You are on page 1of 6

TUGASAN MINGGU 5

KURSUS PENGAJIAN MORAL (UQI10202)


SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TAJUK TUGASAN : ULASAN MENGENAI BUDAYA


HEDONISME

NAMA ERVINNO JAYA ANAK TIMBAN


KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN VOKASIONAL
(MULTIMEDIA KREATIF) / BBF
SEM 1
NO MATRIKS DB220130
SEKSYEN SEKSYEN 2
TARIKH HANTAR 29 APRIL 2023
NAMA PENSYARAH DR SITI MARPUAH
ISI KANDUNGAN

Bab 1 :Pengenalan………………………………………………………………………m/s3
1.1Definisi Hedonisme …………………………………………………………………..m/s3
1.2 Konsep Hedonisme………………………………………………………………….m/s3
1.3 Ciri-ciri Hedonisme…………………………………………………………………..m/s3
1.4 Pengasas budaya hedonisme………………………………………………………m/s3
Bab 2 : Bentuk Budaya Hedonisme dan Implikasinya……………………………m/s4
Bab 3 : Bentuk Budaya Hedonisme dan Implikasinya……………………………m/s5
Bab 4 :Kesimpulan………………………………………………………………………m/s6
BAB 1
Pengenalan
1.1 Definisi Hedonisme
Budaya atau pemikiran Hedonisme merupakan satu pandangan hidup yang menganggap
bahawa manusia akan mencapai kebahagiaan dengan mencari keseronokan dengan

puas dan menghindari perasaan yang menyakitkan.

1.2 Konsep Hedonisme

Hedonisme adalah merupakan corak pemikiran yang menjelaskan bahawa dengan


mencari keseronokan sepanjang masa adalah sebuah penyelesaian terbaik dalam bagi
manusia dalam menghadapi cabaran kehidupan. Gabungan antara dua perkataan yang
berasal dari Greek (Yunani) iaitu ’hedone’ dan ’isme’ membentuk istilah Hedonisme.
Perkataan hedone membawa maksud kesenangan atau keseronokan. Bagi perkataan
kedua pula iaitu isme, adalah akhiran asing dalam kepercayaan, gerakan politik atau
keagamaan, sikap, serta perlakuan.

1.3 Ciri-ciri Hedonisme

Terdapat beberapa ciri-ciri hedonisme. Antaranya ialah, mempunyai pandangan bahawa


tujuan utama dalam kehidupan adalah untuk kenikmatan serta kesenangan diri sendiri
sahaja. Selain itu, ciri seterusnya adalah, tidak memperdulikan kepentingan serta
kebahagiaan orang lain sehingga membentuk sifat ego. Ciri-ciri hedonisme juga adalah
individu dengan gaya hidup memiliki sifat mengutamakan untuk membeli barang-barang
atau bersikap boros karena kesenangan dianggap lebih utama dibandingkan dengan
keperluan.

1.4 Pengasas budaya hedonisme


Pengasas Hedonisme iaitu Democratus, menyatakan bahawa tujuan utama di dalam
kehidupan setiap manusia untuk mementingkan kesenangan. Bagi Aristippus pula, beliau
berpendapat bahawa kesenangan merupakan keinginan utama dalam diri manusia. Bagi
beliau, orang yang bijaksana sentiasa berusaha untuk mendapatkan kesenangan kerana
kepayahan adalah satu pengalaman yang tidak ingin dialami oleh mereka.

3
BAB 2
Bentuk Budaya Hedonisme dan Implikasinya
Budaya hedonisme ini memberikan beberapa implikasi yang buruk terhadap masyarakat.
Terdapat beberapa implikasi buruk budaya hedonisme ini. Antaranya ialah, kemakmuran
dan kesejahteraan negara semakin tergugat. Perkara sebegini boleh berlaku kerana
sekiranya setiap individu dalam sesebuah negara tersebut mengamalkan budaya
hedonisme, Kemewahan yang dirasakan oleh mereka akan menjadikan hati manusia
menjadi kasar, hilang kepekaan dan merosakkan fitrah manusia. Ketika mereka mengejar
kemewahan dengan penuh bernafsu, mereka akan sanggup melibatkan diri dalam aktiviti
jenayah bagi mendapatkan wang. Hal ini akan kemudiannya secara tidak langsung
menyumbang kepada kehancuran kemakmuran dalam kehidupan manusia.

Selain itu, budaya hedonisme ini juga menyumbang kepada peningkatan aktiviti
jenayah sosial dalam golongan orang muda. Golongan muda amatlah mudah terdedah
kepada aktiviti jenayah. Hal ini kerana, mereka belum dapat membuat keputusan dengan
betul dan tidak dapat mengawal nafsu dengan baik. Demi mendapatkan dan memenuhi
tuntutan nafsu, mereka sanggup melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral
untuk mencari wang. Aktiviti seperti penipuan, kecurian maklumat, judi siber, skim cepat
kaya dan sebagainya merupakan aktiviti yang sering dilaksanakan oleh golongan muda
ini.

Seterusnya, budaya hedonisme ini juga akan meningkatkan kadar pengangguran.


Ekoran terpengaruh dengan budaya hedonisme, ramai golongan muda mula melupakan
impian untuk bekerja dengan cara yang halal. Bagi mereka, untuk mengejar kemewahan,
tidak perlu bekerja dalam jangka masa yang Panjang. Mereka lebih selesa dengan cara
yang singkat iaitu dengan melibatkan diri dalam aktiviti jenayah. Mereka tidak mahu
merasakan letih untuk mendapat gaji yang halal. Bagi mereka, gaji tersebut tidak mampu
untuk memenuhi perbelanjaan mereka.

4
BAB 3
Langkah Penyelesaian Bagi Mengatasi Budaya Hedonisme
Setiap masalah atau konflik, pasti akan ada langkah penyelesaian. Begitu juga dengan
budaya Hedonisme. Bagi mengatasi masalah penularan budaya Hedonisme dalam
kalangan masyarakat, terdapat beberapa langkah yang telah dicadangkan. Antaranya
ialah, usaha daripada pihak kerajaan. Pihak kerajaan hendaklah mewujudkan sistem ilmu
melalui media massa seperti media kerohanian. Melalui kewujudan sistem sebegini, ilmu
pengetahuan dan keimanan masyarakat dapat dipertingkatkan.

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab dalam isu kebajikan masyarakat juga
sewajarnya melaksanakan kempen pendedahan akan kesan-kesan dan keburukan
hedonisme. Melalui pelaksanaan kempen ini, ia dapat memupuk kesedaran dalam diri
masyarakat mengenai keburukan hedonisme dan dapat menimbulkan sifat ingin
mengelakkan diri daripada terjebak dalam budaya hedonisme.

Seterusnya, sistem pendidikan dan latihan hendaklah dipertingkatkan. Sistem


pendidikan pengajian moral hendaklah diutamakan dan diwajibkan untuk diambil di setiap
peringkat persekolahan atau pembelajaran. Sistem Pendidikan bukan hanya boleh
ditingkatkan dari segi pengajaran dalam kelas, di luar kelas juga, nilai moral boleh
dipupuk. Sebagai contoh, mewajibkan solat secara berjemaah bagi yang beragama
islam, berpakaian menutup aurat dan sentiasa menegur sapa rakan-rakan dengan
hormat . Hal ini akan memberi impak yang berpanjangan dalam diri remaja kerana
mengamalkan sistem berilmu, beriman dan beramal.

5
BAB 4
Kesimpulan
Secara tuntasnya, jelaslah bahawa budaya atau corak pemikiran hedonisme ini bukanlah
sesuatu yang baik untuk diamalkan. Kesannya amat buruk sekiranya ia menjadi budaya
yang menjadi amalan utama masyarakat. Diharapkan, melalui kerjasama semua pihak
dalam membendung budaya hedonisme ini akan membantu untuk membendung budaya
ini daripada semakin menular. Akhir kata, kita hendaklah ingat bahawa generasi muda
pada masa merupakan bakal pemimpin negara kita dan kita tidak mahu sekiranya budaya
hedonisme ini mempengaruhi minda mereka.

You might also like