You are on page 1of 15

PENGENALAN

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah dan
sekolah menengah. Pihak sekolah wajib mengajar Pendidikan Moral kepada semua
moral yang bukan islam. Pendidikan Moral memberi tumpuan kepumukan nilai dan
membina kekuatan kerohanian dan moral melalui penhayatan dan amalan nilai-nilai
murni

yang

terdapat

dalam

agama

serta

budaya

masyarakat

Malaysia.

Pendidikan Moral KSSR pada masa kini memfokuskan kepada 3 domain insan
bermoral. Menurut Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, (2006), untuk
memperkukuhkan modal insan dan membawa perubahan budaya dan sikap
pastinya merupakan satu cabaran utama dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9.
Apakah yang dimaksudkan dengan insan bermoral ? Menurut John Wilson (1973),
komponen yang perlu ada dalam diri seorang insan bermoral dikategorikan sebagai
konsep iaitu peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan
dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu
konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Selain itu, seorang insan bermoral juga
perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya, tahu berinteraksi
dengan orang sekelilingnya dan bertindak mengikut pertimbangan yang telah
difikirkan atau keputusan yang telah dibuat. Lickona (1991) pula menyatakan untuk
menjadi seorang yang bermoral, seseorang itu perlu mengetahui kebaikan,
menginginkan kebaikan dan melakukan kebaikan. Manakala Walker et.al.
menggambarkan konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan
dimensi moral. Seorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan
ketiga-tiga dimensi moral. Secara amnya, kita boleh membahagikan moral kepada
tiga dimensi, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

Dimensi moral

Penaakulan moral

Perasaan moral

Pemikiran dan
pertimbangan

Rasional
Bebas
Normatif
Tepat
Tajam
Kreatif
Inovatif
Kritis

Emosi dan
Perasaan

Empati
Simpati
Murah hati
Kasih sayang
Belas kasihan
Sentiment
Berjiwa

Perlakuan moral

Tingkah laku dan


Tindakan

Bertanggungjawab
Berdedikasi
Berprihatin
Bekerjasama

Rajah 1 : Dimensi Moral

Kebelakangan ini, sering dihebohkan di media massa seperti akhbar,


televisyen, internet dan sebagainya mengenai keruntuhan akhlak golongan remaja di
Malaysia, masalah moral pelajar-pelajar di sekolah menengah, vandalisme, masalah

remaja-remaja yang sering berpeleseran di jalan raya. Tidak lupa pula pada kes
pembuangan bayi yang semakin meningkat peratusannya.

Membuli
Ponteng
sekolah

Lumba haram

CONTOH - CONTOH
ISU MORAL

Pembuangan
bayi

Penagihan
dadah
Gangterisme

Rajah 2 : Menunjukkan contoh contoh isu moral

Pembuangan bayi

Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, gejala pembuangan bayi amat
berleluasa di negara kita, Malaysia. Namun, gejala tersebut bukan lagi isu yang
hangat lagi kerana telah menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini. Hampir setiap
hari media massa memaparkan berita yang berkaitan dengan gejala pembuangan
bayi, tidak ketinggalan juga di corong-corong radio tempatan yang juga sering
menyampaikan

masalah-masalah

tersebut.

Namun,

golongan

yang

tidak

bertanggungjawab tersebut masih tidak mempunyai kesedaran serta perasaan malu


apabila berita-berita

sedemikian disebarkan sehingga setiap lapisan masyarakat

menyaksikan perbuatan kejam yang telah mereka lakukan ke atas golongan yang
tidak berdosa ini. Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan oleh Polis Diraja
Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu.
Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak
67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada
2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, kepada
semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi
dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia. Walaupun mereka telah ditangkap dan
dipenjarakan sehingga terdapat kes yang membawa mereka untuk dijatuhkan
hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya manusia yang tidak
mempunyai nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang yang tidak
mempunyai akal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah janganlah sudah
terhantuk baru tergadah.

Gejala gangsterisme
Sejak kebelakangan ini, gejala gangsterisme semakin menjadi-jadi di negara
kita. Perkara ini tidak akan ada penamatnya jika tidak dipandang berat oleh semua

pihak. Gejala ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya peningkatan
mengenai

kes

ini

dalam

dada-dada

akhbar

dan

perkara

sebegini

telah

membimbangkan masyarakat kita. Tegasnya, pelbagai langkah yang proaktif dan


konkrit sewajarnya diambil bagi menangani masalah ini.

Gejala ponteng sekolah


Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan
mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar.Perbuatan ponteng
sekolah merupakan salah laku yang serius oleh pelajar. Terdapat pelbagai faktor
yang menarik mereka untuk terjerumus dalam gejala ini. Gejala ini mendapat
perhatian pihak media, masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, dan sebagainya.
Malah, pihak polis turut turun padang bagi membantu pihak sekolah untuk
mengesan pelajar yang ponteng sekolah.

Kes membuli
Menurut Kamus Dewan edisi- 4,

buli didefinisikan sebagai perbuatan

mendera, mempermainkan seseorang. Secara umumnya, buli turut di definisikan


sebagi perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang
lemah. erbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan
memdatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Pembulian
menjadi semakin sinonim di kalangan masyarakat tempatan. Terutamanya di
kalangan kanak-kanak. Kes pembulian ini berlaku ditadika , sekolah dan juga di
rumah. Tanpa mengira masa, statistik kes pembulian yang dilaporkan kini mencecah
1000 kes setiap hari. Jumlah itu tidak termasuk jumlah kes yang tidak dilaporkan.

Penagihan dadah
Kes penagihan dadah merupakan kesalahan yang diletakkan di bawah Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Masalah ini semakin serius sejak
tahun 1970an sehingga mendorong kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah
sebagai musuh nombor satu negara pada tahun 1983. Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan menangani
permasalahan yang berkaitan dengan dadah. Peranan utama AADK ialah untuk
menentukan segala usaha negara menangani ancaman dadah berjalan secara
terancang, terarah dan selaras dengan matlamat akhirnya untuk mewujudkan satu
masyarakat dan negara yang bebas daripada permasalahan dadah.

Faktor faktor yang mendorong masalah masalah akhlak ini berlaku adalah
kekurangan penaakulan moral dalam diri invidu, kestabilan emosi dan tingkah laku
moral yang kurang sihat.

PENAAKULAN MORAL
Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan
kepada prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan (Abdul
Rahman Aroff & Chang Lee Hoon, 1994). Berkowitz (1964) menyatakan bahawa
ia merujuk kepada kelakuan yang melibatkan pertimbangan atau penaakulan yang
mematuhi norma sosial yang ditetapkan sebagai tingkah laku yang betul.
Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan
tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976). Selain

itu penaakulan moral turut didefinisikan sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang
dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral (Gibbs,
Basinger dan Fuller, 1992). Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral
menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai
murni di dalam kehidupan sehariannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai
murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak,
akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Kekurangan
penghayatan dan amalan nilai murni seperti rasional, normatif, kreatif, inovatif telah
menjadi punca untuk berlakunya masalah berakhlak dalam kalangan remaja pada
masa kini. Kekurangkan nilai-nilai murni dalam diri individu mendorong mereka untuk
terlibat dalam masalah moral seperti penagihan dadah, membuli, ponteng sekolah,
gangsterisme dan sebagainya. Dengan perkataan lain, kekurangan penaakulan
moral bagi seseorang individu akan menyebabkan seseorang individu itu tidak dapat
membuat pertimbangan dan keputusan moral yang matang dan bebas dalam situasi
moral.

EMOSI MORAL
Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati,
simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasaan yang
bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral. Perasaan ini akan
membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah
penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat
sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan
menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa
mengira kepentingan diri sendiri. Namun begitu insan bermoral tidak harus terlalu

mengikut emosi kerana ia akan menjurus kepada perlakuan yang tidak rasional
manakala individu yang terlalu kurang perasaan moralnya pula dilihat kurang insani
atau bersifat impersonal. Keupayaan dan kesanggupan mengalami emosi moral
adalah prasyarat untuk melahirkan individu bermoral. Sebab itulah, menurut
Kupperman (1983) individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral, tidak
semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding orang biasa. Namun begitu,
selalunya individu yang tidak bermoral memang kurang perasaan moralnya, iaitu
tidak peka terhadap pengalaman dan penderitaan mangsanya. Begitu juga menurut
Ewing (1990), kelemahan moral dalam kalangan remaja yang yang melakukan
jenayah bukan disebabkan mereka tidak mengetahui bahawa perkara itu adalah
salah tetapi berpunca daripada tiadanya perasaan terhadap kebajikan orang lain.
Emosi moral dianggap sebagai pembekal tenaga (power supply) kepada setiap
pelakuan (Samay, 1986). Emosi moral ini penting untuk mengawal perlakuan dan
menghalang individu daripada melakukan sesuatu yang bersifat anti sosial.
Contohnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu
sentiasa membantu orang miskin tanpa mengira kepentingan diri sendiri. Oleh itu,
insan yang bermoral ialah individu yang boleh menyeimbangkan antara penaakulan
dan perasaan di samping perasaan moralnya. Perasaan kadangkala lebih
berpengaruh daripada fikiran. Bagi orang yang menpunyai keupayaan kawalan
emosi yang agar rendah, emosi mereka mudah dipengaruhi oleh kawan dan
sekelilingnya. Ketika berasa marah, mereka akan melakukan sesuatu seperti
mencontengkan perkataan-perkataan kasar di dinding, atau menulis sesuatu
mengutuk orang mereka benci untuk membantu meredakan kemarahkan. Selain
itu ,tekanan juga adalah salah satu faktor yang mendorong masalah akhlak berlaku.
Antaranya ialah tekanan daripada pelajaran atau tekanan dari perkerjaan. Ini

bermakna jika seseorang tidak ada cara lain untuk melepasi tekanan yang dialami,
mereka sanggup melakukan sesuatu seperti conteng atau menrosakan bendabenda awam agar mendapat kesenangan sementara untuk melupakan tekanantekanan yang dihadapi.

TINGKAH LAKU MORAL


Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau
tidak,secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal
sebarang sikapyang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker
(2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph
Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas,
tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar
(glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah
apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999),
menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan. Tingkah laku yang kurang bermoral yang terdapat seseorang
individu mencetus kepada berlakunya masalah moral pada masa kini. Tingkah laku
kurang bermoral ini berpunca daripada tidak mempunyai teladan yang baik dari segi
moral dan akhlak. Kebanyakkan orang mempelajari sesuatu tingkah laku melalui
permerhatian seseorang, interaksi dan pergaulan dengan orang lain. Persekitaran
yang tidak terkawal juga mempengaruhi tingkah laku seseorang pada masa kini.
Sebagai contoh, ibu bapa yang membuat perbuatan yang kurang sihat di depan

anak-anak mereka, anak-anak tersebut akan meniru perbuatan tersebut. Selain itu,
kemunculan media massa turut mendorong masalah akhlak ini memuncak dengan
drastik. Media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media
massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang
terutamanya golongan murid ke arah negatif secara diam. Cerita-cerita yang
berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Ceritacerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang murid untuk meniru aksi-aksi
negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak murid semakin menjadi-jadi. Kelakuan
yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba
pula dalam hati pelajar. Sebagai contoh, ada murid yang dipengaruhi dan tertarik
dengan gaya Hero bergaduh dalam sesebuah filem cuba membuat dalam kelas di
hadapan rakan-rakannya.

CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan boleh diambil untuk mengurangkan masalah
akhlak dan juga untuk membentuk insan yang bermoral. Semasa mengajar
pendidikan moral di sekolah semua guru haruslah menekankan 3 aspek iaitu
penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Bagi menjayakan matlamat
ini, guru seharusnya berperanan mendidik dan mengasuh pelajar selari dengan
kehendak ini. Pelajar bukan sajaha perlu diajar berpandukan kepada sukatan
pelajaran Pendidikan Moral, malah perlu diperkukuhkan dengan penghayatan akhlak
pada tahap yang cemerlang. Seorang guru telah diamanahkan untuk mendidik murid
supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan
aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.
Guru harus mendidik dan memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan

kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai
kaum di negara ini. Ini dapat membina satu panduan hidup yang menjadi insan yang
bermoral. Guru adalah model yang terbaik untuk dicontohi oleh pelajar. Guru
sentiasa menjadi tontonan pelajar dan bakal diikuti segala tunjuk ajarnya. Ini
kerana guru merupakan sumber kepada murid dalam semua perkara untuk
mendapatkan ilmu dan semangat, juga sumber untuk dicontohi dalam pembinaan
akhlak yang baik. Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu
tetapi berperanan lebih luas dari itu. Antaranya untuk menanam nilai-nilai insani
melalui keilmuan dan pendidikan bagi menghidupakan potensi-potensi dalaman dan
luaran dalam diri murid supaya dapar berkembang dan berfungsi dengan sebaikbaiknya. Selain itu, guru juga harus mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Semua guru harus melaksanakan
kaedah atau teknik mengajar yang baharu, efektif dan yang dapat merangsang
minat murid. Guru juga memastikan perkara yang diajar bermakna kepada setiap
murid serta mereka dapat memahami kepentingan topik tersebut dalam kehidupan
mereka. Guru juga melaksanakan pelbagai aktiviti di dalam kelas supaya muridmurid tidak berasa bosan. Guru juga menerapkan nilai-nilai murni semasa proses
p&p. Para guru juga meningkatkan kadar komunikasi mereka dengan murid.
Kemahiran berkomunikasi berkesan memberi peluang kepada guru bersikap mesra
dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan
dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini akan dapat melahirkan pelajar yang
cemerlang dan berakhlak tinggi. Untuk membendung masalah akhlak ini, guru juga
boleh menggunakan teknik token ekonomi dalam kelas. Token Ekonomi adalah
program modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkan tinglah laku

yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui penggunaan
Token (tanda-tanda). Setiap murid akan menerima token setelah menunjukkan
tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu
menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian
ditukar dengan peneguh (back up reinforce) seperti hadiah atau penghargaan.
Contohnya, guru memberi bintang kepada murid-murid yang berakhlak tinggi di
dalam kelas. Setelah murid berjaya mengumpulkan 15 bintang, dia boleh
menukarkan hadiah seperti kotak pensil daripada gurunya. Sistem ini mendorong
murid untuk berdisiplin dan berakhlak tinggi pada masa akan datang. Seterusnya,
pihak sekolah juga harus melaksanakan bimbingan dan kaunseling pada setiap
minggu. Guru disiplin sesebuah sekolah hendaklah memberikan bimbingan dan
kaunseling kepada semua murid di sekolah. Bimbingan dan kaunseling ini juga
dijalankan secara khas kepada murid-muridnya yang dikenal pasti akan atau telah
mendatangkan masalah di dalam atau luar bilik darjah. Para pendidik juga harus
mempunyai kemahiran kaunseling. Guru patut bijak menggunakan kemahiran
komunikasi yang dimiliki oleh mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh para pelajar. Guru harus mempunyai kesabaran untuk mendengar apa yang
diperkatakan oleh seseorang pelajar dan bersikap responsif dan adil. Salah faham
dan juga pergaduhan dalam kalangan pelajar merupakan contoh kejadian yang
biasa dilihat dalam persekitaran bilik darjah. Guru berusaha menyelesaikan masalah
atau pergaduhan yang timbul dalam kalangan murid.

Teori teori etika dan teori perkembangan moral sangat penting kerana
sepanjang kehidupan, manusia akan membuat pelbagai tafsiran tentang perlakuan
moral. Pengetahuan tentang teori teori etika dan teori perkembangan moral boleh
menjadi panduan kepada setiap manusia untuk membuat keputusan sama ada
sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak dalam situasi tertentu. Teori etika
membimbing setiap orang untuk membuat keputusan dalam situasi tertentu sama
ada perbuatan tersebut bermoral atau tidak bermoral. Selain itu,pandanganpandangan daripada teori etika membolehkan kita mendapat iktibar tentang
sekiranya akal dan ilmu yang dipergunakan itu jika tidak dibimbing dengan
kepercayaan agama tidak akan melahirkan prinsip-prinsip moral yang sejagat
walaupun setiap aliran falsafah itu ada pengikutnya. Akal fikiran manusia yang
nampaknya rasional sebenarnya masih terlalu kecil untuk membincangkan hakikat
kehidupan, mencari kebenaran dan menentukan apakah yang benar dan betul yang
sepatutnya dilakukan oleh manusia. Seterusnya, pengamatan kita tentang teori etika
ini menyedarkan kita bahawa apakah yang menjadi fokus dalam konsep kemoralan.
Kemoralan perlu melibatkan diri (peribadi) dan orang lain (masyarakat) serta alam
sekitar di sekeliling kita tentang bagaimana seharusnya manusia bertindak dengan
wajar. Kemoralan melibatkan dimensi akal fikiran (taakulan), perbuatan (tingkah
laku), emosi (perasaan) dan juga niat (tekad yang betul). Di samping itu, teori etika
mendedahkan kita tentang sejauh mana dan sedalam mana pentingnya nilai dalam
kehidupan manusia sebagai anggota masyarakat. Pendidikan akhlak dan moral
mengikut kepercayaan agama tertentu perlu disertakan dalam sistem pendidikan
moden yang banyak memperkayakan seseorang murid dengan ilmu dan kemahiran.

Kebijaksanaan. Jadi, sistem pendidikan di Malaysia yang ingin melahirkan insan


yang bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan kemahiran sosial
adalah sesuatu yang betul dan wajar.

Saya memilih teori pembelajaran moral sosial sebagai panduan kehidupan


seharian saya. Teori-teori ini dipelopori oleh Miller dan Dollard (1941) dan
diperincikan lagi oleh Albert Bandura dan R.H. Walter (1963). Pembelajaran sosial ini
menegaskan bahawa kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan meniru orang
lain dan bukan melalui pembelajaran secara formal. Kanak-kanak sentiasa
memerhati tingkah laku, gerak balas, gaya, bahasa, dan sifat-sifat personaliti orang
lain khususnya ibu bapa, guru, rakan sebaya dan watak tertentu atau idola dalam
media massa. Jadi peniruan (model) juga merupakan satu proses pembelajaran
moral. Sebagai seorang bakal guru, saya haruslah menjadi contoh yang baik dari
segi moral dan akhlak kepada orang lain. Seterusnya, saya juga menggunakan
model hidup atau model sombolik untuk memotivasikan perlakuan bermoral dalam
kalangan murid. Saya akan menggunakan teknik simulasi dan main peranan sesuai
untuk melakonkan watak nilai-nilai murni. Perlakuan moral dipelajari melalui
pemerhatian, interaksi dan pergaulan, jadi persekitaran yang sesuai dan terkawal
perlu diwujudkan supaya proses peniruan yang positif berlaku. Saya juga akan
mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan membudayakan moral. Guru
boleh menggunakan modeling untuk mengubah tingkah laku pelajar, tingkah laku
yang baik diberi ganjaran dan pujian.

KESIMPULAN
modal insan adalah aset terpenting kepada organisasi dan negara. jatuh
bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada kualiti
yang ada pada modal insan. Justeru, agenda pembangunan modal insan perlu
diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara kerana ia adalah
pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran bangsa itu.
Pembangunan modal insan ini perlu digerakkan secara produktif dan proses
pendidikan menjadi titik tolak kepada usaha itu. Perlu diingatkan bahawa proses
pendidikan di sini adalah proses berterusan dan perlu dilakukan secara
komprehensif. Unsur kemahiran dan nilai itu diadun bersama agar modal insan yang
bakal mewarnai negara adalah modal insan yang mempunyai nilai dalam erti kata
sebenar. Jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya
kepada kualiti yang ada pada sumber manusianya. Oleh itu kita sebagai
warganegara Malaysia perlu menyemarakkan semangat pembelajaran sepanjang
hayat, sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan melaksanakan kerja
yang terbaik dan berkualiti. Kita juga harus mempraktikkan budaya kerja cemerlang.
tugas kita untuk memastikan negara terus berada di landasan pertumbuhan ekonomi
yang kukuh adalah besar dan mencabar. Namun, kita akan menjadi sebuah negara
yang benar-benar maju dan kaya dengan nilai-nilai murni, jika kita mempunyai
iltizam dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kerajaan telah berusaha dan
melabur dengan banyak dalam pembangunan modal insan. Akan tetapi, tepuk
sebelah tangan takkan berbunyi, masyarakat harus memberi kerjasama yang
sepenuhnya untuk bersama-sama membangunkan modal insan.

You might also like