You are on page 1of 12

BAB 4:

HASIL DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, dikemukakan hasil analisis data yang diperolehi daripada soal selidik

kajian terhadap tahap kesedaran kakitangan kejuruteraan bio perubatan terhadap

aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Daripada 18 borang kaji selidik yang

diedarkan, hanya 16 yang dikembalikan. Oleh itu,analisis ini hanya berdasarkan kepada

16 orang responden sahaja.

Analisis dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu demografi, pengurusan

Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan, Prosuder Kerja dan komitmen kerja. Kaedah

analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min bagi menjelaskan

dapatan kajian yang diperolehi.

4.2 Latar Belakang Responden

Item bagi maklumat demografi termasuklah jawatan responden, jentina, tempoh

perkhidmatan dan tahap pendidikan. Profil bagi setiap item dianalisis dalam bentruk

jadual seperti berikut :


4.2.1 Jawatan

Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut

jawatan. Hasil analisis menunjukkan bahawa seramai 4 orang ( 25.0 % ) responden

berjawatan senior engineer. 2 orang ( 12.25 % ) responden adalah berjawatan teknikal

executive, semantara itu 8 orang ( 50.0% ) responden adalah juruteknik mesin bio

perubatan. Manakala 2 orang ( 12.25 % ) responden merupakan kerani.

Jadual 4.1 :
Taburan responden mengikut Jawatan
4.2.2 Jentina

Jadual 4.2 menunjukkan taburan bagi jentina responden. Didapati bahawa seramai 3

orang ( 18.75 % ) responden terdiri dari perampuan dan selebihnya 13 orang ( 81.25

% ) responden adalah lelaki.

Jadual 4.2 : Taburan Responden mengikut jentina

Jentina Bilangan Responden Peratus

Lelaki 13 orang 18.75

Perampuan 3 0rang 81.25

Jumlah 16 orang 100

4.2.3 Tempoh perkhidmatan dengan Unit Kejuruteraan Bio Perubatan

Hospital Queen Elizabeth. Kota Kinabalu.

Taburan tempoh perkhidmatan bagi responden ini ditunjukkan dalam jadual 4.3.

Analisis data menunjukkan bahawa majoriti responden terdiri dari mereka yang

berkhidmat 3 tahun ke dan ke atas.


Jadual 4.3
Taburan tempoh berkhidmat di Unit Kejuruteraan Hospital Queen Elizabeth.
Kota Kinabalu. Sabah.

4.2.4 Tahap pendidikan

Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

tahap pendidikan. Analisis menunjukkan bahawa masing-masing seramai 3 orang (

18.75% ) mempunyai tahap pendidikan Ijazah dan 10 orang ( 62.5 %) mempunyai

pendidikan pada tahap Diploma. Manakala 2 orang ( 12.5 % ) daripada responden

mempunyai tahap pendidikan SPM/SPMV , dan seorang (6.25 % ) reponden

mempunyai tahap pendidikan Sijil Kejuruteraan.


Rajah 4.1:
Menunjukkan Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut Tahap
Pendidikan.

4.2.5 Umur

Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

umur. Analisis menunjukkan bahawa responden terdiri daripada 20 – 30 tahun seramai

7 orang ( 43.75 %) dan 31 – 40 tahun seramai 9 orang ( 56.25 % ).


Rajah 4.2
Menunjukkan Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Umur.

4.3 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Jadual 4.4 :
Taburan kekerapan dan peratusan perpesi responden terhadap
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Bahagian B adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan terhadap

keperluan akta untuk keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Berdasarkan dapatan

kajian, semua responden mengatakan bahawa terdapat Polisi Keselamatan di tempat

mereka bekerja. Selain itu, 11 daripada 16 responden tahu tentang kewujudan dan

JKKKP . Hanya 2 daripada 16 responden yang kurang pasti tentang kewujudan AJK

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Dari segi kejelasan Polisi keselamatan di

tempat kerja, 13 daripada 16 responden sangat setuju dan setuju bahawa tempat kerja

tersebut mempunyai polisi keselamatan yang jelas. Ini bermaksud tempat kerja tersebut

mempunyai polisi keselamatan yang jelas dan difahami oleh majoriti pekerja. Selain itu,
semua responden bersetuju bahawa setiap organisasi perlu ada polisi keselamatan dan

dasar keselamatan perlu dimaklumkan kepada semua kakitangan. Polisi ini juga perlu

ditampal di tempat yang mudah dilihat dan ini dipersetutjui oleh kesemua 16 responden.

Dari segi kesedaran terhadap pengambilan suntikan insulin untuk mengelakkan

jangkitan penyakit berjangkit, majoriti responden bersetuju dengan 11 orang sangat

setuju, 4 orang setuju dan hanya seorang yang kurang setuju. Secara kolektif, hasil soal

selidik dalam bahagian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap

pengetahuan yang agak tinggi terhadap keperluan akta untuk keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja.

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan terhadap persepsi responden


terhadap faktor prosedur kerja.
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan persepsi terhadap komitmen dan sikap.

Bahagian C untuk soal selidik ini adalah berkaitan dengan prosedur kerja.

Berdasarkan hasil soal selidik, kesemua responden bersetuju bahawa peralatan yang

digunakan untuk menyelenggara atau membaiki peralatan bioperubatan diselenggara

secara berkala. Selain itu, kesemua responden juga memahami dan mengikuti prosedur

kerja yang telah ditetapkan oleh pengilang ataupun badan- badan yang berkaitan.

Sebelum memulakan kerja- kerja penyelenggaraan 15 daripada responden bersetuju

bahawa mengambil langkah-langkah keselamatan itu perlu dan hanya satu sahaja yang

kurang bersetuju dengan hal ini. Selain daripada itu, kes seperti peralatan bioperubatan
yang digunakan untuk pesakit yg dijangkiti penyakit berjangkit, 11 daripada responden

mengatakan sangat tidak setuju untuk terus menyelenggara atau membaiki peralatan

tersebut. Ini merupakan majoriti dan 1 daripada responden tidak setuju, dan masing-

masing 2 responden kurang setuju dan setuju untuk terus membaiki peratalan tersebut.

Dari segi risiko semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan atau

pembaikan peralatan bioperubatan, ada tiga risiko yang diambil kira iaitu risiko renjatan

elektrik, Hepatitis B dan HIV. Mengambil bilangan majoriti, 11 responden (68.75%)

memikirkan risiko renjatan elektrik, 7 responden (43.75%) memikirkan Hepatitis B, dan

7 responden (43.73%) juga memikirkan risiko HIV semasa melakukan kerja-kerja

penyelengaraan. Untuk mesin-mesin yang memerlukan kemahiran yang tinggi pula, 5

responden (31.25%) sangat setuju bahawa mesin ini harus diperiksa oleh orang yang

bertanggungjawab dan 9 responden (56.25%) setuju bahawa mesin seperti ini harus

diperiksa oleh orang yang bertanggungjawab. 2 responden (12.5%) kurang setuju

dengan hal ini. Daripada analisis data ini, responden mempunyai pengetahuan tentang

prosedur kerja yang baik dan juga mengamal prosedur kerja yang baik.

Berdasarkan daripada dapatan soal selidik ini didapati hanya 12.5 % yang

mewakili 2 responden yang berpendapat kurang mengambil kira prosuder kerja

berbanding dengan 87.5 % yang berpendapat bahawa mereka mengambil berat

terhadap prosuder kerja.


4.6 Taburan Kekerapan dan Peraturan Persepsi responden terhadap latihan.

Bahagian E pada soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaitan di

antara latihan dan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Berdasarkan dapatan

dari soal selidik, kesemua responden bersetuju bahawa program latihan sangat penting.

10 responden sangat setuju dan 6 responden lagi setuju bahawa program latihan

penting untuk mereka. Dari segi mengikuti program latihan keselamatan secara

berterusan, 6 responden kurang bersetuju namun majoriti responden bersetuju iaitu 6

responden sangat setuju dan 7 responden lagi setuju. 6 daripada responden juga

sangat setuju bahawa latihan pertolongan cemas adalah sangat penting dan 4 daripada
responden setuju. 1 responden kurang bersetuju dengan kepentingan latihan

pertolongan cemas. 15 daripada 16 responden menghadiri latihan yang berkaitan

dengan penyelenggaraan atau pembaikan mesin bioperubatan. Dari segi keberkesanan

latihan pula iaitu adakah modul keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di tekankan

semasa latihan, 4 responden sangat setuju, 8 responden setuju dan 4 responden

kurang setuju. Daripada analisis data ini, boleh disimpulkan bahawa kesemua

responden setuju dengan perlunya latihan yang berkaitan dengan keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja.

You might also like