You are on page 1of 21

040515-12-0236

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

5.1.1 JANTINA RESPONDEN

Jadual 1: Jantina Responden

BIL. JANTINA BILANGAN PERATUS (%)


(ORANG)
1. LELAKI 11 37
2. PEREMPUAN 19 63
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Jantina Responden

0.37 Lelaki
Perempuan
0.63

Rajah 1: Jantina Responden

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Rajah 1 menunjukkan latar belakang responden berdasarkan jantina iaitu lelaki


dan perempuan. Daripada 30 keping borang soal selidik yang diedarkan oleh
pengkaji, seramai 11 orang responden ialah lelaki dengan peratusan sebanyak 37%.
Selain itu, seramai 19 orang responden merupakan golongan perempuan dengan
peratusan sebanyak 63%.
040515-12-0236

5.1.2 UMUR RESPONDEN

Jadual 2: Umur Responden

BIL. UMUR (TAHUN) BILANGAN PERATUS (%)


(ORANG)
1. 20 – 29 6 20
2. 30 – 39 9 30
3. 40 – 49 9 30
4. 50 – 59 6 20
5. 60 TAHUN DAN KE ATAS 0 0
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Umur Responden

20 - 29
20% 20% 30 - 39
40 - 49
50 - 59
30% 30% 60 dan Ke Atas

Rajah 2: Umur Responden

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Rajah 2 menunjukkan latar belakang responden berdasarkan umur penduduk di


Kampung Naradau, Ranau. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik,
seramai 6 orang responden berumur dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun bersamaan
dengan 20%. Seterusnya terdapat 9 orang responden berumur dalam lingkungan 30
hingga 39 tahun bersamaan dengan 30%. Selain itu, terdapat juga 9 orang responden
yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 49 tahun bersamaan dengan 30%. Di
samping itu, terdapat 6 orang responden berumur dalam lingkungan 50 hingga 59
tahun bersamaan dengan 20%. Akhir sekali, terdapat 0 orang responden yang berumur
dalam lingkungan 60 tahun dan ke atas bersamaan dengan 0%.
040515-12-0236

5.1.3 BANGSA RESPONDEN

Jadual 3: Bangsa Responden

BIL. BANGSA BILANGAN PERATUS (%)


(ORANG)
1. MELAYU 2 7
2. CINA 0 0
3. INDIA 0 0
4. BUMIPUTERA SABAH 23 77
5. BUMIPUTERA SARAWAK 0 0
6. LAIN – LAIN 5 17
JUMLAH 30 100
Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Bangsa Responden

7% Melayu
17% Cina
India
Bumiputera Sabah
Bumiputera Sarawak
Lain-Lain
76%

Rajah 3: Bangsa Responden

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Rajah 3 menunjukkan latar belakang responden berdasarkan bangsa penduduk


di Kampung Naradau, Ranau. Daripada 30 orang responden, seramai 2 orang
responden berbangsa Melayu dengan peratusan sebanyak 7%. Seterusnya, terdapat 0
orang responden berbangsa Cina, India dan Bumiputera Sarawak dengan peratusan
sebanyak 0%. Selain itu, seramai 23 orang responden berbangsa Bumiputera Sabah
dengan peratusan sebanyak 77%. Akhir sekali, terdapat 5 orang responden berbangsa
lain-lain dengan peratusan sebanyak 17%.
040515-12-0236

5.2 AKTIVITI–AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH KELAB RUKUN


TETANGGA DI KAMPUNG NARADAU, RANAU

Seramai 30 orang responden telah menjawab borang soal selidik berdasarkan


maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji. Analisis data dan huraian yang dibuat
melibatkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung
Naradau, Ranau oleh responden telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf
bar.

Jadual 4: Petunjuk Skala dan Skor

SKALA SKOR
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Jadual 5: Aktiviti-Aktiviti yang Dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung


Naradau, Ranau.

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5 Skor


Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Min

1. Aktiviti Rondaan Malam 1 3.33 1 3.33 3 10.00 12 40.00 13 43.33 4.17

Diadakan pada Setiap Hari di


Kampung Naradau, Ranau.
2. Aktiviti Gotong-Royong 1 3.33 1 3.33 0 0.00 9 30.00 19 63.33 4.47
Diadakan Dua Kali Sebulan di
Kampung Naradau, Ranau.
3. Aktiviti Kutipan Tabung 1 3.33 0 0.00 0 0.00 7 23.33 22 73.33 4.63
Kebajikan Diadakan Apabila
Terdapat Keluarga yang
Ditimpa Musibah di Kampung
Naradau, Ranau.

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023


040515-12-0236

Aktiviti-Aktiviti yang Dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung


Naradau, Ranau.
100%
80%
60%
40%
20%
0%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti


Setuju Sangat Setuju

Rajah 4: Aktiviti-Aktiviti yang Dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung


Naradau, Ranau.

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Jadual 6: Aktiviti-Aktiviti yang Dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung


Naradau, Ranau.

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5 Skor


Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Min

4. Program Sambutan Hari 1 3.33 0 0.00 0 0.00 8 26.67 21 70.00 4.60

Kemerdekaan Diadakan Sekali


dalam Setahun di Kampung
Naradau, Ranau.
5. Aktiviti Majlis Ilmu Keagamaan 1 3.33 0 0.00 1 3.33 3 10.00 25 83.33 4.70
Diadakan Sekali dalam
Seminggu di Surau Kampung
Naradau, Ranau.
6. Aktiviti Pertandingan Sukan dan 1 3.33 0 0.00 0 0.00 8 26.67 21 70.00 4.60
Permainan Dianjurkan Dua Kali
dalam Setahun di Kampung
Naradau, Ranau.

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023


040515-12-0236

Aktiviti-Aktiviti yang Dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung


Naradau, Ranau.
100%
80%
60%
40%
20%
0%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti


Setuju Sangat Setuju

Rajah 5: Aktiviti-Aktiviti yang Dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung


Naradau, Ranau.

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

5.2.1 Aktiviti Rondaan Malam Diadakan Pada Setiap Hari Di Kampung


Naradau, Ranau.

Berdasarkan data dalam Rajah 4, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan aktiviti rondaan malam yang diadakan pada setiap
hari di Kampung Naradau, Ranau. Terdapat seorang responden dengan kadar 3.33%
yang sangat tidak bersetuju dan seorang responden dengan kadar 3.33% yang tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Selain itu, seramai tiga orang responden dengan
kadar 10% yang tidak pasti dan seramai 12 orang responden dengan kadar 40% yang
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Di samping itu, seramai 13 orang responden
dengan kadar 43.33% yang sangat bersetuju dengan aktiviti rondaan malam diadakan
pada setiap hari di Kampung Naradau, Ranau. Skor min bagi data ini ialah 4.17.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 25 orang responden yang mengetahui bahawa aktiviti
rondaan malam diadakan pada setiap hari di Kampung Naradau, Ranau. Seramai lima
orang responden yang lain pula tidak tahu dan tidak pasti sama ada aktiviti rondaan
040515-12-0236

malam diadakan pada setiap hari di Kampung Naradau, Ranau. Menurut Informen 1,
aktiviti rondaan malam pernah dilakukan oleh ahli Kelab Rukun Tetangga pada suatu
ketika dahulu sebelum ramai penduduk yang mula menaiktaraf sistem keselamatan di
kawasan kediaman mereka. Hal ini dapat disokong oleh Informen 2 apabila aktiviti
rondaan malam yang dilakukan oleh ahli Kelab Rukun Tetangga di Kampung
Naradau, Ranau telah berjaya meningkatkan semula tahap keselamatan penduduk
yang tinggal di kampung tersebut.

Menurut Mohd Shafik Ahmad yang memetik kenyataan daripada Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai
dalam artikel Utusan Borneo Online, rutin rondaan keselamatan secara berkala di
kawasan perumahan termasuk kampung diyakini mampu mengurangkan kadar
jenayah. Aktiviti meronda juga pasti menyukarkan penjenayah meneruskan niat untuk
melakukan kegiatan jenayah. Hal ini kerana penjenayah tersebut pasti berfikir panjang
untuk melakukan jenayah kerana khuatir ditangkap sekiranya mereka terserempak
dengan pasukan rondaan keselamatan di kampung. Secara umumnya, usaha menjaga
keselamatan kampung merupakan tanggungjawab bersama bagi setiap penduduk.

5.2.2 Aktiviti Gotong-Royong Diadakan Dua Kali Sebulan Di Kampung


Naradau, Ranau.

Berdasarkan data dalam Rajah 4, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan aktiviti gotong-royong yang diadakan dua kali
sebulan di Kampung Naradau, Ranau. Terdapat seorang responden dengan kadar
3.33% yang sangat tidak bersetuju dan terdapat juga seorang responden dengan kadar
3.33% yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Selain itu, seramai sembilan
orang responden dengan kadar 30% yang bersetuju dan seramai 19 orang responden
dengan kadar 63.33% yang sangat bersetuju dengan aktiviti gotong-royong yang
diadakan dua kali dalam sebulan di Kampung Naradau, Ranau. Skor min bagi data ini
ialah 4.47.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 28 orang responden yang mengetahui tentang aktiviti
gotong-royong yang diadakan dua kali dalam sebulan di Kampung Naradau, Ranau.
Seramai dua orang responden tidak mengetahui tentang aktiviti gotong-royong yang
040515-12-0236

diadakan dua kali dalam sebulan di Kampung Naradau, Ranau. Menurut Informen 1,
aktiviti gotong-royong yang diadakan ini mampu mengeratkan hubungan silaturahim
dalam kalangan penduduk kampung. Usaha ini dapat memastikan semua penduduk
kampung dapat menyahut seruan kerajaan untuk memastikan semangat perpaduan
dapat terus dieratkan dalam kalangan penduduk di Kampung Naradau, Ranau.

Menurut Danisya Ismail yang memetik kenyataan daripada Pengarah


Komunikasi Strategik Kerajaan Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri dalam penulisan
artikel pada laman web Harakah Daily, gotong-royong mampu mengeratkan
silaturrahim sesama manusia sejagat serta berpeluang besar menjadi tempat
menyatukan ukhwah. Program seperti ini sangat memerlukan kerjasama daripada
semua golongan lapisan masyarakat kerana program ini mampu membentuk kesatuan
yang lebih kuat kepada komuniti masyarakat. Secara umumnya, program
kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong ini mampu memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan penduduk kampung.

5.2.3 Aktiviti Kutipan Tabung Kebajikan Diadakan Apabila Terdapat Keluarga


Yang Ditimpa Musibah Di Kampung Naradau, Ranau.

Berdasarkan data dalam Rajah 4, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan aktiviti kutipan tabung kebajikan yang diadakan
apabila terdapat keluarga yang ditimpa musibah di Kampung Naradau, Ranau.
Terdapat seorang responden dengan kadar 3.33% yang sangat tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Selain itu, seramai tujuh orang responden dengan kadar 23.33%
yang bersetuju dan seramai 22 orang responden dengan kadar 73.33% yang sangat
bersetuju dengan aktiviti kutipan tabung kebajikan diadakan apabila terdapat keluarga
yang ditimpa musibah di Kampung Naradau, Ranau. Skor min bagi data ini ialah
4.63.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 29 orang responden yang mengetahui tentang aktiviti
kutipan tabung kebajikan diadakan apabila terdapat keluarga yang ditimpa musibah di
Kampung Naradau, Ranau. Terdapat seorang responden tidak mengetahui tentang
aktiviti kutipan tabung kebajikan diadakan apabila terdapat keluarga yang ditimpa
musibah di Kampung Naradau, Ranau. Menurut Informen 3, aktiviti kutipan tabung
040515-12-0236

kebajikan ini sering dilakukan oleh Kelab Rukun Tetangga bagi membantu keluarga
yang ditimpa musibah seperti kematian ahli keluarga di Kampung Naradau, Ranau.
Usaha yang dilakukan ini dapat membantu meringankan beban kewangan yang
dihadapi oleh keluarga tersebut dalam meneruskan hidup mereka.

Menurut Azlina Jumaidi dalam penulisan rencana pada laman web Berita
Harian yang bertajuk ‘Pupuk Kesukarelawanan, Subur Nilai Kemanusiaan’, aktiviti
kesukarelawanan telah menjadi agenda penting dalam misi pembangunan negara.
Penyertaan masyarakat khususnya generasi muda dalam aktiviti kesukarelawanan
amat penting dalam melahirkan sebuah komuniti berempati. Oleh hal yang demikian,
aktiviti kutipan tabung kebajikan merupakan salah satu aktiviti kesukarelawanan yang
mampu memupuk sifat empati dalam diri setiap penduduk kampung untuk sentiasa
membantu saudara mereka yang ditimpa musibah. Aktiviti ini juga mampu
memastikan keharmonian hidup bermasyarakat dalam sesebuah kampung itu sentiasa
terjaga.

5.2.4 Program Sambutan Hari Kemerdekaan Diadakan Sekali Dalam Setahun


Di Kampung Naradau, Ranau.

Berdasarkan data dalam Rajah 5, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan program sambutan hari kemerdekaan diadakan
sekali dalam setahun di Kampung Naradau, Ranau. Terdapat seorang responden
dengan kadar 3.33% yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Selain
itu, seramai lapan orang responden dengan kadar 26.67% yang bersetuju dan seramai
21 orang responden dengan kadar 70% yang sangat bersetuju dengan program
sambutan hari kemerdekaan diadakan sekali dalam setahun di Kampung Naradau,
Ranau. Skor min bagi data ini ialah 4.60.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 29 orang responden yang mengetahui tentang program
sambutan hari kemerdekaan diadakan sekali dalam setahun di Kampung Naradau,
Ranau. Terdapat seorang responden tidak mengetahui tentang program sambutan hari
kemerdekaan diadakan sekali dalam setahun di Kampung Naradau, Ranau. Menurut
Informen 1, Kelab Rukun Tetangga di Kampung Naradau, Ranau sering
menganjurkan program sambutan hari kemerdekaan secara tahunan dalam kalangan
040515-12-0236

penduduk di kampung tersebut. Informen 1 juga menyatakan bahawa Kelab Rukun


Tetangga Kampung Naradau juga pernah menganjurkan program sambutan sebegini
bersama ahli Kelab Rukun Tetangga dari kampung lain seperti Kampung Semuruh
dan Kampung Pinausok. Program yang dianjurkan ini dapat memastikan semua
penduduk kampung dapat mengenali di antara satu sama yang lain dan bergaul
dengan lebih mendalam untuk meningkatkan komunikasi yang baik dalam kalangan
penduduk kampung.

Menurut Ahmad Farami Abdul Karim dalam penulisan rencana pada laman web
Berita Harian yang bertajuk ‘Hayati Hari Kemerdekaan Hapus Curiga dan
Prasangka’, sambutan hari kemerdekaan merupakan satu peluang bagi setiap
masyarakat untuk bermuhasabah diri. Program sambutan hari kemerdekaan yang
dianjurkan ini mampu menghapuskan segala prasangka buruk yang memecahbelahkan
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Setiap rakyat juga
perlu belajar untuk menerima perbezaan, menjaga sensitiviti kaum dan agama selain
sentiasa mencari titik temu dalam kepelbagaian asal usul bagi setiap kaum yang ada di
negara ini. Secara kesimpulannya, program sambutan hari kemerdekaan yang
dianjurkan di peringkat kampung ini mampu memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan penduduk kampung bagi menghapuskan sentimen negatif yang mampu
menjejaskan hubungan kemasyarakatan yang utuh di antara satu sama lain.

5.2.5 Aktiviti Majlis Ilmu Keagamaan Diadakan Sekali Dalam Seminggu Di


Surau Kampung Naradau, Ranau.

Berdasarkan data dalam Rajah 5, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan aktiviti majlis ilmu keagamaan diadakan sekali
dalam seminggu di surau Kampung Naradau, Ranau. Terdapat seorang responden
dengan kadar 3.33% yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Selain
itu, terdapat seorang responden dengan kadar 3.33% yang tidak pasti dengan aktiviti
majlis ilmu keagamaan yang diadakan sekali dalam seminggu di surau Kampung
Naradau, Ranau. Seramai tiga orang responden dengan kadar 10% yang bersetuju
dengan pernyataan tersebut dan seramai 25 orang dengan kadar 83.33% yang sangat
bersetuju dengan aktiviti majlis ilmu keagamaan diadakan sekali dalam seminggu di
surau Kampung Naradau, Ranau. Skor min bagi data ini ialah 4.70.
040515-12-0236

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 28 orang responden yang mengetahui tentang aktiviti
majlis ilmu keagamaan diadakan sekali dalam seminggu di surau Kampung Naradau,
Ranau. Terdapat dua orang responden tidak mengetahui tentang aktiviti majlis ilmu
keagamaan diadakan sekali dalam seminggu di surau Kampung Naradau, Ranau.
Menurut Informen 2, aktiviti majlis ilmu keagamaan merupakan salah satu aktiviti
yang paling aktif dijalankan di Kampung Naradau, Ranau. Contoh bagi aktiviti majlis
ilmu keagamaan yang dianjurkan ialah ceramah dan tazkirah mengenai ilmu
keagamaan yang dilakukan setelah ibadah solat fardu Maghrib serta Isyak selesai.
Ibadah solat fardu Jumaat juga sering dianjurkan di surau kampung ini pada setiap
hari Jumaat. Selain itu, Informen 3 juga menyatakan bahawa pihak Kelab Rukun
Tetangga turut menganjurkan kelas mengaji Al-Quran kepada semua penduduk
khususnya kanak-kanak di surau Kampung Naradau, Ranau.

Menurut Muhd Amirul Faiz Ahmad yang memetik kenyataan daripada Datuk
Seri Fadillah Yusof dalam artikel pada laman web Berita Harian, pusat keagamaan
seperti masjid dan surau yang berada di kawasan kejiranan yang mempunyai pelbagai
kaum serta agama perlu berperanan sebagai lokasi utama perkumpulan umat Islam
dan bukan Islam bagi mewujudkan persefahaman antara agama. Hal ini dapat
memberi peluang kepada jiran yang bukan Islam untuk mengenali agama Islam secara
lebih dekat menerusi peranan masjid dan surau sebagai pusat pembelajaran ilmu Islam
dengan lebih meluas. Usaha ini mampu menjadikan masjid dan surau sebagai
tumpuan utama bagi kawasan kejiranan selaras dengan Islam sebagai agama yang
membawa keamanan kepada semua lapisan masyarakat.

5.2.6 Aktiviti Pertandingan Sukan Dan Permainan Dianjurkan Dua Kali Dalam
Setahun Di Kampung Naradau, Ranau.

Berdasarkan data dalam Rajah 5, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan aktiviti pertandingan sukan dan permainan
dianjurkan dua kali dalam setahun di Kampung Naradau, Ranau. Terdapat seorang
responden dengan kadar 3.33% yang sangat tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut. Terdapat lapan orang responden dengan kadar 26.67% yang bersetuju dan 21
orang responden dengan kadar 70% yang sangat bersetuju dengan aktiviti
040515-12-0236

pertandingan sukan dan permainan dianjurkan dua kali dalam setahun di Kampung
Naradau, Ranau. Skor min bagi data ini ialah 4.60.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 29 orang responden yang mengetahui tentang aktiviti
pertandingan sukan dan permainan dianjurkan dua kali dalam setahun di Kampung
Naradau, Ranau. Terdapat seorang responden tidak mengetahui tentang aktiviti
pertandingan sukan dan permainan dianjurkan dua kali dalam setahun di Kampung
Naradau, Ranau. Menurut Informen 1, aktiviti pertandingan sukan dan permainan
merupakan aktiviti yang sering dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung
Naradau, Ranau pada setiap tahun. Aktiviti ini juga turut dianjurkan bersama ahli
Kelab Rukun Tetangga dari kampung lain seperti Kampung Semuruh, Kampung
Kauluan dan Kampung Pinausok. Hal ini disokong oleh Informen 3 apabila beliau
menyatakan bahawa Kelab Rukun Tetangga di Kampung Naradau, Ranau sering
menganjurkan aktiviti pertandingan sukan dan permainan seperti pertandingan bola
tampar, bola jaring dan sukaneka.

Berdasarkan maklumat daripada laman web Utusan Borneo, penganjuran


program pertandingan sukan dan permainan seperti sukaneka oleh organisasi tertentu
seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan sahaja mampu mengeratkan
hubungan silaturahim antara keluarga bahkan dapat merapatkan lagi hubungan
sesama masyarakat setempat. Berdasarkan maklumat daripada laman web Utusan
Borneo yang memetik pendapat daripada Menteri Muda Elektrik Luar Bandar iaitu Dr
Abdul Rahman Junaidi, aktiviti seperti pertandingan sukan dan permainan dapat
menceriakan institusi keluarga dan masyarakat. Meskipun banyak cabaran dalam
semua penganjuran sesuatu program tetapi dengan adanya kerjasama yang mantap
maka semuanya sudah pasti akan berjalan lancar. Secara umumnya, penganjuran
sesuatu aktiviti sukan dan permainan juga mampu memupuk semangat kerjasama
dalam diri setiap penduduk kampung bagi mencapai sesuatu objektif yang telah
ditetapkan dalam sesuatu program tersebut.
040515-12-0236

5.3 PERANAN KELAB RUKUN TETANGGA DALAM MENGERATKAN


SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI
KAMPUNG NARADAU, RANAU

Seramai 30 orang responden telah menjawab borang soal selidik berdasarkan


maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji. Analisis data dan huraian yang dibuat
melibatkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung
Naradau, Ranau oleh responden telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf
bar.

Jadual 7: Petunjuk Skala dan Skor

SKALA SKOR
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Jadual 8: Peranan Kelab Rukun Tetangga dalam Mengeratkan Semangat Kejiranan


dalam Kalangan Penduduk di Kampung Naradau, Ranau

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5 Min


Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1. Membantu Pasukan Polis dalam 0 0.00 0 0.00 1 3.33 14 46.67 15 50.00 4.47

Mencegah dan Mengekang


Jenayah di Kawasan Kampung
2. Menganjurkan Aktiviti 0 0.00 0 0.00 0 0.00 12 40.00 18 60.00 4.60
Berbentuk Kemasyarakatan
dalam Kalangan Penduduk
Kampung
3. Menganjurkan Aktiviti 0 0.00 0 0.00 0 0.00 12 40.00 18 60.00 4.60
Berbentuk Kebajikan dalam
040515-12-0236

Kalangan Penduduk Kampung

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Peranan Kelab Rukun Tetangga dalam Mengeratkan Semangat Kejiranan


dalam Kalangan Penduduk di Kampung Naradau, Ranau
100%
80%
60%
40%
20%
0%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti


Setuju Sangat Setuju

Rajah 6: Peranan Kelab Rukun Tetangga dalam Mengeratkan Semangat Kejiranan


dalam Kalangan Penduduk di Kampung Naradau, Ranau

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Jadual 9: Peranan Kelab Rukun Tetangga dalam Mengeratkan Semangat Kejiranan


dalam Kalangan Penduduk di Kampung Naradau, Ranau

Bil. Pernyataan 1 2 3 4 5 Min


Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
4. Menganjurkan Program yang 0 0.00 0 0.00 0 0.00 7 23.33 23 76.67 4.77

Dapat Meningkatkan Semangat


Perpaduan dalam Kalangan
Penduduk Kampung
5. Menganjurkan Kegiatan 0 0.00 0 0.00 0 0.00 5 16.67 25 83.33 4.83
Berbentuk Keagamaan dalam
Kalangan Penduduk Kampung
040515-12-0236

6. Melahirkan Penduduk Kampung 0 0.00 0 0.00 0 0.00 7 23.33 23 76.67 4.77


yang Sihat dan Bebas daripada
Sebarang Penyakit yang Boleh
Mengancam Kesihatan Tubuh
Badan

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

Peranan Kelab Rukun Tetangga dalam Mengeratkan Semangat Kejiranan


dalam Kalangan Penduduk di Kampung Naradau, Ranau
100%
80%
60%
40%
20%
0%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti


Setuju Sangat Setuju

Rajah 7: Peranan Kelab Rukun Tetangga dalam Mengeratkan Semangat Kejiranan


dalam Kalangan Penduduk di Kampung Naradau, Ranau

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2023

5.3.1 Membantu Pasukan Polis Dalam Mencegah Dan Mengekang Jenayah Di


Kawasan Kampung.

Berdasarkan data dalam Rajah 6, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau,
Ranau dalam membantu pasukan polis dalam mencegah dan mengekang jenayah di
kawasan kampung. Terdapat seorang responden dengan kadar 3.33% yang tidak pasti
dengan pernyataan tersebut. Terdapat 14 orang responden dengan kadar 46.67% yang
bersetuju dan 15 orang responden dengan kadar 50% yang sangat bersetuju dengan
peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam membantu pasukan
040515-12-0236

polis dalam mencegah dan mengekang jenayah di kawasan kampung. Skor min bagi
data ini ialah 4.47.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 29 orang responden mengetahui peranan Kelab Rukun
Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam mencegah dan mengekang jenayah di
kawasan kampung. Terdapat seorang responden yang tidak mengetahui peranan Kelab
Rukun Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam mencegah dan mengekang jenayah
di kawasan kampung. Menurut Informen 2, keselamatan kawasan kampung
merupakan tanggungjawab utama bagi Kelab Rukun Tetangga di Kampung Naradau,
Ranau dalam memastikan kesejahteraan hidup penduduk kampung sentiasa terjamin.
Informen 2 juga menyatakan bahawa kes jenayah seperti penagihan dadah yang
pernah berlaku di Kampung Naradau, Ranau juga telah dapat diatasi melalui
kerjasama daripada ahli Kelab Rukun Tetangga dan penduduk kampung sendiri.

Menurut Mohd Shafik Ahmad yang memetik kenyataan daripada Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai
dalam artikel Utusan Borneo Online, usaha untuk menjaga keselamatan di kawasan
kampung merupakan tanggungjawab bersama di antara penduduk kampung
khususnya kepada ahli Kelab Rukun Tetangga itu sendiri. Hal ini kerana mereka tidak
boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak polis itu sendiri kerana polis juga
mempunyai tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan seperti menjaga di kawasan
lain. Oleh hal yang demikian, usaha ini amat penting diterapkan dalam diri setiap
penduduk kampung untuk memastikan keselamatan di kawasan kampung sentiasa
terjaga dari masa ke semasa.

5.3.2 Menganjurkan Aktiviti Berbentuk Kemasyarakatan Dalam Kalangan


Penduduk Kampung.

Berdasarkan data dalam Rajah 6, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau,
Ranau dalam menganjurkan aktiviti berbentuk kemasyarakatan dalam kalangan
penduduk kampung. Terdapat 12 orang responden dengan kadar 40% yang bersetuju
dan 18 orang responden dengan kadar 60% yang sangat bersetuju dengan peranan
Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam menganjurkan aktiviti
040515-12-0236

berbentuk kemasyarakatan dalam kalangan penduduk kampung. Skor min bagi data
ini ialah 4.60.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 30 orang responden mengetahui peranan Kelab Rukun
Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam menganjurkan aktiviti berbentuk
kemasyarakatan dalam kalangan penduduk kampung. Menurut Informen 1, aktiviti
kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung Naradau,
Ranau seperti aktiviti gotong-royong telah memupuk semangat dalam kalangan
penduduk kampung untuk mengenali di antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti
yang dianjurkan sebegini juga telah membangkitkan semangat kerjasama dalam diri
setiap penduduk kampung untuk sentiasa melaksanakan seruan kerajaan bagi
mengekalkan perpaduan yang utuh dalam kalangan penduduk kampung.

Berdasarkan maklumat daripada laman web Semakan.MY, aktiviti


kemasyarakatan yang dianjurkan dalam kalangan masyarakat adalah penting untuk
memupuk sikap kerjasama dalam diri semua anggota masyarakat. Hal ini kerana,
apabila masyarakat diberi tugasan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-
royong, mereka perlu bekerjasama untuk memudahkan tugasan tersebut. Apabila
pendedahan ini dilakukan khususnya kepada golongan generasi muda, mereka akan
mudah untuk mempelajari nilai-nilai murni untuk digunakan dalam kehidupan
seharian mereka. Izharnya, sikap kerjasama yang baik mampu dipupuk dengan mudah
sekiranya setiap masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

5.3.3 Menganjurkan Aktiviti Berbentuk Kebajikan Dalam Kalangan Penduduk


Kampung.

Berdasarkan data dalam Rajah 6, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau,
Ranau dalam menganjurkan aktiviti berbentuk kebajikan dalam kalangan penduduk
kampung. Terdapat 12 orang responden dengan kadar 40% yang bersetuju dan 18
orang responden dengan kadar 60% yang sangat bersetuju dengan peranan Kelab
Rukun Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam menganjurkan aktiviti berbentuk
kebajikan dalam kalangan penduduk kampung. Skor min bagi data ini ialah 4.60.
040515-12-0236

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 30 orang responden mengetahui peranan Kelab Rukun
Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam menganjurkan aktiviti berbentuk
kebajikan dalam kalangan penduduk kampung. Menurut Informen 3, aktiviti
berbentuk kebajikan ini sedikit sebanyak telah membantu penduduk kampung yang
mengalami kesusahan dari segi kewangan dan sebagainya. Hal ini turut disokong oleh
Informen 2 apabila beliau menyatakan bahawa aktiviti kebajikan yang dianjurkan di
Kampung Naradau, Ranau telah memupuk sifat empati dalam diri setiap penduduk
kampung khususnya kepada golongan generasi muda.

Berdasarkan maklumat daripada laman web Semakan.MY, aktiviti


kemasyarakatan yang berunsurkan kebajikan khususnya mampu memberi impak yang
positif kepada anggota masyarakat. Perbuatan membantu seseorang yang mengalami
kesusahan juga menimbulkan sifat empati dan simpati sekaligus mewujudkan nilai
toleransi yang penting dalam hidup bermasyarakat. Secara umumnya, aktiviti
berbentuk kebajikan ini juga akan menimbulkan sikap saling hormat-menghormati
dan bertolak ansur dalam kalangan masyarakat.

5.3.4 Menganjurkan Program Yang Dapat Meningkatkan Semangat Perpaduan


Dalam Kalangan Penduduk Kampung.

Berdasarkan data dalam Rajah 7, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau,
Ranau dalam menganjurkan program yang dapat meningkatkan semangat perpaduan
dalam kalangan penduduk kampung. Terdapat 7 orang responden dengan kadar
23.33% yang bersetuju dan 23 orang responden dengan kadar 76.67% yang sangat
bersetuju dengan peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam
menganjurkan program yang dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam
kalangan penduduk kampung. Skor min bagi data ini ialah 4.77.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 30 orang responden mengetahui peranan Kelab Rukun
Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam menganjurkan program yang dapat
meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk kampung. Menurut
Informen 1, program yang dianjurkan seperti sambutan hari kemerdekaan telah
040515-12-0236

memupuk semangat cinta akan negara dalam diri setiap penduduk di Kampung
Naradau, Ranau. Selain itu, program yang dianjurkan sebegini juga mampu
mewujudkan hubungan kemesraan dalam diri setiap penduduk kampung dengan
menolak tepi segala sentimen negatif yang mampu memecahbelahkan semangat
perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.

Berdasarkan maklumat daripada laman web Semakan.MY, semangat perpaduan


dalam kalangan masyarakat akan kekal utuh apabila nilai-nilai seperti hormat-
menghormati, toleransi dan kerjasama telah dipupuk. Perbezaan yang dihadapi oleh
setiap masyarakat sebelum ini boleh diketepikan untuk mencapai objektif sesuatu
aktiviti kemasyarakatan. Golongan muda dan tua yang baru sahaja mengenali
golongan masyarakat yang berlainan kaum, agama dan latar belakang akan
mempelajari budaya dan adat masing-masing. Indikasinya, masyarakat akan lebih
menghormati dan meraikan perbezaan tersebut demi kesejahteraan negara.

5.3.5 Menganjurkan Kegiatan Berbentuk Keagamaan Dalam Kalangan


Penduduk Kampung.

Berdasarkan data dalam Rajah 7, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau,
Ranau dalam menganjurkan kegiatan berbentuk keagamaan dalam kalangan penduduk
kampung. Terdapat lima orang responden dengan kadar 16.67% yang bersetuju dan 25
orang responden dengan kadar 83.33% yang sangat bersetuju dengan peranan Kelab
Rukun Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam menganjurkan aktiviti berbentuk
kebajikan dalam kalangan penduduk kampung. Skor min bagi data ini ialah 4.83.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 30 orang responden mengetahui peranan Kelab Rukun
Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam menganjurkan kegiatan berbentuk
keagamaan dalam kalangan penduduk kampung. Menurut Informen 2, kegiatan
berbentuk keagamaan yang sering dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di
Kampung Naradau, Ranau ini telah berjaya mendidik setiap penduduk dalam
mengamalkan sifat-sifat baik dalam kehidupan berlandaskan ajaran agama yang
dianuti mereka. Hal ini juga disokong oleh Informen 3 apabila kegiatan berbentuk
keagamaan yang dianjurkan oleh Kelab Rukun Tetangga di Kampung Naradau, Ranau
040515-12-0236

ini telah menjadi salah satu aktiviti yang diaktifkan semula di kampung tersebut
setelah sekian lama menerusi penglibatan yang ramai dalam kalangan penduduk
kampung itu sendiri.

Menurut Nabihah Amani Bt Zuhairy, Siti Sarah Adlina Binti Saiful Bahri dan
Kaira Amera Binti Ismail dalam satu penulisan kajian yang bertajuk ‘Hasil Dari Penglibatan
Dalam Aktiviti Keagamaan’, aktiviti keagamaan merupakan aktiviti yang berlandaskan
agama dengan tujuan memperdekatkan diri kepada pencipta. Aktiviti keagamaan
boleh membentuk sahsiah yang cemerlang terhadap seseorang itu untuk menjadi
seorang insan yang berakhlak mulia. Selain daripada membentuk sahsiah yang
cemerlang, aktiviti keagamaan bertindak sebagai penghalang dan boleh mengelakkan
seseorang itu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral dan berlawanan
dengan ajaran agama. Aktiviti kegamaan juga mengajar seseorang itu untuk sentiasa
berdisiplin dalam apa jua keadaan. Secara umumnya, aktiviti keagamaan yang
dianjurkan ini mampu menjadi aspek penting dalam memastikan kesejahteraan hidup
setiap penduduk kampung sentiasa terjamin.

5.3.6 Melahirkan Penduduk Kampung Yang Sihat Dan Bebas Daripada


Sebarang Penyakit Yang Boleh Mengancam Kesihatan Tubuh Badan.

Berdasarkan data dalam Rajah 7, para responden di Kampung Naradau, Ranau


kebanyakannya bersetuju dengan peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung Naradau,
Ranau dalam melahirkan penduduk kampung yang sihat dan bebas daripada sebarang
penyakit yang boleh mengancam kesihatan tubuh badan. Terdapat tujuh orang
responden dengan kadar 23.33% yang bersetuju dan 23 orang responden dengan kadar
76.67% yang sangat bersetuju dengan peranan Kelab Rukun Tetangga Kampung
Naradau, Ranau dalam melahirkan penduduk kampung yang sihat dan bebas daripada
sebarang penyakit yang boleh mengancam kesihatan tubuh badan. Skor min bagi data
ini ialah 4.77.

Berdasarkan skor min yang diperoleh daripada data tersebut telah jelas
menunjukkan bahawa seramai 30 orang responden mengetahui peranan Kelab Rukun
Tetangga Kampung Naradau, Ranau dalam melahirkan penduduk kampung yang sihat
dan bebas daripada sebarang penyakit yang boleh mengancam kesihatan tubuh badan.
Menurut Informen 3, terdapat banyak aktiviti sukan dan permainan yang telah
040515-12-0236

menarik minat setiap penduduk kampung untuk menyertai aktiviti tersebut. Secara
tidak langsung, aktiviti sebegini telah melatih mereka untuk sentiasa mengamalkan
gaya hidup yang lebih sihat bagi mengelakkan diri mereka daripada menghidap
sebarang penyakit yang boleh mengancam kesihatan tubuh badan. Selain itu,
informen 1 menyatakan bahawa aktiviti sebegini telah membantu dalam mengasah
bakat sukan yang ada dalam diri setiap penduduk kampung di samping memupuk
gaya hidup yang lebih sihat.

Berdasarkan maklumat daripada laman web iRujukan.my, aktiviti sukan dapat


meningkatkan tahap kesihatan diri secara mental dan fizikal. Umum mengetahui
bahawa bersukan melibatkan aktiviti fizikal yang menggerakkan otot serta mencabar
kecerdasan minda. Sebagai contoh, aktiviti berbasikal memerlukan seseorang untuk
mengayuh dan melihat persekitaran sekeliling supaya diri mereka selamat dan tidak
membahayakan. Dari sudut biologi, bersukan dapat meningkatkan kesihatan
kardiovaskular, kekuatan otot dan kebolehan aerobik. Individu yang bersukan juga
dapat mengawal berat badan jika bersukan dengan kerap dan mengurangkan risiko
menghidap penyakit berbahaya seperti serangan jantung, strok dan juga diabetes. Oleh
hal yang demikian, setiap masyarakat khususnya penduduk kampung perlu menyertai
aktiviti sukan yang dianjurkan di kawasan setempat bagi meningkatkan tahap
kesihatan mereka kepada tahap yang lebih baik.

You might also like