannya.
Wabak pandemick COVID-19, yang telah melanda seluruh dunia menurut sumber daripada
World Health Organization (WHO) telah memberi kesan terhadap ekonomi dunia. Negara
Malaysia juga tidak terkecuali dalam menghadapi wabak ini. Keperluan yang tinggi di pasaran
iaitu beberapa jenis barangan kesihatan yang tidak terkawal seperti hand sanatizer, masker
(topeng muka) dan thermometer amat kekurangan di Malaysia. Senario ini menyebabkan
terdapat segelintir peniaga malah individu yang mengambil kesempatan dalam kesempitan yang
di hadapai oleh masyarakat Malaysia. Sikap tamak peniaga yang menjual barang-barang
kesihatan dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang berpatutan, malah terdapat peniaga
juga individu yang menipu dengan menjual barangan ini di atas talian dengan harga yang mahal
tetapi menghantar barang yang kosong. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dimasa-masa yang
getir ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya saling prihatin sesama masyarakat bagi
membendung wabak ini.

Pemalas, tidak berusaha dan menghargai orang tua


Sikap pemalas dan tidak berusaha dan hanya mengharapkan bantuan daripada orang lain
oleh segelintir masyarakat melayu merupakan teguran atau pengajaran kepada masyarakat yang
di tunjukkan dalam filem ini. Selain daripada itu juga, pendekatan terbalik yang digunakan
dalam ideologi sosial dalam masyarakat melayu adalah menyimpang daripada norma masyarakat
melayu. Biasanya anak yang dipelihara oleh orang tua tetapi sebaliknya anak yang bekerja keras
untuk menyara kehidupan orang tua merupakan teguran sinis filem ini kepada masyarakat.
Pada masa kini ramai daripada masyarakat melayu yang menghantar ibubapa mereka ke

8
MPU3323

rumah orang-orang tua dengan alasan bahawa mereka tidak sanggup untuk menjaga ibu bapa
mereka dan tidak mempunyai masa disebabkan bebanan kerja yang ada. Seburuk mana pun
ibubapa kita hormatilah mereka dan sayangilah mereka dan ikhlas dalam setiap pertolongan yang
diberikan kepada mereka. Janganlah merungut sebab mereka tidak pernah merungut semasa
memebesarkan kita yang sememangnya banyak menyusahkan ibubapa kita samada secara
sengaja atau tidak.
Sikap segelintir masyarakat yang malas untuk berusaha dan hanya mengharapkan untuk
disuap sahaja akan menyebabkan bangsa kita ketinggalan dalam arus globalisasi yang semakin
mencabar. Petikan peribahasa “ulat dalam batu pun boleh hidup” yang disampaikan oleh Pak
Belalang apabila Kacong dan Cinkadu membawa pak belalang untuk bekerja diladang penghulu
kampung supaya pak belalang boleh bekerja dan tidak mengharapkan anaknya Belalang untuk
menyara hidup mereka sekeluarga. Pencapaian Dr Amalina Che Bakri dalam aspek perubatan
telah menunjukkan bangsa Malaysia boleh bersaing dengan negara-negara lain di mata dunia. Dr
Amalina yang telah membukikan bahawa usaha dan tekad yang kuat dapat membantunya untuk
berjaya sehingga menjadi pakar bedah di hospital di London seterusnya membantu dalam
pembedahan adik Ainul di luar negara. Selain itu beliau juga banyak membantu masyarakat
Malaysia dari segi perubatan melalui media sosialnya.

Bersabar dengan ujian yang dihadapi dan patuh kepada ajaran agama
Sabar itu adalah separuh daripada iman merupakan ungkapan yang sering kita dengar dalam
masyarakat Melayu khususnya tetapi turut dipraktikan dalam masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia. Tuhan memberi kita ujian supaya kita patuh kepada ajarannya dan tidak putus asa pada
setiap usaha yang kita lalukan untuk menghadapi ujian yang kita hadapi. Sikap tidak sabar pak
Belalang sehingga dia lari ke gua kerana takut tidak dapat menyelesaikan masalah keluarga
diraja yang telah kehilangan harta benda. Namun berkat tuah yang diberikan kepada tuhan telah
menyelamatkan pak Belalang sehingga menemui harta benda tersebut. Sehebat mana pun
perancangan kita, adalah lebih hebat lagi perancangan tuhan untuk kita.
Dalam filem ini juga unsur penipuan merupakan perlambangan dalam masyarakat sehingga
mewujudkan ketaksuban atau kepercayaan pada bomoh atau dukun. Pak Belalang yang telah
menipu sebagai ahli nujum sehingga dengan mudah dia ditabalkan sebagai ahli nujum diraja dan
setiap penipuannya tidak dapat dikesan kecuali anaknya Belalang. Kepercayaan taksub rakyat

9
MPU3323

terhadap ahli nujum telah membantunya menjadi seorang ahli nujum yang terkemuka seterusnya
mewujudkan rasa percaya dan taksub rakyat kepada ilmu perbomohan yang di tunjukkan secara
tersiratnya dalam filem ini.
Sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini walaupun telah mempunyai pegangan agama
namun masih taksub dengan ilmu bomoh atau dukun. Contohnya dalam artikel yang di petik
daripada Berita Harian Online, bertajuk kebanyakan pesakit kanser payudara di negeri ini masih
mendapatkan rawatan tradisional, terutama bomoh tempatan dan Thailand berbanding ke
hospital. Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan
Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata dalam setahun lebih 100 pesakit
didiagnosis menghidap kanser payudara, namun “Mereka lebih taksub dan percaya kepada
rawatan tradisional tambahan pula Kelantan terletak bersempadan dengan Thailand yang
mempunyai ramai dukun dan bomoh yang kononnya boleh menyembuhkan penyakit”. Apabila
kita menghadapi ujian dalam hidup ini, bukan tidak boleh berikhtiar untuk mencari option lain
untuk menyelesaikan masalah tetapi jika suda sampai ke tahap mensyirikkan terhadap hukum
agama maka ikhtiar seperti ini haruslah dijauhi. Kita tidak pasti tentang kesahihan dengan
amalan dukun tentang jampi apa yang dibacanya dan dihembuskannya dan apa yang telah
ditiliknya untuk kita terima bulat-bulat.
Sikap kesabaran dalam menghadapi ujian dalam menghadapi wabak pandemic COVID-19,
telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia apabila berita utama tv3 melaporkan tentang sambutan
baik dengan perintah kawalan pergerakan pada hari ke-2 perintah ini dilaksanakan. Sikap murni
rakyat Malaysia merupakan usaha bersama dalam memutuskan rantaian virus korona daripada
menular dikalangan masyarakat setempat. Semoga dengan berkat kesabaran masyarakat
Malaysia dalam menangani wabak ini adalah di bawah kuasa perlindungan tuhan.

SMART ART

10
MPU3323

11
MPU3323

Nilai positf dan negatif

KESIMPULAN

Secara kesimpulan tugasan ini memberi pemahaman tentang apa yang di pelajari dalam modul
Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1 dalam mengenalpasti tentang nilai-nilai jati diri, sumbangan
tamadun dan pengajaran yang tersurat dan tersirat dalam filem Nujum Pak Belalang. Nilai-nilai
jati diri seperti semangat kemasyarakatan iaitu masyarakat yang bertoleransi dan prihatin dalam
filem Nujum Pak Belalang masih menjadi teladan bagi masyarakat kita sekarang ini. Namun
terdapat juga segelintir masyarakat yang hanya mementingkan diri bagi memperolehi
kesenangan tanpa mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Kesyukuran dan
kejujuran adalah nilai terpuji yang ada pada masyarakat Melayu dalam filem ini kerana nilai
yang ada pada masyarakat di era globalisasi kini dipengaruhi oleh internet menyebabkan
keperibadian yang dibentuk oleh masyarakat lebih bersifat maya. Sikap materialistik untuk
mengejar kekayaan dengan cepat sehingga menyebabkan nilai kejujuran ditolak tepi bagi
memenuhi tuntutan peribadi.
Tamadun Melayu yang mempengaruhi dalam sumbangan- sumbangan tamadun yang ada
dalam filem ini. Tamadun Melayu yang dipengaruhi dengan tamadun Islam sangat
mempengaruhi masyarakat yang wujud dalam filem ini dari segi penggunaan bahasa melayu

12
MPU3323

yang juga dikenali sebagai lingua franca dengan menggunakan tulisan jawi iaitu tulisan yang
berasal dari al-quran. Justeru itu apabila bekembangnya bahasa dan tulisan maka kesusasteraan
juga turut bekembang di mana teka-teki merupakan sastera lisan yang digunakan sebagai hiburan
dalam masyarakat di era ini. Agama Islam yang mengetengahkan akhlak dan akidah menjadi
pegangan hidup masyarakat dalam filem ini telah membentuk perhubungan sosial yang harmoni
diantara penduduk kampung yang tergolong dalam golongan petani dan golongan bangsawan
iaitu Sultan. Perhubungan yang baik diantara rakyat dengan sultan dapat di lihat apabila
wujudnya institusi sosial iaitu balai istana dan surau yang digunakan sebagai medium untuk
berkumpul dan berbincang tentang isu-isu yang berbentuk keagamaan serta masalah negara.
Hasil dapatan sumbangan tamadun melayu dan tamadun islam dalam filem ini telah
memberi pengajaran dari segi positif mahupun negatif untuk kita. Masyarakat melayu yang
mengamalkan amalan kesopanan dan kesusilaan telah menjadi warisan bagi masyarakat
Malaysia yang mempunyai agama dan daftar keturunan yang berbeza. Budaya hedonisme yang
menular dikalangan generasi muda amat membimbangkan dalam suasana pada hari ini. Selain
daripada itu pengajaran lain ialah sikap jujur dan tidak tamak membawa berkat, seperti slogan
“manusia jujur dikasihani tuhan” yang diketengahkan dalam filem ini. Masyarakat melayu yang
sinonim dengan ketaksuban terhadap dukun dan bomoh menentang tentang ajaran islam telah
memberi pengajaran kita dalam filem ini kerana manusia hanya mampu merancang tetapi tuhan
yang menentukannya. Pengajaran terakhir yang diperolehi dalam filem ini ialah orang yang
pemalas, tidak berusaha dan sentiasa menghargai orang tua.

13
MPU3323

JURNAL REFLEKTIF
Tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1 ini diberikan untuk membolehkan para pelajar
mengenalpasti pencapaian tamadun Melayu terhadap nilai dan pandangan dalam kehidupan
seharian baik daripada individu mahupun masyarakat. Secara dasarnya tamadun diertikan
sebagai pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangasa
atau kaum di dunia. Kemajuan yang di perolehi oleh tamadun melayu telah menjadi warisan
kepada generasi seterusnya. Setelah mempelajari tentang tamadun islam dan tamadun melayu
dengan nilai –nilai jati diri yang ada dalam tamadun tersebut menyedarkan saya untuk
menyumbangkan kearah kebaikan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama
ataupun bangsa. Selain itu juga dengan mempelajari tentang tamadun ini membuatkan saya
untuk lebih menghargai bahasa, agama dan adat resam sendiri kerana aspek inilah yang
mencerminkan budaya dan bangsa kita.

Bahasa jiwa bangsa merupakan peribahasa melayu yang tidak ditelan zaman, sumbangan
tamadun melayu dalam aspek sosial ialah bahasa dan kesusasteraan dan budi pekerti dan adat
resam. Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dikalangan para pedagang berdasarkan
sejarah dahulu. Ini terbukit bahawa bahasa Melayu adalah bahasa persatuan yang di gunakan
ditanah melayu satu ketika dulu. Perlembagaan persekutuan Malaysia telah termaktub bahawa
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan mengiktiraf akan adanya undang-
undang adat yang terlaksana dikalangan orang melayu dan juga pribumi Sabah dan Sarawak.
Bagi memartabatkan bahasa melayu, sebagai individu dalam masyarakat Malaysia yang hidup
dalam masyarakat majmuk adalah dengan menggunakkan bahasa melayu sebagai bahasa
komunikasi dikalangan masyarakat. Walaupun begitu, bahasa ibunda juga bahasa inggeris perlu
dikuasai juga bagi mengikuti perkembangan globalisasi dimasa kini serta mengekalkan budaya
kita supaya tidak ditelan zaman.
Sistem pemerintahan raja berpelembagaan sekarang ini adalah antara sumbangan utama
tamadun melayu dalam aspek politik kepada negara Malaysia. Sistem pemerintahan dahulu
adalah diperintah oleh sultan telah diguna pakai ke dalam sistem politik di Malaysia dan telah
dijadikan sebagai demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah
menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu merupakan komponen
penting dalam pemerintahan negara kita. Seiring dengan itu masyarakat Malaysia seharusnya
mematuhi kepada undang-undang negara serta menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat

14
MPU3323

Malaysia yang mempunyai semangat patriotik. Contohnya mengibarkan jalur gemilang pada
bulan kemerdekaan dan juga menjalankan tanggungjawab sebagai pengudi untuk keluar
mengundi semasa pilihan raya. Walaupun sumbangan ataupun tanggungjawab yang dilakukan
oleh masyarakat Malaysia adalah tampak kecil tetapi ia memberi impak besar terhadap negara
dan generasi kita dimasa akan datang. Begitu juga dengan kempen stayhome staysafe yang
dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung wabak penyakit COVID-19, sebagai rakyat yang
sayangkan negaranya, masyarakat perlu menyahut dan mematuhi arahan kerajaan.
(4315 patah perkataan)

15
MPU3323

RUJUKAN
Covid-19 malaysia live update dimuat turun daripada http://covid-19.livephotos.my/

Rizanizam Abdul Hamid (2 ogos 2019) di muat turun daripada


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/591886/johor-paling-tinggi-kes-buang-bayi

Sofea Susan Albert Kassim (25 Februari 2020) di muat turun daripada
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/02/25/ustazah-merangkak

Hazirah Ahmad Zaidi (22 Disember 2019) di muat turun daripada


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/640876/rawatan-kanser-masih-ramai-
jumpa-bomoh-daripada-doktor

Dr Ghazali Darusalam (Ogos,2019), Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1, Open University
Malaysia (OUM),

Ismail A, Stapaz, Suhaimi S (2012), Islam dan Pembentukan Jati Diri Bangsa Melayu,
Jurnal Hadhari Special Edition

Nujum Pak Belalang Ditranskripsi oleh: Wiramanja @ A. Rahman A. Hanafiah Perbadanan


Kemajuan Filem Nasional Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2006 – 2011 dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/16525449/Skrip_Filem_Nujum_Pak_Belalang

Ali Mohammad (2008), Sumbangan Tamadun Islam dalam Kehidupan Masyarakat di Alam
Melayu Hingga Abad Ke 17M, Journal of Al-Tamaddun, Vol.3

Khadijah S (2013), Tulisan Jawi sebagai salah satu kesan Tamadun Islam dan Warisan Budaya di
Tanah Melayu – seminar UTM, Seminar Pendidikan Islam

16

You might also like