You are on page 1of 18

5.

0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Analisis Borang Soal Selidik


Kajian soal selidik telah dijalankan terhadap 30 orang responden yang merupakan
warga sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak dari jantina, bangsa, dan kumpulan
umur untuk
Mengenalpasti jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang digunakan oleh warga
sekolah SMK Pending dan faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan terhadap
pembelian dalam talian dalam kalangan warga sekolah SMK Pending, Kuching,
Sarawak.

5.1.1 Latar Belakang Responden


Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada warga sekolah SMK Pending telah
disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina,
bangsa dan kumpulan umur dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta pai.

5.1.1.1 Jantina

Bilangan (orang) Peratusan (%)

Jantina Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan


15 15 50.00 50.00
Jadual 1 : Jantina
Sumber: Kerja Lapangan 2021

Bilangan dan Per atus an


Janti na R es ponden

Lelaki
Perempuan

50% 50%
Carta 1 : Peratusan Responden Lelaki Dan Perempuan
Sumber : Kerja Lapangan 2021

Berdasarkan jadual 1 dan carta 1 menunjukkan bilangan jantina dan peratusan


responden lelaki dan perempuan. Selain itu, jumlah bilangan lelaki adalah seramai 15
orang bersamaan dengan 50% dan 15 orang perempuan bersamaan dengan 50%.
Bilangan responden bagi kedua-dua jantina itu adalah sama.

5.1.1.2 Bangsa
Bil Bangsa Bilangan Pelajar Peratusan
(orang) (%)
1 Melayu 8 26.7
2 Cina 9 30.0
3 India 0 0.00
4 Bidayuh 7 23.3
5 Iban 6 20.0
6 Lain-lain 0 0.00
Jumlah 30 100

Jadual 2 : Bilangan dan Peratusan Bangsa Respoden


Sumber : Kerja Lapangan 2021
Peratusan Bangsa Respoden
Melayu Cina Bidayuh Iban

20.0%
26.7%

23.3%

30.0%

Carta 2: Peratusan Bangsa Responden


Sumber : Kerja Lapangan 2021

Berdasarkan Jadual 2 dan Carta 2 di atas, carta pai menunjukkan demografi


responden berdasarkan bangsa mengenai responden mengenai Kajian Mengenai
Kepercayaan terhadap Pembelian dalam Talian dalam Kalangan Warga Sekolah SMK
Pending, Kuching, Sarawak. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik,
seramai 8 orang responden bersamaan 26.7% merupakan bangsa Melayu. Sementara
itu, respondan yang berbangsa Cina merangkumi 9 orang responden bersamaan
30.0%. Seterusnya, seramai 7 orang responden yang berbangsa Bidayuh bersamaan
23.3%. Responden yang berbangsa Iban merangkumi 6 orang yang bersamaan
20.0%. Tiada responden daripada bangsa India dan Lain-lain, iaitu 0.00%.
Menurut kajian Farhan Mat Arisah, Shamsul Azahari Zainal Badari dan
Ahmad Hariza Hashim yang bertajuk “Amalan Pembelian Secara Atas Talian dan
Faktor-Faktor Mempengaruhi”, sebanyak 62.4% daripada responden adalah kaum
Melayu, manakala 8.4% responden kaum Cina, 2.2% responden adalah kaum India
16.2% adalah Bumiputra Sabah
dan 10.8% adalah Bumiputra Sarawak (Mat Arisah, Shamsul Azahari Zainal Badari
dan Ahmad Hariza Hashim, 2016). Jadi, amalan pembelian dalam talian tidak terhad
kepada segolongan kaum sahaja di Malaysia.
5.1.1.3 Kumpulan Umur
Bilangan/Peratusan Peratusan
Bilangan (orang)
KumpulanUmur (%)
17-26 tahun 8 26.7
27-36 tahun 6 20.0
37-46 tahun 5 16.7
47-56 tahun 6 20.0
57 tahun ke atas 5 16.7

Jadual 3: Bilangan dan Peratusan Kumpulan Umur Responden


Sumber : Kerja Lapangan 2021

Peratusan Kumpulan Umur Responden

16.7%

26.7%

20.0%

20.0%

16.7%

17-26 tahun 27-36 tahun 37-46 tahun 47-56 tahun 57 tahun ke atas

Carta 3 : Bilangan dan Peratusan Kumpulan Umur Responden


Sumber : Kerja Lapangan 2021
Jadual 3 dan carta 3 menunjukkan bilangan dan peratusan kumpulan umur
responden terdiri daripada 17 tahun hingga 26 tahun, 27 tahun hingga 36 tahun, 37
tahun dan 46 tahun, 47 tahun hingga 56 tahun dan 57 tahun ke atas. Kumpulan umur
responden yang paling banyak ialah berumur 17 hingga 26 tahun iaitu seramai 8
orang responden bersamaan dengan 26.7%. Manakala kumpulan umur responden
yang paling sedikit ialah berumur 37 tahun hingga 46 tahun dan 57 tahun ke atas iaitu
seramai 5 orang responden sahaja bersamaaan dengan 16.7% masing-masing. Selain
itu, bilangan responden yang berumur 27 tahun hingga 36 tahun dan 47 tahun hingga
56 tahun adalah 20.0% iaitu seramai 6 orang responden masing-masing . Majoriti
responden yang paling banyak ialah berumur 17 tahun hingga 26 tahun iaitu seramai 8
orang responden bersamaan dengan 26.7%.

5.1.2 Jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang digunakan oleh warga sekolah
SMK Pending

Jenis-jenis Aplikasi Pembelian dalam Ya Tidak


Bil Talian [ 1] [2]
f % f %
1 Lazada 26 86.67 4 13.33
2 Shopee 16 53.33 14 46.67
3 Taobao 18 60.00 12 40.00
4 Amazon 14 46.67 16 53.33
5 Zalora 15 50.00 15 50.00
6 eBay 7 23.33 16 76.67
7 Facebook 17 56.67 13 43.33

Jadual 4 : Analisis Jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang digunakan oleh
warga sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak
Sumber : Kerja Lapangan 2021
Jenis-jenis Aplikasi Pembelian dalam Talian
yang Digunakan oleh Warga Sekolah SMK
PENDING
120
100
13.33
80 46.67 40.00 50.00 43.33
53.33
Peratusan

60 76.67
40 86.67
53.33 60.00 50.00 56.67
20 46.67
23.33
0
Lazada Shopee Taobao Amazon Zalora eBay Facebook
Jenis-jenis Aplikasi Pembelian dalam Talian

Ya Tidak

Carta 4:Analisis Jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang digunakan oleh
warga sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak

Sumber: Kerja Lapangan 2018


Jadual 4 menunjukkan jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang
digunakan oleh warga sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak. Berdasarkan Jadual
2, didapati paling ramai responden, iaitu 26 orang bersamaan 86.67% daripada 30
orang responden menggunakan aplikasi Lazada untuk membuat pembelian dalam
talian. Di sebaliknya, paling sedikit responden menggunakan aplikasi eBay untuk
membeli dalam talian, iaitu sebanyak 7 orang bersamaan 23.33%. Berdasarkan ‘Top
10 E-Commerce Site in Malaysia 2020’ (MARKETING SIGNAL LAB), Lazada
mencatatkan jumlah trafik bulanan sebanyak 31.29 juta, manakala eBay hanya
mencatatkan jumlah trafik bulanan sebanyak 1.06 juta sahaja.
(https://marketingsignallab.com/top-ecommerce-sites-in-malaysia/,23/2/2020). Jurang
antara jumlah trafik bulanan bagi kedua-dua aplikasi itu jelas menunjukkan bahawa
Lazada adalah lebih popular dalam kalangan rakyat Malaysia termasuklah warga
sekolah SMK Pending. Selain mendedahkan populariti aplikasi Lazada dalam
kalangan warga sekolah SMK Pending, pengkaji juga membuktikan bahawa sambutan
warga sekolah tersebut terhadap aplikasi eBay adalah amat rendah. Hal ini boleh
dilihat daripada keputusan soal selidik dan perkara ini disokong dengan pencapaian
trafik bulanan aplikasi tersebut yang amat rendah.
Didapati majoriti responden,iaitu 18 orang responden bersamaan 60.00%
menggunakan aplikasi Taobao untuk membeli dalam talian, manakala 40.00%
bersamaan 12 orang tidak menggunakan aplikasi tersebut. Menurut Thibaud, Taobao
berjaya meraih pengguna yang banyak kerana harga barangan yang dijual berpatutan
serta mempunyai aplikasi laman web yang mesra pelanggan. Bukan itu sahaja,
strategi promosi yang matang juga menjadikan Taobao satu-staunya aplikasi
pembelian dalam talian yang berdaya saing dan berpengaruh bukan sahaja di
Malaysia, tetapi juga di pentas dunia. Antara strategi yang digunakan oleh Taobao
termasuklah pelancaran “ Double 11 Festival” yang memperoleh sambutan hangat
daripada pengguna dari seluruh dunia.(Thibaud,https://daxueconsulting.com/success-
of-taobao-on-chinese-internet/,28/7/2017).

Seterusnya, majoriti responden sebanyak 17 dan 16 orang responden


bersamaan 56.67% dan 53.33% masing-masing menggunakan aplikasi Facebook dan
Shopee untuk membuat pembelian dalam talian. Manakala responden yang tidak
menggunakan aplikasi Facebook dan Shopee untuk membeli dalam talian masing-
masing mencatatkan 46.67% dan 43.33% bersamaan dengan 14 orang dan 13 orang.

Terdapat 50.00% iaitu 15 orang respoden memilih untuk membeli dalam


talian melalui aplikasi Zalora. 15 orang atau 50.00% yang lain pula tidak
menggunakan aplikasi Zalora untuk membeli dalam talian.

Tambahan lagi, minoriti responden, iaitu 14 orang bersamaan 46.67%


menggunakan aplikasi Amazon untuk membeli secara dalam talian, manakala 16
orang bersamaan 53.33% tidak menggunkan aplikasi tersebut semasa memeli dalam
talian. Menurut ‘The Best Online Shopping Platforms In Malaysia’ (iMONEY
LEARNING CENTRE), pula, Lazada, Shopee, Taobao, Amazon dan eBay merupakan
lima daripada tujuh aplikasi pembelian dalam talian yang terbaik di Malaysia.
(https://www.imoney.my/articles/online-shopping-guide-malaysia/best-online-
shopping-sites,19/10/2020). Namum begitu, aplikasi-aplikasi itu mendapat sambutan
yang kurang memuaskan dalam kalangan warga sekolah SMK Pending .
Ya
100

90

80

70

60
Peratusan

50
86.67%
40

30 60.00% 56.67%
53.33% 50.00%
46.67%
20

10 23.33%

0
Lazada Shopee Taobao Amazon Zalora eBay Facebook

Jenis-jenis Aplikasi

Kesimpulannya, jenis aplikasi pembelian dalam talian dominan yang


digunakan oleh 30 orang warga sekolah SMK Pending ialah aplikasi Lazada iaitu
sebanyak 26 orang responden bersamaan 86.67%. Manakala, jenis aplikasi pembelian
dalam talian yang paling sedikit digunakan oleh 30 orang warga sekolah SMK
Pending ialah eBay. Menurut Mohd Zaky Zainuddin dari Berita Harian dalam satu
laporan bertajuk ‘Lazada: Jualan 12.12 catat rekod tertinggi’, Ketua Pegawai
Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow, berkata jualan akhir tahun 2020 menyaksikan
rakyat Malaysia membeli hampir 100 peratus lebih banyak dari kategori barangan
mainan, sukan, dan peranti mudah alih berbanding tahun lalu. ( Mohd Zaky
Zainuddin, Berita Harian, 17 Disember 2020).Hal ini bukan sahaja sebagai satu
refleksi terhadap peningkatan aktiviti pembelian dalam talian di Malaysia, tetapi juga
memperlihatkan kedudukan aplikasi Lazada sebagai pilihan utama rakyat Malaysia
untuk membuat pembelian dalam talian .

5.1.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian dalam talian


dalam kalangan warga sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak.
Tidak Setuju Kurang Setuju
[1] setuju [3]
Bil Faktor-faktor [2]
f % f % f %
1 Pembelian dalam talian 4 13.33 2 6.67 24 80.00
membolehkan saya membuat
penilaian dan perbandingan
terhadap harga barangan yang
ditawarkan.
2 Pembelian dalam talian 4 13.33 8 26.67 18 60.00
membolehkan saya mengetahui
maklumbalas /testimoni daripada
pembeli yang sebelumnya.
3 Saya mempunyai pengalaman 10 33.33 11 36.67 9 30.00
yang baik dalam pesanan dan
penghantaran barangan yang
diberi oleh kedai dalam talian
4 Saya boleh menempah sesuatu 8 26.67 7 23.33 15 50.00
produk secara dalam talian pada
bila-bila masa sehari tidak kira di
mana sekali pun mereka berada.
5 Kedai dalam talian memberi 11 36.67 12 40.00 7 23.33
jaminan terhadap keselamatan
transaksi berbelanja.
6 Kedai dalam talian memberi 10 33.33 9 30.00 11 36.67
tawaran bayaran balik sekiranya
berlaku sebarang percanggahan
barang yang telah ditempah.
7 Kedai dalam talian mempunyai 20 66.67 5 16.67 5 16.67
kemampuan dalam melakukan
pengawalan dan penjagaan
keselamatan atas transaksi data.
8 Kedai dalam talian menggunakan 8 26.67 12 40.00 10 33.33
syarikat khidmat penghantaran
barang yang dipercayai.
Jadual 5:Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian
dalam talian dalam kalangan warga sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak.
Sumber: Kerja Lapangan 2021

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepercayaan terhadap


Pembelian dalam Talian dalam Kalangan Warga Sekolah SMK
Pending, Kuching, Sarawak.
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

30.00% 23.33% 16.67%


36.67% 33.33%
60.00 50.00% 16.67%
80.00% 40.00%
36.67% 30.00 40.00%
23.33% 66.67%
26.67%
6.67% 33.33% 36.67%
26.67% 33.33% 26.67%
13.33%13.33

Carta 5: Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian dalam


talian dalam kalangan warga sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak.
Sumber: Kerja Lapangan 2021

Jadual 5 menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan terhadap


pembelian dalam talian dalam kalangan warga sekolah SMK Pending, Kuching,
Sarawak. Berdasarkan Jadual 5, didapati paling ramai responden memilih setuju
dengan pernyataan bahawa pembelian dalam talian membolehkannya membuat
penilaian dan perbandingan terhadap harga barangan yang ditawarkan, iaitu sebanyak
24 orang bersamaan 80.00%. Di sebaliknya, paling sedikit responden memilih kurang
setuju, iaitu 2 orang responden bersamaan 6.67%, bahawa pembelian dalam talian
membolehkannya membuat penilaian dan perbandingan terhadap harga barangan
yang ditawarkan. Menurut Farhan Mat Arisah1, Shamsul Azahari Zainal Badari dan
Ahmad Hariza Hashim dalam kajian yang bertajuk ‘Amalan Pembelian Secara Atas
Talian dan Faktor-Faktor Mempengaruhi’, kebanyakan responden bersetuju dengan
pernyataan ‘saya membeli secara atas talian kerana harganya murah’ di mana 23.2 %
responden menyatakan setuju dan 20.3 % responden menyatakan sangat setuju.(
Farhan Mat Arisah1, Shamsul Azahari Zainal Badari dan Ahmad Hariza Hashim,
2016) Hal ini membuktikan bahawa pengguna amat mengemari aplikasi pembelian
dalam talian yang membolehkan mereka untuk membandingkan harga barangan
kerana dapat membeli barangan dengan harga yang murah dengan lebih mudah.

Didapati majoriti responden iaitu 24 orang bersamaan 80.00% bersetuju


dengan pernyataan bahawa pembelian dalam talian membolehkannya membuat
penilaian dan perbandingan terhadap harga barangan yang ditawarkan. Manakala 4
orang responden bersamaan 13.33% memlilih tidak setuju dan paling sedikit
responden iaitu 2 orang bersamaan 6.67% memilih kurang setuju mengenai
pernyataan tersebut.

Bagi pernyataan pembelian dalam talian membolehkan pengguna untuk


mengetahui maklumbalas /testimoni daripada pembeli yang sebelumnya, didapati
majoriti responden iaitu seramai 18 orang bersamaan 60.00% bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Terdapat 8 orang bersamaan dengan 26.67% memilih kurang
setuju dengan pernyataan itu, manakala paling kurang ataupun minoriti responden
iaitu terdapat 4 orang bersamaan dengan 13.33% tidak bersetuju dengan pernyataan
ini. Menurut Farhan Mat Arisah1, Shamsul Azahari Zainal Badari dan Ahmad
Hariza Hashim dalam kajian yang bertajuk ‘Amalan Pembelian Secara Atas Talian
dan Faktor-Faktor Mempengaruhi’, pengalaman atau testimoni pengguna terhadap
sesuatu barangan atau perkhidmatan akan mempengaruhi pengguna lain untuk
membeli barangan atau perkhidmatan tersebut, perkara tersebut juga merupakan
faktor yang dipentingkan oleh responden dalam kajian tersebut di mana 32.4 %
responden memilih faktor tersebut dalam kepentingan mereka ketika membeli secara
dalam talian.( Farhan Mat Arisah1, Shamsul Azahari Zainal Badari dan Ahmad
Hariza Hashim, 2016). Selain itu, Hoffman, Novak dan Peralta (1999) dalam Building
consumer trust online turut menunjukkan bahawa pengalaman dan testimoni
pengguna lain turut diambil kira dalam perti,bangan membuat keputusan pembelian
secara dalam talian. (Hoffman, Novak dan Peralta, 1999)
Untuk pernyataan pengguna mempunyai pengalaman yang baik dalam
pesanan dan penghantaran barangan yang diberi oleh kedai dalam talian, majoriti
responden iaitu 11 orang bersamaan 36.67% memilih kurang setuju dengan
pernyataan tersebut, manakala terdapat 10 orang memilih tidak setuju bersamaan
dengan 33.33% dan paling sedikit responden iaitu 9 orang bersamaan 30.00%
memilih setuju. Menurut Infroman 1, pengalaman sesorang mempunyai pengaruh
yang besar terhadap kepercayaan seseorang itu terhadap pembelian dalam talian.
Sekiranya sesorang itu mempunyai pengalaman yang buruk ketika membeli dalam
talian di sesebuah kedai, maka kemungkinan besarnya seseorang itu tidak akan
membuat pembelian dari kedai tersebut lagi.

Separuh daripada 30 orang responden iaitu 15 orang responden


bersamaan 50.00% memilih setuju bagi pernyataan penempahan sesuatu produk
secara dalam talian boleh dibuat pada bila-bila masa sehari tidak kira di mana sekali
pun mereka berada., manakala minoriti responden iaitu seramai 8 orang bersamaan
dengan 26.67% tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Paling sedikit responden
iaitu 7 orang bersamaan dengan 23.33% memilih kurang setuju dengan pernyataan
itu. Hal ini bermaksud kemudahan yang diperoleh melalui pembelian dalam talian
turut menjadi faktor penting yang mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadap
pembelian dalam talian. Suhartini R.S (2011) dalam ‘Analisis Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Motif Belanja Secara Online Di Komunitas Kaskus Semarang’
mengatakan bahawa pembelian secara dalam talian membawa kemudahan dari segi
pemilihan, pembayaran dan pengiriman barangan. (Suhartini R.S, 2011). Ketiga-tiga
kemudahan tersebut memainkan peranan dalam mendorong orang ramai untuk
membuat pembelian dalam talian.

Didapati paling sedikit responden iaitu 7 orang bersamaan 23.33%


bersetuju dengan pernyataan bahawa kedai dalam talian memberi jaminan terhadap
keselamatan transaksi berbelanja. Terdapat 11 orang responden bersamaan 36.67%
memilih tidak setuju manakala majoriti responden iaitu 12 orang bersamaan 40.00%
memilih kurang setuju dengan pernyataan tersebut.

Majoriti responden iaitu 11 orang bersamaan 36.67% bersetuju bahawa


kedai dalam talian memberi tawaran bayaran balik sekiranya berlaku sebarang
percanggahan barang yang telah ditempah, manakala terdapat 10 orang responden
bersamaan 33.33% memilih tidak setuju dan paling sedikit responden memilih kurang
setuju iaitu sebanyak 9 oang bersamaan 30.00%. Hal ini menujukkan bahawa faktor
risiko juga dinilai oleh para pengguna semasa membuat pembelian dalam talian.
Berdasarkan ‘Factors Influencing Online Shopping Behavior of Consumers’ oleh
Wiebke Reile, tawaran bayaran balik adalah penting bagi pengguna untuk
mengembalikan barangan yang tidak mencapai ekspektasi mereka. Tanpa mempunyai
sistem tawaran bayaran balik yang baik, keinginan pengguna untuk membuat
pembelian dalam talian akan terjejas.(Wiebke Reile, searchfit.com, 1/5/2017 )

Majoriti responden iaitu 20 orang bersamaan 66.67% tidak bersetuju bahawa


kedai dalam talian mempunyai kemampuan dalam melakukan pengawalan dan
penjagaan keselamatan atas transaksi data. Paling sedikit responden iaitu 5 orang
bersamaan 16.67% memilih kurang setuju dan setuju bagi pernyataan tersebut.
Menurut Jarvenpaa dan Tractinsky (1999) dalam ‘ Consumer trust in an internet store:
a cross-cultural validation.’, mengatakan bahawa niat membeli pengguna berkait rapat
dengan kadar kepercayaan pengguna terhadap seseorang penjual itu.(Jarvenpaa dan
Tractinsky, 1999) Hal ini menunjukkan bahawa kemampuan dalam melakukan
pengawalan dan penjagaan keselamatan atas transaksi data merupakan faktor afdal
yang mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadap pembelian dalam talian.

Didapati bahawa terdapat minoriti responden sebanyak 10 orang


bersamaan dengan 33.33% memilih setuju dengan pernyataan kedai dalam talian
menggunakan syarikat khidmat penghantaran barang yang dipercayai. Paling sedikit
iaitu 8 orang memilih tidak setuju bersamaan dengan 26.67% dan majoriti iaitu 12
orang bersamaan 40.00% memilih kurang setuju dengan pernyataan ini. Bagi
pernyataan kedai dalam talian memberi jaminan terhadap keselamatan transaksi
berbelanja pula, minoriti responden sebanyak 7 orang bersamaan 23.33% memilih
setuju, manaka 11 orang bersamaan 36.67 memilih tidak setuju dan 12 orang
bersamaan 40.00% memilih kurang setuju.
SETUJU

90

80

70

60

50

40

30

20

10

Carta 6: Analisis rumusan Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan


terhadap pembelian dalam talian dalam kalangan warga sekolah SMK Pending,
Kuching, Sarawak.

Sumber: Kerja Lapangan 2021

Kesimpulannya, faktor dominan ataupun paling banyak responden yang


bersetuju dengan pernyataan pembelian dalam talian membolehkan pengguna
membuat penilaian dan perbandingan terhadap harga barangan yang ditawarkan, iaitu
24 orang responden bersamaan 80.00% daripada 30 orang responden. Faktor paling
kurang atau paling sedikit responden bersetuju bahawa .edai dalam talian mempunyai
kemampuan dalam melakukan pengawalan dan penjagaan keselamatan atas transaksi
data. . Menurut Sweney, et al (2001) dalam ‘E-commerce Memahami Perdagangan
Modern di Dunia Maya’ menyatakan bahawa pengguna bukan sahaja akan
mempertimbangkan kualiti sesebuah produk yang akan dibeli, tetapi juga akan
membuat penilaian dari segi harganya.(Sweney, et al (2001)).

5.2 Dapatan kajian daripada kaedah temu bual


Jadual 6 menunjukkan dapatan kajian daripada temubual bagi Kajian Mengenai
Kepercayaan terhadap Pembelian dalam Talian dalam Kalangan Warga Sekolah SMK
Pending, Kuching,
Soalan 1 Apakah jenis-jenis aplikasi pembelian dalam talian yang pernah anda
guna untuk membuat pembelian dalam talian?
Informan 1 Saya lebih suka menggunakan aplikasi Lazada semasa membeli
dalam talian.
Informan 2 Biasanya saya akan membeli barangan melalui aplikasi Lazada dan
Zalora.
Informan 3 Saya pernah menggunakan aplikasi Lazada dan Shopee semasa
membeli dalam talian.

Soalan 2 Apakah jenis-jenis pilihan platform pembelian dalam talian yang


anda tidak pernah guna untuk membuat pembelian dalam talian?
Informan 1 Saya tidak pernah menggunakan Amazon dan eBay semasa membeli
dalam talian kerana saya diberitahu bahawa barangan yang dijual
dalam kedua-dua aplikasi tersebut agak mahal.
Informan 2 Saya tidak pernah menggunakan aplikasi eBay kerana barangannya
sangat mahal .
Informan 3 Saya tidak pernah menggunakan eBay dan Taobao kerana saya
dinasihati oleh keluarga supaya memilih aplikasi pembelian dalam
talian yang lebih mesra pelanggan.

Soalan 3 Apakah sebab anda mempercayai sesebuah aplikasi pembelian dalam


talian?
Informan 1 Saya akan mempercayai sesebuah aplikasi pembelian dalam talian
sekiranya barangan yang dijualnya murah. Saya juga akan menilai
dari segi pengalaman. Saya berpendapat bahawa pengalaman
sesorang mempunyai pengaruh yang besar terhadap kepercayaan
seseorang itu terhadap pembelian dalam talian. Sekiranya sesorang
itu mempunyai pengalaman yang buruk ketika membeli dalam talian
di sesebuah kedai, maka kemungkinan besarnya seseorang itu tidak
akan membuat pembelian dari kedai tersebut lagi.

Informan 2 Saya akan mempercayai sesebuah aplikasi pembelian dalam talian


kalau harga barangan yang dijual murah. Selain itu, kedai dalam
talian yang variasi pilihannya banyak juga akan menjadi pilihan
saya untuk membeli dalam talian.
Informan 3 Saya lebih mementingkan harga barangan dan kualiti barangan yang
dijual dalam aplikasi pembelian dalam talian. Sekiranya barangan
yang dijual murah dan berkualiti, saya akan mempercayai aplikasi
tersebut.

Jadual 6 : Dapatan kajian daripada temubual bagi Kajian Mengenai Kepercayaan


terhadap Pembelian dalam Talian dalam Kalangan Warga Sekolah SMK Pending,
Kuching,
Sumber: Kerja Lapangan 2021

Berdasarkan Jadual 6 di atas, Pengkaji telah menemu bual 3 orang


responden bagi mengkaji Kepercayaan terhadap Pembelian dalam Talian dalam
Kalangan Warga Sekolah SMK Pending, Kuching, Sarawak dengan 3 persoalan.

Semua responden iaitu 100.00% daripada 3 informan itu mengatakan


bahawa mereka pernah menggunakan aplikasi Lazada semasa membuat pembelian
dalam talian. Manakala terdapat 1 orang informan bersamaan 33.33% menjawab
bahawa Zalora juga pernah menjadi pilihannya semasa membeli dalam talian serta
seorang lagi informan pernah menggunakan aplikasi Shopee untuk membuat
pembelian dalam talian.
Bagi informan 1, beliau pernah menggunakan aplikasi Lazada ketika
membeli dalam talian. Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah menggunakan
aplikasi pembelian dalam talian seperti eBay dan Amazon. Beliau memberitahu
bahawa harga yang murah dan pengalaman yang baik merupakan sebab beliau
mempercayai penggunaan pembelian dalam talian.

Bagi informan 2, beliau pernah menggunakan aplikasi Lazada dan Zalora


untuk membeli dalam talian. Aplikasi eBay juga tidak menjadi pilihan beliau ketika
membuat pembelian dalam talian. Beliau mempercayai pembelian dalam talian atas
sebab harga yang murah dan pilihan yang banyak.

Bagi informan 3 pula, beliau pernah memilih Lazada dan Shopee sebagai
aplikasi yang digunakannya untuk membeli dalam talian. Namun, beliau juga tidak
menggunakan aplikasi eBay untuk membeli dalam talian. Beliau berpendapat bahawa
harga dan kualiti barangan yang memuaskan menjadi faktor penting yang mendorong
beliau untuk mempercayai pembelian dalam talian.

Secara kesimpulannya, aplikasi Lazada menjadi pilihan utama warga


sekolah SMK Pending untuk membuat pembelian dalam talian. Minoriti responden
menggunakan Zalora dan Shopee untuk membeli dalam talian. Manakala eBay
menjadi aplikasi yang memcatatkan jumlah pengguna yang paling sedikit antara
Taobao dan Amazon. Faktor harga iaitu harga barangan yang murah merupakan
faktor dominan yang mempengaruhi kepercayaan terhadap pembelian dalam talian
dalam kalangan warga sekolah SMK Pending, diikuti pengalaman yang baik, pilihan
barangan yang banyak serta kualiti barangan yang baik.
Rajah 1: Perbandingan harga barangan antara Lazada dan Amazon
Sumber:
https://www.lazada.com.my/products/galaxy-tab-s6-t865-6gb-ram-128gb-rom-free-
gift-original-samsung-malaysia-i1745308546-s6746408848.html? dan
https://www.amazon.com/Samsung-Galaxy-128GB-Tablet-Cloud/dp/B07VGJH29F/
ref=sr_1_3?dchild=1&keywords=samsung%2Btab%2Bs6&qid=1621077040&sr=8-
3&th=1

You might also like