You are on page 1of 15

971003-02-6014

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan data pihak responden serta dapatan kajian berdasarkan
objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan sebelum kerja lapangan
dijalalankan.Objektif-objektif tersebut merangkumi suri rumah di Taman Cekur Manis
mengikut umur,bangsa,taraf pendidikan,pendapatan,bilangan anak dan status masing-
masing.

5.1 Profil Responden

Kajian ini menggunakan 30 responden sebagai sampel kajian.Responden terdiri


daripada suri rumah di Taman Cekur Manis.Secara terperincinya,profil responden adalah
seperti di bawah ini.

5.1.1 Umur

JADUAL 1:JUMLAH SURI RUMAH MENGIKUT UMUR

Umur Bilangan (Orang) Peratus(%)

20-35 tahun 11 36.67

40-55 tahun 11 36.67

Lebih 60 tahun 8 26.67

Jumlah 30 100

Sumber:Kerja Lapangan 2016


971003-02-6014

26.67% 36.67%

36.67%

CARTA 1:SURI RUMAH DI TAMAN CEKUR MANIS MENGIKUT UMUR

Sumber:Kerja Lapangan 2016

Daripada 30 orang responden kajian,terdapat 36.67% responden terdiri daripada


umur 20-35 tahun.36.67% terdiri daripada umur 40-55 tahun manakala 26.67% terdiri
daripada umur lebih 60 tahun.Suri rumah yang berdasarkan umur ialah orang yang
berkahwin.
971003-02-6014

5.1.2 Bangsa

JADUAL 2 :JUMLAH SURI RUMAH MENGIKUT BANGSA

Bangsa Bilangan(orang) Peratus(%)

Melayu 9 30

Cina 8 26.67

India 9 30

Lain-lain 4 13.33

Jumlah 30 100

Sumber:Kerja Lapangan 2016

13.33%
T% 30%

30%
26.67%

CARTA 2:SURI RUMAH DI TAMAN CEKUR MANIS MENGIKUT BANGSA

Sumber:Kerja Lapangan 2016

30%

30%
971003-02-6014

Daripada 30 responden kajian,terdapat 30% responden terdiri daripada bangsa


melayu.26.67% terdiri daripada bangsa cina.30% terdiri daripada bangsa india manakala
13.33% yang selebihnya terdiri daripada lain-lain seperti Siam.

5.1.3 Taraf Pendidikan

JADUAL 3:JUMLAH SURI RUMAH MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN

Taraf Pendidikan Bilangan(orang) Peratus(%)

UPSR 3 10

PMR 3 10

SPM 10 33.33

STPM 6 20

LEPASAN 8 26.67
UNIVERSITI

JUMLAH 30 100

Sumber Kerja Lapangan 2016


971003-02-6014

10%
26.67% 10%

20% 33.33%

CARTA 3:SURI RUMAH DI TAMAN CEKUR MANIS MENGIKUT TARAF

Sumber: Kerja Lapangan 2016

Daripada 30 responden kajian terdapat 10%responden terdiri daripada taraf pendidikan


UPSR.10% terdiri daripada bertaraf pendidikan PMR.33.33% terdiri daripada bertaraf
SPM.20% responden terdiri daripada bertaraf pendidikan STPM manakala 26.67% yang
selebihnya bertaraf pendidikan lepasan universiti.

5.1.4 Pendapatan

JADUAL 4:JUMLAH SURI RUMAH MENGIKUT PENDAPATAN

Pendapatan Bilangan (orang) Peratus(%)

<RM 1000 3 10

RM1000-RM1500 11 36.67

RM 1500-RM1999 9 30

RM 3000> 7 23.33

Jumlah 30 100
Sumber:Kerja Lapangan 2016

10%
30%
23.33% 36.67%
971003-02-6014

CARTA 4:SURI RUMAH DI TAMAN CEKUR MANIS MENGIKUT


PENDAPATAN

Sumber:Kerja Lapangan 2016

10% responden terdiri daripada pendapatan <RM 1000.36.67% suri rumah berpendapatan
RM 1000-RM1500.30% suri rumah juga telah berpendapatan RM 1500-RM1999
manakala 23.33% yang selebihnya berpendapatan RM 3000>.Suri rumah yang aktif dan
muda dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi.

5.2 Mengenal pasti sumber pendapatan suri rumah di Taman Cekur Manis.
971003-02-6014

Bagi menjelaskan objektif yang pertama,soal selidik telah dilakukan untuk


mengetahui sumber pendapatan suri rumah di Taman Cekur Manis.Yang berikut
merupakan jadual yang menunjukkan hasil soal selidik tentang sumber pendapatan suri
rumah di Taman Cekur Manis.

Jadual 5.2:Sumber Pendapatan Suri Rumah

Bil Sumber pendapatan Ya Jumlah Tidak Jumlah

1) Nafkah daripada suami. 17 56.67 13 43.33

2) Perniagaan online. 7 23.33 23 76.67

3) Menjual alat perhiasan perempuan. 9 30 21 70

4) Mengajar tuisyen 4 13.33 26 86.67

5) Membuat nasi lemak. 11 36.67 19 63.33

6) Membuat kraftangan secara kecil-kecilan 12 40 18 60


Menanam dan menjual hasil tanaman seperti
7) Sayur-sayuran dan buah-buahan. 14 46.67 16 53.33

Sumber: Kerja Lapangan 2016


971003-02-6014

Graf 5.2.1 Sumber Pendapatan Suri Rumah

Sumber :Kerja Lapangan 2016

Graf 5.2.1. telah disediakan berdasarkan maklumat yang terkandung dalam jadual
5.2.Menurut graf yang disediakan,maklumat yang didapati menunjukkan bahawa sumber
pendapatan suri rumah.Seramai 56.67% iaitu 17 orang suri rumah telah memperoleh
nafkah daripada suami.Seramai 43.33% iaitu 13 orang suri rumah telah menandakan
tidak.Hal ini disokong berdasarkan hasil temubual dengan Puan Mumtaj Binti Abdullah
yang mengetahui bagi nafkah daripada suami adalah salah satu sumber pendapatan
beliau.Lazimnya sebanyak RM 200 telah diberi oleh suami untuk membeli barang
keperluan harian.

Seramai 23.33% iaitu 7 orang suri rumah telah membuat perniagaan online.Seramai
76.67% iaitu 23 orang suri rumah telah menandakan tidak.Hal ini disokong berdasarkan
temubual dengan Yaw siew Moi yang mengetahui bagi perniagaan online adalah salah
satu sumber pendapatan.Sebagai contoh,puan telah menjual barang perhiasan rumah
berdasarkan pakej.Ia membawa keuntungan sebanyak RM 100 sebulan.
971003-02-6014

Seramai 30% iaitu 9 orang suri rumah telah menjual alat perhiasan
perempuan.Seramai 70% iaitu 21 orang suri rumah telah menandakan tidak.Hal ini
disokong berdasarkan temubual dengan Anis Binti Zamzuri yang mengetahui bagi
menjual alat perhiasan perempuan merupakan salah satu sumber pendapatan suri
rumah.Contohnya,puan telah menjual alat perhiasan perempuan iaitu jenama AVON
sebab jenama itu telah memberi barang yang berkualiti dan mendapat keuntungan
sebanyak RM 100 sehari.

Selanjutnya,seramai 13.33% iaitu 4 orang suri rumah telah mengajar


tuisyen.Manakala seramai 86.67% iaitu 26 orang suri rumah telah menandakan tidak.Hal
ini disokong berdasarkan temubual dengan Tan Moi Keat yang mengetahui bagi
mengajar tuisyen merupakan salah satu sumber pendapatan suri rumah.Lazimnya,puan
bertaraf pendidikan iaitu lepasan universiti dan puan mampu mengajar anak-anak di
persekitarannya.Puan juga mendapat keuntungan sebanyak RM500 sebulan.

Seramai 36.67% iaitu 11 orang suri rumah telah membuat nasi lemak manakala
63.33% iaitu 19 orang suri rumah telah tidak membuat nasi lemak.Hal ini disokong
berdasarkan temubual dengan Zaiton Binti Azhraful yang mengetahui bagi membuat nasi
lemak merupakan sumber pendapatan suri rumah.Sebagai contoh,puan mendapat
keuntungan sebanyak RM 50 sehari.Puan dapat membantu suami untuk menguruskan
perbelanjaan rumah.

Seterusnya,40% iaitu 12 orang suri rumah telah membuat kraftangan secara kecil-
kecilan.Seramai 60% iaitu 18 orang suri rumah telah menandakan tidak.Hal ini disokong
berdasarkan temubual dengan Kalaichelvi a/p Subramaniam yang mengetahui bagi
membuat kraftangan secara kecil-kecilan merupakan sumber pendapatan suri rumah.Puan
mengatakan membuat kraftangan secara kecil-kecilan telah membawa keuntungan sekali-
sekala.
971003-02-6014

Seramai 46.67% iaitu 14 orang suri rumah telah menanam dan menjual hasil
tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.Seramai 53.33 iaitu 16 orang suri rumah
telah menandakan tidak.Hal ini disokong berdasarkan temubual dengan Lecthumy a/p
Kanthan yang mengetahui bagi menanam dan menjual hasil tanaman seperti sayur-
sayuran dan buah-buahan.Puan mengatakan menanam dan menjual sayur-sayuran dan
buah-buahan dapat membantu untuk mengurusakan perbelanjaan rumah dan membeli
ubat.

Secara keseluruhannya,merujuk graf yang dilukis,nafkah daripada suami yang


paling banyak ditandakan ya oleh suri rumah.Manakala suri rumah yang menandakan
tidak paling banyak ialah mengajar tuisyen.Ia dapat menganalisis sumber pendapatan suri
rumah.
971003-02-6014

5.3 Mengkaji Corak Perbelanjaan Suri Rumah Di Taman Cekur Manis.

Yang berikut merupakan jadual tentang pandangan responden tentang corak


perbelanjaan suri rumah di Taman Cekur Manis.

Frekuensi dan Peratus


Bil Corak Perbelanjaan Suri Rumah Kadang- Jumlah Min
Kadang Kerap kali Sentiasa
7 5 18
1) Memberi wang saku kepada 71 2.37
anak-anak. 23% 17% 60%
7 13 10
2) Menguruskan barang keperluan 63 2.1
anak-anak. 23% 43% 33%

18 5 7
3) Ansuran kereta dan rumah. 49 1.63
60% 17% 23%

8 13 9
4) Membeli barangan harian seperti 61 2.03
beras,gas,makanan dan lain-lain 27% 43% 30%

21 7 2
5) Perbelanjaan keperluan 41 1.37
peribadi-peribadi kemas 70% 23% 7%

15 10 5
6) Perbelanjaan untuk rawatan 50 1.67
kesihatan. 50% 33% 17%

11 7 12
7) Pembayaran bil-bil bulanan seperti 61 2.03
bil air,elektrik dan lain-lain 37% 23% 40%

8 8 14
8) Perbelanjaan pendidikan anak-anak 66 2.2
27% 27% 47%

12 12 6
9) Modal perniagaan. 54 1.8
40% 40% 20%

Sumber:Kerja Lapangan 2016


971003-02-6014

5.3.1 Mengkaji corak perbelanjaan suri rumah

Sumber Kerja Lapangan 2016


971003-02-6014

Setelah kajian dijalankan,pelbagai jenis maklumat telah diperoleh untuk


menyelesaikan objektif kajian.Memberi wang saku kepada anak-anak telah merangkumi
skor sebanyak 71 dan min sebanyak 2.37.Seramai 60% iaitu 18 orang suri rumah telah
sentiasa memberi wang saku kepada anak-anak.Hali ini disokong berdasarkan hasil
temubual dengan Rani a/p Kanniappan mengetahui bagi memberi wang saku kepada
anak-anak adalah salah satu corak perbelanjaan suri rumah.Lazimnya,puan tidak sempat
untuk membuat sarapan untuk anak-anak dan beliau telah memberi wang saku.

Menguruskan barang keperluan anak-anak telah merangkumi skor sebanyak 63 dan


min sebanyak 2.1.Seramai 43% iaitu 13 orang suri rumah telah kerap kali dalam
menguruskan barang keperluan anak-anak.Hal ini disokong berdasarkan hasil temubual
dengan Mumtaj Binti Abdullah telah mengatakan kerap kali puan akan memenuhi
kehendak anak.Sebagai contoh,suami yang menguruskan perbelanjaan pembelajaran
anak-anak.

Ansuran kereta dan rumah telah merangkumi skor sebanyak 49 dan min sebanyak
1.63.Seramai 60% iaitu 18 orang suri rumah telah kadang kadang yang menguruskan
ansuran kereta dan rumah.Hal ini disokong berdasarkan hasil temubual dengan Tan Song
Meng telah mengatakan puan kadang-kadang menguruskan ansuran kereta dan rumah.

Selanjutnya,membeli barangan harian seperti beras,gas,makanan dan lain-lain telah


merangkumi skor sebanyak 61 dan min sebanyak 2.03.Seramai 43% iaitu 13 orang suri
rumah telah kerap kali membeli barangan harian.Hal ini disokong berdasarkan hasil
temubual dengan Selvi a/p Kumar telah mengatakan kerap kali yang membeli barangan
harian.Contohnya,apabila suami tidak sempat untuk membeli barangan harian seperti
gas,beras,makanan dan lain-lain.
971003-02-6014

Perbelanjaan keperluan peribadi-peribadi kemas merangkumi skor sebanyak 41 dan


min sebanyak 1.37.Seramai 70% iaitu 21 orang suri rumah telah menandakan kadang-
kadang.Hal ini disokong berdasarkan dengan hasil temubual dengan Aisyah Binti Kadir
mengatakan kadang-kadang membuat perbelanjaan untuk membeli barangan kemas.

Perbelanjaan untuk rawatan kesihatan merangkumi skor sebanyak 50 dan min


sebanyak 1.67.Seramai 17% iaitu 5 orang suri rumah sentiasa membuat perbelanjaan
untuk rawatan kesihatan.Hal ini disokong berdasarkan dengan hasil temubual dengan
Lecthumy a/p Kanthan yang mengatakan sentiasa membuat perbelanjaan.Lazimnya,puan
sudah uzur dan puan perlu mengambil ubat-ubat tertentu.

Pembayaran bil-bil bulanan seperti bil air,elektrik dan lain-lain merangkumi skor
sebanyak 61 dan min sebanyak 2.03.Seramai 40% iaitu 12 orng suri rumah sentiasa
membayar bil-bil bulanan.Hal ini disokong oleh Hayati Binti Zainal yang sentiasa
membayar bil-bil bulanan tanpa bertangguh.Puan tidak mahu memberi beban yang
banyak kepada suami.

Perbelanjaan pendidikan anak-anak telah merangkumi skor sebanyak 66 dan min


sebanyak 2.2.Seramai 47% iaitu 14 orang suri rumah sentiasa membuat perbelanjaan
pendidikan anak-anak.Hal ini disokong oleh Mumtaj Bin Abdullah telah membuat
simpanan di dalam bank sebanyak RM5000 untuk melanjutkan pendidikan anak puan.

Modal perniagaan merangkumi skor sebanyak 54 dan min sebanyakl 1.8.Seramai 20%
iaitu 6 orang suri rumah menandakan sentiasa dalam perbelanjaan modal perniagaan.Hal
ini disokong oleh Lam Moi Yen.Sebagai contoh,puan telah membuat perbelanjaan
RM150 sehari.
971003-02-6014

Secara keseluruhannya, merujuk graf yang dilukis,memberi wang saku kepada


anak-anak yang paling penting dengan magnitud yang paling tinggi.Manakala magnitud
kedua tertinggi ialah perbelanjaan pendidikan anak-anak.Menguruskan barang keperluan
anak-anak telah mencapai magnitud yang ketiga.Perbelanjaan keperluan peribadi-
peribadi kemas dianggap paling rendah perbelanjaannya.Perbelanjaan yang lain pula
menerima skor yang sederhana antara dua kumpulan tersebut.

You might also like