You are on page 1of 18

KOLEJ VOKASIONAL

MPU 2322 PENGAJIAN MORAL

NOTA KULIAH
KURSUS PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

TOPIK 6.0 CABARAN DALAM PENGAMALAN NILAI MORAL


6.1 SIKAP MATERIALISTIK
6.2 SIKAP INDIVIDUALISTIK
6.3 SIKAP HENDONISME
SUB TOPIK
6.4 PERBEZAAN KELAS DAN STATUS SOSIAL
6.5 JURANG GENERASI
6.6 SIKAP TAMAKKAN KUASA
HASIL PEMBELAJARAN Menghubungkait Isu-Isu Moral dengan Cabaran Dalam
BERDASARKAN CLO Pengamalan Nilai Moral (C3, PLO3, LOD2)

KOD KURSUS MPU 2322 Muka : 1 drp : 18

6.0 CABARAN DALAM PENGAMALAN NILAI MORAL


6.1 SIKAP MATERIALISTIK
 Sikap materialistik bermaksud sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri dalam mengejar
kekayaan dunia sehingga melupakan interaksi sesama manusia. Apa makna sebenar
materialistik? Untuk memahami apa itu materialistik, bayangkan anda sedang melihat
sebuah mahligai yang tersergam indah, atau sebuah kereta yang cantik melintasi di hadapan
anda. Jika satu keinginan yang kuat timbul di dalam diri anda untuk memilikinya, ia adalah
satu tanda jelas yang materialisma atau kebendaan adalah faktor utama yang mendorong
1|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
kehidupan anda. Seorang yang benar-benar bukan materialistik tidak terpengaruh untuk
mengejar kemewahan. Mereka lebih mementingkan untuk memenuhi tujuan kenapa kita
manusia dibangkitkan ke dunia.

KAJIAN KES 1

Sikap materialistik dorong pelajar jual tubuh

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menerima hakikat amalan seksual di kalangan pelajar
sekolah kini berada di tahap membimbangkan dan memerlukan perhatian segera.

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj,
berkata remaja terutama pelajar sekolah mudah dipengaruhi faktor persekitaran menyebabkan
mereka bersikap materialistik sehingga ada yang sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan wang.

“Sikap materialistik mendorong mereka melakukan kegiatan serong terutama bagi remaja
perempuan yang menjual diri sebagai jalan paling mudah untuk mendapatkan wang,” katanya
ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro, Sabtu lalu mengenai remaja perempuan
berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhir tahun ini
yang dikatakan mewah hasil kegiatannya menawarkan khidmat seks.

Kegiatan pelajar yang kini mempunyai simpanan dalam akaun bank melebihi RM80,000 terbongkar
selepas dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara kerana kemaluannya
cedera, Mac lalu. Dia dikatakan sering berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur untuk
menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM4,000 sekali
perkhidmatan tanpa disedari anggota keluarganya.

Sementara itu, Harlina berkata walaupun kebanyakan remaja sedar kesan buruk yang bakal
diterima apabila terjebak dengan gejala negatif itu, mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab
terhadap diri sendiri. “Remaja hanya fikirkan untuk berseronok. Berdasarkan kes ini, kita perlu
fikirkan mengapa cukup mudah bagi mereka terjebak ke kancah tidak sihat.

“Kita juga perlu mencari punca asas yang menyebabkan timbulnya isu begini di kalangan pelajar
sekolah,” katanya.

2|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
6.2 SIKAP INDIVIDUALISTIK
 Individualistik bermaksud sikap pentingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu hal orang
yang berada di sekelilingnya. Orang yang mempunyai sikap individualistik tidak akan
mengambil tahu apa yang terjadi terhadap orang lain.
 Masyarakat merasa dimudahkan dengan teknologi maju membuat mereka merasa tidak lagi
memerlukan orang lain dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan. Kadang-kala mereka lupa
bahawa mereka adalah makhluk sosial yang memerlukan interaksi antara satu sama lain
semasa melakukan aktiviti kemasyarakatan tersebut. Mereka lebih senang berhubung dan
berinteraksi dengan menggunakan web site atau laman sesawang.
 Kebanyakan orang terpengaruh dengan budaya barat yang hanya mementingkan hal sendiri
dan kerja mereka sahaja. Akibatnya masyarakat akan terabai. Contohnya, jikalau seseorang
itu bersikap individualistik, jikalau ada kematian yang berlaku di kampungnya juga dia tidak
peduli dan mengambil bahagian.Perkara ini mula berlaku di bandar-bandar sebelum menular
di kampung-kampung. Oleh yang demikian, kita sepatutnya mempunyai semangat kejiranan
dalam diri kita.
 Kebaikan sikap ini, dapat meningkatkan diri sendiri dalam pelajaran. Contohnya, apabila kita
lebih banyak bermain daripada belajar didalam kumpulan belajar, kita perlu belajar
berseorangan walaupun dikatakan pentingkan diri sendiri.
 Keburukan sikap ini, Penyakit sosial akan berlaku dikalangan masyarakat jikalau masyarakat
mementingkan diri sendiri. Masalah seperti seks bebas dan pembuangan bayi akan menjadi
perkara biasa dalam kalangan masyarakat
 Cara Mengatasi Individualistik, Banyakkan menyertai aktiviti-aktiviti yang mendorong kearah
kemasyarakatan dapat mengatasi serta dapat megeratkan hubungan silaturahim sesama
jiran tetangga.

6.3 SIKAP HEDONISME

 Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek) adalah fahaman falsafah yang menyatakan
bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Hedonisme merupakan
ajaran atau pandangan tentang kesenangan atau kenikmatan menjadi tujuan utama hidup
manusia.

3|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
 Kesan globalisasi yang meluas membawa kepada penularan budaya antarabangsa di dunia.
Termasuk di dalamnya ideologi dan gaya hidup manusia yang sudah tidak dapat dibezakan
lagi antara suatu bangsa dengan bangsa lain dan penganut suatu agama dengan penganut
agama lain. Hal ini merupakan bukti bahawa telah terjadi pergeseran gaya hidup umat
manusia yang kembali semula berorientasi pada masalah keagamaan, fahaman menjadi
materialistik atau kebendaan, hedonis (keseronokan) dan sekular.
 Hedonisme adalah satu kepercayaan bahawa kesenangan harus merupakan tujuan utama
dalam hidup. Sedangkan dalam bahasa Arab “hedonisme” disebut dalam istilah “Madzhab
Al Mut’ah” atau “Madzhab Al Ladzzdzah“. Dalam kamus Al-Munawwir disebutkan sebagai
berikut: Hedonisme adalah satu aliran yang mengatakan bahawa sesungguhnya kelazatan
dan kebahagiaan adalah tujuan utama dalam hidup. Kemudian dalam Ensiklopedia Bahasa
disebutkan bahawa Hedonisme adalah faham yang berpendapat bahawa kepuasan
merupakan satu-satunya alasan dalam tindakan tingkah laku individu.
 Di dalam Al-Qur’an kalimat yang semakna dengan hedonisme adalah At Takatsur
yang diterjemahkan sebagai “bermegah megahan” dengan mencatatan nota kaki,“bermega
h-megahan dalam soal anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya.”Al-Qur’an
telah memperingatkan umat manusia agar sentiasa waspada terhadap penyakit ini dengan
dengan ancaman siksaan yang amat pedih, baik ketika berada di alam barzakh maupun di
alam akhirat kelak.

a). Hedonisme

 Hedonisme adalah fahaman sebuah aliran filsafat dari Yunani. Tujuan fahaman aliran ini,
untuk menghindari kesengsaraan dan menikmati kebahagiaan sebanyak mungkin dalam
kehidupan di dunia. Ketika itu, hedonisme masih mempunyai erti positif. Dalam
perkembangannya, penganut fahaman ini mencari kebahagiaan kesan jangka panjang tanpa
disertai penderitaan. Mereka menjalani pelbagai praktikal, seperti puasa, hidup miskin,
bahkan melakukan pertapaan agar mendapat kebahagiaan sejati.
 Namun waktu pemerintahan kaisar Romawi menguasai seluruh Eropah dan Afrika, fahaman
ini mengalami pergeseran ke arah negatif dalam era baru hedonisme. Era baru itu, carpe
diem (raihlah kenikmatan sebanyak mungkin selagi kamu hidup), menjiwai setiap hembusan
nafas aliran tersebut. Kebahagiaan difahami sebagai kenikmatan belaka tanpa mempunyai
erti mendalam.

4|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
 Pengertian kenikmatan berbeza dari kebahagiaan. Kenikmatan lebih cenderung bersifat
duniawi daripada rohani. Kenikmatan hanya mengejar hal-hal yang bersifat sementara. Masa
depan tidak perlu difikirkan.Saat paling utama dan bererti adalah saat ini, bukan masa depan
atau masa lalu. Hidup adalah suatu kesempatan yang datangnya hanya sekali.
 Oleh itu, isilah dengan kenikmatan tanpa memikirkan akibat jangka panjang. Bila terlampau
memikirkan baik buruknya hidup, akan sia-sia kerana setiap kesempatan yang ada akan
lambat dicapai. Demikian pemikiran hedonis negatif yang berkembang saat ini. Pemikiran itu
agaknya sangat sesuai dengan gaya hidup masyarakat moden seperti sikap Individualistik
dan nafsu untuk meraih kenikmatan kehidupan.
 Hedonisme menurut Pospoprodijo (1999:60) kesenangan atau kenikmatan adalah tujuan
akhir hidup yang baik dan yang tertinggi. Namun, kaum hedonis memiliki kata kesenangan
menjadi kebahagiaan.
 Kemudian Jeremy Bentham dalam Pospoprodijo (1999:61) mengatakan bahawasanya
kesenangan dan kesedihan itu adalah satu-satunya motif yang memerintah manusia dan
beliau mengatakan juga bahawa kesenangan dan kesedihan seseorang adalah bergantung
kepada kebahagiaan dan kemakmuran yang umumnya dapat dilihat dalam seluruh
masyarakat. Hedonisme menurut Burhanuddin (1997:81) adalah sesuatu itu dianggap baik,
sesuai dengan kesenangan yang diperolehinya.
 Disini jelas bahawa sesuatu yang hanya mendatangkan kesusahan, penderitaan dan tidak
menyenangkan, dengan sendirinya dinilai tidak baik. Orang-orang yang mengatakan ini,
dengan sendirinya, menganggap atau menjadikan kesenangan itu sebagai tujuan hidupnya.

b) Perwatakan Hedonisme

 Perwatakan hedonisme adalah suka kepada kebendaan dengan ukuran fizikal harta, atau
apa saja yang tampak, yang dapat dinilai dengan wang. Jadi disini orang yang sudah senang
kerana harta bendanya yang banyak, sudah sama ertinya dengan orang yang bahagia atau
dengan kata lain :

Bahagia = Kesenangan.

 Faktor Menularnya Budaya Hedonisme Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia;


1. Pengaruh media massa [tv, internet, majalah dll]

5|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
2. Pengaruh rakan / persekitaran
3. Institusi kekeluargaan yang semakin longgar
a. kekurangan perhatian dan kawalan ibu bapa
4. Gaya hidup hari ini mementingkan keseronokan tanpa batasan
5. Kurang didikan agama

c) Kesan

1. Masyarakat menjadi alpa/ lalai [lupa pada pelajaran/ keluarga/ kerja dan tanggungjawab
kepada negara]
2. Penyakit sosial [pergaulan bebas/ seks bebas/ pembuangan bayi/ perjudian/ lepak dll]
3. Menularnya penyakit kelamin [AIDS dan sifilis]
4. Lahirnya generasi yang tidak ada pegangan hidup
5. Pembangunan negara terjejas - mudah dijajah

6.3.1 Ciri-ciri Hedonisme

 Hedonisme Egoistik
o Iaitu hedonisme yang bertujuan untuk mendapatkan kesenangan semaksima mungkin.
Kesenangan yang dimaksud ialah dapat dinikmati dengan waktu yang lama dan mendalam.
o Contohnya: makan-makanan yang enak-enak, jumlah dan jenisnya banyak, disediakan
waktu yang cukup lama untuk menikmati semuanya, seperti jamuan makan ala Romawi. Bila
perut sudah penuh, maka disediakan sebuah alat untuk mengorek kerongkong, dengan
demikian isi perut dapat dimuntahkan keluar, kemudian dapat diisi kembali jenis makanan
yang lain, sampai puas.

 Hedonisme Universal
o Iaitu suatu aliran hedonisme yang mirip dengan ulitarisanisme = kesenangan maksima bagi
semua.
o Contohnya: bila menari, haruslah menari bersama-sama, waktunya semalam suntuk, tidak
boleh ada seorang pun yang tidak hadir, ataupun kesenangan-kesenangan lainnya yang

6|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
dapat dinikmati bersama oleh semua orang. Secara umumnya kesenangan dapat dibahagi
kepada dua jenis:

Kesenangan Fizikal
Ialah kesenangan yang dapat dirasakan dan dinikmati melalui badan. Sumber dan jenisnya
dari segi makan minum, yang menerima kesenangan itu dari tekak sampai ke perut. Hasil
kesenangan itu biasa dinilai dengan sebutan nikmat, enak, sedap, nyaman, lazat, dan
sebagainya. Bila sumbernya hubungan badan (coitus), maka yang menerima kesenangan
itu adalah alat kelamin, seluruh badan jasmani, dimana hasil kesenangan itu dinilai
dengan sebutan: nikmat, enak, sedap dan sebagainya.
Bila sumbernya sebagai hasil kerja, misalnya pekerjaan tangan, atau sesuatu
yang menggunakan tenaga seperti pekerjaan di pelabuhan, di kebun, di perhentian
sungai, dan sebagainya, maka kesenangan itu dinilai dengan sebutan: memuaskan, beres,
selesai, dan sebagainya

Kesenangan Rohani
Apabila sumbernya itu sebagai hasil seni, bentuknya itu berupa puisi atau prosa, lukisan atau
patung, atau serangkaian lagu-lagu merdu/ muzik, maka hasil kesenangan itu dinilai dengan
sebutan: menarik, hebat, indah, memuaskan, mengasyikkan, dan sebagainya. Penilaian ini
diberikan oleh rasa, emosi, dan getaran jiwa.
Apabila sumbernya itu berasal dari hasil fikir, yang merasakan kesenangan itu adalah otak,
fikir, dimana hasil kesenangan itu dinilai dengan sebutan: ilmiah, merangsang otak, hebat,
pemikiran yang mendalam, intelektual yang tinggi, mengagumkan dan sebagainya.
Apabila sumbernya adalah kepercayaan yang menikmati kesenangan itu adalah
jiwa, perasaan, rohani, hati, dimana kesenangan itu dinilai dengan sebutan:
mententeramkan jiwa, meresapkan rasa iman, rasa takwa, syahdu, suci, yakin dan
sebagainya.

 Hedonisme di kalangan remaja


o Penularan budaya hedonisme yang menjadikan kesenangan dan kenikmatan
sebagai tujuan hidup terutamanya di kalangan generasi muda hari ini sekiranya tidak

7|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
ditangani boleh merapuhkan semangat jati diri dan pegangan agama, kata seorang
penulis buku biografi.
o Budaya ini, sekali gus membantutkan kesinambungan kepemimpinan negara
berkualiti kerana mementingkan keseronokan hidup semata mata. Budaya ini sangat m
embimbang kan kerana mereka terlalu fleksibel terhadap semua perkara sehingga
boleh melunturkan perasaan kasih kepada bangsa dan negara. Apabila budaya
hedonisme ini mula menjalar ke dalam golongan remaja melalui hiburan, sukan dan
cara hidup, secara tidak langsung ia menghakis sifat malu dalam diri mereka.

 Masyarakat yang tidak malu ini membawa kepada gejala sosial yang serius,
seperti melakukan maksiat di tempat awam. Ini secara tidak langsung akan menjatuhkan
nilai sesebuah masyarakat. Kesan globalissasi dunia tanpa sempadan menjadi punca
kepada 'cedukan' budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan
cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan adat resam negara ini. Justeru itu
elemen 'kesederhanaan' perlu ada dalam diri setiap anak muda bagi
menghalang hedonisme sebelum menjadi 'wabak'.
 "Apabila pegangan agama golongan muda Melayu tidak 'teguh, mereka tidak akan
dapat 'makanan jiwa' dan inilah menyebabkan mereka mudah berpaut pada nilai
hedonisme ini," jelas beliau.
 Semua orang tahu, masalah lepak di kalangan remaja bukan lagi fenomena baru, malah
seolah-olah sudah menjadi budaya yang boleh disifatkan sebagai berkesinambungan
dari satu generasi ke generasi baru. Cuma bezanya dengan generasi terdahulu, remaja
yang melepak sekarang kelihatan lebih mewah kerana ramai daripada mereka
kelihatan bergaya dengan telefon bimbit, selain berpakaian berjenama, malah ada
yang berkenderaan sama ada motorsikal ataupun kereta. Senario ini mencerminkan
kehidupan generasi hari ini lebih senang dan mewah berkat hasil kemajuan yang dicapai
sejak merdeka.
 Masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara
berlebih-lebihan. Di rumah misalnya, segala kelengkapannya seperti perabot dan peralatan
elektriknya mestilah yang serba moden dan canggih. Kenderaan pula bukan sahaja dari
jenama yang terkenal, tetapi juga ia harus dilengkapi dengan pelbagai aksesori terkini
yang memperlihatkan kehebatan pemiliknya.

8|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
 Begitu juga dengan pakaian, daripada jenis yang berjenama dan bergaya dan kalau
bersantai ataupun berhibur pula mesti di tempat-tempat yang ada kelas. Pengaruh budaya
hidup serupa inilah yang menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk
hidup mewah dan bergaya inilah juga yang dipercayai menyumbang kepada peningkatan
kadar jenayah sejak kebelakangan ini.
 Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri
semula jadi manusia, namun bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-
lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dan menjadi budaya dalam masyarakat kita.
Budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif.
 Disamping ia boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan
berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka
dan lalai daripada melaksanakan kewajipan sebagai anggota keluarga ataupun anggota
masyarakat.
 Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan pelbagai
kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan
menjadi lalai terhadap kewajipannya, malah menyebabkan mereka menjadi lemah dan
terjajah. Demikianlah juga dengan budaya hedonisme yang sedang menular dalam
masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan penyakit lalai di kalangan masyarakat. Sebagai
contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-
rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh perbuatannya daripada
melaksanakan kewajipannya terhadap Tuhan seperti bersembahyang, berpuasa dan
sebagainya di samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia seperti
memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan
anak-anak.
 Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut
memberi kesan yang semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini.
Masalah ini sangat berat dan membimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang
bakal mewarisi dan memimpin negara ini pada masa depan. Justeru, pembabitan semua
pihak perlu dalam mengatasi budaya ini tanpa diletakkan di atas bahu kerajaan semata-
mata. Ia boleh dibendung jika semua pihak berganding bahu kerana kerajaan atau remaja
tidak dapat mengatasi semua masalah berkenaan secara bersendirian.

9|MPU 2322
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
 Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat dengan
pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Para ibu bapa hendaklah
memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya
hidup yang tidak sihat seperti budaya bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara
berlebih-lebihan yang mengundang banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping
menimbulkan banyak masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara.
 Sungguhpun ada di kalangan kita yang berkemampuan untuk memberikan apa saja kepada
anak-anak, namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang ringgit serta pelbagai
kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana
ianya boleh menjadikan mereka materialistik dan lalai. Sebaliknya, suburkanlah anak-anak
ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melalui didikan yang sempurna serta
pemberian kasih sayang yang secukupnya.
 Selain tugas ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan
perlu digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan
ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh. Pengetahuan serta pemahaman terhadap
nilai budaya dan moral serta huraian masalah sosial daripada kaca mata saintifik,serta
perubahan tingkah laku dan sosial individu atau nasyarakat perlu diterapkan kepada remaja
secara berterusan. Ini penting kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan moral di kalangan
remaja semakin terasa di negara ini sejak kebelakangan ini.

6.3.2 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan.


Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan
matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas daripada segala unsur ketuhanan.
Selain itu, keseronokan yang dipilih oleh individu boleh menyebabkan berlakunya perselisihan
antara satu-sama lain. Sebagai contoh, seseorang individu menganggap membunuh adalah
perkara yang menyeronokkan manakala seseorang individu lain pula menganggap ia sesuatu
perkara yang menakutkan.

Oleh itu, secara jelas konsep pemikiran hedonisme tidak relevan digunakan dalam masyarakat
kerana boleh mewujudkan perbezaan pemikiran. Namun kini, malang sekali kerana remaja-remaja

10 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
di Malaysia sekarang kebanyakan telah terdedah dengan pemikiran ini samada sedar atau pun
tidak. Sekiranya tidak dibendung, pemikiran ini akan menghancurkan masyarakat Malaysia di suatu
hari nanti. Untuk membentengi diri dari hedonisme yang hanya menawarkan kenikmatan sesaat,
hendaklah dimulai dari diri sendiri dan juga sokongan orang lain contohnya ibu bapa sebagai orang
tua perlu meningkatkan kawalan pada anak-anak. Tanamkan nilai moral yang berguna bagi
mereka. Misalnya sikap hidup dan mengarahkan mereka pada pergaulan yang baik,serta didik
mereka untuk berdikari.Sedangkan bagi para remaja,berfikirlah dahulu sebelum bertindak, jangan
hanya mengejar kesenangan saja kerana masa depan masih panjang, banyak hal yang berguna
dapat mereka lakukan tanpa harus hura-hura dan berfoya-foya.

Lampiran:

11 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL

6.4 PERBEZAAN KELAS DAN STATUS

 Dalam sesebuah negara yang sedang membangun, tidak dapat dinafikan bahawa ada
golongan individu yang memperoleh pendapatan yang lebih berbanding dengan
golongan yang lain.
 Pendapatan yang diperoleh sebenarnya bergantung pada jenis aktiviti ekonomi yang
dijalankan. Lazimnya, para peniaga dan Pengarah pengurusan tergolong dalam
kumpulan berpendapatan tinggi. Ahli-ahli professional seperti doktor, peguam, arkitek
dan akauntan yang mengendalikan firma-firma sendiri juga tergolong dalam kumpulan
ini. Sebaliknya, pekerja-pekerja biasa di pejabat dan operator di kilang ataupun penjaja
kecil digolongkan sebagai kumpulan individu yang berpendapatan rendah.
 Dengan ini jelaslah terdapat perbezaan kelas yang wujud antara kumpulan yang
berpendapatan tinggi dan kumpulan yang berpendapatan rendah. Lazimnya, individu
yang berpendapatan tinggi berupaya memakai kereta mewah, duduk di kawasan
perumahan yang eksklusif dan memakai pakaian yang berjenama dan mahal.
Kesemua ciri ini dikaitkan dengan status yang tinggi. Dengan itu teranglah bahawa
individu yang berpendapatan tinggi juga berstatus tinggi.
 Dalam kehidupan seharian, perbezaan kelas atau status sentiasa ditonjolkan sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Keadaan seperti ini kurang sihat dan ia boleh

12 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
menjejaskan perpaduan satu-satu komuniti atau masyarakat. Kerajaan telah
mengambil langkah untuk mengatasi masalah perbezaan kelas.
 Langkah-langkah membasmi kemiskinan dibahagikan kepada dua kategori berikut :
a. Kemiskinan di luar bandar
b. Kemiskinan di Bandar
 Langkah kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar menitikberatkan
petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang, penduduk kampung
baru dan buruh kasar. Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh beberapa buah badan
berkanun seperti RISDA, FELDA, MADA FELCRA dan KADA. Selain badan-badan
berkanun tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan bantuan.
 Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-
tanah baru, bantuan alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja,
kemudahan kredit, pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru.
Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan rakyat.
 Strategi untuk mengurangkan kemiskinan di bandar ditumpukan pada perkembangan
guna tenaga yang produktif. Kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih meluas
berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan serta memperbaiki peluang untuk
memperolehi kemudahan awam yang asas untuk mempertingkatkan taraf hidup.
 Melalui langkah-langkah tersebut, perbezaan kelas dan status sememangnya akan
dapat dikurangkan. Apabila keadaan tersebut dicapai, perpaduan rakyat di negara kita
akan terus terjamin.

13 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
6.5 JURANG GENERASI

 Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi
oleh pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.
Oleh kerana pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang generasi di antara
anak-anak dengan ibu bapa. Tahukah anda apakah jurang generasi?
 Biasanya jurang generasi merujuk kepada perbezaan pandangan dan idea yang wujud
di antara generasi muda dengan generasi tua. Sebagai contoh, seorang anak gemar
memakai seluar yang berfesyen ‘baggy’ atau ‘bokat’. Menurut ayahnya, pakaian seperti
itu tidak sesuai kerana seluar itu terlalu besar kakinya. Dengan itu perselisihan faham
akan timbul di antara ayah dengan anaknya.
 Dalam satu contoh yang lain, seorang anak mungkin ingin mengikut fesyen
rambut rakannya ataupun rambut kumpulan popular yang digemarinya seperti beram
but panjang ala penyanyi rock. Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting
rambut agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.
 Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang perlahan atau jenis
insrumental dan lagu lama seperti dendangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak
lebih meminati lagu berunsur ‘pop’ dan ‘rock’ seperti Siti Nurhaliza dan Awie. Begitu
juga dengan program tv. Si ayah mungkin lebih meminati program seperti Berita Dunia
Jam 10 tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton filem-filem Inggeris.
 Contoh-contoh di atas memang menunjukkan situasi-situasi di mana perselisihan
faham mudah timbul di antara ibu bapa dengan anak-anaknya. Ia timbul kerana jurang
generasi yang wujud itu. Sekiranya langkah tidak diambil untuk mengatasi masalah ini,

14 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
maka timbullah situasi di mana anak tidak ingin balik ke rumah lagi. Mereka lebih gemar
berfoya-foya di pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan.
 Dengan itu ibu bapa haruslah berusaha untuk mengatasi jurang generasi jika ia wujud.
Ia dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:
a. Menerangkan kepada anak apa yang dikatakan tidak sesuai sama ada
pakaian,fesyen rambut atau jenis lagu yang dipilih itu.
b. Cuba timbulkan kesedaran tentang nilai-nilai dan norma-norma masyarakat kita.
c. Tingkatkan lagi pengetahuan agama dan pegangan moralnya.
d. Ambil tahu jenis rakan yang didampinginya.
e. Izinkan keperluan dan permintaannya yang berpatutan seperti keinginan untuk
menghadiri majlis keraian.
f. Libatkan diri dalam permainan yang digemari anak-anak seperti permainan
catur, monopoli, badminton, bola sepak dan sebagainya. Ini akan merapatkan
hubungan di antara ayah dengan anak-anak.
 Sekiranya usaha-usaha yang sesuai diambil oleh orang dewasa yang lain, maka jurang
generasi akan dapat dirapatkan. Perhubungan ibu bapa – anak yang mesra akan
mewujudkan suasana keluarga yang lebih harmonis. Lantaran itu masalah-masalah
anti sosial akan dapat dikurangkan.

15 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
6.6 SIKAP TAMAKKAN KUASA

Kuasa digunakan apabila A mengambil sesuatu keputusan yang membawa kesan kepada B,
danB dihalang daripada mengambil apa-apa Tindakan yang boleh menggugat keputusan A.
Dalam bidang politik kuasa diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya melalui pilihanraya untuk
mentadbir. Biasanya kuasa yang ada pada pemimpin digunakan dengan baik untuk
kepentingan rakyat jelata. Kebanyakan pemimpin menggunakan kuasa yang diberikan
kepada mereka secara adil untuk membangunkan negara.

 Salah guna kuasa berlaku apabila orang yang berkuasa bercita-cita tinggi,
pendendam, tamak atau merasakan pengaruhnya berkurangan. Untuk menjamin ia
dapat terus kekal sebagai pemimpin ia akan mengeksploitasi orang lain dengan
menggunakan segala kuasa yang masih ada padanya dengan pelbagai cara.
 Untuk tujuan ini seseorang pemimpin yang tamakkan kuasa sanggup
membelakangkan nilai-nilai moral, agama atau undang-undang yang ada. Ia akan
menggunakan kuasanya untuk memaksa, mengancam orang-orang bawahan supaya
terus patuh kepadanya. Walau bagaimanapun daripada pengalaman sejarah,
pemimpin yang tamak kuasa dan memerintah secara kuku besi tidak kekal lama dan
akan disingkirkan.

16 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
 Sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin negara telah mendatangkan
pelbagai penderitaan kepada rakyat. Peperangan Dunia dan peperangan antara
negara-negara berlaku akibat daripada sikap pemimpin negara yang tamakkan kuasa.
 Orang-orang yang berkuasa dalam politik, pertubuhan, persatuan, syarikat atau
institusi juga kadang-kadang tamakkan kuasa. Oleh kerana kuasa memberikannya
status, kekayaan dan kedudukan yang istimewa berbanding rakyat atau ahli biasa,
mereka ingin terus memilikinya.
 Oleh yang demikian tidak hairanlah jika terdapat perbuatan fitnah memfitnah atau
memburuk-burukkan antara satu sama lain berlaku. Dalam kes yang serius perbuatan
mencedera atau membunuh kerap dilakukan oleh orang yang berkuasa demi
mempertahankan kuasa yang dimilikinya. Perebutan kuasa kerap berlaku antara
pemimpin politik negara.
 Kadang-kadang perbuatan yang melanggar nilai moral dan ajaran agama di atas bukan
sahaja dilakukan oleh pemimpin atau orang yang berkuasa demi mengekalkan
kedudukannya sebagai ketua, mereka yang belum berkuasa dan ingin berkuasa juga
sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan kuasa.
 Daripada contoh-contoh di atas, nyata orang yang tamakkan kuasa tidak mengambil
kira kebajikan dan kebaikan orang lain. Kebanyakan mereka membelakangkan nilai-
nilai moral atau ajaran agama semata-mata untuk menjaga temolok diri sendiri. Mereka
sanggup menggunakan apa saja cara dan menghalalkan apa saja cara hatta sampai
kepada mencederakan dan membunuh sekalipun, asalkan matlamat mereka tercapai.

17 | M P U 2 3 2 2
KOLEJ VOKASIONAL
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL

LATIHAN pengukuhan

1. Nyatakan kesan cabaran sikap materialistik dalam pengamalan nilai moral yang betul.
2. Nyatakan perasaan berjaya mengatasi cabaran materialistik dalam pengamalan nilai
moral yang betul.
3. Berikan kesan sikap egoistik dalam pengamalan nilai moral yang betul dalam
kehidupan seharian.
4. Berikan maksud Hedonisme
5. Nyatakan langkah-langkah membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia.
6. Berikan nilai murni moral yang sesuai bagi menangani cabaran perbezaan kelas dan
status sosial yang terdapat dalam komuniti anda.
7. Tuliskan tiga kesan daripada pengamalan nilai murni moral tersebut
8. Nyatakan maksud jurang generasi
9. Apakah usaha-usaha perlu diambil bagi menangani cabaran jurang generasi.
10. Huraikan dua nilai murni yang perlu ada pada pemimpin negara bagi mengelakkan
sikap tamakkan kuasa
11. Berikan tiga kesan daripada sikap pemimpin yang tamakkan kuasa

18 | M P U 2 3 2 2

You might also like