You are on page 1of 22

040301-13-0850

5.0 DAPATAN KAJIAN

Tajuk kajian pengkaji ialah Perayaan Gawai Dayak Wadah Memupuk


Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Penduduk Di kawasan Perumahan Jalan Awik,
Saratok. Menurut Kamus Dewan edisi keempat perkataan “dapatan’ bermaksud
sesuatu yang didapati atau diperoleh. Manakala perkataan “kajian” pula bermaksud
kegiatan atau usaha dan proses mengkaji. Menurut Kamus Dewan edisi keempat
perkataan “dapatan kajian” bermaksud sesuatu yang didapati atau diperoleh melalui
kegiatan atau usaha dan proses mengkaji.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Menurut Kamus Dewan edisi keempat “demografi” bermaksud kajian tentang


ciri-ciri perkembangan penduduk dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran,
kematian dalam tempoh waktu tertentu. Manakala menurut Kamus Dewan perkataan
“responden” bermaksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik. Selain itu, perkataan
“demografi responden” pula bermaksud orang yang memberikan maklumat dalam
sesuatu kegiatan kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk dari segi saiz,
kepadatan, taburan, kelahiran, kematian dalam tempoh waktu tertentu. Elemen
demografi yang digunakan adalah jantina, pekerjaan dan umur.

A] JANTINA
Jantina
Jantina Bilangan (orang) Peratus(%)
Lelaki 13 43.33
Perempuan 17 56.66
Jumlah 30 100
Jadual 1: Jadual 1 menunjukkan jantina responden

30
040301-13-0850

Jantina

Lelaki
43.33% Perempuan

56.66%

Carta 1: Carta menunjukkan jantina responden

Menurut kamus dewan edisi keempat “jantina” bermaksud jenis kelamin


(lelaki atau perempuan). Sepanjang kajian pengkaji menggunakan 30 orang responden
yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 17 orang perempuan. Kajian ini melibatkan
jantina tersebut kerana sambutan Hari Gawai adalah melibatkan semua jantina bagi
memeriahkan majlis tersebut.

B] PEKERJAAN
Pekerjaan Bilangan (orang) Peratus (%)
Kakitangan kerajaan 2 6.66
Kerja swasta 10 33.33
Kerja persendirian 12 40.00
Pelajar 6 20.00
Jumlah 30 100
Jadual 3: Jadual 2 menunjukkan pekerjaan responden

31
040301-13-0850

Pekerjaan
6.66%
20.00%

Kakitangan kerajaan
Kerja swasta
Kerja persendirian
33.33%
Pelajar

40.00%

Carta 2: Carta menunjukkan pekerjaan responden

Menurut kamus dewan edisi keempat perkataan “pekerjaan” bermaksud


sesuatu yang diusahakan(dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah. Pengkaji
menggunakan empat jenis pekerjaan dalam kajian iaitu kakitangan kerajaan, kerja
swasta, kerja persendirian dan pelajar. Pengkaji menggunakan seramai dua orang
daripada kakitangan kerajaan, sepuluh orang kerja swasta, dua belas orang kerja
persendirian, enam orang pelajar sebagai responden dalam kajian. Pengkaji memilih
responden daripada pekerjaan tersebut kerana sambutan Hari Gawai melibatkan
pelbagai masyarakat tanpa mengira pekerjaan yang membolehkan mereka berkongsi-
kongsi pendapat dan pengalaman semasa sambutan.

32

C] UMUR
040301-13-0850

Umur
Umur Bilangan(orang) Peratus(%)
1 Tahun hingga 15 Tahun 3 10.00
16 Tahun hingga 30 Tahun 3 10.00
31 Tahun hingga 45 Tahun 15 50.00
46 Tahun dan ke atas 9 30.00
Jumlah 30 100
Jadual 3: Jadual 3 menunjukkan umur responden

Umur

10.00%

30.00% 10.00%

1 Tahun hingga 15 tahun


16 Tahun hingga 30 tahun
31 Tahun hingga 45 tahun
46 Tahun ke atas

50.00%

Carta 3: Carta menunjukkan umur responden

33

Menurut kamus dewan edisi keempat perkataan “umur” bermaksud jangka


masa hidup atau hayat seseorang dari mula dilahirkan. Pengkaji menggunakan empat
040301-13-0850

peringkat umur iaitu dari peringkat umur 1 tahun hingga 15 tahun adalah tiga orang,
15 tahun hingga 30 tahun pula tiga orang, 31 tahun hingga 45 tahun adalah lima belas
orang dan 46 tahun dan ke atas adalah 9 orang. Pengkaji menggunakan peringkat
umur tersebut dalam kajian kerana sambutan Hari Gawai adalah melibatkan semua
peringkat umur yang boleh mewujudkan hubungan yang baik di antara semua
penduduk tanpa mengira umur.

5.2 JENIS-JENIS AKTIVITI PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK WADAH


YANG KERAP DIADAKAN DI KAWASAN PERUMAHAN JALAN AWIK,
SARATOK

Aktiviti yang kerap diadakan semasa perayaan adalah aktiviti gotong - royong.
Menurut Farizul Mustapha dalam bukunya yang berjudul Bersatu Memupuk Integrasi
Nasional (Integrasi Dalam Pendidikan)(2015) menyatakan bahawa gotong-royong
adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Aktiviti tersebut
secara khususnya dilakukan sebelum sambutan Hari Gawai diadakan. Semua
penduduk di kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok akan bekerjasama
membersihkan kawasan perumahan seperti menebas rumput di halaman rumah,
mengutip sampah di seluruh kawasan perumahan mencuci bekas untuk menyediakan
makanan yang lama tidak dipakai . Penduduk juga turut membaiki segala kemudahan
di dalam rumah yang telah rosak atau lama.
Aktiviti yang kerap diadakan semasa perayaan, segelintir penduduk yang
masih berpegang pada kepercayaan Iban lama akan membuat persediaan untuk
upacara “miring”. namun demikian upacara tersebut hanya dilakukan oleh segelinitr
masyakat di lokasi kajian. Hal ini demikian kerana ramai penduduk di lokasi kajian
telah mengamalkan ajaran agama seperti kristian. Penduduk yang masih
mengamalkan adat tersebut akan membuat persediaan seperti membuat “teresang”,
“tumpi” dan penyaram. Menurut Taha Abdul Kadir dalam bukunya yang berjudul
Hari Perayaan penduduk Malaysia (2010) menyatakan bahawa upaara “miring”
adalah sebagai memberi persembahan kewa Pitara atau Timpa Yakni Tuhan orang-

34
orang iban atau bidayuh dengan menyediakan makanan untuk dewa atau roh-roh serta
040301-13-0850

lain-lain makhluk halus, yang disediakan di tempat khas disebut ‘sanggar’ dalam
bahasa bidayuh.
Aktiviti seterusnya yang kerap dilakukan oleh penduduk di lokasi kajian
adalah aktiviti penyediaan bahan makanan. Menurut informen 1, penduduk di Taman
Keari Kemuyang bekerjasama mencari hasil hutan seperti haiwan liar seperti babi,
rusa, kijang. Persiapan itu dilakukan oleh golongan lelaki manakala golongan
perempuan memasak makanan yang telah disiapkan oleh golongan lelaki. Aktiviti ini
selalunya diadakan selepas atau sebelum sambutan Hari Gawai diadakan. Secara
umumnya, aktiviti tersebut lebih mendapat sambutan daripada golongan dewasa dan
orang tua yang secara sukarela menyertakan diri dalam aktiviti tersebut. Melalui
aktiviti tersebut, semua penduduk di rumah panjang itu dapat saling bermesra-
mesraan sesama mereka.
Aktiviti yang kerap dilakukan semasa sambutan Hari Gawai di lokasi kajian
juga adalah aktiviti mengadakan permainan tradisonal. Menurut informen 2, aktiviti
tradisional yang kerap diadakan seperti “ngajat, berpantun, berganu, nimang”
pertandingan ngajat yang dipersembahkan oleh lelaki iaitu gelaran nama yang
diberikan “Keling” manakala perempuan “Kumang” selain ngajat dengan pemakaian
tradisional yang dipakai untuk mempersembahkan kepada generasi muda tahu nama
setiap pakaian yang dipakai yang dibuat dan ditenun oleh penduduk zaman dahulu
semasa sambutan perayaan Hari Gawai. Aktiviti “berpantun”, “berganu” “nimang”
yang dimainkan oleh kaum iban dalam membalas pertanyaan yang dimainkan.
Aktiviti tradisional akan sentiasa berlansung sepanjang sambutan Hari Gawai tersebut
oleh setiap tuan rumah di rumah panjang tersebut.

Aktiviti seterusnya adalah aktiviti persediaan kuih muih sebagai persiapaan


untuk merayakan sambutan Hari Gawai. Aktiviti ini lebih kepada aktiviti yang
dilakukan oleh golongan wanita. Menurut informen 3, aktiviti penyediaan kuih muih
mampu memberikan hubungan baik di antara penduduk di kawasan Perumahan Jalan
Awik, Saratok. Selain itu, penyediaan minuman tradisional seperti “tuak”
memerlukan kerjasama penduduk untuk membuat minuman tradisional. Pelbagai
jenis kuih muih tradisional

35
040301-13-0850

mahupun moden akan disediakan secara bekerjasama oleh mereka. Sebagai contoh,
mereka akan menyediakan kuih seperti kuih jala, penyaram, kuih sepit, kuih cuan
untuk kuih tradisional. Manakala untuk kuih moden pula mereka akan menghasilkan
kek dan biskut.
Aktiviti permainan tradisional juga merupakan aktiviti yang kerap dilakukan
semasa perayaan Hari Gawai. Menurut infoermen 4, aktiviti ini dapat mengekalkan
hubungan baik antara penduduk dan penduduk yang berlainan agama dapat
mempelajari permainan yang dipersembahkan untuk menambahkan pengetahuan
generasi muda tentang alat permainan tradisional. Aktiviti tersebut sebagai satu cara
yang digunakan untuk mengekalkan permainan tradisional kaum tersebut. Antara
permainan yang kerap dilakukan seperti pertandingan ngajat, bermainan alat muzik
kaum Iban dan bepantun mengikut cara pantun Iban. Pertandingan sedemikian rupa
kurang mendapat sambutan daripada generasi muda namun terus giat dilakukan setiap
kali sambutan perayaan Hari Gawai.

Aktiviti penyediaan bahan makanan juga sangat kerap dilakukan sebagai


persiapan untuk sambutan perayaan Hari Gawai. Menurut informen 5, dengan aktiviti
dapat memwujudkan semangat kerjasama antara penduduk perumahan dalam mencari
hasil hutan. Persiapan tersebut selalunya akan dilakukan oleh golongan lelaki dan bagi
memasak makanan tersebut pula adalah dilakukan oleh golongan wanita. Sehari
sebelum sambutan perayaan tersebut, golongan lelaki di rumah panjang tersebut akan
mencari pelbagai jenis makanan di hutan seperti “upa pantu” dan “upa nibong”.
Mereka akan berburu haiwan liar di dalam hutan seperti babi hutan, biawak dan rusa.

36
040301-13-0850

5.3 KESAN-KESAN AKTIVITI PERAYAAN HARI GAWAI DAYAK WADAH


DALAM MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DI KAWASAN
PERUMAHAN JALAN AWIK, SARATOK
Kesan perayaan Hari Gawai yang pertama ialah untuk meningkatkan silaturahim
para penduduk di lokasi kajian.. Menurut Yahaya Ibrahim dalam bukunya yang
berjudul Perbandaran dan Kejiranan(1995) menyatakan bahawa semangat kejiranan
seharusnya merupakan suatu sikap dan perasaan tanggungjawab di kalangan
penduduk dalam mempertingkatkan serta memelihara keadaan atau situasi agar wujud
keamanan dan keharmonian di kalangan penduduk. Kajian pengkaji menunjukkan,
daripada 30 orang responden yang digunakan hanya seorang yang tidak bersetuju
dengan kesan tersebut manakala seramai enam orang mengatakan bahawa mereka
kurang setuju dan seramai dua puluh tiga orang mengatakan bahawa mereka setuju
dengan kesan tersebut. Dengan itu, 3.33 % orang tidak setuju, 20.00% orang kurang
setuju dan 76.66% orang bersetuju dengan kesan tersebut. Majoriti penduduk di
Taman Kenari Kemuyang bersetuju dengan mengeratkan silaturahim sebagai kesan
perayaan Hari Gawai.

Kesan 1:Meningkatkan Silaturahim


Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Jumlah
(orang) (orang) (orang)
1 6 23 30

3.33% 20.00% 76.66% 100%

Jadual 4: Jadual menunjukkan pilihan responden dalam kesan 1


(Meningkatkan silahturahim)

37
040301-13-0850

Kesan 1: Meningkatkan silahturahim


2%
9%

Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
55% 4th Qtr
35%

Carta 4: Carta menunjukkan pilihan responden dalam kesan 1


(Meningkatkan Silaturahim)

Kesan perayaan Hari Gawai yang kedua pula adalah meningkatkan


silahturahim. Merujuk informen 3, kesan ini dapat meningkatkan silahturahim
dalam menjalinkan hubungan baik antara penduduk. Kajian menunjukkan
seramai lima orang tidak bersetuju, enam orang kurang bersetuju dan 19 orang
bersetuju daripada 30 orang terhadap kesan tersebut. Ini menunjukkan 16%
orang tidak setuju, 20% orang kurang setuju dan 63% orang setuju dengan kesan
tersebut. Ini menunjukkan bahawa semasa sambutan perayaan Hari Gawai
semangat silahturahim sering diamalkan oleh penduduk di lokasi kajian.

38

Kesan 2: Meningkatkan Semangat Kerjasama


040301-13-0850

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Jumlah


(orang) (orang) (orang)
4 8 18 30
13.33% 26.66% 60.00% 100%
Jadual 5: Jadual menunjukkan pilihan responden dalam kesan 2
(meningkatkan semangat kerjasama)

Kesan 2: Meningkatkan Semangat Kerjasama

13%

Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju
27%

60%

Carta 5: Carta menunjukkan pilihan responden dalam kesan 2


(Meningkatkan semangat kerjasama)

Kesan perayaan Hari Gawai yang ketiga pula adalah memperkenalkan adat dan
budaya kepada generasi muda. Menurut informen 2, aktiviti ini dapat
mengeratkan hubungan dengan adanya semangat kerjasama dalam melakukan
aktiviti dan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti.

39
040301-13-0850

Seramai tiga orang yang tidak setuju dengan kesan yang dinyatakan tersebut, 12 orang
pula kurang bersetuju dan 15 bersetuju dengan kesan tersebut daripada 30 orang
responden yang digunakan.Dengan itu, dalam Peratusan 10% mengatakan tidak
setuju, 40% kurang setuju dan 50% mengatakan bahawa mereka setuju dengan kesan
yang dinyatakan tersebut. Maka, semasa sambutan perayaan Hari Gawai segala
aktiviti yang dijalankan adalah sebagai satu cara untuk memperkenalkan warisan
budaya kaum iban kepada generasi muda.

Kesan 3: Memperkenalkan budaya warisan kepada generasi muda


Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Jumlah
(orang) (orang) (orang)
3 12 15 30
10% 40% 50% 100%
Jadual 6: Jadual menunjukkan pilihan responden dalam kesan 3
( Memperkenalkan budaya warisan kepada generasi muda )

Kesan 3: Memperkenalkan budaya warisan kepada generasi


muda

10%

Tidak setuju

Kurang setuju
50%
Setuju
40%

Carta 6: Carta menunjukkan pilihan responden dalam kesan 3


( Memperkenalkan budaya warisan kepada generasi muda)
40
040301-13-0850

Kesan Perayaan Hari Gawai yang keempat pula adalah dapat meningkatkan
interaksi dalam kalangan penduduk di lokasi kejadian. Menurut informen 1, Kesan
yang dinyatakan tersebut mendapati empat orang yang tidak setuju dengan kesan
tersebut, 11 orang kurang setuju dan 15 orang bersetuju dengan kesan tersebut
daripada 30 oraang responden yang digunakan. Dalam peratusan pula, 13.33% tidak
bersetuju, 36.66% pula kurang bersetuju dan 50% pula bersetuju. Perkara tersebut
menunjukkan bahawa pearaan Hari Gawai dapat meningkatkan interasi dalam
kalangan penduduk di lokasi kajian.

Kesan 4: Meningkatkan interaksi


Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Jumlah
(orang) (orang) (orang)
4 11 15 30
13.33% 36.66% 50% 100%
Jadual 7: Jadual menunjukkan pilihan responden dalam kesan 4
(Meningkatkan interaksi)

41
040301-13-0850

Kesan 4: Meningkatkan interaksi

13.33%

Tidak setuju
Kurang setuju
50%
Kurang setuju
36.66%

Carta 7: Carta menunjukkan pilihan responden dalam kesan 4


(Meningkatkan interaksi)

Kesan aktiviti Hari Gawai yang kelima pula adalah memupuk semangat saling
hormat-menghormati.Merujuk informen 5, permainan tradisional yang diadakan
semasa sambutan Hari Gawai dapat mengurangkan generasi muda daripada sentiasa
bermain dengan gajet yang ada pada hari ini. Daripada 30 orang responden yang
digunakan, seramai tiga orang yang tidak setuju dengan kesan tersebut, empat orang
kurang setuju dan 23 orang setuju dengan kesan yang dinyatakan tersebut. Dalam
peratusan pula, 10% tidak setuju, 13.33% kurang setuju dan 76.66% adalah setuju
dengan kesan yang dinyatakan. Dengan itu perayaan Hari Gawai dapat
menyemarakkan lagi semangat saling hormat-menghormati dalam kalangan penduduk
di lokasi kajian.

42

Kesan 5: Meningkatkan Keharmonian Penduduk


040301-13-0850

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Jumlah


(orang) (orang) (orang)
3 4 23 30
10% 13.33% 76.66% 100%
Jadual 8: Jadual menunjukkan pilihan responden dalam kesan 5
(meningkatkan keharmonian penduduk)

Kesan 5: Meningkatkan keharmonian penduduk

10%

13%
Tidak Setuju
Kurang Setuju
Setuju

77%

Carta 8: Carta menunjukkan pilihan responden dalam kesan 5


(meningkatkan keharmonian penduduk)

Kesan sambutan perayaan Hari Gawai keenam pula adalah mewujudkan


masyarakat penyayang dalam kalangan penduduk di lokasi kajian. Merujuk informen
5, permainan tradisional yang diadakan semasa sambutan Hari Gawai dapat
mengurangkan generasi muda daripada sentiasa bermain dengan gajet yang ada pada
hari ini. Seramai 14 orang tidak bersetuju dengan kesan yang dinyatakan dalam
borang, 11 orang kurang bersetuju dan lima orang setuju dengan kesan tersebut.

43
040301-13-0850

Peratusan menunjukkan 46.66% tidak setuju, 36.66% kurang setuju dan 16.66%
setuju dengan kesan yang dinyatakan dalam borang. Jelaslah bahawa sambutan
perayaan Hari Gawai tidak mampu untuk mewujudkan masyarakat penyayang dalam
kalangan penduduk terutama generasi muda pada hari ini.

Kesan 6: (Mewujudkan masyarakat penyayang)


Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Jumlah
(orang) (orang) (orang)
14 11 5 30
46.66% 36.66% 16.66% 100%
Jadual 9: jadual menunjukkan pilihan responden dalam kesan 6
(Membuang sifat-sifat antisosial)

Kesan 6: Mewujudkan masyarakat penyayang

16.66%
Tidak setuju
Kurang se-
tuju

46.66% Setuju

36.66%

Jadual 9: Jadual menunjukkan pilihan responden dalam kesan 6


(Mewujudkan masyarakat penyayang)

44
040301-13-0850

Kesan sambutan perayaan Hari Gawai yang ketujuh pula adalah mewujudkan nilai
kebersamaan. Menurut Asmad dalam bukunya yang berjudul Seni Kehidupan dan
Kemasyarakatan(1990) menyatakan bahawa sikap hormat sama dengan maksud
“menghargai” sesama insan kerana pada dasarnya semua golongan manusia itu adalah
sama. Daripada 30 orang responden yang digunakan seramai tiga orang tidak setuju,
dua orang kurang setuju dan 25 orang setuju dengan kesan tersebut. Peratusan pula
menunjukkan bahawa 10% tidak setuju, 6.66% kurang setuju dan 83.33% setuju
dengan kesan yang dinyatakan dalam borang. Dengan itu, perayaan Hari Gawai
sangat berkesan dalam mewujudkan nilai kebersamaan di kalangan penduduk di
lokasi kajian.

Kesan 7: Mewujudkan nilai kebersamaan


Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Jumlah
(orang) (orang) (orang)
3 2 25 30
10% 6.66% 83.33% 100%
Jadual 10: Jadual menunjukkan pilihan responden dalam kesan 7 (Mewujudkan nilai
kebersamaan)

45
040301-13-0850

Kesan 7: Memupuk Semangat Hormat-menghormati

10%
6.66%
Tidak setuju
Kurang Setuju
Setuju

83.33%

Carta 10: Carta menunjukkan pilihan responden dalam kesan 7


(Mewujudkan nilai kebersamaan)

5.4 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Tajuk kajian pengkaji ialah perayaan Hari Gawai Dayak Wadah memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk kawasan Perumahan Jalan Awik,
Saratok. Menurut Mohammad Qayyum bin Badaruddin dalam bukunya yang berjudul
Aura Kejiranan menyatakan bahawa jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan
rumah kita sama ada di kanan, kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga
40 buah rumah di setiap penjuru. Sepanjang kajian pengkaji menggunakan dua
objektif kajian iaitu mengenal pasti jenis-jenis dan kesan-kesan aktiviti perayaan Hari
Gawai yang kerap diadakan di Sepanjang kajian pengkaji menggunakan dua objektif
kajian iaitu mengenal pasti jenis-jenis aktiviti dan kesan-kesan aktiviti perayaan Hari
Gawai Dayak Wadah yang kerap diadakan di kawasan Perumahan Jalan Awik,
Saratok.
46

Aktiviti yang kerap diadakan di kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok adalah
seperti gotong-royong, sukaneka, jamuan, penyediaan kuih-muih, permainan
040301-13-0850

tradisional, persediaan upacara “miring” dan penyediaan bahan makanan. Manakala


kesan perayaan Hari Gawai Dayak Wadah yang diadakan di kawasan Perumahan
Jalan Awik, Saratok pula adalah seperti meningkatkan semangat kerjasama,
meningkatkan semangat keharmonian, memperkenalkan budaya warisan kepada
generasi muda, meningkatkan interaksi, dan memupuk semangat hormat-
menghormati. Dapatan utama daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji
menunjukkan bahawa aktiviti persediaan upacara merupakan aktiviti yang paling
kerap dilakukan semasa sambutan perayaan Hari Gawai Dayak Wadah di kawasan
Perumahan Jalan Awik, Saratok. Manakala kesan yang paling dominan pula adalah
mewujudkan nilai kebersamaan dalam kalangan penduduk di kawasan Perumahan
Jalan Awik, Saratok. Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah sampel
bertujuan, soal selidik, temu bual, kepustakaan dan rujukan internet manakala untuk
mempersembahkan data pengkaji menggunakan min kekerapan, jadual, carta Pai,
peratusan, Microsoft Word dan Powerpoint. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat
memperkenalkan keberadaan lokasi kajian kepada masyarakat luar.

6.0 RUMUSAN
Tajuk kajian pengkaji ialah Perayaan Hari Gawai Dayak Wadah Memupuk
Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Penduduk kawasan Perumahan Jalan Awik,
Saratok. Sepanjang kajian pengkaji menggunakan dua persoalan kajian iaitu apakah
jenis-jenis aktiviti dan kesan-kesan aktiviti Perayaan Hari Gawai Dayak Wadah
Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Penduduk kawasan Perumahan Jalan
Awik, Saratok . Pengkaji juga menggunakan dua objektif kajian iaitu mengenal pasti
jenis-jenis dan mengkaji kesan-kesan aktiviti perayaan Hari Gawai yang kerap
diadakan di kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok.

Rasional sepanjang kajian tentang perayaan Hari Gawai memupuk semangat


kejiranan di kalangan penduduk kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok adalah
menunjukkan bahawa semakin ramai penduduk yang terlibat dengan perayaan
tersebut semakin meriah sambutan perayaan itu.
47
040301-13-0850

Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah sampel bertujuan, soal
selidik, temu bual, kepustakaan dan rujukan internet manakala untuk
mempersembahkan data pengkaji menggunakan min kekerapan, jadual, carta Pai,
peratusan, Microsoft Word dan Powerpoint. Kaedah seperti sample bertujuan, soal
selidik, temu bual dan kepustakaan sangat membantu pengkaji untuk mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan tajuk pengkaji. Manakala penggunaan kaedah min
kekerapan, jadual, carta pai, peratusan, Microsoft Word dan Powerpoint sangat
membantu pengkaji untuk mempersembahkan data dan sangat mudah untuk difahami.

Dapatan utama daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji menunjukkan


bahawa aktiviti persediaan upacara miring merupakan aktiviti yang paling kerap
dilakukan semasa sambutan perayaan Hari Gawai di kawasan Perumahan Jalan Awik,
Saratok. Manakala kesan yang paling dominan pula adalah mewujudkan nilai
kebersamaan dalam kalangan penduduk di kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok.

Kesimpulannya, pelbagai kaedah yang digunakan dan hasil yang diperoleh


oleh pengkaji dalam menjayakan kajian ini. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian
tersebut dapat membantu memperkenalkan lokasi kajian kepada masyarakat mhupun
orang luar.

48
040301-13-0850

7.0 RUJUKAN

Asmad,(1990). Seni Kehidupan dan Kemasyarakatan. 3B Jalan Air Leleh ,75050


Melaka. Associated Educational Distributors(M) Sdn. Bhd.

Farizul Muatapha,2015. Bersatu Memupuk Integrasi Nasional(Imtegrasi Dalam


Pendidikan). Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Focus Learning
Publication.

Mohammad Qayyum Bin Badaruddin,(2010). Aura Kejiranan. INSANIAH


AL-QAYYUM. Kajang, Selangor

Taha Abdul Kadir, (1985). Hari Perayaan Penduduk Malaysia, Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Yahaya Ibrahim,(1995). Pembandaran dan kejiranan. Lot 1037,Mukim Perindustrian


PKNS Ampang/Hulu Kelang Selangor

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Peta Daerah Saratok dicapai pada 1/3/2023 daripada


https://www.researchgate.net/profile/Mohamad-
Magiman/publication/342880821/figure/fig1/
AS:912457996464128@1594558347345/Themap-of-Sarawak-with-Bintulu-in-the-
central-location-in-the-state.jpg

Peta Lokasi Kajian dicapai pada 28/2/2023 daripada Google Map


https://goo.gl/maps/RFKCoCSmGvrkn7zn8

49
040301-13-0850

Peta Negeri Sarawak dicapai pada 7/3/2023 daripada


https://www.pngitem.com/middle/hwRJhTw_map-of-sarawak-malaysia-
sarawakstate-hd-png/

Temu bual bersama informen 1 (Augustine Anak Kalom) pada (22 Februari 2023) di
Kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok

Temu bual bersama informen 2 (Lolita lat anak Mersat) pada (24 Februari 2023) di
Kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok

Temu bual bersama informen 3 (Jelaing anak Mersat) pada ( 2 Mac 2023) Di
Kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok

Temu bual bersama informen 4 (Neilson Ilan anak Mersat) pada (5 Mac 2023) Di
Kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok

Temu bual bersama informen 5 (Sylvia Gupie anak Mersat ) pada ( 11 Mac 2023) di
Kawasan Perumahan Jalan Awik, Saratok

50
040301-13-0850

You might also like