You are on page 1of 10

3A : MEMBINA AYAT

 Ayat yang dibina hendaklah betul dari segi struktur dan pemilihan katanya.
 Tidak boleh menambah imbuhan dan membuang imbuhan.
 Tidak boleh menggandakan perkataan yang diuji.
 Tidak boleh menjadikan perkataan yang diuji itu sebagai kata nama khas.
 8-14 patah perkataan
 Ayat yang sempurna ialah ayat yang mempunyai struktur binaan subjek dan
predikat.

KAEDAH MEMBINA AYAT.

 Kaedah ayat penyata


 Kaedah ini selalunya digunakan untuk perkataan yang mempunyai
imbuhan kata kerja aktif.
 Ayat yang dibina mestilah tersusun subjek dan predikatnya.
 Contohnya : menggandakan

Semua pasukan kebangsaan telah menggandakan latihan untuk


menghadapi perlawanan akhir kejohanan bola sepak tersebut.

 Kaedah ayat pasif


 Untuk perkataan yang mempunyai kata kerja pasif atau kata
dasar, anda digalakkan menggunakan kaedah ini.
 Pastikan perletakan objek di hadapan subjek.
 Rumus :
i) Untuk kata ganti diri 1 & 2= objek + subjek + kata kerja
ii) Untuk kata ganti diri ke-3 = objek + kata kerja + subjek
 Contoh : gandakan

Latihan menjawab soalan tahun-tahun lalu telah saya gandakan


untuk menghadapi peperiksaan SPM.
 Contoh : Disepak
Bola itu telah disepak oleh Ali sehingga melepasi gol gawang
pihak lawan pada pertandingan persahabatan itu.

 Kaedah cakap ajuk


 Cakap ajuk merupakan dialog.
 Anda hendaklah memberi perhatian pada aspek tanda baca dan
konteks komunikasi.
 Contohnya : gandakan

“Usaha dan latihan perlu engkau gandakan jika engkau ingin


Berjaya dalam perlawanan badminton pada bulan depan,”nasihat
Ain kepada Ayu.

 Kaedah perkamusan
 Anda juga boleh membina ayat dengan menggunakan kaedah
perkamusan iaitu
memberi maksud kata atau frasa.
 Tidak digalakkan kerana pelajar tidak menguasai kemahiran
bahasa.
 Contohnya : gandakan

Kata gandakan bermaksud menambah atau meningkatkan sesuatu


sama ada dari aspek kuantiti atau kualiti
 Kaedah ini tidak boleh digunakan jika soalan meminta anda
menunjukkan
penggunaan kata atau dasar.

 Untuk pembinaan ayat yang lengkap, boleh gunakan kaedah 5W+1H =


SIAPA,APA, DI MANA, BILA, BAGAIMANA,KENAPA

3B (SINTAKSIS)
 Menganalisis ayat (subjek dan predikat)

 Soalan ini meminta pelajar mengenali dan membezakan subjek dan


predikat.
 Subjek ialah judul atau tajuk (tajuk utama ayat)
 Untuk ayat penyata biasa, subjek di hadapan diikuti predikat.
 Untuk ayat songsang, subjek di belakang,predikat di hadapan.
 Untuk ayat pasif, subjek mungkin berada di belakang sebahagia atau
keseluruhan predikat.

 Menganalisis pola ayat.


 Terdapat 4 pola ayat sahaja
 Pola pertama mestilah dimulakan dengan frasa nama (subjek) diikuti FN+FN,
FN+FK, FN+FS DAN FN+FA

 Menganalisis jenis ayat


 Empat jenis ayat yang perlu dikenal pasti :
i) Ayat penyata – berita atau keterangan (tak perlu jaw)
ii) Ayat Tanya – ada kata Tanya (siapa, mengapa, apa,bila, ke mana) dan ada tanda
Tanya (?)
iii) Ayat perintah – ada 4 jenis ayat perintah:
 Larangan – usah/jangan
 Silaan – sila/jemput
 Permintaan – minta/tolong
 Suruhan – arahan/perintah/ambil
iv) Ayat seruan – ada kata seru (wah,amboi,aduh,syabas…) da nada tanda seru (!)

 Menggabungkan ayat
 Membina ayat majmuk daripada ayat tunggal yang diberikan
 Kita perlu menggunakan kata hubung yang sesuai
 Jangan mengulang perkataan yang sama.

 Mencerakinkan ayat
 Untuk mencerakinkan ayat, pelajar perlu menulis ayat tunggal daripada ayat
majmuk yang diberi.
 Untuk mencerakinkan ayat, kita perlu menanda tanda hubung yang terdapat
dalam ayat serta menggugugurkan kata hubung dan penandawacana dan
menjadikan ayat majmuk itu beberapa ayat tunggal.
 Jangan bina ayat kurang atau lebih daripada jumlah yang diarahkan dalam
soalan serta jangan ubah struktur ayat yang diberikan.
 Elakkan penggunaan kata-kata seperti di mana, yang mana, seperti mana dan
dari mana sebagai kata hubng kerana hal itu menyalahi hokum tatabahasa.

 Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif


 Ayat aktif adalah ayat yang mengutamakan subjek ayat dan mempunyai kata
kerja aktif.
 Kata kerja aktif berimbuhan men dan diikuti oleh kata nama sebagai objek
(mangsa).
 Kata kerja aktif makan dan minum sahaja yang tidak perlu diberikan imbuhan
men.
 Susunan ayat aktif : subjek +kata kerja +objek

 Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif


 Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai judul ayat dan ayat itu
mempunyai kata kerja pasif.
 Kata kerja yang berimbuhan di,ter,ber,ke…an,kan,atau kata dasar.
 Apabila menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif, anda perlu mengenal pasti
kata ganti diri nama pertama,kedua atau ketiga.
 Susunan ayat pasif : 1&2- objek+subjek+kata kerja
3- objek+ kata kerja+subjek

 Menukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang

 Ayat biasa ialah ayat yang susunannya ialah subjek dan predikat
 Ayat songsang ialah ayat yang susunannya ialah predikat + subjek
 Kata kerja dalam ayat tidak perlu ditukar
 Jika terdapat 6 patah perkataan dalam ayat biasa, apabila
disongsangkan,perlu 6 patah perkataan juga.
 Susunan frasa :

Subjek 1 Predikat 2 Unsur keterangan 3


Banglo merah berharga Terletak Di Bukit Perdana
rm 3 juta itu
Umur persaraan Sudah ditetapkan Pada usia 60 tahun
kakitangan kerajaan

Susunan : 2 1 3
231

 Menukar ayat susunan songsang kepada ayat biasa


 Jadikan ayat songsang menjadi ayat biasa.

 Menukar cakap ajuk ke cakap pindah


 Perlu membaca keseluruhan petikan dengan teliti
 Gunakan kaedah 3 P
i) pengguguran-gugurkan semua tanda pengikat kata @ noktah bertindih,
tanda soal, tanda seru,tands kurungan
ii) penambahan – perlu menambah imbuhan men- pada semua kata kerja aktif
kecuali pada kata makan atau minum.
-Memberikan imbuhan ‘di’ pada kata kerja pasifdiri ketiga.
-Menambah suku kata pada singkatan seperti nak, tak, dah,tu dan
sebagainya supaya menjadi kata penuh.

 Menukar cakap pindah ke cakap ajuk


 Mengenal pasti watak dalam petikan itu dan dialog yang diucapkan oleh
setiap watak itu.
 Mengetahui urutan dialog yang diucapkan
 Jangan menambah dialog yang tidak ada
 Cakap pindah mempunyai struktur ayat yang lengkap
 Dalam cakap pindah, tidak boleh meletakkan kata ganti nama Tanya seperti
mengapa. Berapa, bagaimana (kenal pasti rujukannya sama ada merujuk
kepada jumlah, sebab atau lain-lain)
 Tidak ada tanda pengikat kata.

 Mengenal pasti jenis-jenis frasa yang bergaris sama ada FK,FS,FN atau FA.
3C: EJAAN DAN IMBUHAN
1) IMBUHAN
 Kesalahan imbuhan hanya melibatkan kesalahan hokum imbuhan atau
penyalahgunaan imbuhan.
 Contoh hukum imbuhan :
i) kata kerja berimbuhan men…kan – objek selepasnya tidak bernyawa.
ii) Kata kerja berimbuhan men…I – objek selepasnya bernyawa
iii) Contoh : menghadiahi Ahmad, menghadiahkan sebuah basikal.
 Penyalahgunaan imbuhan

 Untuk menjawab soalan jenis ini, anda perlu tahu kata dasar sesuatu
perkataan.
 Jika imbuhan yang terbentuk ialah kata nama, maka untuk kata dasar yang
berakhir dengan huruf k, contohnya naik, -kan menjadi kenaikan. 1 k sahaja

 Untuk huruf yang bermula dengan k,s,p,t maka apabila diimbuhkan dengan
me-, huruf-huruf ini akan hilang.
 Contoh : menyapu, memupuk, menulis,mengelirukan

 Imbuhan apabila huruf awalnya ‘g’


 Untuk kata dasar yang bermula dengan huruf ‘g’, jika memerlukan imbuhan
meng…, maka perlu letak 2g.
 Contoh : mengganggu, menggalakkan, menggatal, menggaru

 Untuk imbuhan memper- dan memper…kan


 Apabila menggunakan imbuhan memper…tidak boleh meletakkan imbuhan –
kan di belakangnya. (kata adjektif)

 Imbuhan per…, kesalahan calon ialah keliru untuk letak ‘r’ @ buang ‘r’
 Perhatian
 Pekerjaan
 Untuk kata dasar yang bermula dengan huruf ‘m’. tidak wujud imbuhan
meng…cuma me…

 Keseluruhan untuk imbuhan, calon perlu membaca ayat yang diberi. Sama
ada penggunaan imbuhan sesuai atau tidak.
2) EJAAN

 Penggunaan tanda sempang. (-)


 Kata ganda penuh- kunci-kunci
 Kata ganda separa – besar-besaran
 Kata ganda berentak – kuih-muih
 Merangkaikan kata nama am dan kata nama khas- se-Malaysia
 Merangkaikan huruf dengan angka – ke-20
 Merangkaikan angka dengan huruf selepasnya- era 60-an

 Perbezaan antara kata sendi ‘di’ dengan kata kerja pasif menggunakan imbuhan ‘di’
 Kata sendi ‘di’ yang merujuk ATM-di sana, di sekolah
 Imbuhan ‘di’ yang digunakan dalam ayat pasif diri ketiga-dilaksanakan,dibua

 Ejaan kata majmuk digandakan


 Bentuk mantap (digandakan keseluruhan)-kakitangan-kakitangan
 Bentuk tidak mantap (digandakan perkataan pertama sahaja)- ketua-ketua
menteri

 Ejaan kata majmuk tidak mantap yang diimbuhkan


 Dirapatkan jika menerima imbuhan apitan ibu bapa= keibubapaan
 Tetap jarak jika menerima imbuhan awalan ibu bapa = beribu bapa

 Ejaan yang melibatkan 1k atau 2k


 Kata nama terbitan 1k = masuk-kemasukan
 Kata kerja terbitan 2k = masuk –memasukkan, masukkan

 Tertinggal atau terlebih huruf vokal atau huruf konsonan.


3D :PENGGUNAAN KATA @ ISTILAH DAN TATABAHASA

1) Penggunaan istilah

 Istilah yang digunakan dalam ayat tidak sesuai


 Selalunya perkataanyang ditukar bermula dengan huruf
yang sama tetapi tidak semua
 Jika pertukaran melibatkan perkataan imbuhan, maka
apabila ditukar, selalunya imbuhan yang sama juga
digunakan, Cuma kata dasar ditukar (70%)
 Istilah ditukar semua perkataan, bukan tukar imbuhan
atau ejaan.
 Contoh : Guru menyapa perlakuan pelajar yang agak
kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih
tua. (menegur)
2) KESALAHAN TATABAHASA

 Kesalahan kata nama abstrak dengan penjodoh bilangan


 Kata nana abstrak tidak memerlukan penjodoh bilangan
 Gunakan kata nama abstrak dengan kata bilangan tentu
sahaja
 Sebuah fikiran (salah), satu fikiran (betul)

 Kata adjektif perasaan yang digabungkan dengan imbuhan –kan


 Kata sendi nama akan tidak boleh dipendekkan menjadi –
kan
 Rindukan ibnya (salah), rindu akan ibunya (betul)

 Kesalahan kata nama ganda dan kata bilangan jamak


 Kata bilangan jamak membawa maksud lebih daripada
satu
 Kata jamak membawa maksud lebih dari satu.
 Oleh itu, kata nama ganda dan kata jamak tidak boleh
digunakan serentak dalam ayat.
 contoh : segala kerja-kerja (salah), segala kerja (betul)

 kesalahan kata bilangan yang disingkatkan atau digandakan


sewenang-wenangnya.
 Contoh : berbagai –berbagai-bagai
Bermacam –bermacam-macam
Tiap –setiap , tiap-tiap
Bertahun – bertahn-tahun

You might also like