You are on page 1of 6

1.

0 TAJUK KAJIAN

Tajuk yang akan dikaji oleh pengkaji ialah :

- Menentukan Kadar Kesuburan Penduduk di Malaysia.

2.0 KAJIAN LITERATURE

Berdasarkan tajuk kajian yang ingin dijalankan, pengkaji telah memperolehi bahan-bahan
rujukan untuk kajian ini melalui Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Berdasarkan keterangan di atas saya telah menjumpai beberapa buah buku yang sesuai
dijadikan sebagai rujukan untuk tajuk kajian ini.

3.0 HIPOTESIS

Berdasarkan pemerhatian awal pengkaji, kadar kesuburan penduduk semakin berkurang


di Malaysia.

4.0 KAEDAH MENDAPATKAN DATA

Kaedah mendapatkan data yang dipilih oleh pengkaji ialah data primer dan data
sekunder. Data primer merupakan data yang belum diterbitkan oleh mana-mana pengkaji. Data
sekunder pula merupakan data yang sudah diterbitkan dan diperolehi oleh mana-mana pengkaji.

Data-data yang digunakan untuk mengkaji permasalahan ini kebanyakkannya diperolehi


daripada data sekunder iaitu data yang sudah diterbitkan. Data ini terdiri daripada bentuk teks
linear dan bukan linear iaitu daripada jurnal dan statistik. Data ini diambil daripada buku yang
berkaitan dengan penduduk dan kependudukan, Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, Jurnal,
laporan akhbar dan statistik. Perolehan data ini adalah berdasarkan kepada kajian yang akan
dijalalankan.

Bagi mendapatkan data primer, pengkaji menjalankan kajian dengan menggunakan


kaedah kuantitatif iaitu dalam bentuk kajian dokumen. Ini kerana, setiap tahun kerajaan akan
mengeluarkan Laporan Perangkaan Malaysia untuk rujukan umum. Selain itu, pengkaji juga
menggunakan kaedah bancian untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu dan tepat.
5.0 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Kaedah menganalisis data yang digunakan oleh pengkaji adalah dalam bentuk kuantitatif
dan kualitatif. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk mendapatkan hasil yang jitu dan dapat
membuktikan hipotesis yang dibuat dengan tepat.

Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mendapatkan faktor-faktor atau penyebab
utama berlakunya pengurangkan kadar kesuburan bagi penduduk di Malaysia. Beberapa faktor
telah dapat dikesan penyebab kepada berlakunya pengurangan ini adalah disebabkan faktor
tekanan hidup dan kos hidup yang semakin meningkat akibat daripada pembangunan negara
yang semakin pesat. Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan
tahap kesuburan wanita dalam kumpulan umur antara 15 dan 49 tahun merosot dengan pantas,
dan ini boleh menjejaskan tahap populasi di negara kita pada masa depan. Sikap mereka yang
lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk
mendirikan rumah tangga. Selain itu, akibat daripada tekanan ini kebanyakkan penduduk
mengambil langkah untuk mengurangkan saiz keluarga bagi memudahkan pekerjaan mereka.

Kemajuan ekonomi yang dicapai oleh Malaysia telah mengubah corak hidup sesebuah
keluarga. Saiz keluarga yang besar semakin kecil disebabkan kehidupan moden. Jadi, keluarga
yang besar semakin merosot. Bagi sesetengah keluarga bilangan anak yang ramai sering kali
dianggapkan menyusahkan keluarga dan ia juga akan menyukarkan sesebuah keluarga untuk
mengekalkan satu taraf hidup yang optimum. Kebanyakkan wanita di kawasan bandar
terutamanya mengalami perubahan drastik akibat daripada pembangunan negara. Wanita pada
masa kini sudah mendapat pendidikan dan mempunyai pekerjaan yang setaraf dengan golongan
lelaki. Disebabkan hal ini, wanita mempunyai kerjaya yang mencabar sehingga tidak
berkemampuan untuk mempunyai ramai anak. Justeru itu, sebelum berkahwin mereka sudah
merancang untuk mempunyai saiz keluarga yang kecil. Jadual disediakan sebagai rujukan di
bawah:
Jadual 1: Kelahiran Hidup dan Kadar Kelahiran Kasar Mengikut Kumpulan Etnik

Kumpulan Etnik 2003   2004   2005  


Kadar Kadar Kadar
Bilangan Kasar Bilangan Kasar Bilangan Kasar
  (‘000) (%) (‘000) (%) (‘000) (%)

Warganegara
Malaysia            

             

Bumiputera 358.7 23.4 359.3 22.9 359.8 22.4

             

Melayu 298.1 23.7 298.9 23.2 299.6 22.7

             

Bumiputera Lain 60.6 22.1 60.4 21.5 60.2 20.9

             

Cina 100.2 16.7 99.6 16.4 98.8 16.1

             

India 34.1 19.1 33.9 18.7 33.7 18.4

             

Lain-lain 23.3 12.1 21.9 10.9 20.5 9.9

             

MALAYSIA 516.3 20.6 514.5 20.1 512.7 19.6

( Diambil dan diubahsuai daripada Buku


Perangkaan Malaysia, 2005)
Kelahiran Hidup dan Kadar Kelahiran Kasar Mengikut Etnik
Kadar Kelahiran Kasar
( Peratus/%)

100
Lain-lain
90
80 India
70 cina
60 Bumiputera
lain
50
40 Melayu
30
20
10
0
2003 2004 2005

Berdasarkan kepada graf di atas menunjukkan bahawa kadar kelahiran menunjukkan


pengurangan setiap tahun. Melalui graf ini, kaitan dapat dibuat terhadap kadar kesuburan rakyat
Malaysia. Secara umumnya, hal ini terjadi disebabkan oleh terdapatnya banyak faktor dari aspek
politik,ekonomi dan sosial. Pola kesuburan telah dilihat berdasarkan ras, tempoh perkahwinan,
umur perkahwinan, saiz keluarga yang telah dicapai dan perbezaan taraf sosioekonomi yang
telah mempengaruhi kesuburan penduduk. Aspek-aspek ini memberi kesan yang negatif kepada
dasar Kependudukan negara untuk mencapai sasaran penduduk iaitu seramai 70 juta penduduk
Malaysia sebelum tahun 2100.

6.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan daripada analisis data, kajian mendapati bahawa sememangnya kadar


kesuburan penduduk di Malaysia berkurangan kerana banyak faktor yang telah dikenalpasti
sebagai penyumbang kepada pengurangan ini. Antara faktor yang dikaitkan dengan kejatuhan
kesuburan ialah peningkatan umur perkahwinan pertama, pengurangan kematian bayi,
peningkatan pencapaian pendidikan, proses urbanisasi dan penggunaan kontraseptif moden.
7.0 PENULISAN PENYELIDIKAN

Hasil kajian ini nanti, pengkaji akan menerbitkan penulisan ini dalam bentuk jurnal dan
kemudian dibukukan bersama dengan jurnal lain dalam sebuah buku sebagai rujukan kepada
pangkaji yang lain. Ini kerana, penulisan mengenai teori kesuburan ini terlalu meluas skopnya
sehingga ramai pengkaji yang menjalankan kajian mengenai kesuburan. Justeru itu, pembukuan
jurnal ini member kemudahan kepada pengkaji untuk mendapatkan maklumat secara mudah.

8.0 BAJET PENYELIDIKAN

(A) Pendapatan

i) Sumbangan Kerajaan RM 50,000.00

ii) Pihak swasta RM 30,000.00

____________

Jumlah RM 80,000.00

(B) Perbelanjaan

i) Perjalanan, Makanan, Penginapan RM 30,000.00

ii) Elaun sukarelawan RM 40,000.00

iii) Bahan Kajian RM 10.000.00

_____________

Jumlah RM 80,000.00

Pendapatan (A) – Perbelanjaan (B) RM 00,000.00


9.0 TARIKH PERGERAKAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN

Kajian akan dilakukan secara berperingkat. Kajian ini akan dibahagikan kepada 2
bahagian. Bahagian pertama dalam bulan Januari hingga bulan Jun dan bahagian ke-2 pula pada
bulan Julai sehingga bulan Disember. Hasil kajian ini akan diterbitkan pada setiap tahun.

10.0 RUJUKAN

Richard Leete (1996). Malaysia’s Demographic Transition : Rapid Development, Culture and
Politics. New York : Oxford University Press.

You might also like