You are on page 1of 9

5.

0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini telah diusahakan beberapa cara bagi mencapai objektif kajian, satu set
soal selidik yang telah diolah dan disediakan. Soal selidik adalah antara kaedah yang cukup efektif
dan sesuai untuk mengumpul data dan maklumat seperti pengumpulan maklumat berkaitan perkara
yang membabitkan sukan dalam membentuk perpaduan kaum. Soal selidik ini mengandungi empat
bahagian iaitu bahagian A mengenai demografi responden. Kebanyakan daripada responden
terdiri daripada kalangan kaum melayu. Responden terdiri daripada beberapa kaum lain selain
melayu iaitu india ,cina , dan lain kaum seperti iban misalnya. Manakala bahagian
B,C,D,mempunyai beberapa soalan mengenai pendapat dan pandangan responden.

Kaedah yang kedua ialah temubual bersama beberapa responden. Salah seorangnya
responden- responden tersebut ialah Muhammad Syakit dari Shah Alam. Muhammad Syakir
berpendapat bahawa kebanyakan sukan di Malaysia ini antara medium dan alat sebagai penyatuan
kaum di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Ini kerana sukan sering mendapat sambutan
oleh mana mana pihak , ia lebih memudahkan lagi untuk memupuk perpaduan kaum. Bagi
responden yang seterusnya, iaitu daripada kaum Iban menyatakan sukan ini mampu mengurangkan
isu rasis oleh beberapa kaum yang lebih dominan di dalam Malaysia. Oleh itu, hubungan antara
kaum yang lain dapat dieratkan secara efektif kerana kurangnya isu rasis.

Disamping itu, bagi kaedah seterusnya ialah melalui pengumpulan data dengan
menggunakan kualitatif iaitu melalui rujukan risalah-risalah ataupun artikel samaada melalui
internet , surat khabar ataupun di Perpustakaan Tun Abdul Razak Uitm Pulau Pinang sepanjang
kajian lapangan ini dilakukan. Seterusnya, data-data yang telah dikumpul secara kualitatif juga
telah digunakan. Melalui pengumpulan data ini, graf dan carta pai diperoleh dengan menggunakan
Google Form.
6.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Secara kesuluruhannya, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman
masyarakat tentang kepentingan sukan dalam memupuk perpaduan antara masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia .Dapatan kajian ini adalah berdasarkan temu bual yang dijalankan dan
satu banci atau borang soal selidik secara online. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai
41 orang yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina , India dan lain-lain. Sejumlah 40 item telah
dibina dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Borang soal selidik in bertujuan untuk membantu
mendapatkan hasil kajian berdasarkan objektif kajian ini.

Objektif kajian yang pertama adalah mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang


perpaduan antara kaum dalam sukan di Malaysia. Melalui persoalan ini iaitu tentang faktor yang
menghalang perpaduan kaum dalam sukan, menunjukkan bahawa kecenderungan kaum terhadap
sesuatu sukan yang tertentu menjadi penghalang perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, antara
sukan yang terkenal di Malaysia iaitu badminton yang hamper dimonopoli oleh kaum cina
kesemuanya kerana kemahiran kaum mereka di dalam sukan tersebut. Selain itu, sukan bola sepak
juga yang dimonopoli oleh kebanyakannya kaum melayu sahaja. Seterusnya , antara perkara yang
menjadi faktor penghalang perpaduan iaitu sikap rasis yang wujud dalam diri seseorang individu
terhadap sesuatu kaum yang lain yang menjadi penghalang dalam menuju perpaduan kaum. Isu
rasis ini telah lama tular di dalam masyarakat Malaysia kerana mereka yang merasakan bahawa
kaum mereka lebih baik berbanding kaum lain. Dalam mengejar arus permodenan ini, Malaysia
juga tidak lupa melaksanakan pelbagai kempen kesedaran tentang isu perpaduan kaum. Melalui
program ini, dengan harapan masalah rasis yang wujud ini dapat dikurangkan selain melalui sukan
bagi memupuk perpaduan kaum. Namun yang demikian , hasil kajian juga mendapati masih ada
yang tidak bersetuju tentang kecendurangan kaum terhadap sesuatu sukan tertentu menjadi
penghalang perpaduan . Ini kerana masih ada lagi sebahagian individu atau pun masyarakat yang
sedar bahawa tidak semestinya sesuatu kaum hanya mempunyai kecendurangan terhadap satu
bidang sukan sahaja.

Seterusnya, objektif kajian yang kedua adalah mengenalpasti tentang sukan di Malaysia
sebagai medium perpaduan. Dalam hasil kajian ini beberapa soalan dikemukakan dalam borang
soal selidik antaranya tentang sukan di Malaysia ini lebih didominasi oleh kaum tertentu. Sukan
di masa kini lebih mementing kegiatan sukan yang dapat mengalakkan pernyataan masyarakat
tempatan seperti yang telah diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia kini untuk menjana
semangat kebersamaan di kalangan rakyat berbilang kaum. Melalui hasil dapatan , sejumlah besar
peratusan terhadap semua kaum dalam dominasi sukan di dalam Malaysia telah direkod. Bagi
merealisasikan sukan sebagai medium perpaduan terdapat beberapa cadangan yang baik antaranya
mewujudkan sukan 1 Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum. Sukan 1 Malaysia ini lebih
berkesan di wujudkan di kalangan pelajar supaya mereka dikembangkan dan timbul kesedaran
tentang kepentingan perpaduan kaum. Selain itu, pendapat tentang kewajaran sukan diasingkan
mengikuti perbezaan kaum telah direkodkan dengan di dalam borang soal selidik. Ramai di antara
mereka memilih tidak dalam sukan diasingkan mengikut perbezaan kaum. Hal ini menunjukkan,
kesedaran telah mula lahir dalam kalangan masyarakat masa kini tentang penyatuan kaum melalui
penyatuan sukan bersama masyarakat yang berbilang bangsa. Oleh itu jelaslah bahawa , responden
berpendapat bahawa sukan adalah medium perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, objektif kajian adalah menganalis keberkesanan sukan sebagai ejen
perpaduan . Sukan massa sudah semakin kurang dimonopoli oleh kaum spesifik yang lebih
dominan and penyertaan sukan juga tidak lagi terhad dan dibuka untuk kesemua jenis kaum di
Malaysia. Setiap individu tidak mengira bangsa dan pangkat mempunyai bakat dan kecendurangan
terhadap sesuatu yang diminati contohnya minat terhadap sukan. Seterusnya peluang dalam bidang
sukan juga tidak mementingkan perbezaan kaum sahaja tetapi membuka peluang yang sama rata
kepada jantina yang berbeza. Antara soalan yang dikemukan melalui soal selidik ialah tentang
kepercayaan bahawa setiap kali acara sukan negara akan dapat meningkatkan lagi ikatan dan
semangat perpaduan antara kaum. Selain itu , perpaduan kaum dalam negara dapat dipupuk dan
dibentuk melalui sukan.
BAHAGIAN A : DEMOGRAFI
Kajian ini melibatkan seramai 41 orang yang terdiri daripada 34 orang Melayu, 1 orang
cina, 1 orang india dan 5 orang kaum lain.

Carta 1 – Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut bangsa.


BAHAGIAN B : KEBERKESANAN SUKAN SEBAGAI AGEN PERPADUAN.

Sebilangan besar responden menyokong dan percaya bahawa setiap kali acara sukan negara akan
meningkatkan lagi ikatan dan semangat perpaduan antara kaum. (Carta 2 )

Carta 2 – Carta atau bar chart yang menunjukkan peratusan responden.


Carta 3 – Carta bar yang menunjukkan sukan ini mampu membentuk perpaduan
Negara.
BAHAGIAN C: FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PERPADUAN DALAM
SUKAN.

Sebilangan besar responden sememangnya cenderung memilih sukan tertentu iaitu sukan
yang dominan dalam setiap kaum sendiri. (Carta 4 )

Carta 4 – Carta bar yang menunjukkan kecendurangan kaum terhadap sesuatu sukan.
Carta 5 – Carta pai tentang kewujudan rasis yang menghalang perpaduan.
BAHAGIAN D: KEBERKESANAN SUKAN SEBAGAI AGEN PERPADUAN.

Keberkesanan ini dapat dilihat melalui majoriti responden yang memilih dan berpendapat bahahwa
semua sukan didominasi oleh semua kaum .( Carta 6)

Carta 6 – Carta pai menunjukkan sukan di Malaysia didominasi oleh semua kaum.

You might also like