You are on page 1of 46

BAB IV

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan

Pada bab yang ke-4 ini, penyelidik akan membincang dan menghuraikan hasil

penganalisisan data serta keputusan yang diperoleh berdasarkan maklum balas

daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden Sekolah Rendah

Kebangsaan Abang Kadir, Gedong, Simunjan, Sarawak. Dapatan kajian meliputi

persoalan tentang tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah hafazan dalam pengajaran

tilawah al-Quran dalam subjek surah-surah hafazan. Maklum balas yang dikumpul

telah dikaji dari pelbagai aspek untuk menjawab persoalan kajian seperti mana yang

telah dinyatakan dalam bab I yang lalu. Data yang telah dikumpul akan dianalisis

menggunakan perisian Microsoft Excel 2007.

Secara keseluruhannya sebanyak 40 set borang soal selidik telah diedarkan

dan kesemua borang soal selidik tersebut telah dikembalikan oleh responden yang

terlibat. Kajian ini melibatkan dua kaedah pengumpulan data, iaitu soal selidik dan

kajian lapangan. Soal selidik yang dianalisis diperolehi daripada pelajar-pelajar tahap

dua yang belajar mata pelajaran Pendidikan Islam dalam bidang hafazan al-Quran dan

kajian lapangan dibuat untuk mendapatkan maklumat berkaitan kaedah hafazan yang

terbaik untuk dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pedaun Bawah, Bau, Sarawak.

1
Proses penganalisisan data bagi soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan

untuk menentukan jumlah dan peratusan bagi setiap item yang dikemukakan. Proses

tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagain A (latar belakang

responden) dan Bahagian B (analisis dapatan kajian). Bagi Bahagian A, data yang

dianalisis ialah dari segi jantian dan tahun atau kelas yang diduduki oleh responden.

Manakala untuk Bahagian B (analisis dapatan kajian) pula mengandungi

item-item soalan yang dibina berpandukan kepada persoalan kajian sepertimana yang

telah dimaklumkan sebelum ini. Kesemua hasil analisis dan keputusan daripada soal

selidik dapat dilihat melalui jadual-jadual yang dipaparkan selepas ini beserta

huraiannya.

4.2 Bahagian A (Bahagian I: Latar Belakang Responden)

Pada bahagian ini, penyelidik akan menghuraikan dan membincangkan beberapa

perkara yang berkaitan dengan latar belakang responden. Ini termasuklah perkara-

perkara yang telah dinyatakan pada 4.0 tadi. Penganalisisan data pada bahagian ini

adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran umum mengenai latar belakang

responden. Jumlah keseluruhan responden ialah sebanyak 40 orang pelajar.

Perbincangan pada bahagian ini akan dijelaskan mengikut kategori item yang telah

ditetapkan sebagaimana yang dipaparkan dalam jadual-jadual di bawah.

Latar belakang responden melihat kepada taburan bilangan dan peratusan

responden mengikut jantina serta taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

tahun.

2
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Perkara Bilangan Peratusan (%)

Lelaki 20 50
Jantina
Perempuan 20 50

Jumlah 40 100
Jadual 4.1. di atas menunjukkan taburan responden kajian berdasarkan jantina.

Secara keseluruhannya, sebanyak 40 orang pelajar telah dipilih sebagai responden

bagi kajian ini. Jadual menunjukkan responden terdiri daripada lelaki dan juga

perempuan.

Sebanyak 20 orang pelajar lelaki atau meliputi sebanyak 50% terlibat dalam

menjayakan penyelidikan ini. Manakala pelajar perempuan yang terlibat terdiri

daripada 20 orang juga atau 50% sahaja. Ini menunjukkan responden lelaki dan

responden perempuan adalah sama dalam penyelidikan ini.

Pemilihan responden daripada lelaki dan juga perempuan adalah bertujuan

untuk melihat maklumbalas yang diberikan di antara pelajar lelaki dan perempuan

kerana pemikiran dan pemahaman antara lelaki dan perempuan seringkali berbeza.

3
Rajah di bawah menunjukkan pecahan mengikut jantina dalam bentuk graf.

Rajah 4.1 Pecahan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.2 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahun

Perkara Bilangan Peratusan (%)

Tahun 4 10 25

Tahun Tahun 5 14 35

Tahun 6 16 40

Jumlah 40 100

Jadual 4.2 di atas menunjukkan taburan responden kajian berdasarkan tahun pengajian

sekarang. Secara keseluruhannya, sebanyak 10 orang atau 25% daripada mereka

berada pada tahun 4. Ini diikuti dengan responden yang berada di tahun 5 dengan

jumlah 14 responden atau 35%. Manakala 16 responden atau 40% daripada mereka

pula sedang menuntut di tahun 6.

4
Kesemua responden adalah pelajar tahap dua di Sekolah Rendah Kebangsaan

Abang Kadir, Gedong, Simunjan, Sarawak.

Rajah di bawah menunjukkan pecahan dalam bentuk graf.

Rajah 4.2 Pecahan Responden Mengikut Tahun

4.3 Bahagian B (Bahagian II: Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap Kaedah

Hafazan Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran Surah-Surah Hafazan)

Bahagian B ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan sistem

pembelajaran dan kaedah-kaedah hafazan yang efektif. Secara keseluruhannya,

sebanyak 20 item soalan telah dibina dan ia dibina berasaskan kepada 6 persoalan

kajian atau 6 bahagian item yang telah dihuraikan sebelum ini. Kesemua item soalan

yang berbentuk juga menggunakan format Skala Likert bagi memudahkan proses

penyelidikan yang dijalankan.

5
Format tersebut bertujuan untuk memberi kemudahan kepada responden

untuk membuat pilihan jawapan secara tepat dan fleksibel. Skala Likert tersebut

terdiri daripada lima kategori skor iaitu 1 = (Sangat Tidak Setuju (STS)), 2 = (Tidak

Setuju (ST)), 3 = (Kurang Setuju (KS)), 4 = (Setuju (S)), dan 5 = (Sangat Setuju

(SS)).

Proses penganalisasan data pada bahagian ini dilaksanakan untuk

mendapatkan hasil kajian secara lebih terperinci berdasarkan setiap satu item soalan

yang dikemukakan. Penganalisasan data ini akan dibuat dengan merujuk skor

kekerapan atau bilangan, dan peratusan.

Berikut ialah analisis bilangan dan peratusan bagi meninjau persepsi

responden terhadap setiap item bagi aspek-aspek tahap kefahaman pelajar di Sekolah

Rendah Kebangsaan Abang Kadir, Gedong, Simunjan terhadap kaedah hafazan dalam

pengajaran tilawah al-Quran surah-surah hafazan.

Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Memulakan

Pembelajaran Dengan Doa

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
2 0 0
Saya memulakan pembelajaran dengan
1. 3 0 0
membaca Bismillahirrahmanirrahim
4 0 0
5 40 100
Jumlah 100

6
Jadual 4.3 di atas menunjukan taburan kekerapan dan peratusan berkenaan

memulakan pembelajaran dengna membaca Bismillahirrahmanirrahim yang

dilaksanakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Abang Kadir, Gedong, Simunjan

berdasarkan hasil kekerapan dan peratusan.

Hasil daripada kajian mendapati bahawa kesemua responden menyatakan

sangat setuju dengan item yang dikemukakan. Ini merangkumi bilangan sebanyak 40

orang atau bersamaan dengan 100%.

Jadual 4.4 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Menghadap Kiblat

Ketika Mambaca Dan Menghafaz Al-Quran

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
2 0 0
Saya sentiasa menghadap kiblat ketika
2. 3 12 30
membaca dan menghafaz al-Quran
4 16 40
5 12 30
Jumlah 100

Jadual 4.4 di atas menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan berkenaan

kenyataan “Saya sentiasa menghadap kiblat ketika membaca dan menghafaz al-

Quran”. Hasil daripada kajian mendapati bahawa seramai 12 orang responden

menyatakan kurang setuju dengan item yang dikemukakan. Jumlah tersebut meliputi

sebanyak 30% responden. Manakala responden yang memberikan jawapan setuju

menunjukkan bilangan sebanyak 16 orang atau menyamai 40%.

7
Berdasarkan kepada jadual di atas juga, hasil analisis mendapati sebanyak

30% atau mewakili 12 orang responden juga menyatakan sangat setuju. Jumlah ini

menyamai dengan jumlah responden yang kurang setuju.

Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Membaca Dan

Menghafaz Al-Quran Dengan Tenang dan Tawaduk

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
2 15 37.5
Saya membaca dan menghafaz al-
3. 3 13 32.5
Quran dengan tenang dan tawaduk
4 12 30
5 0 0
Jumlah 100

Item yang seterusnya ini pula untuk mengetahui taburan kekerapan dan peratusan

berkenaan dengan kenyatan “Saya membaca dan menghafaz al-Quran dengan tenang

dan tawaduk”. Jika dilihat pada jadual 4.5 di atas, didapati bahawa kebanyakan

responden memberikan jawapan setuju dengan soalan yang dikemukakan. Jumlah

tersebut merangkumi 67.5% atau bersamaan 27 orang responden. Bagi mereka yang

memilih skor 3 (kurang setuju) pula mencatatkan jumlah sebanyak 13 orang

responden atau menyamai 32.5%. Daripada analisis ini, secara keseluruhannya

menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju terhadap item ke-3 ini.

Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Membaca Dan


8
Menghafaz Al-Quran Secara Mengulang-Ulang Ayat Beberapa Kali

Sehingga Ayat Terakhir

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
Saya menghafaz secara mengulang- 2 0 0
4. ulang ayat beberapa kali sehingga ayat 3 0 0
4 12 30
terakhir
5 28 70
Jumlah 100

Seterusnya jadual 4.6 di atas memaparkan analisis berkenaan membaca dan

menghafaz secara mengulang-ulang ayat beberapa kali sehingga ayat terakhir.

Dapatan kajian menunjukkan peratusan tertinggi terletak pada jawapan sangat setuju

dengan jumlah sebanyak 70% atau merangkumi sebanyak 28 orang responden.

Catatan kedua ialah sebanyak 30% atau bersamaan 12 orang responden yang

direkodkan bagi skor setuju, manakala tiada jawapan yang kurang setuju, tidak setuju

dan sangat tidak setuju.

Untuk item ini, penyelidik telah mengenal pasti bahawa kaedah hafazan yang

digunakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR)

Jalan Astana amat berkesan dan sistematik dengan 100% menggunakan cara yang

betul.

9
Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Menjaga Sebutan

Makraj Huruf, Hukum Tajwid, Dan Fasohah Ketika Menghafaz

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
Saya sentiasa menjaga sebutan makraj 2 4 10
5. huruf, hukum tajwid, dan fasohah 3 10 25
4 12 30
ketika menghafaz
5 14 35
Jumlah 100

Jadual 4.7 di atas pula menerangkan berkaitan menjaga sebutan makraf huruf, hukum

tajwid dan fasohah ketika menghafaz al-Quran. Hasil kajian mendapati keputusan

yang diperoleh hampir sama dengan item sebelum ini. Skor sangat setuju

menunjukkan jumlah terbanyak dengan 14 orang responden atau merangkumi 35%.

Ini diikuti pula dengan skor setuju dengan jumlah sebanyak 12 orang responden atau

30%.

Terdapat 10 orang responden atau bersamaan 25% yang memberikan respons

kurang setuju, dan 4 orang atau 10% menyatakan tidak setuju terhadap idea ini.

10
Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Menggunakan Dan

Mengkhususkan Al-Quran Rasm Al-Uthmani Sahaja Ketika

Membaca Dan Menghafaz Surah-Surah Al-Quran

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
Hanya menggunakan dan 1 0 0
2 0 0
mengkhususkan al-Quran Rasm Al-
6. 3 0 0
Uthmani sahaja ketika membaca dan
4 0 0
menghafaz surah-surah al-Quran 5 40 100
Jumlah 100

Jadual 4.8 di atas menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan berkenaan

menggunakan dan mengkhususkan al-Quran Rasm Al-Uthmani sahaja ketika

membaca dan menghafaz surah-surah al-Quran. Hasil daripada kajian mendapati

bahawa kesemua responden menyatakan sangat setuju dengan item yang

dikemukakan. Ini merangkumi bilangan sebanyak 40 orang atau bersamaan dengan

100% memberikan jawapan sangat setuju.

11
Jadual 4.9 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Menentukan Kadar

Hafazan Mengikut Surah

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
2 0 0
Saya menentukan kadar hafazan saya
7. 3 0 0
mengikut surah
4 15 37.5
5 25 62.5
Jumlah 100

Jadual 4.9 di atas menunjukkan lebih daripada ½ dari kalangan responden yang

bersetuju terhadap item yang dikemukakan. 25 orang responden memberikan respons

sangat setuju, manakala 15 yang lain pula menyatakan setuju. Masing-masing

membawa jumlah peratusan sebanyak 62.5% dan 37.5%. Ini menunjukkan 100%

responden memberikan jawapan yang baik dan memberangsangkan.

Jadual 4.10 : Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Menjaga Sebutan

Makraf Huruf, Hukum Tajwid Dan Fasohah Ketika Menghafaz

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
Saya akan menentukan jumlah ayat 2 0 0
8. yang dihafaz apabila surah itu panjang 3 0 0
4 26 65
atau sukar diingati
5 14 35
Jumlah 100

12
Paparan jadual 4.10 menunjukkan analisis berkaitan menentukan jumlah ayat yang

dihafaz apabila surah itu panjang atau sukar diingati. Hasil kajian mendapati skor

setuju menunjukkan jumlah paling banyak dengan 26 orang responden atau

merangkumi 65%. Ini diikuti pula dengan skor sangat setuju dengan jumlah sebanyak

14 orang responden atau 35%. Catatan ini menggambarkan bahawa kebanyakan

responden akan menentukan jumlah ayat yang dihafaz apabila surah itu panjang atau

sukar diingati. Ini dilakukan agar mudah baginya mengingati dan menghafaz surah

yang agak panjang.

Jadual 4.11: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Tidak Akan

Berpindah Ke Surah Baru Sebelum Surah Yang Dihafaz Itu

Betul-Betul Lancar

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
Saya tidak akan berpindah ke surah 2 0 0
9. baru sebelum surah yang dihafaz itu 3 0 0
4 14 35
betul-betul lancar
5 26 65
Jumlah 100

Jadual 4.11 menunjukkan analisis berkaitan dengan kenyataan “Saya tidak akan

berpindah ke surah baru sebelum surah yang dihafaz itu betul-betul lancar". Hasil

kajian mendapati skor sangat setuju menunjukkan jumlah paling banyak dengan 26

orang responden atau merangkumi 65%. Ini diikuti pula dengan skor setuju dengan

jumlah sebanyak 14 orang responden atau 35%.

13
Catatan ini menunjukkan bahawa kesemua responden tidak akan berpindah

ke surah baru sebelum surah yang dihafaz itu betul-betul lancar. Ini dilakukan agar ia

tidak lupa mengingati surah-surah yang telah dihafaznya.

Jadual 4.12: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Sentiasa Menjaga

Diri Daripada Perkara-Perkara Yang Boleh Lupa Dari Mengingati

Surah-Surah Yang Telah Dihafal

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
Saya sentiasa menjaga diri saya 1 3 7.5
2 5 12.5
daripada perkara-perkara yang boleh
10. 3 12 30
saya lupa dari mengingati surah-surah
4 10 25
yang telah dihafal. 5 10 25
Jumlah 100

Analisis berikutnya akan cuba menghuraikan berkenaan taburan kekerapan dan

peratusan berdasarkan kenyataan “Saya sentiasa menjaga diri saya daripada perkara-

perkara yang boleh saya lupa dari mengingati surah-surah yang telah dihafal”. Jadual

4.12 di atas menunjukkan betapa faktor penjagaan pemakanan dan diri memainkan

peranan penting dalam menguatkan daya ingatan para pelajar. Sebanyak 50% dari

kalangan responden tidak bersetuju dengan item ini. 25% daripadanya memberikan

respons sangat bersetuju, 25% lagi menandakan skor setuju.

14
Masing-masing meliputi jumlah responden sebanyak 20 orang. Penyelidik

juga mendapati 12 orang responden yang kurang setuju bahawa penjagaan pemakanan

penting dalam menguatkan daya ingatan responden.

Manakala masing-masing 1.2.5% atau 5 orang responden memberikan

jawapan tidak setuju dan 7.5% atau 3 orang memilih skor sangat tidak setuju terhadap

item ini. Catatan menunjukkan bahawa ada keseimbangan yang sama menunjukkan

para responden bersetuju bahawa penjagaan pemakanan dan diri adalah penting dan

tidak penting dalam menguatkan daya ingatan hufaz.

Jadual 4.13: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Sentiasa

Memulakan Pembelajaran Dengan Membaca Doa

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
2 0 0
Saya sentiasa memulakan pembelajaran
11. 3 0 0
dengan membaca doa
4 0 0
5 40 100
Jumlah 100

Jadual 4.13 di atas menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan berkenaan

kenyataan “Saya sentiasa memulakan pembelajaran dengan membaca doa”. Hasil

daripada kajian mendapati bahawa kesemua responden menyatakan sangat setuju

dengan item yang dikemukakan.

15
Ini merangkumi bilangan sebanyak 40 orang atau bersamaan dengan 100%.

Penyelidik mendapati bahawa kesemua responden yang terlibat menunjukkan bahawa

mereka bersetuju bahawa membaca doa merupakan asas kepada memulakan

pembelajaran al-Quran. Malah ia menjadi satu tuntutan dalam agama Islam itu

sendiri.

Jadual 4.14: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Terlebih Dahulu

Melancarkan Bacaan Al-Quran Sebelum Menghafazkannya

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
Saya terlebih dahulu melancarkan 2 0 0
12. bacaan al-Quran sebelum 3 0 0
4 0 0
menghafazkannya.
5 40 100
Jumlah 100

Jadual 4.14 di atas menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan berkenaan

kenyataan “Saya terlebih dahulu melancarkan bacaan al-Quran sebelum

menghafazkannya.”. Hasil daripada kajian mendapati bahawa kesemua responden

menyatakan sangat setuju dengan item yang dikemukakan. Ini merangkumi bilangan

sebanyak 40 orang responden atau bersamaan dengan 100%.

Jadual 4.15: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Sentiasa Memilih


16
Masa Dan Tempat Yang Semasa Menghafaz Surah-Surah Al-Quran

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
Saya sentiasa memilih masa dan tempat 2 12 30
13. yang sesuai semasa menghafaz surah- 3 20 50
4 6 15
surah al-Quran
5 2 5
Jumlah 100

Paparan jadual 4.15 di atas adalah berkaitan dengan pandangan responden yang

sentiasa memilih masa dan tempat yang sesuai semasa menghafaz surah-surah al-

Quran. Secara dasarnya, analisis menunjukkan majority responden kurang setuju

dengan item ini. Ia merangkumi jumlah sebanyak 50% atau bersamaan 20 orang

responden. 12 orang yang lain atau mewakili 30% pula memilih skor tidak setuju.

Terdapat juga 6 responden (15%) yang setuju serta dua responden (5%) lagi

menyatakan sangat setuju. Catatan bilangan dan peratusan ini menunjukkan masa dan

tempat tidak mempengaruhi proses hafazan pelajar-pelajar di Sekolah Rendah

Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan Astana di daearah Kuching,

Sarawak.

Jadual 4.16: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Sentiasa Membaca

Doa Setiap Kali Selepas Selesai Menghafaz Al-Quran


17
Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
1 0 0
2 0 0
Saya membaca doa setiap kali selepas
14. 3 20 50
selesai menghafaz al-Quran
4 15 37.5
5 5 12.5
Jumlah 100

Jika pada item yang ke-11 sebelum ini menghuraikan berkenaan sentiasa membaca

doa sebelum memulakan pembelajaran atau hafazan yang menunjukkan 100%

memilih skor sangat setuju. Item seterusnya ini akan memaparkan berkenaan

membaca doa setiap kali selepas selesai menghafaz al-Quran. Seperti mana yang

ditunjukkan dalam jadual 4.16 di atas, majoriti responden kurang setuju bahawa

mereka sentiasa membaca doa setiap kali selepas selesai menghafaz al-Quran skor

tersebut merangkumi 50% atau sebanyak 20 orang responden.

Ini diikuti pula dengan responden yang memberikan respons setuju iaitu

sebanyak 15 orang atau menyamai 37.5%. Manakala seramai 5 orang responden

memberikan jawapan sangat setuju yang mewakili 12.5%. Ini menunjukkan hanya

segelintir sahaja yang mengamalkan bacaan doa selepas selesai proses hafazan surah-

surah hafazan.

Jadual 4.17: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Menyimpan

Al-Quran Di Tempat Yang Khusus Dan Sesuai

Item Perkara Skor Kekerapan Peratus


18
(%)
1 0 0
2 0 0
Pelajar menyimpan al-Quran di tempat
15. 3 0 0
yang khusus dan sesuai
4 8 20
5 32 80
Jumlah 100

Seterusnya pada jadual 4.17 di atas menunjukkan analisis berkenaan taburan

kekerapan dan peratus berdasarkan kenyataan “Pelajar menyimpan al-Quran di tempat

yang khusus dan sesuai”. Majoriti responden memilih skor sangat setuju dan setuju

untuk item ini. Peratusan yang dicatatkan bagi kedua-dua skor adalah sebanyak 100%

dengan masing-masing sebanyak 32 dan 8 responden.

Jadual 4.18: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Sentiasa

Berwuduk Ketika Membaca Dan Menghafaz Al-Quran

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
19
1 0 0
2 0 0
Sentiasa berwuduk ketika membaca
16 3 0 0
dan menghafaz al-Quran
4 0 0
5 40 100
Jumlah 100

Jadual 4.18 di atas menunjukkan taburan sentiasa berwuduk ketika membaca dan

menghafaz al-Quran. Hasil daripada kajian mendapati bahawa kesemua responden

menyatakan sangat setuju dengan item yang dikemukakan. Ini merangkumi bilangan

responden sebanyak 40 orang atau bersamaan dengan 100%.

Manakala jumlah responden yang kurang setuju, tidak setuju dan sangat

tidak setuju mencatatkan nilai kosong atau tiada responden memilih skor tersebut.

Jadual 4.19: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Membaca Terlebih

Dahulu Surah Hafazan Sebelum Pelajar Menghafaz

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)

20
1 0 0
2 0 0
Guru membaca terlebih dahulu surah
17 3 0 0
hafazan sebelum pelajar menghafaz
4 0 0
5 40 100
Jumlah 100

Jadual 4.19 di atas menunjukkan taburan responden mengikut kategori item yang

terakhir iaitu “Kemahiran dan kaedah guru mengajar”. Taburan kekerapan guru

membaca terlebih dahulu surah hafazan sebelum pelajar menghafaz mendapati

bahawa kesemua responden menyatakan sangat setuju dengan item yang

dikemukakan.

Ini merangkumi bilangan responden sebanyak 40 orang atau bersamaan

dengan 100%. Manakala jumlah responden yangkurang setuju, tidak setuju dan

sangat tidak setuju mencatatkan nilai kosong atau tiada responden memilih skor

tersebut.

Jadual 4.20: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Sentiasa

Mengawasi Hafazan Pelajar Ketika Proses Mengingat

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)

21
1 0 0
2 0 0
Guru sentiasa mengawasi hafazan
18 3 20 50
pelajar ketika proses mengingat
4 20 50
5 0 0
Jumlah 100

Item yang seterusnya ini pula berkenaan guru sentiasa mengawasi hafazan pelajar

ketika proses mengingat. Jika dilihat pada jadual 4.20, didapati bahawa responden

memberikan jawapan yang sama banyak antara jawapan setuju dengan jawapan

kurang setuju terhadap soalan yang dikemukakan. Jumlah tersebut merangkumi 50%

atau bersamaan 20 orang responden. Bagi mereka pilihan skor 4 dan 3 (kurang setuju

dan setuju) adalah pilihan yang paling tepat dan berpatutan.

Penyelidik mendapati bahawa keseimbangan ini berlaku disebabkan faktor kekangan

masa dan jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam satu-satu kelas. Namun, jika

berkesempatan guru akan sentiasa mengawasi hafazan pelajar ketika proses

mengingati surah hafazan dilakukan oleh pelajar di dalam kelas.

Jadual 4.21: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Sentiasa

Mendengar Bacaan Surah-Surah Hafazan Yang Lepas

Sebelum Memulakan Hafazan Yang Baru

Item Perkara Skor Kekerapan Peratus


22
(%)
1 0 0
Guru sentiasa mendengar bacaan surah- 2 0 0
19 surah hafazan yang lepas sebelum 3 20 50
4 20 50
memulakan hafazan yang baru
5 0 0
Jumlah 100

Untuk item ini, penyelidik mendapati bahawa keputusan yang diperolehi adalah sama

dengan item yang sebelumnya iaitu jawapan yang sama banyak antara setuju dengan

jawapan kurang setuju terhadap soalan yang dikemukakan. Jumlah tersebut

merangkumi 50% atau bersamaan 20 orang responden.

Ini mungkin disebabkan faktor kekangan masa dan jumlah pelajar yang terlalu

ramai di dalam satu-satu kelas.

Jadual 4.22: Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berkenaan Sentiasa

Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran Dengan Menggunakan

BBM Yang Sesuai Seperti Penggunaan Komputer

Peratus
Item Perkara Skor Kekerapan
(%)
23
Guru sentiasa mempelbagaikan kaedah 1 0 0
2 0 0
pengajaran dengan menggunakan BBM
20 3 12 30
yang sesuai seperti penggunaan
4 28 70
komputer 5 0 0
Jumlah 100

Jadual 4.22 di atas merupakan hasil analisis yang terakhir dalam bahagian II ini. Ia

adalah berkenaan kekerapan guru sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran

dengna menggunakan BBM yang sesuai seperti penggunaan komputer.

Majoriti responden memilih untuk skor setuju dengan jumlah sebanyak 70%

atau mewakili sebanyak 28 responden. Di samping itu, sebanyak 12 responden atau

merangkumi 30% memberikan respons kurang setuju.

Analisis juga mendapati tiada responden memilih skor tidak setuju dan

sangat tidak setuju. Tiada sebarang kekerapan dicatatan untuk skor sangat setuju.

BAB V

24
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bahagian terakhir di dalam penulisan laporan kajian yang

dijalankan yang mana akan membincangkan tentang huraian dan rumusan mengenai

keputusan kajian yang telah dianalisis. Di samping itu juga, beberapa cadangan akan

dikemukakan dan cadangan oleh penyelidik untuk dijadikan panduan serta rujukan

bagi penyelidik yang akan datang. Cadangan-cadangan ini adalah bertujuan untuk

dijadikan kajian lanjutan supaya kajian yang seterusnya akan dapat diteruskan oleh

penyelidik-penyelidik yang berminat di dalam bidang ini di masa akan datang.

Penyelidik mengharapkan agar hasil daripada kajian yang dijalankan ini akan

dapat memberikan manfaat serta menjadi suatu bahan ilmiah untuk dijadikan sebagai

rujukan atau bahan bacaan bagi penyelidik yang akan datang. Diharapkan apa yang

dihuraikan serta diperbincangkan di dalam rumusan yang dibuat akan memberikan

faedah yang terbaik kepada semua.

5.2 Rumusan Hasil Kajian

Pada topik ini, penyelidik akan membincangkan tentang analisis yang telah dilakukan

berdasarkan kepada maklum balas yang diberikan oleh responden pada borang soal

selidik yang telah diedarkan. Perbincangan serta rumusan ini merangkumi

25
latarbelakang responden serta pecahan-pecahan soalan yang telah dibahagikan

mengikut item soalan berdasarkan objektif kajian yang telah dimaklumkan.

5.2.1 Latarbelakang Responden Yang Dikaji

Secara keseluruhannya terdapat pelbagai sistem dan juga kaedah di dalam menghafaz

al-Quran sepertimana yang digunakan oleh pusat-pusat tahfiz di seluruh Malaysia.

Sistem pembelajaran dan juga kaedah hafazan yang digunakan oleh para pelajar

adalah bergantung kepada pendekatan yang dibawa oleh sekolah dan juga guru-guru

di mana mereka mendalami ilmu tersebut. Tujuan sebenar kajian yang dijalankan pada

kali ini adalah untuk melihat, tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah hafazan dalam

pengajaran Tilawah al-Quran dalam mengingati surah-surah hafazan di dalam

menghafaz al-Quran ini.

Berdasarkan jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan

responden yang terlibat dengan kajian ini adalah terdiri daripada 40 orang pelajar.

Seramai 20 orang responden adalah terdiri daripada pelajar lelaki yang mewakili 50%

responden. Manakala selebihnya iaitu seramai 20 orang lagi atau 50% adalah

responden perempuan. Berdasarkan jadual 4.2, jumlah responden yang paling ramai

adalah pelajar-pelajar yang berada di tahun 6 iaitu seramai 16 (40%) orang.

Seramai 14 (35%) orang responden lagi berada di tahun 5 yang merupakan

jumlah kedua tertinggi yang dicatatkan. Selebihnya adalah berada di tahun 4 iaitu

seramai 10 (25orang, 12 tahun ke bawah seramai 30 (8.2%) orang, 22 hingga 24 tahun

seramai 25 (6.8%) yang merupakan jumlah terendah yang dicatatkan dalam kajian ini.

26
Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden yang dikaji adalah

merupakan golongan pelajar yang berada di tahun akhir persekolahan di peringkat

rendah. Individu yang berada di tahap umur ini adalah mereka yang paling aktif dan

paling banyak menghafaz surah-surah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran di dalam buku teks dan sukatan pelajaran yang telah diedarkan

di sekolah-sekolah.

5.2.2 Adab Ketika Membaca Dan Menghafaz Al-Quran

Berdasarkan analisis yang dijalankan dan hasil daripada dapatan yang diperolehi,

didapati bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa mesti memulakan membaca

dan menghafaz al-Quran dengan doa. Kecenderungan ini adalah berdasarkan kepada

peratusan responden iaitu 100% yang berada pada tahap sangat setuju terhadap

pernyataan ini. Faktor ini mungkin disebabkan oleh bimbingan yang diberikan oleh

tenaga pengajar atau guru di SK Abang Kadir, Gedong, Simunjan. Inilah yang

menjadi tunjang utama kepada pembentukan dan juga pendedahan para pelajar atau

responden di dalam ilmu hafazan al-Quran surah-surah hafazan di sekolah ini. Pada

dasarnya, di dalam mendalami apa jua ilmu pengetahuan sama ada ilmu duniawi atau

ukhrawi, guru adalah individu yang paling penting dan mestilah dimulai dengan doa.

Hasil analisis yang dijalankan juga mendapati bahawa, tahap persetujuan

bagi item yang dalam bahagian adab ketika membaca dan menghafaz al-Quran ialah

baik. Kebanyakan responden bersetuju dengan kenyataan “Saya sentiasa menghadap

kiblat ketika membaca dan menghafaz al-Quran”. Seramai 12 orang (30%)

27
memberikan jawapan sangat setuju. Manakala seramai 16 orang (40%) pula

memberikan jawapan setuju.

Kesemuanya merangkumi sebanyak (70%) responden yang memberikan

jawapan yang positif. Selain itu selebihnya seramai 12 orang (30%) memberikan

jawapan kurang setuju. Jumlah ini mewakili hanya segelintir sahaja yang

menganggap duduk menghadap ke arah kiblat semasa membaca dan menghafaz al-

Quran adalah tidak penting.

5.2.3 Tatacara Dan Kaedah Menghafaz Al-Quran

Berdasarkan analisis yang dijalankan juga, kebanyakan responden memberikan

jawapan setuju dengan soalan yang dikemukakan pada item ke 3 atau jadual 4.5 ini.

Jumlah tersebut merangkumi 67.5% atau bersamaan 27 orang responden. Hanya 13

orang responden (32.5%) sahaja yang memilih jawapan kurang setuju.

Seterusnya berdasarkan item yang ke empat, dapatan kajian menunjukkan

peratusan tertinggi terletak pada skor jawapan sangat setuju dengan jumlah sebanyak

70% atau merangkumi sebanyak 28 orang responden. Catatan kedua ialah sebanyak

30% atau bersamaan 12 orang responden yang direkodkan bagi skor setuju, manakala

tiada jawapan bagi yang kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Bagi item soalan yang kelima, hasil kajian mendapati keputusan yang

diperoleh hampir sama dengan item sebelum ini. Skor sangat setuju menunjukkan

jumlah terbanyak dengan 14 orang responden atau merangkumi 35%. Ini diikuti pula

dengan skor kurang setuju dengan jumlah sebanyak 12 orang responden atau 30%.

28
Terdapat 10 orang responden atau bersamaan 25% yang memberikan respons

kurang setuju, dan 4 orang atau 10% menyatakan tidak setuju terhadap item ini.

Seterusnya untuk item yang terakhir dalam bahagian ini berkenaan

menggunakan dan mengkhususkan al-Quran Rasm Al-Uthmani sahaja ketika

membaca dan menghafaz surah-surah al-Quran. Hasil daripada kajian mendapati

bahawa kesemua responden menyatakan sangat setuju dengan item yang

dikemukakan. Ini merangkumi bilangan sebanyak 40 orang atau bersamaan dengan

100% memberikan jawapan sangat setuju.

5.2.4 Cara Mengekalkan Hafazan

Kebanyakan responden memberikan jawapan yang amat positif dalam bahagian item

soalan ini. Berdasarkan item soalan ketujuh ini seramai 25 orang responden

memberikan respons sangat setuju, manakala 15 yang lain pula menyatakan setuju.

Masing-masing membawa jumlah peratusan sebanyak 62.5% dan 37.5%. Ini

menunjukkan 100% responden memberikan jawapan yang baik dan

memberangsangkan.

Begitu juga dengan item yang ke 8, hasil kajian mendapati skor setuju

menunjukkan jumlah paling banyak dengan 26 orang responden atau merangkumi

65%. Ini diikuti pula dengan skor sangat setuju dengan jumlah sebanyak 14 orang

responden atau 35%. Catatan ini menggambarkan bahawa kebanyakan responden

29
akan menentukan jumlah ayat yang dihafaz apabila surah itu panjang atau sukar

diingati. Ini dilakukan agar mudah baginya mengingati dan menghafaz surah yang

agak panjang.

Seterusnya item ke 9 menunjukkan analisis berkaitan dengan kenyataan

“Saya tidak akan berpindah ke surah baru sebelum surah yang dihafaz itu betul-betul

lancar”. Hasil kajian mendapati skor sangat setuju menunjukkan jumlah paling

banyak dengan 26 orang responden atau merangkumi 65%. Ini diikuti pula dengan

skor setuju dengan jumlah sebanyak 14 orang responden atau 35%. Catatan ini

menunjukkan bahawa kesemua responden tidak akan berpindah ke surah baru

sebelum surah yang dihafaz itu betul-betul lancar. Ini dilakukan agar ia tidak lupa

mengingati surah-surah yang telah dihafaznya.

Begitu juga dengan faktor penjagaan pemakanan dan diri memainkan

peranan penting dalam menguatkan daya ingatan para pelajar. Sebanyak 50% dari

kalangan responden tidak bersetuju dengan item ini. 25% daripadanya memberikan

respons sangat bersetuju, 25% lagi menandakan skor setuju. Catatan menunjukkan

bahawa ada keseimbangan yang sama dalam item ke 10 ini. Ini menunjukkan para

responden bersetuju bahawa penjagaan pemakanan dan diri adalah penting dan tidak

penting dalam menguatkan daya ingatan pelajar ketika menghafaz al-Quran.

5.2.5 Peringkat-Peringkat Hafazan

Kebanyakan responden memberikan jawapan sangat bersetuju dengan kenyataan

memulakan pembelajaran al-Quran dengan berdoa. Ini kerana ia menjadi satu tuntutan

dalam agama Islam itu sendiri. Begitu juga dengan melancarkan bacaan al-Quran

30
sebelum menghafaznya. Ini merangkumi bilangan sebanyak 40 orang responden atau

bersamaan dengan 100% bagi kedua-dua item yang menduduki soalan ke 11 dan 12

daripada 20 item soalan yang diberikan kepada responden.

Sebaliknya analisis menunjukkan keputusan yang berbeza pada item soalan

ke 13. Ia menunjukkan jumlah sebanyak 50% atau bersamaan 20 orang responden

memberikan jawapan kurang setuju. 12 orang yang lain memilih skor tidak setuju. 6

orang responden (15%) yang setuju serta dua responden (5%) lagi menyatakan sangat

setuju. Catatan bilangan dan peratusan ini menunjukkan masa dan tempat tidak

mempengaruhi proses hafazan pelajar-pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Abang

Kadir, Gedong, Simunjan.

Seterusnya untuk item yang terakhir dalam bahagi cara mengekalkan hafazan

ialah berkenaan sentiasa membaca doa selepas selesai satu-satu sesi pembelajaran

atau hafazan majoriti responden kurang bersetuju bahawa mereka sentiasa membaca

doa setiap kali selepas selesai. Skor tersebut merangkumi 50%. Ini diikuti pula dengan

responden yang memberikan respons setuju iaitu sebanyak 15 orang dan jawapan

sangat setuju yang mewakili 12.5%. Ini menunjukkan hanya segelintir sahaja yang

mengamalkan bacaan doa selepas selesai satu-satu proses hafazan.

5.2.6 Adab dan Akhlak Terhadap Al-Quran

Keputusan daripada item soalan 15 dan 16 menunjukkan analisis berkenaan adab dan

akhlak terhadap al-Quran. Majoriti responden memilih skor sangat setuju dan setuju.

31
Peratusan yang dicatatkan bagi kedua-dua skor adalah sebanyak 100% dengan

masing-masing sebanyak 32 dan 8 responden.

Manakala taburan sentiasa berwuduk ketika membaca dan menghafaz al-

Quran menunjukkan kesemua responden menyatakan sangat setuju dengan item yang

dikemukakan. Ini merangkumi bilangan responden sebanyak 40 orang atau bersamaan

dengan 100%. Manakala jumlah responden yang kurang setuju, tidak setuju dan

sangat tidak setuju mencatatkan nilai kosong atau tiada responden memilih skor

tersebut.

5.2.7 Kemahiran Dan Kaedah Guru Mengajar

Berdasarkan item soalan 17 dalam bahagian kemahiran dan kaedah guru mengajar.

Taburan kekerapan guru membaca terlebih dahulu surah hafazan sebelum pelajar

menghafaz mendapati kesemua responden menyatakan sangat setuju dan item yang

dikemukakan. Ini merangkumi bilangan responden sebanyak 40 orang (100%).

Item seterusnya pula berkenaan guru sentiasa mengawasi hafazan pelajar

ketika proses mengingat. Didapati bahawa responden memberikan jawapan yang

sama banyak antara jawapan setuju dengan jawapan kurang setuju terhadap soalan

yang dikemukakan. Jumlah tersebut merangkumi 50% atau bersamaan 20 orang

responden. Jumlah ini juga bersamaan dengan item soalan yang ke 19.

Penyelidik mendapati bahawa keseimbangan ini berlaku disebabkan faktor

kekangan masa dan jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam satu-satu kelas.

Namun, jika berkesempatan guru akan sentiasa mengawasi hafazan pelajar dan

32
mendengar bacaannya ketika proses mengingati surah hafazan yang dilakukan oleh

pelajar ketika berada di dalam kelas.

Seterusnya hasil analisis yang terakhir dalam bahagian II berkaitan dengan

kekerapan guru yang sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan

menggunakan BBM yang sesuai. Majoriti responden memilih skor setuju dengan

jumlah sebanyak 70% atau mewakili sebanyak 28 responden. Di samping itu,

sebanyak 12 responden atau merangkumi 30% memberikan respons kurang setuju.

5.3 Implikasi Dan Cadangan Kajian

Perbincangan bahagian ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu perbincangan

mengenai implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan.

5.3.1 Implikasi Kajian

Melalui kajian ini, pengkaji telah memperolehi banyak maklumat awal yang sangat

berguna mengenai tahap keberkesanan kaedah hafazan yang dilaksanakan di SK

Abang Kadir, Gedong, Simunjan.

Dapatan kajian ini diyakini adalah kerana kaedah kajian dilaksanakan

mengikut prinsip-prinsip pengkaedahannya melalui analisis soal selidik.

Memandangkan faktor jangka masa kajian yang terhad telah menyebabkan kaedah

33
kajian lain seperti temu bual juga dijalankan walaupun dalam jangka masa yang

sangat terbatas.

Pada peringkat awal kajian, pengkaji berhadapan dengan kesukaran dalam

menentukan bilangan sampel kajian. Bilangan sampel yang tidak sama tahap

kebolehan IQ dan kebolehan mengingat antara kelas juga mungkin boleh

mempengaruhi ketepatan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, dalam kajian-kajian

akan datang dicadangkan agar ke semua sampel diambil kira sebagai responden bagi

menghasilkan ketepatan kajian.

Dalam kajian ini banyak implikasinya ke atas pelaksanaan kaedah hafazan

dalam Mata Pelajaran Tilawah Al-Quran surah-surah hafazan. Keseimbangan dalam

pendedahan dan pengalaman penting terutamanya dalam membantu

mempertingkatkan tahap kefahaman dalam menjalankan proses pengajaran

berasaskan kaedah hafazan atau latih tubi. Majoriti murid-murid boleh memahami dan

mengingati surah-surah yang dihafaz jika strategi dalam pelaksanaan, penerangan

bidang tugas pelajar, penggunaan bahan dan beberapa perkara lain lagi dititikberatkan

dan diambil kira. Kepelbagaian kaedah pengajaran perlu dipertingkatkan mengikut

kesesuaian pelajar bukan hanya menggunakan kaedah latih tubi sahaja tetapi juga

perlu kepada penggunaan ABM yang sesuai dan mengikut budaya pembelajaran

terkini supaya keberkesanan pelaksanaannya dapat dipertingkatkan dari semasa ke

semasa.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan model pengajaran secara kaedah

hafazan mempunyai kekuatannya yang tersendiri, walau bagaimanapun terdapat juga

34
beberapa kelemahan yang perlu diatasi segera supaya ianya tidak akan menyebabkan

berlakunya pembaziran masa dan tenaga.

Dapatan kajian ini boleh memberikan implikasi yang sangat besar dalam

pelaksanaan model pengajaran kaedah hafazan, khususnya di dalam strategi

pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran terutamanya dalam surah-surah

hafazan. Melalui kaedah hafazan menggunakan ABM berkomputer ini, murid-murid

boleh belajar sendiri di mana-mana sahaja termasuklah di rumah.

5.3.2 Cadangan Kepada Pihak-Pihak Yang Berkenaan

Penggunaan sistem pembelajaran dan juga kaedah hafazan yang terbaik adalah

penting bagi memastikan keberkesanan hafazan kepada para pelajar yang sedang

mendalami ilmu hafazan al-Quran ini. Sistem dan juga kaedah hafazan yang tidak

teratur serta sistematik akan member impak yang besar kepada pelajar dari segi daya

ingatan dan juga keberkesanan di dalam menghafaz al-Quran.

Pelajar, ibu bapa, guru dan para pegawai pendidikan dan pegawai jabatan

pendidikan yang merancang kurikulum pendidikan merupakan golongan yang boleh

memainkan peranan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghafaz al-Quran ini ke

tahap yang memberangsangkan.

Di bawah ini dinyatakan beberapa cadangan penting untuk

mempertingkatkan lagi keberkesanan kaedah hafazan yang digunakan sama ada oleh

35
pelajar untuk menghafaz dan guru untuk mengajar pelajar menghafaz. Saranan-

saranan ini secara langsung merupakan satu cadangan atau implikasi yang cuba dinilai

dan dilihat oleh sekolah, guru-guru, ibu bapa serta pelajar di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran hafazan al-Quran.

5.3.2.1 Sekolah

Hasil daripada analisis serta perbincangan yang telah dilakukan, didapati bahawa

keselesaan kepada para pelajar adalah amat penting di dalam proses pembelajaran

mereka di sekolah. Ini kerana suasana dan persekitaran yang sesuai adalah penting

bagi menjaga serta meningkatkan daya ingatan pelajar. Seharusnya, pihak pentadbiran

sekolah memberikan perhatian serta prihatin terhadap perkara-perkara ini kerana

ianya mempengaruhi cara pembelajaran serta kendiri pelajar contohnya keselesaan

tempat belajar, infrastruktur yang disediakan dan lain-lain kemudahan yang

seharusnya disediakan.

Perkara ini amat penting kerana ianya juga mempengaruhi diri serta

pembelajaran pelajar seperti kesihatan diri, keselamatan, keselesaan pelajar sepanjang

mereka berada di sekolah ini. Selain itu dorongan dari semua pihak amat penting bagi

memastikan pelajar-pelajar ini dapat belajar dengan jayanya.

5.3.2.2 Guru-Guru

36
Guru adalah merupakan pendidik atau pembimbing utama kepada para pelajar yang

mendalami bidang hafazan. Oleh itu, guru-guru perlulah mempunyai cirri-ciri yang

baik serta mahir di dalam bidang hafazan. Mereka juga perlulah tegas dalam

menjalankan tugas serta prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlulah

memahami kelemahan dan kemampuam pelajar agar pelajar tidak berasa tertekan

dengan tindakan yang diambil oleh guru tersebut.

Guru juga hendaklah menjaga hubungan baik dengan pelajar seperti ibu bapa

dengan anak-anak mahupun sebagai mentor kepada para pelajar. Guru-guru perlulah

mendidik pelajar dengan didikan yang sesuai sepertimana yang digariskan dalam

sistem pendidikan Islam. Perbezaan umur dan jantina pelajar juga perlu diambil kira

dalam menetapkan sesuatu perkara. Selain itu, peneguhan dengan memberikan

imbuhan kepada pelajar-pelajar yang menghafaz dengan cepat dan lancar juga

merupakan suatu perkara yang positif di dalam memberikan galakan kepada pelajar

untuk mereka menggandakan lagi usaha mereka di dalam pembelajaran.

5.3.2.3 Ibu Bapa

Ibu bapa selaku pendidik awal pelajar sejak dari kecil perlulah memberi dorongan dan

bimbingan yang padu pada anak mereka. Anak-anak juga boleh dilatih untuk

menghafaz sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa juga perlu menjelaskan tujuan sebenar

anak mereka belajar pendidikan agama terutama belajar menghafaz al-Quran yang

merupakan mukjizat yang paling agong agar matlamat yang hendak dicapai adalah

melalui jalan yang betul dan diredhai Allah.

37
Mereka juga perlulah prihatin terhadap keperluan anak-anak mereka yang

menceburi bidang ini lebih-lebih lagi ketika anak mereka pulang ke rumah. Setiap

ibubapa harus mempunyai cita-cita untuk menjadikan salah anak-anak mereka

seorang hafiz atau hafizah al-Quran apabila besar nanti kerana banyak kelebihan yang

diperolehi sama ada di dunia mahupun di akhirat. Pendidikan awal adalah penting

bagi seseorang kanak-kanak dalam usaha menjadikan mereka sebagai seorang hafizul

al-Quran.

Para ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya mengenali dan

mencintai al-Quran sejak kecil lagi, sebagai salah satu usaha untuk memupuk minat

serta cita-cita yang murni ini di dalam diri anak-anak mereka. Sepertimana peribahasa

Melayu ada mengatakan, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

5.3.2.4 Pelajar

Para pelajar seharusnya sentiasa menyediakan diri mereka selengkapnya sebelum

menghafaz sesuatu surah al-Quran. Mereka perlulah memberikan komitmen yang

sepenuhnya ketika menghafaz serta menjaga adab-adab pemakanan, pergaulan dan

sebagainya kerana perkara-perkara ini merupakan suatu elemen yang penting di dalam

kehidupan harian mereka. Cara pemakanan seperti sentiasa memakan makanan seperti

kurma, kismis dan madu adalah baik bagi mempertingkatkan daya ingatan pelajar di

dalam hafazan. Mereka juga mestilah sentiasa istiqamah dalam i’adah serta

keikhlasan ketika menghafaz adalah penting bagi memastikan keberkesanan dalam

hafazan mereka.

38
Pelajar juga boleh menghayati dan melaksanakan apa yang terkandung dalam

al-Quran agar terhindar daripada perilaku buruk yang member kesan negatif terhadap

hafazan mereka. Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka sebagai

seorang yang menghafaz al-Quran adalah amat penting kerana ianya akan membentuk

keperibadian diri mereka serta penjagaan perilaku mereka daripada terlibat dengan

perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Bimbingan dan juga tunjuk ajar daripada ibu bapa serta guru adalah amat

penting agar mereka tidak terpesong ke arah kemaksiatan dan kemurkaan kepada

Allah S.W.T.

5.3.3 Cadangan Kajian Lanjut

Kajian yang telah dijalankan ini hanya melibatkan sebuah sekolah di Sekolah Rendah

Kebangsaan Abang Kadir, Gedong, Simunjan. Bagi kajian yang seterusnya,

dicadangkan agar penyelidik yang akan datang akan meluaskan lagi skop kajian ini ke

beberapa buah sekolah lagi untuk melihat kaedah hafazan yang lebih efektif dan

sesuai di dalam menghafaz al-Quran.

Selain itu, kajian ini hanya melihat sebilangan responden di sekolah tersebut.

Bagi penyelidikan yang akan datang, dicadang agar dibuat suatu perbandingan di

antara beberapa buah sekolah untuk melihat sama ada berlakunya percanggahan

maklum balas yang diterima.

39
Seterusnya, dicadangkan juga kepada penyelidik yang akan datang supaya

memasukkan lagi elemen-elemen lain di dalam persoalan yang hendak dikaji agar

persoalan yang dikemukakan itu lebih spesifik kepada apa yang ingin diperolehi

daripada maklum balas responden.

5.4 Penutup

Pada keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar Sekolah

Rendah Kebangsaan Abang Kadir, Gedong, Simunjan menggunakan kaedah hafazan

yang hampir serupa dengan sekolah yang lain dan majoritinya menggunakan kaedah

melancarkan pembacaan ayat-ayat yang akan dihafaz terlebih dahulu. Namun begitu,

oleh kerana adanya kekangan masa dan pelajar yang terlalu ramai menyebabkan

segelintir pelajar tidak dapat menguasai hafazan dengan baik. Tetapi secara

keseluruhannya masih ramai pelajar yang dapat menguasai. Fakta ini berdasarkan

kepada skor markah yang telah dibincangkan oleh pengkaji dalam perbincangan yang

terdahulu.

Sebagai remaja, pelajar-pelajar ini juga sedikit sebanyak menghadapi

masalah mengingat kerana mereka juga mesti menumpukan perhatian kepada subjek

yang lain terutamanya subjek yang melibatkan peperiksaan UPSR.

Sebagai kesimpulannya, sistem pembelajaran dan juga kaedah yang

digunakan di dalam menghafaz al-Quran adalah amat penting bagi menjamin

keberkesanannya di dalam mendalami ilmu ini.

40
Bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru-guru serta dorongan daripada ibu

bapa juga memainkan peranan yang besar di dalam melahirkan para pelajar yang

menghafaz al-Quran yang berjaya. Jadi, keprihatinan dan juga perhatian adalah

penting bagi menjaga golongan yang menghafaz al-Quran ini agar suatu hari nanti

akan lahirnya mereka yang betul-betul menjaga serta mempertahankan kesucian ilmu

al-Quran ini sehingga ke akhir zaman.

41
RUJUKAN

Abdullah al-Qari bin Hj. Salleh. (1995). Cara Baru Mengajar Tajwid Dan Menghafal
al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Abu Mazaayaa al-Hafiz. (1996). Panduan Menghafal al-Quran. Kuala Lumpur: Darul
Nu’man.

Abdul Raof Dalip. (1991). Isu-Isu Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam. Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam. Falsafah, Sejarah dan Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (1994). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Bhasah Abu Bakar. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Perak : Quantum Books

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarudin Ngah, Roslim Md. Akhir. (1990). Kaedah Penyelidikan Panduan Mudah
Kerja Luar. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Lampiran 2
42
BORANG KAJI SELIDIK

BAHAGIAN (II) : Tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah hafazan yang

berkesan.

Arahan :

Bagi setiap pernyataan di bawah, sila bulatkan angka dalam skala yang dipilih
mengikut kategori berikut:

1 : Sangat Tidak Setuju (STS)


2 : Tidak Setuju (TS)
3 : Kurang Setuju (KS)
4 : Setuju (S)
5 : Sangat Setuju (SS)

KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN

Bil. Item Skala

Saya sentiasa memulakan


1 pembelajaran dengan membaca 1 2 3 4 5
Bismillahirrahmanirrahim

Saya sentiasa menghadap kiblat


2 ketika membaca dan menghafaz al- 1 2 3 4 5
Quran

Saya sentiasa membaca al-Quran


3 1 2 3 4 5
dengan tenang dan tawaduk

43
Saya menghafaz secara mengulang-
4 ulang ayat beberapa kali sehingga 1 2 3 4 5
ayat terakhir.

Saya sentiasa menjaga sebutan


5 makraj huruf, hukum tajwid dan 1 2 3 4 5
fasohah ketika menghafaz.

Hanya menggunakan dan


mengkhususkan al-Quran Rasm Al-
6 1 2 3 4 5
Uthmani sahaja ketika membaca dan
menghafaz surah-surah al-Quran

Saya menentukan kadar hafazan saya


7 1 2 3 4 5
mengikut surah.

Saya akan menentukan jumlah ayat


8 yang dihafaz apabila surah itu 1 2 3 4 5
panjang atau sukar diingati.

Saya tidak akan berpindah ke surah


9 baru sebelum surah yang dihafaz itu 1 2 3 4 5
betul-betul lancar.

44
Saya sentiasa menjaga diri saya
10 1 2 3 4 5
daripada

Saya sentiasa memulakan


11 1 2 3 4 5
pembelajaran dengan membaca doa.

Saya terlebih dahulu melancarkan


12 bacaan al-Quran sebelum 1 2 3 4 5
menghafazkannya.

Saya sentiasa memilih masa dan


13 tempat yang sesuai semasa 1 2 3 4 5
menghafaz surah-surah al-Quran.

Saya membaca doa setiap kali


14 1 2 3 4 5
selepas selesai menghafaz al-Quran.

Pelajar menyimpan al-Quran di


15 1 2 3 4 5
tempat yang khusus dan sesuai.

Sentiasa berwuduk ketika membaca


16 1 2 3 4 5
dan menghafaz al-Quran.

45
Guru membaca terlebih dahulu surah
17 1 2 3 4 5
hafazan sebelum pelajar menghafaz.

Guru sentiasa mengawasi hafazan


18 1 2 3 4 5
pelajar ketika proses mengingat.

Guru sentiasa mendengar bacaan


surah-surah hafazan yang lepas
19 1 2 3 4 5
sebelum memulakan hafazan yang
baru.

Guru sentiasa mempelbagaikan


kaedah pengajaran yang sesuai
20 1 2 3 4 5
dengan menggunakan BBM yang
sesuai seperti penggunaan komputer.

JUMLAH

46

You might also like