You are on page 1of 23

BAB 4.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang data-data kajian yang dikumpul. Data-data
ini diperoleh daripada soal selidik yang telah ditadbirkan kepada 60 orang
murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan di Simpang Ampat, Perlis. Perisian
SPSS versi 26.0 digunakan untuk menganalisis data-data ini untuk
mendapatkan analisis deskriptif bagi peratusan, kekerapan dan min bagi
setiap item dalam soal selidik. Sehubungan dengan itu, data-data ditafsir
dengan merujuk Jadual 4.1 Tahap Kecenderungan Skor Min (Landell, 1997).
Antara aspek yang dianalisis ialah minat dan tahap pemahaman murid
terhadap penerapan Konsep Seni dalam Pendidikan dalam melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani.

Jadual 4.1 Tahap Kecenderungan Skor Min (Landell, 1997)

Skor Min Interpretasi


1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi

Analisis data dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama


bertumpu kepada penghuraian maklumat demografi responden seperti
jantina, bangsa, kelas, dan pengalaman menggunakan Seni dalam
Pendidikan dalam pembelajaran. Bahagian pertama adalah minat murid
terhadap penerapan Konsep Seni dalam Pendidikan dalam melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani. Bahagian ketiga adalah tahap pemahaman murid
terhadap penerapan Konsep Seni dalam Pendidikan dalam melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani.
4.2 PROFIL PESERTA KAJIAN
Setelah data dianalisis, latar belakang responden dijelaskan dalam jadual-
jadual di bawah. Dalam bahagian ini telah menjelaskan maklumat am
responden termasuklah jantina, bangsa, kelas dan pengalaman
menggunakan Seni dalam Pendidikan dalam pembelajaran. Nilai kekerapan
dan peratusan digunakan untuk menjelaskan demografi responden.

4.2.1 TABURAN DAN PERATUSAN RESPONDEN BERDASARKAN


JANTINA.

Jadual 4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Kekerapan Peratusan (%)


Lelaki 24 40
Perempuan 36 60
Jumlah 60 100

Berdasarkan Jadual 4.2, responden kajian terdiri daripada 24 orang


murid (40%) lelaki dan 36 orang murid (60%) perempuan. Jumlah
responden yanh dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah 60 orang
murid. Oleh itu, majoriti responden kajian terdari daripada murid
perempuan.
4.2.2 TABURAN DAN PERATUSAN RESPONDEN BERDASARKAN
BANGSA
Jadual 4.3 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa

Bangsa Kekerapan Peratusan (%)


Melayu 59 98.3
Cina 1 1.7
India 0 0
Jumlah 60 100

Berdasarkan dapatan kajian, didapati seramai 59 orang murid (98.3%)


berbangsa Melayu. Bangsa Cina pula seramai 1 orang murid (1.7%)
sahaja manakala tidak ada responden yang berbangsa India. Jadual
4.3 menunjukkan taburan dan pertusan responden berdasarkan
bangsa.

4.2.3 TABURAN DAN PERATUSAN RESPONDEN BERDASARKAN


KELAS
Jadual 4.4

Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kelas

Kelas Kekerapan Peratusan (%)


5 Berjaya 36 60
5 Gigih 24 40
Jumlah 60 100

Responden kajian terdiri daripada 60 orang murid dari sekolah


kebangsaan yang berada di Simpang Ampat, Perlis. Responden kajian
terdiri daripada murid Tahun 5. Di sekolah tersebut terdapat dua kelas
Tahun 5 iaitu Kelas 5 Berjaya dan Kelas 5 Gigih. Berdasarkan dapatan
kajian, terdapat seramai 36 orang murid (60%) berasal daripada Kelas
5 Berjaya dan 24 orang murid (24%) berasal daripada Kelas 5 Gigih.
4.2.4 TABURAN DAN PERATUSAN RESPONDEN BERDASARKAN
PENGALAMAN MENGGUNAKAN SENI DALAM PENDIDIKAN
Dalam bahagian ini, terdapat dua soalan yang berkaitan dengan
pengalaman menggunakan Seni dalam Pendidikan. Soalan pertama
adalah saya pernah didedahkan dengan Seni dalam Pendidikan dalam
proses pengajaran Pendidikan Jasmani. Soalan yang kedua adalah
saya pernah mengikut proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani yang diterapkan unsur seni visual, muzik dan
pergerakan.

Jadual 4.5 Taburan dan Peratusan Responden Yang Menjawab


Soalan 1

Pengalaman Kekerapan Peratusan (%)


Ada 36 60
Tiada 24 40
Jumlah 60 100

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat 36 orang murid (60%) pernah


didedahkan dengan Seni dalam Pendidkan dalam proses pengajaran
Pendidikan Jasmani. Manakala terdapat 24 orang murid (40%) tidak
pernah didedahkan dengan Seni dalam Pendidikan dalam proses
pengajaran Pendidikan Jasmani.
Jadual 4.6 Taburan dan Peratusan Responden Yang Menjawab
Soalan 2

Pengalaman Kekerapan Peratusan (%)


Ada 39 65
Tiada 21 35
Jumlah 60 100

Jadual 4.6 menunjukkan bahawa seramai 39 orang murid (65%)


pernah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani yang diterapkan unsur seni visual, muzik dan pergerakan.
Sebaliknya, terdapat seramai 21 orang murid (35%) tidak mempunyai
pengalaman mengikut proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani yang diterapkan unsur seni visual, muzik dan
pergerakan.

4.3 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


4.3.1 MINAT MURID TERHADAP PENERAPAN KONSEP SENI
DALAM PENDIDIKAN DALAM MELAKUKAN AKTIVITI
PENDIDIKAN JASMANI
Penyelidik telah membina tujuh soalan iaitu item yang berkaitan
dengan minat murid terhadap penerapan Konsep Seni dalam
Pendidikan dalam melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Item-item ini
terletak di Bahagian B soal selidik. Penyelidik telah menggunakan
SPPS versi 26.0 untuk menganalisis item-item dan mengumpulkan
data dalam bentuk kekerapan.

Rajah 4.1. Item 1.Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian


terhadap pengajaran guru apabila menggunakan seni visual,
muzik dan pergerakan.
Merujuk kepada item 1, hasil daripada dapatan kajian yang
dibuat mendapati bahawa terdapat 22 murid (36.7%) memilih tidak
pasti, 23 murid (38.3%) memilih setuju dan 15 murid (25%) memilih
sangat setuju bahawa mereka dapat menumpukan perhatian terhadap
pengajaran guru apabila menggunakan seni visual, muzik dan
pergerakan. Namun, secara keseluruhannya, majoriti murid bersetuju
dengan item 1 ini. Berdasarkan Jadual 4.8, min bagi item ini ialah 3.88
iaitu berada di tahap yang tinggi. Penggunaan seni visual, muzik dan
pergerakan dapat meningkatkan perhatian murid semasa melakukan
aktiviti Pendidikan Jasmani.

YRajah 4.2. Item 2. Saya amat tertarik dengan cara pembelajaran


dengan menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan.

Merujuk kepada item 2, seramai 22 murid (36.7%) memilih


setuju, 21 murid (35%) memilih sangat setuju, 14 murid (23.3%)
memilih tidak pasti dan hanya 3 murid (5%) memilih tidak setuju
bahawa mereka amat tertarik dengan cara pembelajaran dengan
menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan. Berdasarkan Jadual
4.8, min bagi item ini ialah 4.02 iaitu berada di tahap yang tinggi.
Namun, secara keseluruhannya, majoriti murid bersetuju bahawa
mereka berasa tertarik dengan cara pembelajaran yang menggunakan
seni visual, muzik dan pergerakan.
YRajah 4.3. Item 3. Saya berasa tidak bosan apabila guru
menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan semasa
melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani

Bagi item 3, hampir semua murid bersetuju bahawa mereka


berasa tidak bosan apabila menggunakan seni visual, muzik dan
pergerakan semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Terdapat
seramai 30 murid (50%) memilih sangat setuju dan 21 murid (35%)
memilih setuju bahawa mereka berasa tidak bosan apabila
menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan semasa melakukan
aktiviti Pendidikan Jasmani. Selain itu, seramai 6 murid (10%) memilih
tidak pasti, 1 murid (1.7%) memilih tidak setuju dan 2 murid (3.3%)
memilih sangat tidak setuju dengan pandangan ini. Berdasarkan
Jadual 4.8, min bagi item ini ialah 4.27 iaitu berada di tahap yang
tinggi. Selain itu, min bagi item ini merupakan skor min yang paling
tinggi di Bahagian B iaitu minat murid terhadap penerapan Konsep
Seni dalam Pendidikan dalam melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.
Secara keseluruhannya, majoriti murid bersetuju bahawa mereka
berasa tidak bosan apabila menggunakan seni visual, muzik dan
pergerakan semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.

YRajah 4.4. Item 4. Elemen seni visual, muzik dan pergerakan


merangsang minat saya untuk belajar.

Selain itu, bagi item 4, terdapat seramai 21 murid (35%)


bersetuju dan 23 murid (38.3%) sangat bersetuju bahawa elemen seni
visual, muzik dan pergerakan merangsang minat mereka untuk belajar.
Manakala terdapat seramai 15 murid (25%) memilih tidak pasti dan
hanya 1 murid (1.7%) memilih tidak bersetuju bagi item ini.
Berdasarkan Jadual 4.8, min bagi item ini ialah 4.10 iaitu berada di
tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, majoriti murid bersetuju
bahawa elemen seni visual, muzik dan pergerakan dapat merangsang
minat mereka untuk belajar.
YRajah 4.5. Item 5. Pergerakan dengan muzik dan seni visual menarik
minat saya terhadap pembelajaran.

Bagi item 5, seramai 19 murid (31.7%) memilih setuju dan 17


murid (28.3%) memilih sangat setuju bahawa pergerakan dengan
muzik dan seni visual menarik minat mereka terhadap pembelajaran.
Selain itu, terdapat seramai 19 murid (31.7%) memilih tidak pasti, 3
murid (5%) memilih tidak setuju dan 2 murid (3.3%) murid memilih
sangat tidak setuju bahawa pergerakan dengan muzik dan seni visual
menarik minat mereka terhadap pembelajaran. Berdasarkan Jadual
4.8, min bagi item ini ialah 3.77 iaitu berada di tahap yang tinggi.
Seperti item-item yang lain juga, secara keseluruhannya, lebih
daripada separuh murid bersetuju bahawa pergerakan dengan muzik
dan seni visual menarik minat mereka terhadap pembelajaran.
YRajah 4.6: Item 6. Saya suka belajar dengan menggunakan seni
visual, muzik dan pergerakan.

Bagi item 6, terdapat 20 murid (33.3%) menjawab setuju dan 27


murid (45%) menjawab sangat setuju bahawa mereka suka belajar
dengan menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan. Selain itu,
terdapat seramai 11 murid (11%) murid menjawab tidak pasti, hanya 1
murid (1.7%) menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju bahawa
mereka suka belajar dengan menggunakan seni visual, muzik dan
pergerakan. Berdasarkan Jadual 4.8, min bagi item ini ialah 4.18 iaitu
berada di tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, ramai murid
bersetuju bahawa mereka suka belajar dengan menggunakan seni
visual, muzik dan pergerakan.
YRajah 4.7: Item 7. Saya berasa seronok apabila guru menggunakan
seni visual, muzik dan pergerakan.

Bagi item 7, terdapat 24 murid (40%) memilih setuju dan 23


murid (38.3%) memilih sangat setuju bahawa mereka berasa seronok
apabila guru menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan. Hanya
seramai 9 murid (15%) memilih tidak pasti, 2 murid memilih tidak satu
dan sangat tidak setuju bahawa mereka berasa seronok apabila guru
menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan. Berdasarkan Jadual
4.8, min bagi item ini ialah 4.07 iaitu berada di tahap yang tinggi.
Secara kesimpulannya, ini menunjukkan bahawa majoriti murid berasa
seronok apabila guru menggunakan seni visual, muzik dan
pergerakan.

Berdasarkan data-data yang dikumpul, penyelididk dapat


meyimpulkan bahawa kebanyakan murid mempunyai minat yang
positif terhadap penerapan konsep Seni dalam pendidikan dalam
melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Ini kerana tedapat 43 murid
(73%) memilih bersetuju dengan item-item di Bahagian B borang soal
selidik. Selain itu, keseluruhan skor min minat murid terhadap
penerapan konsep Seni dalam Pendidikan dalam melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani ialah 4.04 iaitu berada di tahap yang tinggi.
Jadual 4.7

Minat Murid Terhadap Penerapan Konsep Seni Dalam Pendidikan Dalam


Melakukan Aktiviti Pendidikan Jasmani.

KEKERAPAN DAN PERATUSAN


BI
ITEM
L
STS TS TP S SS

1. Saya dapat menumpukan


sepenuh perhatian terhadap
22 23 15
pengajaran guru apabila - -
(36.7%) (38.3%) (25.0%)
menggunakan seni visual,
muzik dan pergerakan.

2. Saya amat tertarik dengan


cara pembelajaran dengan 3 14 22 21
-
menggunakan seni visual, (5.0%) (23.3%) (36.7%) (35.0%)
muzik dan pergerakan.

3. Saya berasa tidak bosan


apabila guru menggunakan
seni visual, muzik dan 2 1 6 21 30
pergerakan semasa (3.3%) (1.7%) (10.0%) (35.0%) (50.0%)
melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani.

4. Elemen seni visual, muzik


dan pergerakan 1 15 21 23
-
merangsang minat saya (1.7%) (25.0%) (35.0%) (38.3%)
untuk belajar.

5. Pergerakan dengan muzik


dan seni visual menarik 2 3 19 19 17
minat saya terhadap (3.3%) (5.0%) (31.7%) (31.7%) (28.3%)
pembelajaran.

6. Saya suka belajar dengan


1 1 11 20 27
menggunakan seni visual,
(1.7%) (1.7%) (18.3%) (33.3%) (45.0%)
muzik dan pergerakan.

7. Saya berasa seronok 2 2 9 24 23


apabila guru menggunakan
seni visual, muzik dan
(3.3%) (3.3%) (15.0%) (40.0%) (38.3%)
pergerakan.

Jadual 4.8

Keseluruhan Skor Min Minat Murid Terhadap Penerapan Konsep Seni Dalam
Pendidikan Dalam Melakukan Aktiviti Pendidikan Jasmani

BIL ITEM MIN TAHAP MIN


1. Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pengajaran guru apabila menggunakan 3.88 Tinggi
seni visual, muzik dan pergerakan.
2. Saya amat tertarik dengan cara pembelajaran
dengan menggunakan seni visual, muzik dan 4.02 Tinggi
pergerakan.
3. Saya berasa tidak bosan apabila guru
menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan 4.27 Tinggi
semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.

4. Elemen seni visual, muzik dan pergerakan


4.10 Tinggi
merangsang minat saya untuk belajar.
5. Pergerakan dengan muzik dan seni visual menarik
minat saya terhadap pembelajaran. 3.77 Tinggi

6. Saya suka belajar dengan menggunakan seni


4.18 Tinggi
visual, muzik dan pergerakan.
7. Saya berasa seronok apabila guru menggunakan
seni visual, muzik dan pergerakan. 4.07 Tinggi

MIN KESELURUHAN 4.04 Tinggi


4.3.2 TAHAP PEMAHAMAN MURID TERHADAP PENERAPAN
KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN DALAM MELAKUKAN
AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI
Penyelidik telah membina tujuh soalan di Bahagian C soal selidik untuk
mendapatkan tahap pemahaman murid terhadap penerapan konsep
Seni dalam Pendidikan dalam melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.
SPSS versi 26.0 telah digunakan oleh penyelidik untuk menganalisis
item dan dapatan kajian ditunjukkan dalam bentuk peratus dan
kekerapan. Jadual 4.10 menunjukkan peratusan tahap pemahaman
murid terhadap penerapan konsep Seni dalam Pendidikan dalam
melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.

Rajah 4.8: Item 1 Saya dapat memahami pengajaran yang diajar


melalui seni visual, muzik dan pergerakan dengan lebih mudah.

Merujuk kepada item 1, hasil daripada dapatan kajian yang


dibuat didapati bahawa majoriti murid memilih tidak pasti iaitu 29 murid
(48.3%), 13 murid (21.7%) memilih setuju dan 16 murid (26.7%)
memilih sangat bersetuju bahawa mereka memahami pengajaran yang
diajar melalui seni visual, muzik dan pergerkan dengan lebih mudah.
Manakala 1 murid (1.7%) menjawab tidak setuju dan sangat tidak
bersetuju bahawa seni visual, muzik dan pergerakan dapat memahami
pengajaran dengan lebih mudah. Berdasarkan Jadual 4.10, min bagi
item ini ialah 3.70 iaitu berada di tahap yang tinggi. Hampir separuh
murid bersetuju bahawa mereka dapat memahami pengajaran dengan
lebih mudah dengan menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan.

Rajah 4.9: Item 2 Penggunaan seni visual, muzik dan pergerakan


dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan pembelajaran saya.

Bagi item 2, terdapat 26 murid (43.3%) bersetuju dan 14 murid


(23.3%) sangat bersetuju bahawa penggunaan seni visual, muzik dan
pergerakan dapat meningkatkan prestasi dan pembelajaran mereka.
Selain itu, terdapat 19 murid (31.7%) menjawab tidak pasti dan hanya
1 murid (1.7%) menjawab tidak bersetuju bahawa seni visual, muzik
dan pergerakan tidak dapat meingkatkan prestasi dan kemajuan
pembelajaran mereka. Berdasarkan Jadual 4.10, min bagi item ini ialah
3.88 iaitu berada di tahap yang tinggi. Namun keseluruhannya, dapat
dilihat bahawa majoriti murid bersetuju bahawa penggunaan seni
visual, muzik dan pergerakan dapat meningkatkan prestasi dan
kemajuan pembelajaran mereka.
Rajah 4.10: Item 3 Daya ingatan saya meningkat apabila melakukan
pergerakan dengan iringan muzik.

Selain daripada itu, merujuk kepada item 3, 20 murid (33.3%)


memilih bersetuju dan 14 murid (23.3%) memilih sangat bersetuju
bahawa daya ingatan mereka meningkat apabila melakukan
pergerakan dengan iringan muzik. Namun, terdapat 22 murid (36.7%)
memilih tidak pasti dan hanya 4 murid (6.7%) memilih sangat tidak
bersetuju bahawa daya ingatan mereka meningkat apabila melakukan
pergerakan dengan iringan muzik. Berdasarkan Jadual 4.10, min bagi
item ini ialah 3.67 iaitu berada di tahap yang sederhana. Secara
keseluruhannya, majoriti murid mempunyai bersetuju dengan item 3
ini.
Rajah 4.11: Item 4 Penggunaan seni visual, muzik dan pergerakan
dapat meningkatkan pemahaman saya untuk mempelajari perlakuan
yang betul.

Merujuk kepada item 4, terdapat 22 murid (36.7%) bersetuju


dan 19 murid (31.7%) sangat bersetuju bahawa penggunaan seni
visual, muzik dan pergerakan dapat meningkatkan pemahaman
mereka untuk mempelajari perlakuan yang betul. Manakala 17 murid
(28.3%) memilih tidak pasti dan hanya 2 murid (3.3%) menjawab tidak
bersetuju bahawa penggunaan seni visual, muzik dan pergerakan
dapat meningkatkan daya ingatan meraka. Berdasarkan Jadual 4.10,
min bagi item ini ialah 3.97 iaitu berada di tahap yang tinggi. Secara
keseluruhannya, lebih daripada separuh murid bersetuju bahawa
penggunaan seni visual, muzik dan pergerakan dapat meningkatkan
pemahaman mereka untuk mempelajari perlakuan yang betul.
Rajah 4.12: Item 5 Pergerakan kreatif dapat merangsang pemikiran
kritis dan kreatif saya.

Bagi item 5, majoriti murid bersetuju bahawa pergerakan kreatif


dapat meransang pemikiran kristis dan kreatif mereka kerana terdapat
18 murid (30%) memilih bersetuju dan 23 murid (38.3%) memilih
sangat bersetuju. Namun, terdapat 14 murid (23.3%) memilih tidak
pasti, 3 murid (5%) memilih tidak bersetuju dan 2 murid (3.3%) memilih
sangat tidak setuju bahawa pergerakan kreatif dapat meransang
pemikiran kritis dan kreatif mereka. Berdasarkan Jadual 4.10, min bagi
item ini ialah 3.95 iaitu berada di tahap yang tinggi. Secara
keseluruhannya, majority murid bersetuju bahawa pergerakan kreatif
dapat meransang pemikiran kritis dan kreatif mereka.
Rajah 4.13: Item 6 Pembelajaran Pendidikan Jasmani yang
menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan
pemahaman saya.

Selain daripada itu, bagi item 6 terdapat seramai 20 murid


(33.3%) memilih setuju dan 15 murid (25%) memilih sangat setuju
bahawa pembelajaran Pendidikan Jasmani yang menggunakan seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan pemahaman mereka.
Selain itu, terdapat seramai 22 murid (36.7%) memilih tidak pasti dan
hanya 3 murid (5%) memilih tidak bersetuju bahawa pembelajaran
Pendidikan Jasmani yang menggunakan seni visual, muzik dan
pergerakan memudahkan pemahaman mereka. Berdasarkan Jadual
4.10, min bagi item ini ialah 3.76 iaitu berada di tahap yang tinggi.
Namun secara keselurihannya, lebih daripada separuh murid bersetuju
seni visual, muzik dan pergerakan dapat memudahkan pemahaman
mereka semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Rajah 4.14: Item 7 Saya dapat mengetahui pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih jelas.

Bagi item yang terakhir iaitu item 7, terdapat seramai 20 murid


(33.3%) menjawab setuju dan 25 murid (41.7%) menjawab sangat
setuju bahawa mereka dapat mengetahui pegajaran dan pembelajaran
dengan lebih jelas. Manakala terdapat 15 murid (25%) memilih tidak
pasti dan tidak ada murid memilih tidak bersetuju untuk item ini.
Berdasarkan Jadual 4.10, min bagi item ini ialah 4.17 iaitu berada di
tahap yang tinggi. Selain itu, min bagi item ini merupakan skor min
yang paling tinggi di Bahagian C iaitu tahap pemahaman murid
terhadap penerapan Konsep Seni dalam Pendidikan dalam melakukan
aktiviti Pendidikan Jasmani. Secara kesimpulannya, majoriti murid
bersetuju bahawa mereka dapat mengetahui pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih jelas jikan seni visual, muzik dan
pergearakan diterapkan dalam Pendidikan Jasmani.
Berdasarkan data-data yang diperolehi ini, penyelidik dapat
merumuskan bahawa 38 murid (63%) memilih untuk bersetuju dengan
item-item berkaitan dengan tahap pemahaman murid terhadap
penerapkan Seni dalam Pendidikan dalam melakukan aktiviti
Pendidikan Jasmani. Keseluruhan skor min tahap pemahaman murid
terhadap penerapan konsep Seni dalam Pendidikan dalam melakukan
aktiviti Pendidikan Jasmani ialah 3.87 iaitu berada di tahap yang tinggi.
Jadual 4.9 menunjukkan ringkasan data-data yang diperolehi.
Jadual 4.9
Tahap Pemahaman Murid Terhadap Penerapan Konsep Seni Dalam
Pendidikan Dalam Melakukan Aktiviti Pendidikan Jasmani

KEKERAPAN DAN PERATUSAN


BI
ITEM
L
STS TS TP S SS

1. Saya dapat memahami


pengajaran yang diajar
1 1 29 13 16
melalui seni visual, muzik
(1.7%) (1.7%) (48.3%) (21.7%) (26.7%)
dan pergerakan dengan
lebih mudah.

2. Penggunaan seni visual,


muzik dan pergerakan
1 19 26 14
dapat meningkatkan -
(1.7%) (31.7%) (43.3%) (23.3%)
prestasi dan kemajuan
pembelajaran saya.

3. Daya ingatan saya


meningkat apabila 4 22 20 14
-
melakukan pergerakan (6.7%) (36.7%) (33.3%) (23.3%)
dengan iringan muzik.

4. Penggunaan seni visual,


muzik dan pergerakan
dapat meningkatkan 2 17 22 19
-
pemahaman saya untuk (3.3%) (28.3%) (36.7%) (31.7%)
mempelajari perlakuan
yang betul.

5. Pergerakan kreatif dapat


2 3 14 18 23
merangsang pemikiran
(3.3%) (5.0%) (23.3%) (30.0%) (38.3%)
kritis dan kreatif saya.

6. Pembelajaran Pendidikan
Jasmani yang
menggunakan seni visual, 3 22 20 15
-
muzik dan pergerakan (5.0%) (36.7%) (33.3%) (25.0%)
memudahkan
pemahaman saya.
7. Saya dapat mengetahui
pengajaran dan 15 20 25
- -
pembelajaran dengan (25.0%) (33.3%) (41.7%)
lebih jelas.

Jadual 4.10
Keseluruhan Skor Min Tahap Pemahaman Murid Terhadap Penerapan
Konsep Seni Dalam Pendidikan Dalam Melakukan Aktiviti Pendidikan
Jasmani
BIL ITEM MIN TAHAP MIN
1. Saya dapat memahami pengajaran yang diajar
melalui seni visual, muzik dan pergerakan dengan 3.70 Tinggi
lebih mudah.
2. Penggunaan seni visual, muzik dan pergerakan
dapat meningkatkan prestasi dan kemajuan 3.88 Tinggi
pembelajaran saya.
3. Daya ingatan saya meningkat apabila melakukan
3.67 Sederhana
pergerakan dengan iringan muzik.
4. Penggunaan seni visual, muzik dan pergerakan
dapat meningkatkan pemahaman saya untuk 3.97 Tinggi
mempelajari perlakuan yang betul.
5. Pergerakan kreatif dapat merangsang pemikiran
3.95 Tinggi
kritis dan kreatif saya.
6. Pembelajaran Pendidikan Jasmani yang
menggunakan seni visual, muzik dan pergerakan 3.78 Tinggi
memudahkan pemahaman saya.
7. Saya dapat mengetahui pengajaran dan
4.17 Tinggi
pembelajaran dengan lebih jelas.
MIN KESELURUHAN 3.87 Tinggi

4.4 RUMUSAN
Kesimpulanya, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa 43 murid (73%)
bersetuju bahawa Konsep Seni dalam Pendidikan dapat meningkatkan minat
mereka untuk melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Selain itu, berdasarkan
data yang diperoleh telah menunjukkan bahawa 38 murid (63%) dapat
meningkatkan pemahaman mereka jika Konsep Seni dalam Pendidikan dapat
diterapkan dalan aktiviti Pendidikan Jasmani.

You might also like